Episode 12

Adventure Series 25852

episode 12-eyka_aqua

Masih di demensi A.

Demensi A adalah demensi menyerupai dunia yang sebenar hanya tiada manusia tetapi ada haiwan dan tumbuhan. Suara tidak kedengaran atau menebusi kedua-dunia dunia.

"Kehebatan kuasa cinta masih menjadi tanda tanya bagi pihak saintis kita." terang cikgu best.

"Cinta tak mampu diterangkan melalui sains mahu pon teori magis. Kita hanya mampu merasainya."

"Rasanyakan cikgu. Adalah seorang tu kan~ tengah dilamun cinta." Las menyampuk sambil menjeling ke arah Arsh.

"Eh????!!!" Arsh terkejut.

"Mana ada! Kau ni kan Las!!" Arsh mengaktifkan kuasa ampungan dan melempar batu kecil di dalam bajunya ke arah Las tanpa dilihat.

Batu tersebut bergerak dengan laju sehingga Las tak menyedarinya, akan tetapi pergerakkan cikgu Bess lebih cepat dengan menggengam batu tersebut dengan tangan kanan.

"OK! sabar-sabar~ Kalau dah cinta tu semua jadi indah." kata cikgu Bess sambil mengusap kepala Arsh.

"Kan~~" serentak cikgu Bess dengan Las menyebut.

"CIKGU!!! LAS!!!" muka Arsh merah padam.

Terburai akhirnya ketawa dari mulut cikgu Bess dan Las dengan raut wajah Arsh ketika itu. Hiashh.. Nasiblah hati si Arsh susah nak diguris kata.

"Cikgu." Arsh memanggil sebaik sahaja ketawa mereka berdua reda.

"Erm?"

"Bukan sepatutnya musim panas ni kami dibahagikan misi ke?" tanya Arsh.

"Kalau ikutkan sepatutnya ya. Tapi tahun ni berbeza sedikit."

"Berbeza sedikit? Maksud cikgu?" Las menyampuk.

"Aah. Berbeza kerana tahun ada pesta perlawanan." Terang cikgu Bess sambil membelit buku yang dilemparkan oleh Arsh.

"Pesta perlawanan?" serentak mereka menanya.

"Ya."

"Apa tu? Tak pernah dengar pesta tu." tanya Arsh.

"Itu sebab kau hilang ingatan." terang Las.

"Oh~"

"Bukan. Arsh memang tak pernah dengar fasal pesta tu."

"EH?" serentak Las dan Arsh bertentang mata satu sama lain.

"Maksud cikgu?" tanya Arsh.

"Arsh ketika dulu dilahirkan dan disembunyikan dekat kampung halaman ibunya. Kampung Kegelapan dimana kampung tersebut mengajar penduduknya ilmu sihir kegelapan. Mereka selalu meminggirkan diri mereka dari orang luar."

"Jadi ini perkara mustahil untuk Arsh tidak mengetahui Pesta Perlawanan yang akan dijalankan setiap 3 tahun." Kata cikgu Bess sambil mengeluarkan imej dari sihirnya. Mereka berdua mengangguk kepala tanda memahami.

"Nampaknya ada bunyi tapak kaki ke mari." kata cikgu Bess tiba-tiba.

"Tapak kaki?" serentak mereka berdua memasang telinga tetapi mereka tidak mendengar apa-apa pun.

"Kamu berdua tak akan dengar sebab ini ruangan demensi A di mana pengaktif ruangan demensi ini sahaja akan mendengar." terang cikgu Bess sambil mengeluarkan cermin matanya dari poket.

"Saya akan bagi jadual dimana hanya kamu berdua sahaja akan menjalani latihan cuti musim panas ni." mengaktifkan jam hologram dan menghantar data mengenai jadual Las dan Arsh.

"Latihan?" serentak mereka berdua bertanya dan mendengar jam mereka berbunyi menandakan data yang dihantar oleh cikgu Bess sudah memasuki data simpanan dalam jam mereka.

"Ya. Saya akan daftarkan nama kamu berdua untuk pesta perlawanan. Jadi kamu berdua akan berlatih dimana orang lain akan bersuka ria untuk persedian pesta tersebut."

Sebaik sahaja cikgu Bess berkata tersebut badan mereka bertiga bercahaya dan demensi A pecah. Arsh dan Las sudah berada di luar kawasan bilik guru.

"Uishh. Dasyat betul cikgu Bess ni dia mampu mengaktifkan pentagram dengan teknologi ruangan masa dengan serentak." mereka berdua berasa kagum. Mereka bergerak pulang ke kelas.

"Sekarang pukul berapa?" tanya Arsh.

"Pukul 1:15" jawab Las sambil memandang jamnya.

"Kita berada disana hanya 5 minit sahaja."

"5 minit? Mana kau tahu?"

"Sebab masa sampai dibilik cikgu Bess pukul 1:10 tengahari. Mata aku sempat menjeling kearah jam di dinding sebelum cikgu Bess mengaktifkan demensi A." Terang Arsh sambil memasukkan tangannya kanannya kedalam seluarnya.

"Petang ni jom makan dekat Kafe Riano nak? Boleh kita lepak buat kerja sekolah dekat sana." Cadang Arsh.

"Kafe Riano? Kafe syurga makanan manis tu?" Tanya Las untuk kepastian.

"Aah."

"Kau bukan tak makan ke makanan manis Arsh?"

"Aku memang tak makan tapi aku suka kopi moka diaorang."

"Kopi moka? Apa tu?" tanya Las sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kopi moka adalah sejenis pokok kopi yang ditanam di kawasan berpasir yang luas dan hanya berbuah sekali dimusim panas sahaja. Kopi moka perlu dijaga cara pemanggangannya dengan rapi dan teliti walaupun pokok kopi moka boleh hidup dicuaca yang estrem dengan cuaca mencecah 78 darjah celsius tanpa air selama berbulan, biji kopi moka hanya mampu menahan panas antara 48-49 darjah celsius sahaja." Arsh berhenti dan menarik nafas sebelum menyambungnya.

"Oleh sebab, kopi moka hanya berbuah sekali dan pemanggangannya perlu dijaga dengan teliti maka rasa dan kualitinya sangatlah berkualiti." sambung Arsh.

Las dan Sabrina menepuk tangan dengan penerangan Arsh.

"Erk?" Tepukkan Las terhenti dan pantas beralih ke arah Sabrina.

"Apa?" Tanya Sabrina dengan keadaan bingung. Las mengeleng kepala yang membawa maksud tak ada apa.

"Korang nak pergi Kafe Riano ke?" tanya Sabrina.

"Mana kau tahu?" Tanya Las.

"Sebab kopi moka hanya dijual di kafe Riano sahaja." Pantas Sabrina menjawab.

"Oh!"

"Saya nak ikut boleh?"

Arsh mengangguk kepala tanda bersetuju.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka berdua kembali ke kelas dan meneruskan pembelajaran seperti biasa.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience