63

Other Completed 76851

ENAM BULAN KEMUDIAN...

"SELAMAT pengantin baru beb!" Natrah memeluk tubuh Fatin yang lengkap dengan pakaian pengantinnya.

Fatin senyum riang. Pelukan dilepaskan.

"Diam-diam kau erk? Tengok-tengok je dapat jemputan!" ujar Natrah. Dia tidak menyangka Fatin bertemu jodoh dengan jiran sebelah rumahnya ,iaitu Farel. Sungguh tak terduga akan aturan Allah.

"Saja nak surprisekan kau" sahut Fatin. Dia cukup bahagia dengan aturan Yang Maha Esa. Saat dikejutkan dengan berita lamaran Farel, dia jadi tak tentu arah saja dibuatnya. Malas nak fikir terlalu panjang, dia terima saja pinangan Farel sementelah Anas yang pernah menjadi pujaan hatinya kini juga sudah berumah tangga.

"Kau datang sorang ke? Suami kau mana?"

"Tu..tengah berborak dengan suami kau" Natrah muncungkan bibir ke arah Eirfan dan Farel yang sedang berborak.

"Aku pun happy tengok kau happy beb" ucap Fatin pula.

"Yelah! Aku ni dah macam permaisuri. Suami aku betul-betul ratukan aku. Aku tak rasa apa-apa yang kurang. Dia betul-betul jaga aku"

Air matanya hampir menitik tatkala mengenangkan semua pengorbanan dan kasih sayang Eirfan padanya. Tak terbalas dengan segala yang telah diberikan.

"Alaa cemburulah aku! Hu hu" Fatin sekadar bergurau.

"Alaa..kau pun ada cik abang kau tu. Dulu bukan main kau ye, puji dia"

Fatin gelak. Dia pandang ke arah perut Natrah yang sudah membuncit itu.

"Berapa bulan dah?"

"Alhamdulillah nak masuk lima bulan dah" ujar Natrah dengan gembira. Benih hasil dari hubungannya dengan Eirfan kini sedang tumbuh dengan baik. Dia tak menyangka Allah memberi rezeki secepat itu kepada mereka.

"Laju erk kau buat kerja?"

Natrah mengekek. Mana tak lajunya. Kalau dah selalu sangat melekat macam gam, itulah hasilnya!

"Elehh perli kita! Nanti kau macam aku jugak, baru tau!" tempelak Natrah pula.

"Ala aku okey je nyahh!!"

Sedang rancak berbual, Azizah datang mendekati. Ketiga-tiga mereka saling berpelukan.

"Hati-hati! Perut aku.." Natrah memberi amaran.

"Alaa baby pun nak peluk jugak!" rengek Fatin dalam nada manja. Natrah geram. Bahu Fatin ditampar lembut. Azizah gelak.

"Ni aku tak mau tengok ni! Hangpa berdua ni buat aku jeles ja! Hu hu..dahlah single mingle ni. Weii Ara! Hang takdak ka kawan laki yang single macam aku? Boleh kenalkan dengan aku"

"Mana ada! Kau pergilah cari sendiri" sampuk Hasma dari arah belakang. Melihat Hasma, mereka semua lantas berpelukan.

"Lama dah tak jumpa korang! Rindulah" rengek Hasma.

"Kita orang lagi rindu dengan kau" sahut Natrah.

"Weii Ara! Berapa bulan dah kau?"

"Lima bulan dah!"

"Laju erkk!"" usik Hasma pula. Natrah merona.

"Aku ja yang masih single. Sedihlah hidup ini..." adu Azizah sambil pamer wajah sedih.

"Takpe. Nanti aku cari seseorang untuk kau. Tapi kalau aku dah jumpa, kau jangan nak cerewet pulak!"

"Okey! Kalau boleh kan, aku nak hang cari yang macam Aaron Aziz ka, macam Remy Ishak ka..."

"Ewah ewah ewah!! Banyak cantik muka hangg!!" Hasma mengajuk cara percakapan Azizah.

Kesemua mereka ketawa melihat telatah Hasma itu.

"Jangan nak demand sangat! Janji ada" sambung Hasma lagi.

"Tu jurugambar. Jom ambik gambar sama-sama" Fatin melambai ke arah jurugambar. Seperti memahami, jurugambar tersebut akur.

Banyak gambar sudah diambil. Hasma mencadangkan buat free style pulak.

"Okey..free style! One two three.."

Klik!! Beberapa gambar sudah diambil. Ketawa keempat-empat mereka memeriahkan suasana di situ.

"SERONOK kan tengok Fatin dan Farel tu? Secepat tu jodoh dorang kan Hubby?"

Eirfan beri segelas susu kepada Natrah. Kemudian punggung dihenyak bersebelahan dengan isterinya.

"Dah jodoh dorang.Aturan Allah tu sesungguhnya yang terbaik. Siapa sangka si Farel yang gila kerja tu boleh secepat bertemu jodoh. Dulu Hubby pernah tanya dia. Nak kerja ke nak kawen? Dia cakap kerja je yang penting"

Natrah tergelak kecil. Sama saja macam Fatin. Banyak dah dia bertemu dengan lelaki, tapi tak satu pun yang melekat. Alih-alih, tersuka pula dengan jiran sebelah.

"Dah jodoh kan Hubby?"

Eirfan mengangguk. "Macam orang tu. Dulu kemain jual mahal. Last-last, gila bayang jugak dengan kiter"

"Siapa entah yang jual mahal?" Natrah merona. Tahulah dia yang Eirfan maksudkan.

Eirfan tergelak.

"Erman mana?" tanya Natrah sesudah Eirfan sudahkan tawanya.

"Dah tidur. Biasalah, nak tokmi dia jugak yang tidurkan. Kalau dengan papa dia ni, banyak pulak cerita dia"

Natrah senyum. "Hubby, bila kita boleh lawat kubur Ehsan?"

Mendengarkan itu, Eirfan tersentak. Itulah pertama kalinya Natrah buat permintaan sebegitu.

"Love nak lawat kubur arwah ke?"

Melihat Natrah mengangguk, senyuman di bibir Eirfan semakin mekar.

"Love dah lama maafkan dia. Love sedar kalau dendam tu tak bagus. Love tak nak terus seksa hati sendiri gara-gara dendam"

"Baguslah. That's my girl! Nanti kita ada masa, kita lawat kubur dia. Hubby pun lama dah tak lawat dia. Kita bawak Erman sekali ye?"

Natrah angguk. Sesungguhnya dia bahagia dengan takdir hidup yang Allah dah tentukan untuk dia. Dia tak mintak lain. Cukup segala kebahagiaan dunia akhirat dan rezeki dari Allah Taala.

"Dah, jom masuk tidur. Sian baby. Mengantuk dia tunggu mama papa dia berborak"

Eirfan pimpin tangan Natrah menuju ke ranjang.

"Sian ngan baby je ke? Mama baby tak?"

"Of courselah kesian! Sayang, cinta, rindu..semualah!"

Serentak itu, tubuh Natrah digendong sehingga ke ranjang.

"Love you" ucap Eirfan penuh romantis seraya mengucup dahi dan pipi isterinya.

"Love you too" Natrah balas setiap kucupan Eirfan dengan kasih.

Malam yang dingin, sesungguhnya kelihatan tenang dan redup saja. Setenang itu hati mereka. Dan seredup itu kasih sayang mereka.

DUA TAHUN KEMUDIAN...

"BAIK-BAIK bawak adik tu Erman" pesan Natrah ketika Erman dan Elina berpimpingan tangan ke gigi air.

Seronok keduanya bermain di pantai. Bergelak tawa dan saling bergurau.

"Sayangg..." seru Eirfan lantas duduk di belakang Natrah. Kepala dan badan Natrah dibawa dekat lalu disandarkan ke tubuhnya.

"Happy je tengok dorang tu bermain. Lama dah rasanya kita tak ke pantai kan Hubby?"

"Aah. Rasa-rasanya dua tahun lepas kan?"

"Masa Hubby lamar Love kat sini. Unofficial proposal!"

Eirfan tergelak. Betullah tu! Lamaran tak rasmi. Untung Natrah terima. Kalau dia kata tak, gigit jari lagilah dia!

"Tak sangka lepas dua tahun kita ke sini lagi"

"Tu lah.. Hubby busy sangat. Sampai takde masa nak bawak Love dan anak-anak kat sini"

Natrah sedia maklum akan kesibukan Eirfan itu. Walaupun begitu, mereka sempat juga melancong ke luar negara. Cuma untuk ke pantai itu yang jarang.

"Itulah! Bawak ke luar negara dapat pulak. Ke pantai yang dekat je tak sampai-sampai!" Natrah memerli.

"Alaa bukan tak dapat! Belum ada rezeki nak jejak sini lagi. Sekarang dah dapat kan?"

"Yelah Hubby!"

"Erman! Elina! Jangan main jauh sangat sayang" jerit Eirfan. Risau dia melihat anak-anaknya nun di sana.

"Jomlah kita join dorang!" usul Natrah lantas bangkit dari posisinya.

Eirfan akur. Dia dan Natrah berpegangan tangan menghampiri anak-anak mereka.

"Mama dan papa datang ni!!" sergah Eirfan dalam nada bergurau.

Mereka berempat saling mengejar di sepanjang gigi air itu. Kedengaran gelak tawa Erman dan Elina mengisi petang yang damai itu.

NATRAH pandang cermin di dalam bilik air itu. Wajahnya membahang dan dadanya bergetar. Lima minit yang ditunggu sudah berlalu.

Dia pejam mata. Kemudian, celik semula. Hasil ujian itu ditilik semula. Hampir terjerit suaranya saat melihat hasilnya.

Seakan tak mampu nak mempercayainya, dia tekup mulut. Wajarlah sudah tiga bulan dia tak period. Rupanya ada yang menumpang.

"Love..apa lama sangat dalam tu? Cepatlah keluar. Hubby nak tengok baju tu"

Natrah hampir lupa mengenai baju itu. Dia pandang dirinya di dalam cermin. Rasa nak menangis pun ada.

"Kejap Hubby!" Natrah pusing badan. Hmm, wajahnya mencuka.

"Kenapalah dorang jual baju ni? Ni tak cover apa-apa! Langsung!"

Penampilannya dipandang lagi. Seksi gilerr! Ni kalau suami dia tengok, mahu tak lepas dia nanti!

"Love!!" Tombol pintu sudah dipusing berkali-kali.

"Ye Hubby. Nak keluar ni!"

Eirfan ni pun, tak menyempat!

Natrah menapak keluar perlahan-lahan. Dadanya bergetar. Entah kerana pandangan Eirfan atau kerana hasil ujian tersebut.

"Woww!! Seksinya!" Eirfan sudah berdiri di hadapan isterinya. Dia telan liur melihat baju yang tersarung di tubuh Natrah itu. Terlalu nipis sehinggakan hampir nampak keseluruhan tubuh badannya.

"Kenapa Hubby beli baju ni?"

"Saja" Tubuh Natrah sudah dibawa rapat ke sisi.

"Ke Hubby beli untuk orang lain?"

Mata Natrah mengecil memandang suaminya. Sebentar tadi, ketika dia mengemas almari baju, dia ternampak baju seksi itu di dalam kotak hadiah. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Eirfan tak menjelaskan apa-apa sebaliknya menyuruh dia mencuba baju itu.

"MasyaAllah! Hubby nak beli untuk siapa kalau bukan untuk Love?" Seluruh wajah Natrah menjadi sasaran bibirnya. Sungguh, dia tak mampu nak tahan diri saat melihat Natrah berpakaian begitu. Nafsu yang satu itu sudah menjerit.

"Tipulah! Kenapa tak bagi dengan Love kalau nak beli untuk Love?" Natrah masih tak puas hati. Biarpun seluruh wajah dan tubuh kini menjadi sasaran Eirfan, dia masih tak ambil pusing.

Eirfan mendengus. Tak senang buat kerja dia apabila Natrah banyak menyoal.

"Nantilah! Hubby tak jawab lagi soalan Love" Natrah tolak tubuh Eirfan menjauh.

"Love!!" Eirfan menggerutu. Natrah ketawa.

"Suka tau mainkan perasaan orang!" rungut Eirfan. Dia sudah menapak ke katil dan berbaring di situ. Kalau Natrah sudah bermain tarik-tali begitu, dia malas nak mulakan balik. Penatlah!

Natrah mendekati suaminya. Tubuh Eirfan dipanjat. Dia tahu apa yang suaminya mahu. Dia juga mahukan benda yang sama.Namun selagi tak bertemu jawapannya, dia takkan berganjak.

"Jawablah dulu!"

"Okey, Hubby beli untuk Love. Hubby ingat nak bagi masa anniversary kita nanti. Tapi Love dah jumpa dulu. So surprise tak menjadilah"

"Ada ke orang bagi lingerie untuk hadiah anniversary?"

"Ada! Hubby!"

Natrah tergelak. Bibir Eirfan dikucup mesra. Tindakan Natrah bikin Eirfan jadi gila. Setiap kucupan dan sentuhan Natrah dibalas dengan penuh nikmat.

Dari leher, Eirfan beralih ke bahagian dada pula. Saat bibirnya ingin hinggap di situ, Natrah pantas mengelak.

"Kenapa?" soal Eirfan.

Natrah tunjuk hasil ujian tadi kepada suaminya. Eirfan kerut dahi. Dia lihat ada double-line pada pregnancy test tersebut.

"Is this mean...?"

Natrah mengangguk dalam senyuman.

"Another baby?" tanya Eirfan lagi, seakan tak percaya.

Sekali lagi Natrah mengangguk. Eirfan peluk tubuhnya dengan erat. Elina sudah berusia dua tahun. Dia juga ingin punya anak lagi. Dan kejutan malam itu sungguh menggembirakan hatinya.

"Bila check?"

"Tadi. Masa dalam toilet. Dah tiga bulan Love tak period.."

"Syukur. Elina pun dah dua tahun. Terima kasih sayang"

Dahi Natrah dikucup berkali-kali.

"Nanti kita kena pergi klinik. Bukak buka pink. Lepastu nak kena bagitau mummy, daddy, kak Bihah..."

Tak sempat nak lanjutkan ayatnya, Eirfan sudah kucup bibir itu. Geram pulak dia tengok bibir itu tak henti bercakap. 'Kerjanya' pun asyik tergendala saja.

"Nantilah buat kerja tu! Kerja kita pun tak siap lagi!"

Natrah tersenyum nakal. Yang tertunda sebentar tadi, disambung kembali.

Hangatnya cinta dan dakapan Eirfan, tak pernah sekalipun padam untuk wanita bernama Nur Natrah itu. Jika diberi pilihan, dia akan terus memilih Natrah menjadi penampingnya. Sesungguhnya bahagia yang diimpikan sudah menjadi miliknya. Keluarganya sudah lengkap. Benar kata pujangga, ada pelangi indah selepas lebatnya titisan hujan.

Semoga kebahagiaan itu milik mereka abadi!

TAMAT.

tamat dah. tqsm pd yg sudi menemani eirfan dan natrah selama ni.. pd yg follow, yg bagi komen, terimakasih sgt2.. segala kesabaran korang kiki hargai sgt2.. pd yg tkurang atau tlebih, kiki mohon maaf ye? sesungguhnya, koranglah yg buat kiki smngat nak menulis. tqsm guys ;) hugs and kisses <3 happy reading. insha Allah, jumpa lagi di lain naskhah *_*

Share this novel

Norzilawati
2025-01-22 15:25:46 

dh happy ending.. loove utk author. lepas ni rindu ngan natrah n eirfan


NovelPlus Premium

The best ads free experience