Part 11.

Romance Completed 15511

" Sayang " panggil Hana.

" Hmm " jawab Rizqin malas. Matanya masih terarah pada telefon bimbitnya.

" Bila tarik pernikahan kita? " .

" Tak kisah " .

" Alahh, takkan lah I yang nak uruskan semua. You nak kahwin dengan I tak Riz? " .

Rizqin menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket. Tumpuannya kini pada Hana.

" Iya Hana. I cuma busy sikit. Kat office tu banyak kerja. Hana, nanti I suruh mama uruskan ya " .

" Betul ni? I tak nak nanti kita tak jadi kahwin lagi. You tahu kan I really love you " .

" Yes Hana, I know. I love you too " rambut Hana diselak kebelakang.

Hana tersenyum. Dia tidak sabar mahu mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dicintainya.

" Luna " .

" Hmm " Luna meneruskan makan.

" Aku sebenarnya nak bagi tahu yang.. Emm " Rizqin serba salah.

Dia takut jika dia memberitahu hal sebenar, Luna akan menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak mahu.

" Sebenarnya apa? " soal Luna kembali.

Rizqin menggeleng perlahan.

" Hishh kau ni. Suka cakap tak habis " .

Rizqin memandang wajah bersih Luna. Lama ditatap wajah itu.

" Kenapa kau pandang aku macam tu? " .

" Saja. Suka tengok kau. Luna, kau sayang aku tak? " .

" Eh buat apa aku nak sayang kau " .

" Tapi aku sayang kau. Kau cakap aku kawan kau, tapi kau tak sayang aku pun " .

" Sayang tak? " soal Rizqin lagi.

" Erm " .

" Apa erm? Sayang ke tak? " .

" Yelah sayang " .

Rizqin tersenyum lebar. Riang hatinya mendengar jawapan Luna.

Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan mereka. Ada hati yang terluka melihat adegan mesra mereka.

" Aunty, boleh Hana tahu apa hubungan Riz dengan Luna? " soal Hana.

Dia tidak sanggup lagi melihat aksi mesra tunangnya itu bersama gadis lain. Hati wanita mana yang tidak sakit melihat bakal suaminya bermesra dengan gadis lain.

" Hana jangan salah faham pulak ya. Luna tu berkawan jer dengan Riz, tak ada pun. Riz memang rapat dengan Luna, diorang kawan baik " terang Datin Marziah.

" Hana bukan apa aunty. Hana tak nak lah bakal suami Hana rapat dengan perempuan lain. Hana cemburu. Aunty faham kan perasaan Hana " .

" Iya Hana aunty faham. Takpalah nanti aunty nasihatkan Riz ya. Hana jangan risau " .

" Thank you so much aunty. Hana bukan nak kongkong Riz tapi sebagai bakal isteri dia Hana berhak cemburu " .

Datin Marziah mengangguk faham. Dia yakin Rizqin pasti akan melenting. Bukannya dia tidak kenal perangai anak lelakinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience