Bab 6

Other Series 2183

Aku bangun apabila jam loceng aku berbunyi. Aku pantas mematikannya. Aku lihat Hana masih belum bangun. Aku membiarkan saja. Hari ni kelas pukul 7:30. So aku kena cepat! Lantas aku mengambil baju dan tuala sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Usai mandi, aku keluar Dan terus menunaikan solat subuh. Aku sedikit pelik bila melihat Hana tidak bangun lagi. Takpelah biar aku solat dulu, lepas tu kalau dia masih belum bangun, aku kejutkan. Ujarku dalam hati. Aku mula menunaikan solat subuh. Usai solat dan dia, aku lihat Hana masih sama. Aku mula risau. Lalu dengan pantas aku melipat telekung dan sejadahku. Aku segera mendapatkan Hana. `Hana'. Panggilku perlahan. Tiada sahutan. Aku memanggilnya lagi. Sama! Perlahan-lahan aku meraba dahinya. Panas! Demam rupanya si Hana ni! Aku pantas meluru ke bilik air namun aku sempat mencapai tuala kecil. Aku membasuhkannya. Aku keluar dan aku segera menuju ke arah Hana. Aku meletakkan perlahan-lahan kain yang basah itu di dahi Hana. Hana yang merasa sejuk, pantas meraba dahinya. `Shh.. Hana.. Ni aku letak tuala basah ni.. Kau demam'. Ujarku. Hana membuka matanya perlahan.`Qilla'. Panggilnya. Aku memandang. `Aku rasa aku tak laratlah nak gi kolej hari ni. Kau gi sorang leh kan'. Ujarnya.`Dah.. Dah.. Kau rehat je lah.. Aku okay gi sorang.. Kau tu jaga diri bila aku takde nanti.. Ke kau nak aku cuti hari ni? Risaulah aku tengok kau macam ni'. Balasku. `Takpe. Kau pergi jelah kolej. Nanti boleh kau bagitau aku apa kerja yang kena buat nanti'. Balasnya perlahan. `Betul ni? 'soalku ingin kepastian. Hana mengangguk. `Okay, nanti aku kunci pintu dari luar. And kalau ada orang ketuk pintu, jangan sesekali bukak. Kau kena ingat yang aku bawak kunci'. Pesanku. Hana mengangguk. `Okaylah aku gi dulu, kau rehat lah. Nanti aku balik, aku bawak makanan. Bye'. Ucapku. Aku terus keluar dan mengunci pintu. Aku sebenarnya tak sedap hati nak tinggalkan Hana seorang! Perlahan-lahan aku bergerak ke kolej. Sampai sahaja di kolej, aku terus duduk di tempatku. Dan sepantas itu jugak si Khairul duduk di hadapanku. `Mana Hana? 'tanya Khairul. Dia mencari-cari kelibat Hana. `Dia tak datang hari ni. Tak sihat'.jawabku.`Teruk ke?' soalnya lagi. `Demam je aku rasa badan dia tadi'. Jawabku. Khairul mengangguk.`So, kau nak cakap apa dengan aku? 'soalku. `Erm.. Hana.. Hana.. Tu..Khairul terberhenti. `Dia single. Takde bf lagi' Jawabku seolah-olah faham. Aku tersengih lagi bila melihat raut wajah Khairul. `Mana kau tau aku nak tanya macam tu? 'soalnya lagi. `Hahahaha. Khairul..Khairul.. Aku bukan baru kenal kau sehari. 23 wei.. 23 tahun aku kenal kau. Mustahil aku tak kenal lagi perangai kau'. Jawabku. Khairul tersengih sambil menggarukan kepalanya. `Asal kau tak berterus terang je dengan Hana? 'soalku. `Takut dia tak terima. Tapi aku ikhlas Qilla. Aku ikhlas'.balasnya.`Kau cuba dulu Khairul. Lagipun aku tengok muka Hana tu.. Dia pun macam suka kat kau.. Kau kena kuatlah untuk berterus terang'.ujarku.`Insyaallah,kau tolong doakan erk? Aku takleh kehilangan dia. Aku dah cukup bahagia dengan dia'.balas Khairul. Aku tersenyum mendengar. `Aku akan cuba bantu kau'. Balasku. Khairul tersenyum. `Aku duduk sebelah kaulah hari ni. Boleh? 'soalnya. `Aik Hafi mana? Tak datang ke?' soalku pula. `Dia biasalah. Kalau kerja dia tak siap, mana dia nak datang. Macam kau tak kenal perangai kawan kita tu'. Ujarnya sebelum tergelak. Aku hanya tersengih. `Duduklah'. Jawabku pula. Pensyarah pun masuk. Kami belajar seperti biasa. Setelah waktu kelas tamat`Khairul, aku balik dululah. Risau pulak aku kat Hana tu'.ujarku. Khairul mengangguk. Aku pun berlalu pergi. Sebelum aku pulang, aku sempat beli Nasi bungkus dan ayam kegemaran Hana. Setelah itu, aku pulang terus. Aku membuka kunci dan membukanya, aku lihat Hana masih tidur. Aku membiarkannya. Aku menutup dan mengunci pintu. Aku meletakkan makanan di atas meja. Aku duduk perlahan-lahan sebelah Hana. Aku merasakan dahi Hana. Sudah kurang rasa panasnya. Aku pun bermain handset.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience