BAB 38:Novel Karya Terakhir

Thriller Series 558

BAB 38: Novel Karya Terakhir.

LANGIT tengahari itu agak mendung. Sejurus beredar dari pejabat untuk melakukan suatu tugasan luar,sempat Harun pergi melencong dan bertemu dengan seseorang dekat sebuah hotel bajet.

Kucupan bibir Harun bersama wanita yang di kenali sebagai Anum itu pun terlepas.

Mmmh...cupp..

Sekeping kondom terpakai yang sudah lunyai dan sarat bertakung dengan air likat itu pun di buang oleh Harun ke dalam bakul sampah tepi katil.

Di atas katil besar itu Harum dan Anum tersadai puas dan tidur sebantal. Beg tangan ranggi wanita itu pun ada di letak atas meja kecil tepi katil.

"Jom kita balik lah Run..Anum pun kena pergi beli benda makan sikit untuk anak-anak balik sekolah nanti.."kata Anum lalu bangun dari baringannya di pangkuan Harun,turun dari katil dan menyarung kembali baju kurung modennya ke tubuh.

"Hm iyalah Num..saya pun ada urusan nak pergi temubual orang kat suatu lokasi ni. Hamdan balik rumah bila?"tanya Harun ketika sudah merangkak turun dari katil dan menyarung kembali pakaian ke tubuh.

"Mmh..abang Endan kerja bawak lori tu jauh sampai ke Singapore..kadang seminggu dua tak balik..kenapa tanya? Nak ajak 'repeat' lagi lah tu kan?"Anum tertawa sambil membetul-betulkan tudung sanggul tingginya.

"Hahaha..tak ada lah..saja tanya..lama dah tak jumpa dengan Endan"

"Mmh..tapi kalau nak ajak Anum 'repeat' lagi pun boleh je ni Run..cik somi kita tu biasa kalau balik pun cuti hujung-hujung minggu"kata Anum.

"Aduh..itu yang best tu. Nanti saya mesej Anum kalau jadi nak repeat lagi"

Harun dan wanita isteri orang itu pun beredar turun dari hotel dan berpisah haluan masing-masing.

(AUTHOR:Anum pernah muncul dalam BAB 19 berjudul 'Saingan Baru' yang lalu. Dlm siri Bongkar ini sebenarnya ada terdapat beberapa babak romen 18SX namun tidak dapat di siarkan. Akan tetapi kalau ada readers yang berminat nak baca juga,bolehlah taip 'nak cut scene' kat ruang komen)

________________________

KERETA yang di naiki oleh wartawan Yana dan Haziq tiba di Zon Projek Highlanders. Rupanya mereka tidak sendirian kerana ada beberapa pihak lain juga turut berada di situ termasuklah beberapa anggota polis.

''Uih ramai jugak orang lain selain kita ek Kak Yana?'kata Haziq sibuk memerhatikan kenderaan dan pihak lain yang jumlah mereka mencapai sekitar belasan orang.

"Dia orang ni samada pihak pengkaji paranormal atau pun wartawan media arus perdanalah akak rasa"balas Yana yang memandu kereta. Wartawan cantik berusia empat puluhan itu memakai spek mata hitam.

Mereka pun turun dari kereta dan menghampiri beberapa orang yang sedang berbual dengan pihak lain.

"Maaf..kamu berdua ni wakil dari pihak mana?"tanya seorang anggota polis bertugas.

"Kami wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR. Ada tugasan sikit kat sini"balas Yana sambil dia dan Haziq menunjukkan lencana masing-masing.

"Maaf puan..encik..kami tidak dapat benarkan sesiapa pun untuk mengakses ke kawasan ini buat masa ini"kata anggota polis terbabit.

Belum sempat Yana dan Haziq ingin bertanya lebih lanjut,tiba-tiba muncul seorang wanita menyapa mereka.

''Yana Maya dan Haziq Khairullah kan?"sapa seorang wanita lain sambil tersenyum.

Yana dan Haziq membalas senyuman dan mengangguk.

''Tak dapat nak masuk ke dalam sanun tu you all..pihak polis tak benarkan. Kedatangan kita orang ni pun dah sia-sia"balas wanita itu. Turut ada bersama beliau ialah seorang jurukamera.

"Kenapa?"tanya Yana.

"We all ni wartawan dari stesyen penyiaran TVPERDANA. Datang nak buat liputan berkaitan kes yang sedang gempar dan kecoh sekarang ni. Tapi tu lah kan..semenjak ada kes team paranormal masuk dan hilang kat sini,langsung pihak berkuasa tak benarkan lagi mana-mana pihak lain untuk masuk"ujar wartawan dari stesyen TVPERDANA.

Mereka berbual sebentar sebelum di kejutkan dengan kemunculan gerombolan dari kejauhan yang datang dari ceruk dalaman Zon Projek Higlanders.

"Eh apa pulak tu?"

''Itu kan gerombolan orang-orang pelik seperti yang berleluasa kat jalanan kota sekarang"kata Haziq.

"Bagus! memang betul sangkaan i..mereka semua rupanya berasal dari sini. Kemungkinan ada kaitan dengan orang misteri tu jugak"balas Yana.

Tak bertangguh dia dan Haziq merakam kemunculan gerombolan itu. Para wartawan dari stesyen TVPERDANA juga tidak mahu melepaskan peluang merakam semua itu.

Ketika gerombolan itu sudah semakin hampir,pihak polis telah mengarahkan agar pihak wartawan dan beberapa ahli dari kumpulan pengkaji paranormal untuk segera beredar.

Ketika Yana dan Haziq sudah meluncur pergi,kedengaranlah bunyi tembakkan di lepaskan bertalu-talu.


_____________

HARUN melompat turun dari kenderaan pacuan empat rodanya sejurus tiba di perkarangan sebuah rumah banglo tepi tasik. Kawasan itu adalah tanah milik persendirian.

Seorang tukang kebun menyambut kedatangannya.

"Silalah masuk Encik. Nanti saya panggilkan tuan saya"

"Terima kasih"balas Harun lalu melangkah masuk ke dalam pagar dan mengikuti si tukang kebun.

Dia pun duduk melabuhkan punggungnya di bangku meja santai dekat anjung luar rumah banglo berkenaan.

Suasana di situ agak nyaman dan sejuk dek hutan dan pokok-pokok hijau malar segar serta tasik.

Tak lama kemudian muncul lah seorang lelaki agak berusia memakai pijama mewah dan menghisap curut. Beliau ialah Tuan Jailani si pemilik tanah persendirian dan banglo mewah tepi tasik tersebut.

Seorang pembantu rumah indonesia muncul sambil menatang dulang dan menghidangkan dua cawan kopi panas dan kuih-muih.

"Silakan.."pelawa Tuan Jailani. Orangnya agak baik dan peramah.

"Terima kasih"balas Harun.

Pada mulanya Tuan Jailani kurang dapat menangkap maksud kedatangan wartawan utama dari syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR itu. Sehinggalah Harun membuka fail dan membawa keluar foto-foto jasad di dalam inkubator yang berjaya di ambilnya sewaktu masuk ke dalam piring terbang misteri tempoh hari.

Jasad seorang wanita turut terdapat di dalam foto terbabit. Wanita yang amat di kenali oleh Tuan Jailani. Ia adalah salah seorang subjek dan jasad yang terbaring didalam inkubator.

Tuan Jailani terbeliak sambil menutup mulut. Lelaki itu agak terkejut dengan pendedahan foto terbabit.

"Ini Mariah,isteri saya yang hilang beberapa tahun lalu..''katanya.

"Saya tahu. Segala maklumat berkaitannya turut ada di paparkan pada penutup inkubator tu. Dari situ juga saya mendapatkan alamat rumah kediaman tuan sekarang. Malah kalau tak silap saya Mariah Hanif juga adalah seorang penulis dan novelis bukan?"ujar Harun.

Tuan Jailani tersenyum dan mengangguk.

"Kamu kenal juga novelis Mariah Hanif? Hm..cuma sayangnya isteri saya tidaklah berapa di kenali sangat"

"Kakak saya adalah salah seorang peminat karya-karya beliau. Saya masih ingat kakak pernah berasa terkilan apabila gagal mendapatkan naskah karya novel terakhir Mariah Hanif kerana di katakan cetakkan novel itu sangat terhad"

"Betul.. Hal cetakkan terhad itu memang benar. Tapi hal yang sebenarnya ialah ia terpaksa di tarik semula dari pasaran"

"Kenapa begitu pula?''

"Saya tahu hal tersebut telah mengecewakan para peminat karya Mariah. Nanti akan saya ceritakan pada Encik Harun punca sebenarnya"

Harun sudah jadi semakin berminat.

Turut di bawa sekali oleh Harun ialah akhbar BONGKAR yang memaparkan isu tentang pengalamannya bersama wartawan Yeob Maon ketika memasuki pesawat piring terbang Xeno-Voyager.

Di dalam keluaran terbabit juga turut mendedahkan pelbagai lagi foto jasad-jasad individu lain selain Mariah iaitu isteri Tuan Jailani.

                         *****

HARUN duduk seketika sambil menikmati secawan kopi dan kuih-muih yang di sediakan. Dalam pada itu dapatlah dia mencuci mata dengan melihat keindahan halaman rumah banglo tepi tasik itu.

Tak lama kemudian Tuan Jailani muncul semula dari dalam rumah bersama beberapa buah buku novel hasil penulisan isterinya. Dia duduk semula bersama Harun dan menceritakan segala-galanya.

"Mariah seorang penulis. Dia juga amat meminati hal-hal pengkajian hal-hal misteri. Mariah menulis beberapa buah novel dan berjaya di terbitkan. Sehinggalah akhirnya beliau berhasrat untuk menulis sebuah novel berdasarkan pengalaman sebenar yang di laluinya sewaktu zaman kanak-kanaknya"ujar Tuan Jailani sambil menyuakan karya novel terakhir hasil penulisan isterinya.

Harun di fahamkan bahawa semenjak karya terakhir Mariah Hanif di lancarkan,telah terjadi beberapa perkara aneh sebelum berakhir dengan kehilangannya.

Berkerut dahi Harun menatap novel tersebut. Itulah novel terakhir karya Mariah Hanif yang pernah membuat kakaknya terkilan suatu ketika lama dahulu kerana gagal memilikinya.

Novel berjudul Fenomena Kabus Hitam itu sudah agak sedikit berhabuk. Menurut Tuan Jailani,Mariah cuba mengungkapkan kembali pengalaman zaman waktu kecilnya tinggal di apartmen Hunted Hills dan melihat sendiri bagaimana fenonena black fog menyerang para penghuni dekat perumahan terbabit.

Bulu roma Harun tegak terpacak bila nama tapak apartmen itu di sebut dan malah dia baru tahu rupanya penulis Mariah Hanif adalah salah seorang kanak-kanak yang pernah menghuni di pangsapuri berkenaan.

Harun merasakan hal ini sudah semakin menarik. Dia dapat melihat bagaimana jasad novelis hilang yang turut di inkubasi dalam makmal pesawat piring terbang itu mempunyai keterkaitan yang amat kuat dengan apartmen Hunted Hills. Harun sudah tidak sabar untuk terus membongkar misteri ini sehingga ke akar umbi.

"Mariah tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Dia membongkarkan segala rahsia tentang fenomena misteri yang menyelubungi apartmen Haunted Hills ke dalam bentuk fiksyen penulisan novel. Di saat ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain turut pengsan ketika di serang fenomena black fog,Mariah tidak terkesan dengan hal tersebut"ujar Tuan Jailani.

"Maksud Tuan Jailani,isteri anda yang pada waktu itu masih kanak-kanak tidak pengsan?"soal Harun.

"Ya! bahkan dia melihat sesuatu.."

Lelaki pemilik rumah banglo mewah tepi tasik itu terhenti seketika. Dia membuka cermin mata dan meraut wajah.

"Saya fikir tiada orang yang akan mempercayai kata-kata Mariah tentang apa yang di lihatnya. Malah ibu,bapa,kakak dan abangnya sendiri pun enggan mempercayainya. Di tambah pula Mariah pada waktu itu hanya seorang gadis kecil.."

"..Mariah melihat seseorang yang bertingkah laku seperti manusia. Wajahnya aneh. Bersarung tangan. Lelaki itu akan memunculkan dirinya sejurus para penghuni telah di pengsankan oleh serangan kabus hitam. Dia akan menghampiri setiap orang dan memeriksa mereka dengan sejenis peranti yang memancarkan cahaya. Tidak di ketahui apakah fungsinya"

Harun begitu tekun mendengar dan menumpukan perhatian sepenuh hati pada cerita lelaki itu.

"Mariah yang ketakutan lantas bersembunyi di dalam almari di saat kelibat misteri masuk ke rumah dan melakukan hal yang sama pada ahli keluarganya. Hal ini di pendamnya sehinggalah beliau dewasa dan menjadi seorang penulis sebelum di dedahkan melalui karya novel terakhirnya Fenomena Kabus Hitam.

Namun semenjak karya tersebut berada di pasaran,Mariah telah di hubungi oleh seseorang yang tidak di ketahui identitinya. Dia menerima ugutan dan ancaman agar novel Fenomena Kabus Hitam itu di tarik semula dari pasaran.

Mariah membuat laporan polis. Si pelaku masih gagal di kesan. Ancaman demi ancaman dan ugutan terus di terima. Individu misteri itu turut berkomunikasi dengan Mariah melalui telepati minda.

Mariah enggan akur pada ancaman. Novel nya terus terjual. Pada ketika itu sememangnya pihak penerbitan hanya menerbit dan mencetaknya dalam jumlah yang terhad. Namun segalanya terpaksa di hentikan setelah Mariah di dapati hilang. Dan ia adalah perkara sedih yang saya dan anak-anak harus lalui selama bertahun-tahun"ujar Tuan Jailani panjang lebar.

BAB 38:Novel Karya Terakhir

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience