Bab 60

Detective Completed 54058

HARIS itu benar-benar mengotakan apa yang diberitahu pada pekerja mereka. Suaminya membawa Dara pergi bercuti untuk menenangkan jiwanya. Bagi Dara, jiwa dia lebih tenang jika Haris sentiasa di sisinya. Dia tak perlukan terapi lain kalau Haris itu sememangnya terapi dia sejak dari dulu lagi. Terapi yang sering menggamit semua emosinya munculkan diri. Yang buatkan rasa sayangnya kian bercambah.
Yang membuatkan Dara semakin sayang pada suaminya, percutian itu bukan hanya untuk mereka berdua. Tetapi melibatkan juga kelima-lima orang pekerja mereka untuk turut serta. Rupanya dalam diam, pekerja mereka yang menjadi dalang Haris. Merekalah yang mencari tempat dan menyusun aktiviti sepanjang percutian tersebut sesuai dengan kehendak Haris.
Memikirkan hal tersebut, ketawa Dara meletus. Kepala tergeleng perlahan.
Hari ini, Haris awal-awal lagi sudah ke Café. Hari ini juga merupakan hari pertama Dara memandu setelah lama menggantung lesen memandunya. Semestinya dia telah mendapatkan persetujuan daripada Haris terlebih dahulu. Sebagai jaminan, semalam suaminya sendiri menjadi pegawai pengangkutan jalan raya. Dari segi permarkahan dan pemantauan, dia lulus dengan cemerlang, barulah lesen memandu dia dikembalikan.
Lamunan Dara terganggu saat dia sedang bersiap. Telefon di depan meja soleknya berbunyi.
“Ni mesti Haris…” omel Dara perlahan sambil mencapai telefon yang tidak berhenti menerima notifikasi.
Kening Dara yang dirias rapi hampir kurang kekemasannya gara-gara terlalu lama berkerut. Bukan Haris yang sedang menghantar pesanan padanya. Tetapi salah seorang pekerja mereka yang menghantar pesanan secara peribadi. Entah mengapa Dara diserang rasa tidak sedap hati. Jarang-jarang pekerja dia menghantar pesanan terus kepadanya. Selalunya, mereka lebih aktif dalam whatsapp group.
+ Puan…Maaf ganggu. Puan jadi datang tak hari ni?
+ Encik Haris macam moody je.
+ Puan boleh datang? Encik Haris mengamuk besar!
Tadi elok kening saja yang terjejas. Kali ini, mata dia juga mengalami masalah yang sama. Bulu mata yang elok dilentikkan, hampir gugur bila dia mengerdip mata laju. Dia takut salah membaca mesej yang diterima bertali arus daripada Safiya. Pekerja paling muda di antara mereka semua. Belum sempat dia membalas mesej daripada Safiya, dia menerima lagi pesanan.
+ Kami tak salah, puan. Kami perlukan puan untuk jelaskan pada Encik Haris.
Tanpa berlengah, beg tangan dicapai. Boleh jadi, pemanduan Dara hari ini tidak selancar semalam setelah membaca pesanan Safiya. Tadinya, dia baru berniat untuk memandu santai supaya lebih berhati-hati. Nampak gayanya, dia terpaksa lupakan hasratnya untuk bersantai-santai di atas jalan raya. Dia perlu segera sampai ke sana.
“Hang on, baby…” Tangan Dara naik mengusap perutnya.
Ketika hamilkan Lukman, Haris selalu marah-marah. Adakala, suaminya mengamuk. Tetapi semua itu bukannya dituju padanya. Cumanya, pantang ada salah di tempat kerja, memang semuanya akan menerima amarah Haris.
Tapi untuk kehamilan kedua, ini kali pertama dia mendengar Haris mengamuk besar. Pastinya sangat-sangat besar sehingga Safiya menghantar emoji menangis sebentar tadi.
“Calm down, Dara…Walk slowly…Fikir yang kau sedang mengandung…” Dara cuba stabilkan emosinya. Dia tahu, tanpa sedar dia melangkah terlalu laju. Dia perlu fikirkan anak dalam kandungannya. Tak mahu kehilangan buat kali ke dua. Ini hasil usaha keras mereka demi meneruskan legasi Hilman Haris.
Kurang setengah jam, Dara berjaya sampai ke Café dengan selamat. Rasa tidak sedap hatinya kian memuncak bila melihat papan tanda di pintu Café bertukar ‘close’. Nampaknya, semua staff terlibat. Kalau seorang dua, Haris tidak akan mengambil keputusan untuk menutup kedai.
Selesai mengambil nafas, Dara menolak pintu. Radar matanya terus dihidupkan, mencari keberadaan mereka semua. Namun tiada sesiapa kecuali seorang di kaunter.
“Mana bos?” Soal Dara pada Hakim yang sedang mengelap gelas dan disusun atas rak.
“Bos dekat bilik mesyuarat.”
Wajah keruh Hakim semakin mengundang tanda tanya dia.
“Mood bos, okey?” Dara naikkan ibu jarinya.
Hakim geleng kepala laju.
“Macam ni?” Dara terbalikkan pula ibu jarinya ke bawah.
Hakim nampak teragak untuk mengangguk. Tidak lama kemudian barulah dia nampak Hakim turunkan kepala sekali.
Merela semua telah pun menerima kesan kemarahan Haris agaknya. Semua takut-takut untuk memberitahu mengapa Haris begitu.
“Tak apa…Saya nak jumpa bos.”
“Jangan!”
Tak jadi Dara ingin melangkah bila Hakim menahan dia masuk ke bilik mesyuarat.
“Jangan risau. Tahu lah saya uruskan bos awak tu.” Dara berikan jaminan.
Sempat Dara memberi senyuman tipis sebagai tanda Hakim perlu percayakan dia. Dia akan pastikan keadaan kembali sedia kala. Malah, Dara akan cuba menjadi orang tengah di antara Haris dan pekerja mereka. Selesaikan apa yang patut supaya tiada lagi salah faham yang tercetus.
Sesampai saja di depan pintu, Dara gali semua aura positifnya. Aura tersebut sangat diperlukan untuk berhadapan dengan aura Haris yang pastinya sangat luar biasa. Dia tidak mahu kalah dengan aura jahat Haris.
Dara lukis senyuman selebar-lebarnya. Tangan dijatuhkan pada tombol pintu lalu dipulas. Langkah pertama dia berjaya menarik perhatian Haris dan tiga lagi staff wanita.
“Morning!” Dara mengambil tempat di sisi Haris tanpa diminta, malah dia sempat mengerling pada Safiya yang berada di tengah-tengah. Apa yang dia nampak melalui renungan anak muda itu adalah ucapan terima kasih di atas kemunculannya.
“What happen?” Dara pandang mereka dan Haris silih ganti.
“Biar abang settle kan.” Haris bertindak mengusir Dara. Dia tidak mahu fikiran isterinya terbeban dengan masalah pekerja. Dara masih dalam proses pemulihan emosi.
“Siapa cakap lady boss tak perlu terlibat sama dalam mesyuarat ni? Undang-undang mana yang melarang isteri bos tak boleh masuk campur? Saya tak nak makan gaji buta.” Jawapan balas Dara mengundang ketidakselesaan Haris.
“Fine…” Akhirnya Haris mengalah. Dia kembali fokus pada tiga manusia di depannya. Sejak dari tadi dia meraih pengakuan, tapi belum ada seorang pun di antara mereka yang ingin berbuat demikian.
Bagi Haris, hal ini cukup besar. Dia tidak mahu menyimpan pekerja yang mempunyai masalah peribadi, dan masalah itu terheret ke tempat kerja. Boleh jadi, reputasi perniagaan mereka akan terjejas kerana menggaji pekerja yang tidak pandai membahagikan masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja. Itu prinsip Haris sejak dia membuka café ini lagi.
Haris duduk bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.
“Which one? Awak ke Safiya?” Haris terus menyoal, matanya tertumpu pada Safiya. Gelengan kepala Safiya terlebih dahulu menjawab soalan Haris.
“Bukan saya bos!” nafi Safiya keras.
Dara memerhati mereka satu persatu. Dia masih kurang jelas apa kesalahan mereka bertiga sehingga perlu membuat pengakuan. Besar sangat ke kesilapan yang telah mereka lakukan?
“Kalau bukan Safiya, awak Liyana?” Haris beralih pada sebelah kanan Safiya. Liyana jua memberi reaksi yang sama. Malah, mata Liyana merah. Hampir saja menitiskan air mata.
Tadi Dara berniat untuk menjadi pemerhati, sekarang dia perlu tarik semula keputusannya bila ke semua mereka nampak tidak tentu arah. Dia cukup kenal dengan sikap Haris yang akan mencari tahu penyelesaian sesuatu masalah sampai ke lubang cacing. Gertak pun sanggup asalkan suaminya menemukan jawapan tersebut.
“Ni…Takkan Hakim atau Nasir yang punya? Sebab tu saya panggil awak bertiga.” Haris menghulurkan bungkusan plastik lutsinar pada mereka bertiga.
Tumpuan mereka termasuk Dara tertancap pada bungkusan tersebut. Kemudiannya Dara pandang Haris sebelum pandangan dia berakhir pada mereka bertiga. Dia diserang serba salah bila ketiga-tiga mereka hampir saja menangis.
“Kami tidak pernah buat perkara tak elok bos. Saya kenal Liyana dan Hajar. Kami masih tahu beza halal haram lagi.” Safiya bersuara bagi pihak mereka. Walaupun Safiya masih muda, tetapi dek kerana menyandang anak sulung dia nampak lebih bertanggungjawab bela diri bagi pihak rakannya yang sudah berlinangan air mata.
Dara menghela nafas. Sangat panjang. Tanpa dia sedar, kelakuan dia mengundang lirikan Haris.
“Kan abang dah cakap, tak perlu turut serta. Hati D tak akan kuat tengok air mata dia orang.” Haris berbisik padanya.
Bukannya Dara menoleh, sebaliknya pandangan dia bersabung dengan mata Safiya juga yang mula berkaca.
“Puan percaya kami? Kami tak pernah buat perkara tu. Kami datang jauh-jauh pun demi mencari sesuap nasi untuk sara keluarga kami.” Safiya masih berusaha menepis semua bukti yang terhala pada mereka biarpun belum ada tuduhan yang dibuat oleh Haris.
Dara pejam mata sesaat sebelum jatuh pada barang bukti yang masih berada di tangan Haris.
“Where did you find it?” Dara bertanya pada Haris, matanya menjeling plastik tersebut, kemudian dia memandang Haris. Dia perlukan jawapan.
“Ladies toilet.”
Jawapan ringkas sang suami sudah memadai untuk Dara buat keputusan tepat. Dia segera palingkan wajah daripada tatapan Haris.
“Awak semua tak salah.”
Rakan-rakan Safiya yang tunduk mengesat tubir mata, panggung kepala. Riak wajah mereka jelas terkejut dengan apa yang baru disebutkan Dara.
“Saya percayakan awak semua. Mungkin ada salah faham yang sudah berlaku.” Dara yakinkan mereka bertiga bila masing-masing masih tidak percaya.
Perlahan-lahan dia diperlihatkan senyuman mereka. Senyuman mereka itu bercampur dengan tangisan gembira.
“Alhamdulillah, puan…Terima kasih!”
“Terima kasih, puan!”
“Terima kasih puan percayakan kami.”
Dara menerima ucapan bertali arus setelah berjaya menyelesaikan masalah mereka. Dan masalah terbesar Dara akan menyusul sebentar nanti. Dia bakal menerima amarah Haris. Bahang kemarahan suaminya sudah pun dia rasai sejak dia menguasai perbualan.
“Awak semua boleh pergi.”
Serentak mereka bertiga bangkit. Dua ke tiga kali mereka menunduk dan mengucap terima kasih tanpa lelah. Dara melemparkan senyuman sebelum kelibat mereka bertiga hilang disebalik pintu.
“What are you have done? Abang belum selesai soal siasat mereka. Abang belum cerita macam mana abang jumpa benda ni.” Plastik lutsinar tadi dicapai, lalu ditunjukkan pada Dara.
“Abang dah anggap dia orang tu macam adik-adik abang. Dah jadi tanggungjawab abang untuk cari tahu masalah mereka, apa lagi bahan bukti terjumpa pula di sini. Dekat dalam tandas perempuan.” Senada Haris bersuara. Muka dia merah padam.
Dara diam. Dia tahu, Haris memang patut pun marah. Tapi, dalam waktu yang sama dia juga ingin menjernihkan keadaan. Mengelak daripada salah faham terus berlarutan.
Dia diperdengarkan rengusan suaminya.
“Sampai-sampai je pagi tadi, makcik cleaner bagi abang pregnancy test yang dia jumpa dekat tandas staff perempuan. And I was shocked when see the result.” Turun nada suara Haris. Dia sedang mengawal marahnya. Dan dia tahu Dara akan begini. Dara sering dahulukan kedamaian untuk kebaikkan semua pihak. Jadi, dia tak patut marahkan isterinya.
“Abang takut kalau mereka ada yang buat sumbang mahram sampai mengandung. Tapi, dalam waktu yang sama abang pun tak percaya mereka buat begitu.”
“It’s mine, Haris.” Sudah masanya dia mengaku. Kalau tidak, Haris akan terus-terusan syak mereka bertiga punya pregnancy test.
Kerutan di wajah Haris muncul.
Dara mengambil plastik yang masih berada ditangan suaminya. Dia tahu, Haris masih terkejut dan tidak percaya.
“Pregnancy test ni D punya…Sebelum kita pergi bercuti lagi D dah tahu, dan D tunggu masa yang sesuai untuk beritahu abang.”
Diam di pihak Haris. Dia masih sedang memproses maklumat yang baru dia terima. Dia menggali semula memori sebelum-sebelum ini. Memori di mana dia terlepas moment Dara melakukan ujian kehamilan secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Ketika itukah dia sedar sesuatu setelah lima minit mengingat kembali kejadian tersebut.
“Yes! Hari yang abang tangkap D suka bunga. Hari tu D ada buat pregnancay test. And that’s it.” Muncung dia terhala pada kit di tangan.
“Tak percaya…Jom kita pergi klinik.” Ajak Dara bila Haris masih diam tidak berkutik.
“Trust me, Haris.” Haris itu sedang memberi pandangan tidak percaya kepadanya.
“Abang akan percaya kalau kita buat ujian tu depan mata abang. Abang tak nak miss satu step pun!”
Kelip-kelip Dara pandang Haris setelah mendengar arahan mandatori tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience