Hanya kesibukan ini yang dapat meredakan hangat hati Yusoff. Dia cukup suka waktu sibuk untuk expo. Dari dia mula bersiap waktu bangun tidur, expo bermula jam sembilan pagi dan berakhir jam sembilan malam.
Dia akan bekerja bagai orang gila. Walaupun bukan kerja dia kerana dia Boss tidak mengapa, semuanya dia akan tolong kakitangannya lakukan.
Menjelang dia pulang ke bilik selepas jam sembilan malam hatinya akan kembali dihurung pelbagai rasa. Tidak tahu harus marahkan siapa?. Apa yang harus dia buat?.
Mencari tahu kebenaran dengan cara berdepan dengan Khairul bukanlah tindakan yang bijak. Dia semakin berperasangka dan semakin sakit hati dengan Khaleeda.
Mahu membenci, tapi sayangnya dia pada Khaleeda hanya Allah yang tahu.
Bodoh sungguh Khaleeda menjadi perempuan kerana suka dan memilih lelaki seperti itu untuk dicintai.
Dia mahu menelefon bercakap dengan Khaleeda tapi dia bimbang hati yang hangat ini buat dia mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Dia masih mahu menyimpan Khaleeda untuk membalas kesakitan hatinya di masa lalu.
Betulkah itu tujuannya? Hatinya benci atau cinta?.
Apa sebenarnya yang mahu dia tahu?
Kebenaran!.
Ya, kebenaran. Tapi kebenaran yang bagaimana?.
Lelaki itu mungkin sudah menipu Khaleeda. Punca adanya bayi dalam rahim perempuan itu dan dia pula tiba-tiba terikat menjadi suami. Permulaan tercetusnya segala huru-hara perasaan ini kepada dia.
Bimbangnya dia jika jawapan yang ditagih atau langkah berdamai yang dia ambil, Khaleeda akan lakukan lagi tindakan seperti tujuh tahun yang lepas.
Akibatnya sekarang dia mengikat status Khaleeda sebagai isteri secara paksa, jika dia tidak berbuat begini dia yakin tidak mustahil dia akan kehilangan Khaleeda sekali lagi.
Kerana Khaleeda pernah memilih lelaki itu dari memilih dia walau dia merayu-rayu bagai pengemis. Dia tidak sanggup melalui episod itu sekali lagi. Kesakitan itu dia tidak sanggup.
Dia bukan siapa-siapa di hati Khaleeda. Berapa kali sepanjang sebumbung di banglow sekarang ini Khaleeda minta dilepaskan.
Tegakan hati Khaleeda. Setiap kali dia mendatangi Khaleeda, isteri itu lazimnya melawannya dahulu.
Tiada cinta di hati Khaleeda untuk dia.
Cinta dia pada Khaleeda yang tidak dapat dibuang hanya menyebabkan dia rasa terlalu sakit sampai tega menyakiti Khaleeda dengan cara dia pula seperti sekarang.
Seminggu yang lepas sebelum May ke Kuantan atas urusan kerja, dua kali dia dapat menelefon ke rumah kerana rindukan permata hatinya Khalisya.
Ketika Khaleeda sendiri menelefon dia abaikan. Entah sampai bila hatinya ini harus dikekal kebal dengan keputusan mahu menghukum Khaleeda.
Entah sampai bila.
@@@@@@@
Menjelang malam Khalisya melepek bagai selimut tidak berlipat. Demam kebah dan demam semula. Siang nampak sudah sihat menjelang malam demam semula.
Mahu menelefon Miss May bimbang mengganggu. Sudah menelefon sebenarnya beberapa hari yang lalu. Memang sibuk, memang mengganggu.
Cuba juga menelefon Yusoff mahu meminta pendapat apa harus dia buat. Dua kali menelefon, dua kali itu tidak berjawab.
Istighfar, tarik nafas dan lepas perlahan-lahan. InsyaAllah tiada apa-apa.
Tapi ini pertama kali Khalisya demam seteruk ini. Sebelum ini jika demam sekalipun ubat belum habis sebotol si anak sudah melenting-lenting bagai anak kijang.
Risaunya...
Tolonglah ya Allah.
@@@@@@@
"Korang nak dengar gosip tak?"
"Apa dia?".
"Booth kebudayaan sana tu ada cite panas?".
"Cite apa?".
"Kan ada lelaki yang tinggi, putih-putih tu..."
"Ha Aa... kenapa?".
"Aku kenal tu. Orang Putrajaya..."
"Cepatlah cerita. Lambatlah kau ni."
"Dah kahwin tapi nak masuk dua minggu ni pasang mata air kat sini. Tiap malam bawak masuk bilik."
"Huhu... ye ke? Inilah orang lelaki!".
Yusoff hanya memasang telinga perbualan panas kakitangannya. Biarkanlah...
"Cubalah jadi macam Boss. Handsome pun setia pada yang satu kan Boss."
Salah seorang cuba menyabit dia. Kemudian tergelak suka. Yusoff sekadar tersenyum. Lantak kau oranglah. Janji kerja siap. Hari ini hari akhir dan hasil keseluruhan kerjasama sepasukan ditahap cemerlang.
Kerjanya mengiringi beberapa kementerian dan syarikat dalam negeri untuk beberapa perjanjian perniagaan dengan syarikat dan kementerian luar negara sudah selesai dengan jayanya.
Alhamdulillah dalam pada dia berperang dengan masalah perasaan masih dia berjaya mengimbangi masalah dalamannya dengan kerja hakiki.
Dapat juga dia menyambar dua tiga kontrak kerja dengan nilai komisen yang... Alhamdulillah.
Yusoff berdiri meregangkan badan di hadapan pintu booth. Memandang persekitaran tapak expo. Pukul sembilan malam nanti mereka akan berkemas. Esok sudah boleh pulang.
Tiba-tiba...
Meluru ke dadanya seorang perempuan. Langsung melekap memeluknya sambil menangis teresak-esak.
"Boss!... apa Boss dah buat?."
Kakitangannya ikut terperanjat lalu seorang darinya menyoal. Dia yang cuak menggeleng tidak tahu. Siapa ni melekat kuat bagai teritip dan menangis pula?.
Yusoff sedaya upaya meleraikan si perempuan. Mengambil kesempatankah?.
Dia bukan perasan kacak tapi memang ramai yang cuba mendekat sepanjang dua minggu ini. Situasi biasa di masa kerja luar lain dan di Putrajaya.
"Eh! awak ni siapa!? Kenapa ni!?".
Yusoff sudah mahu marah. Dada bajunya sudah terasa basah dengan air mata dan air hidung si perempuan.
Seorang kakitangan perempuannya menolong menarik sosok yang kekal memeluk barulah terlerai. Wajah perempuan itu sudah comot kerana menangis dan tudung yang dipakai sudah herot-berot.
"Abang Usop huhu..."
"Mizah?!!!".
@@@@@@@
Sembab wajah Hamizah. Merah mata, merah hidung kerana lama menangis. Tersedu-sedan hingga tidak mampu bercakap.
Sampai terpaksa ditenangkan seketika dan diberi minum air kosong barulah Hamizah mampu bernafas elok dan mampu bercakap. Itupun awalnya tadi hanya sepatah dua kata sahaja.
Sekarang mereka di cafe hotel. Apabila Hamizah cuba bercakap adik arwah Hamzah ini akan kembali menangis. Sayu sungguh hati Hamizah dapat bertemu dia.
Dia juga bersyukur bertemu Hamizah tapi ikut bersedih. Ikut terkesan kerana Hamizah kata nampak dia umpama nampak Hamzah.
Dia saksi melihat bertapa akrabnya arwah Hamzah dan Hamizah. Hamizah pula saksi melihat bertapa akrabnya dia dengan arwah Hamzah.
Hamzah yang sangat penyayang dan baik hati. Sahabat sejati dalam apa juga keadaan ketika hidup sekawan. Lamanya masa berlalu tapi tetap gagal meluput kenangan terindah persahabatan zaman belajar.
"Mi sihat-sihat aje ye?".
Hamizah mengangguk macam permainan viral yang diletak di atas dashboard kereta, terangguk-angguk. Terbit lagi si air mata walau sudah dihapus berkali-kali.
"Abang minta maaf tak pernah cari Mi."
"Tak apa. Mi faham."
Suaranya sengau kerana banyak menangis.
"Mi minta maaf".
"Kenapa?"
"Tadi tu. Handphone Abang."
"Oh, tak apalah. Nanti Abang betulkan. Okay ni kot."
Telefon tangannya terjatuh kerana meronta dipeluk Hamizah dengan tiba-tiba tadi. Sudah tidak menyala. Nanti dia cuba betulkan.
"Mi saja jalan-jalan atau kerja kat expo?."
"Saja jalan-jalan. Alhamdulillah tergerak hati nak datang expo walau sorang-sorang. Tak sangka dapat jumpa Abang."
Menitis lagi air mata ke pipi.
"Mi tak ada balik semenanjung ke? Memang tinggal sini dari lepas result SPM keluar?"
"Ya, Mama Mi dah kahwin orang sini. Mi masuk UNIMAS."
"Mi kerja apa?".
"Kerani dekat International school dekat sini ".
Tangan Hamizah menunjuk ke satu arah. Dekatlah agaknya tu.
"Mi dah kahwin?".
"Belum. Mi putus tunang dua tahun lepas."
"Kenapa?".
"Pasal Wali. Mama tak bagi Abah datang sini walikan nikah Mi... Panjang ceritanya Bang, payah nak cerita."
Sugul kembali merenung meja di hadapan mereka. Yusoff angguk-angguk. Tak selesai lagi masalah dulu walaupun Hamzah sudah hilang nyawa. Sedih!.
"Maaflah asyik Abang aje bertanya. Banyak pulak tu."
Yusoff cuba berjenaka. Cuba mengendurkan suasana sedih dalam perbualan mereka.
"Mi pulaklah tanya Abang apa-apa."
Sekali lagi Yusoff cuba berlawak mahu memujuk Hamizah yang terlihat sangat sedih.
"Abang ada... jumpa Di?".
Hamizah kembali menangis teresak-esak. Bercucuran air mata dan terhinggut-hinggut badannya melawan rasa sedih yang amat sangat.
"Ermm... ta.. tak."
Yusoff murung. Dia sedang menipu Hamizah sekarang. Patutkah dia berterus-terang. Masalahnya dengan Khaleeda belum selesai.
Bukan sekarang!. Maafkan Abang Mi.
Bertemu Khairul di tandas lapangan terbang semakin memburukkan prasangkanya pada Khaleeda. Lelaki itu ada di Putrajaya!.
Khaleeda berhijrah ke Putrajaya kerana kebetulan dipelawa May bekerja atau mahu mengejar Khairul? Khaleeda tahukah Khairul ada di Putrajaya?.
Ego Yusoff kerana cerita dulu menghalang dia melepaskan Khaleeda pergi. Walau jauh di sudut hati dia mahu mengakhirkan semua kekusutan ini.
Dia tidak boleh berbohong dengan dirinya sendiri dia sangat sedih melihat Khaleeda bersedih dengan segala perlakuan kasarnya. Dia sangat mahu membelai Khaleeda dan melayan Khaleeda sebaiknya.
Mahu duduk dan merayu Khaleeda lupakan Khairul dan mengizinkan dia menjaga Khaleeda isteri yang sangat dia cintai itu.
Dia yakin ada cerita terjadi sosok Khairul tidak berganding dengan Khaleeda. Sementara atau selamanya? Bagaimana jika bertemu kembali?
Mungkin Hamizah ini boleh dia gunakan untuk memujuk Khaleeda memilih dirinya.
Mungkin!...
"Mi nak balik semenanjung. Mi rindu Di."
Khayalan Yusoff mati apabila Hamizah yang sugul kembali bersuara.
"Kesian Di. Entah apa nasib Di sekarang. Entah macam mana keadaan dia."
Khaleeda baik-baik sahaja fizikalnya walau Yusoff tahu kesayangannya itu terdera emosi dengan layanan dia.
"Mudah-mudahan dia baik-baik aje Mi."
"Abang tak faham... Di tu tak ada sesiapa."
"Abang tau tak parents Di dah kena penjara sebab dadah?".
Yusoff terdiam. Nak angguk ke nak geleng ni. Nasibnya baik kerana Hamizah sambung bercerita.
"Mi tau cerita ni dari budak sekolah dulu. Tapi budak tu tak tau kat mana Di sekarang."
"Kesiannya Di..."
Hamizah yang berlinangan air mata terus bercerita tentang Khaleeda isterinya. Dari satu cerita ke satu cerita masa lalu.
"Di tu tak ada sesiapa. Di cuma ada Mi dengan Abang Am tapi... Huhu".
Hamizah kembali menangis mengongoi-ngongoi. Yusoff faham kesedihan Hamizah tapi agak panik dengan cara gadis di hadapannya yang terlalu bersedih.
"Mi harap sangat jumpa Di. Harap sangat Di baik-baik aje."
"Mi nak cari Di. Mi nak sampaikan pesan arwah Abang... huhu."
"Mama tak bagi Mi balik semenanjung huhu."
Hamizah sudah kembali menangis mengongoi-ngongoi. Mujur tiada sesiapa berdekatan mereka di cafe hotel ini.
"Pesan apa?. Kalau Abang ada terserempak Di mungkin Abang boleh tolong sampaikan."
Yusoff cuba memujuk sehabis daya, walau dia takut jika terpecah hal sebenarnya. Buat masa sekarang, Khaleeda yang sebatang kara lebih baik dari berdua, terlebih pula dengan sahabat baiknya.
Tapi seikhlasnya, dia ikut sedih melihat Hamizah sesedih ini. Dia tahu bertapa rapatnya mereka bertiga kerana satu ibu jagaan dari sekecil bayi.
Hamizah angguk-angguk lagi tanpa suara.
"Ya betul cakap Abang. Mi tak boleh simpan perkara ni... huhu. Kalau Mi mati sebelum sempat jumpa Di... Mi tak dapat sampaikan pesan Abang Am... huhu"
"Abang Usop tolong Mi ye... huhu. Hanya Abang Usop yang boleh simpan rahsia ni dan jaga aib Abang Am".
"InsyaAllah."
"Janji Abang tolong simpan rahsia ni!. Janji Abang tolong jaga aib Abang Am!. Jaga aib Di juga!"
"Di pun mesti dah cukup terseksa."
Apa benda Hamizah nak cerita ni!?. Apa mereka bertiga sudah buat? Dah bunuh orangkah!?. Yusoff rasa tidak sabar menunggu ayat Hamizah selanjutnya.
"Abang Am pesan mintak Mi cari Di, sampaikan maaf dia. Abang Am betul-betul minta maaf. Abang Am tak sengaja. Semua sebab Di tersalah minum tu. Di tak sedar. Di dah pengsan. Abang Am tak sengaja... huhu"
Apa benda Hamizah cerita ni?. Yusoff rasa dadanya sudah berdetak kuat dan laju.
"Kalau Abang Usop jumpa Di, dia ada anak besar dalam tujuh tahun... Abang Usop tolong jagakan ye... sebab.. huhu tu, tu... anak Abang Am."
Astaghfirullah hal Azim!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!.
"Abang Am mengaku sendiri dengan Mi yang dia rogol Di masa Di tak sedarkan diri Abang Usop... huhu."
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah! Astaghfirullahalazim!Astaghfirullahalazim!Astaghfirullahalazim!
Yusoff rasa kepalanya berpusing dan telinganya berdengung. Jika dia bercermin sekarang ini pasti wajahnya sudah pucat lesi.
Apa semua yang dia dengar ni?!!!
@@@@@@@
Yusoff tunaikan solat Isyak, kemudian solat taubat. Sudah basah dada dan perut bajunya kerana air mata.
Terlalu banyak cerita sedih tentang Khaleeda Yusoff tahu dari Hamizah. Khaleeda yang dia sangka anak manja yang tidak bersyukur. Rupanya anak yang terbiar.
Khaleeda yang tidak diendah papa dan mamanya sejak bayi. Banyak kali ditinggal di rumah pengasuh sehingga pernah berbulan tidak diambil.
Menyesal yang bukan sedikit. Terlalu menyesal untuk tujuh tahun yang sudah berlalu. Apa yang dia sudah lakukan pada Khaleeda.
Yusoff tadah tangan rapat-rapat. Jangan ada doanya jatuh bertaburan. Yusoff dongak kepala ke atas. Ke langit sana. Hanya kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku.
Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
Air mata jatuh kasar-kasar butirnya. Kali ini dia rindu Khaleeda yang amat sangat tidak tertanggung.
Dia mahu memohon ampun berdepan dengan si cinta hati. Tidak sabar menunggu hari esok.
ckit lg ye. ckit je lg. terima kasih untuk semua donate, Komen dan masa yang diluangkn. terima kasih banyak2. syg uoll sgt2
Share this novel
Nak lagi boleh tak author...??..sedap sangat...??
ucop baru sekelumit kebenaran kau tahu... kau dh menanggis2 ..taubat. tapi bila kebenaran lain terbongkar..masa tu ..ego ke mana kau ke mana. nak pandang Di pun kau tak mampu... 7 hari derita kau x sama derita Di sepanjang dia membesar, sepanjang dia mengandung sepanjang dia bergelar isteri kau. kesian Di... semoga Happy Ending Yg Haila maklum. hari2 Di penuh kasih sayang dan bahagia..cukup2 sudah penderitaan Di. Sedihhh