Bab 9

Drama Completed 19407

Dia rasa sakit pada pipinya.Rasanya dah lama dia tak kena penumbuk.Naurah memandang lelaki itu.

"Encik Isaac?"soal Naurah memegang bahu lelaki itu.Lelaki itu mencerlung memandang gadis itu.

"Sakitlah!!" jerkah Althaf pada Naurah.Naurah sedar itu adalah Tuan Althaf.

"Tuan....tuan...maaf saya tak sengaja..."ucap Naurah.Dia memang bukan sengaja pun kalau dah si Ishak tu buat hal memang kenalah dia.

Althaf mengosok pipinya.Dia memandang gadis itu yang tidak keruan.

"Yang kau tercegat depan aku ni kenapa?"soal Althaf.

"Tadi Encik Ishak...panggil saya..tu saya dekat sini..kalau ikutkan saya nak pergi lunch.."ucap Naurah menerangkan semula supaya Tuan Althaf faham.

"Ishak? Ishak mana pulak?"soal Althaf.

"Eh... maksud saya Encik Isaac...hehe...kalau tak ada apa saya pergi lunch dulu..tinggal 30 minit je ni.."ucap Naurah melihat jam dipergelangan tangannya.

"Okay....pergilah..lepas lunch jumpa aku dekat pejabat..jangan lewat...ingat..."kata Althaf.

"Baik...bos... saya pergi dulu.."ucap Naurah meninggalkan lelaki itu.Althaf memandang kereta dibelakangnya.

"Sebab kau aku kena tumbuk...kurang ajar punya cina..."ucap Althaf terus masuk ke dalam keretanya.

*********

Lepas makan tengahari dia berdiri tegak didepan pintu pejabat Tuan Althaf.Dia mengetuk perlahan.

"Come in!!"suara garau itu memanggil.Naurah membuka pintu dan menjengahkan wajahnya.

Dia melangkah ke arah lelaki itu.Dia tahu sekarang ni lelaki didepannya itu sedang panas hati.Zukie masuk setelah Naurah.Dia memandang Tuan Althaf.

"Eh... Tuan kenapa muka Tuan tu?. Tadi sebelum lunch elok je?"soal Zukie.

Althaf mencerlung memandang Naurah.Dia mengetap bibirnya.

"Ada orang tak puas hati dengan aku...jadi dia tumbuk muka aku..."ucap Tuan Althaf sambil memandang Naurah.

"Awak tumbuk ke Naurah?"soal Zukie.

"Eh tak Tuan....Zukie...saya betul tak sengaja...Encik Isaac tu...pegang..saya..mestilah saya marah..."jelas Naurah pada mereka berdua.

Zukie ternganga.

"Bukan pegang yang tu....tarik bahu saya suruh ikut dia...tu yang saya tumbuk muka Tuan Althaf...tak sangka pulak Tuan bertukar dengan dia..."ucap Naurah.

Naurah diam.

Althaf memicit kepalanya.Dia betul-betul serabut dengan Isaac yang berani bertindak lebih dari jangkauan dia.

"Lepas ni kalau dia cuba apa dengan kau... please...tolong...jangan....tumbuk muka aku...muka aku ni aset...faham..."ucap Althaf memberi arahan.

Naurah memuncungkan bibirnya.Bola mata Althaf besar melihat bibir gadis itu.

"Kau nak aku potong muncung kau ke?"soal Althaf serius.Naurah menyembunyikan bibirnya.

"Sorry..."ucap Naurah.

"Comel pulak.."ucap Althaf terlepas tapi rasanya Naurah tak dengar.Zukie memandang Tuan Althaf.

"Naurah...jom ikut aku ambil kereta kau..."ucap Althaf bangkit dari kerusi kerjanya.Naurah mengangkat wajahnya.

"Kereta saya dah siap?"soal Naurah.

Zukie memandang Tuan Althaf.Bukan dia ke yang kena ambil kereta tu kenapa pulak tukar rancangan?.

"Tuan bukan saya yang bawa Naurah ambil ke?"soal Zukie.Althaf menyeluk tangannya dalam poket seluarnya.

"Kau ada kerja kan...biar aku je bawa dia..."ucap Althaf terus berjalan keluar.

Zukie memandang mereka berdua keluar dari pejabat.

Naurah mengikut langkah kaki Althaf yang laju menuju ke lobi.Kereta lelaki itu sudah tersedia oleh valet.

*********

Naurah hanya diam sahaja tidak berbicara.Dia melihat tangan kekar lelaki itu memegang stereng.Dia tak pasti dalam kereta ni penghawa dingin sejuk atau pun keadaan mereka berdua ni yang kaku.

Althaf melirik pada Naurah yang diam.Selalu mulut macam bontot ayam.

"Asal kau diam?.Kalau dengan Isaac bukan main kau berbual?"soal Althaf.

"Ahh...itu sebelum saya tahu yang dia tu...karakter kedua Tuan...saya diam sebab saya tak ada apa nak cakap nanti Tuan label saya minah kepochi pulak ...."ucap Naurah.

"Kepochi tu apa? Sejenis Mochi ke?"soal Althaf.Naurah memandang lelaki itu dan hampir tergelak.

"Seriuslah Tuan tak tahu kepochi tu apa?"soal Naurah yang menyembunyikan senyum.

Naurah tergelak kecil.Althaf memandang gadis itu.Baru kali ni dia nampak gadis itu senyum dan gelak dengannya.

"Kau kenakan aku?"soal Althaf.Naurah menggelengkan kepalanya laju.

"Mana ada...saya cuma pelik kenapa Tuan tak tahu kepochi tu apa?. Kepochi macam kuat bebel kuat bercakap tanpa henti sampai peningkan kepala orang.Dia bukan makanan"jelas Naurah.

"Tahulah aku...tak payah nak explain sangat..."ucap Althaf sembunyikan malu.

Mereka kembali diam.Naurah bermain dengan jarinya.Perjalanan terasa lama pulak.

"Kenapa Tuan tak suruh pergi ambil kereta sendiri je...menyusahkan Tuan...nak hantar saya pergi bengkel..buang masa Tuan je..."ucap Naurah.

Althaf menjelingkan matanya pada Naurah.Gadis itu menundukkan pandangan.

"Kalau bercakap dengan orang jangan suka tundukkan muka kau.Kalau depan klien kau buat macam tu.. first impression je dia tahu kau tak confident..."tegur Althaf.

"Tuan.. garang sangatlah..cuba lembut sikit ..kalau salah tegur baik-baik.Kadang kecut perut saya ni"ucap Naurah.

Althaf tersenyum sedikit.

"Kau nak aku bercakap lembut dengan kau?.Boleh...kau nak aku boleh je..tunaikan.."ucap Althaf.

"Macam tulah Tuan baru saya semangat nak datang kerja hari-hari.."ucap Naurah dengan wajah bersinar.Althaf mengangguk.Cakap lembut ya...kejap...

Kereta dipandu Althaf berhenti dipersimpangan lampu Althaf dah menyengetkan badannya sedikit.

"Tuan buat apa?"soal Naurah.

"Naurah...sayang..lepas ni saya akan cakap macam ni dengan awak"

Naurah hampir tercekik air liur sendiri dengan suara menggoda lelaki itu.

"Bukan..."

"Ya sayang...kenapa? Ada apa-apa?"soal Althaf dengan nada yang masih lembut.

Naurah memandang ke hadapan melihat lampu sudah bertukar hijau.

"Tuan dah hijau..."ucap Naurah.

"Ya sayang..."ucap Althaf terus memandu.Naurah rasa menyesal pulak cakap macam tu.

"Ahh? Tuan cakap macam biasa jelah...saya rasa meremang pulak"ucap Naurah mengosok tengkuknya.

********

Naurah melihat keretanya sudah siap dibetulkan.Agaknya berapa kena?.

Dia melihat Tuan Althaf yang baru keluar dari kedai.Dia memanti.

"Macamana okay tak kereta?"soal Althaf.

"Alhamdulilah okay... Tuan...berapa kos ni?"soal Naurah sambil nak mengeluarkan dompet.

"Saya dah bayarkan....simpan jelah duit tu buat bayar benda lain.Tak banyak pun..."ucap lelaki itu memandangnya disebalik kaca mata hitam.

"Terima Kasih Tuan...sebab bayarkan...nanti saya belanja Tuan kopi..."ucap Naurah.

"Kopi je?"

"Ialah kopi...je... Tuan nak apa?"soal Naurah semula.

Althaf mendekatkan diri pada Naurah.Jarak mereka tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh.Tangan kiri lelaki itu melekat dekat pintu kereta Naurah.

"Saya nak.... Awak....."ucap Althaf lembut.Naurah memandang lelaki itu.Dia terkesima.

What? Ni Tuan Althaf ke Encik Isaac?.Tapi rasanya Tuan Althaf tak tidur atau pun penat.

Dia rasa jantungnya dalam keadaan bahaya harini.Terlalu banyak kejutan dan perkara berlaku padanya harini.Dia perlu buat pemeriksaan jantung nampaknya.

Dia rasa jantungnya dalam keadaan bahaya harini.Terlalu banyak kejutan dan perkara berlaku padanya harini.Dia perlu buat pemeriksaan jantung nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience