Bab 3

Romance Series 17396

AROMA minyak angin yang begitu menyengat bau hidung Rania buatkan kelopak matanya perlahan-lahan bergerak dan buatkan dia mahu bangun untuk singkirkan bau itu dari hidungnya.

“Nia! Rania, bangun!”

Rania dengar dengan jelas suara yang memanggilnya dan dia juga rasa pipinya ditepuk perlahan-lahan. Dia kenal suara si pemanggil tapi saat ini dia rasa sukar mahu buka mata.

“Rania, bangunlah!”

Sekali lagi Rania rasa pipinya ditepuk dan kali ini barulah dia berhasil membuka matanya.

Orang pertama yang Rania nampak adalah wajah risau Sally yang merupakan teman sepejabatnya.

“Sally! Apa benda ni?” soal Rania dengan geram sambil menepis tangan Sally dari wajahnya supaya kawannya itu tidak terus menempelkan minyak angin itu ke hidungnya.

“Eh, dah sedar pun,” ujar Sally yang tadinya cemas bertukar rasa lega. Kemudian dia cuba bantu Rania untuk duduk. “I need tell you something.”

Wajah Sally kelihatan sudah tidak sabar.

Rania tidak tahu apa-apa malah dia tidak ingat apa yang berlaku padanya kerana tiba-tiba saja pandangannya terasa gelap. Bila Rania sedar, dia sudah terbaring atas sofa.

“Apa dia? Kepala I still pening ni.”

“Eh, sorry,” ucap Sally bila melihat Rania memicit dahinya. Tapi dia tidak boleh berlengah untuk sampaikan berita ini kepada Rania. Benda ini sudah heboh dalam seluruh bangunan ini.

“But ni urgent, Nia.”

Rania mengeluh. Fikirannya masih berserabut kerana dia berusaha mengingatkan kembali apa yang sudah berlaku.

“Apa yang urgent?”

Sally menarik nafas dengan perlahan dan dia membetulkan posisi duduknya supaya dia boleh bercakap dengan selesa. Ada berita hangat yang ingin disampaikan oleh Sally dan dia yakin berita ini akan buat Rania terkejut.

“You minum dulu before I cerita berita hot.”

Sally hulurkan segelas air mineral dan paksa Rania minum sampai habis.

“Eh, cepat la minum Nia.”

“Sabarlah! Nak minum la ni,” ujar Rania yang sebal sambil meneguk segelas air mineral dengan tenang. Dia masih tak sedar apa yang sudah jadi.

“Dah lebih relaks, kan?” tanya Sally. “Okay, listen to me!”

“Ya, I dengar la. Apa benda yang urgent dan hot sangat yang you nak cerita?”

Kalau lepas Rania dengar dan ternyata berita itu tidak penting memang siaplah Sally!

Sudahlah kepala Rania masih pening tapi tetap saja Sally memaksa dia mendengar cerita temannya itu.

“You have to see this!” ujar Sally lalu menunjukkan sebuah gambar pada Rania.

Rania buat muka tapi dia juga penasaran. Dengan wajah malasnya, Rania ambil telefon pintar itu dan melihat gambar yang ingin ditunjukkan oleh Sallu.

“What the hell!” ujar Rania yang terkejut bila melihat gambar yang bakal buat hidupnya bertambah huru-hara.

“Sally, ni bukan camera prank, kan?” tanya Rania yang hampir menangis. Gambar tersebut bakal mendatangkan masalah besar dalam hidupnya.

Rania memandang Sally, berusaha untuk menyakinkan dirinya jika apa yang dilihatnya semata-mata gurauan.

“No! I think semua orang dalam company ni dah tengok.”

“No! No! No! You kidding me!” bentak Rania tidak percaya. Sudah hilang rasa sakit kepalanya.

“I tak bergurau la, Nia. Tadi memang GK yang dukung you keluar dari ofis dia. Tak ke pelik semua orang tengok bos you yang anti perempuan tu tiba-tiba dukung secretary dia? Mana tak kecoh satu company?”

Tak mustahil tiada yang merakam dalam diam gambar Raja Noah mendukung Rania yang pengsan.

“Dukung?” tanya Rania yang terus berdiri tegak. Ekspresi wajahnya masih panik dan berusaha cuba ingat kejadian tadi. “GK dukung I? Dia betul-betul dukung I?” tanya Rania berulang kali.

“Yes, dia dukung you. Dah you pengsan,” balas Sally dengan laju.

“Pengsan?” gumam Rania. “Damm!” jerit Rania bila dia sudah ingat apa yang berlaku.

Tindakan Raja Noah yang cuba menciumnya buatkan Rania pengsan dan semua itu berlaku disebabkan gambar yang dia tersalah hantar.

“Why?” tanya Sally yang ikut panik dengar jeritan Rania. Dia juga berdiri memandang kawannya itu.

“No! No! I kena jumpa GK sekarang.”

Tiba-tiba Rania berlari keluar menuju ke pejabat Raja Noah. Dia harus berjumpa dengan bosnya itu dan jelaskan semuanya. Rania tak nak Raja Noah fikir bukan-bukan akan tentang dirinya dan itu akan menjejaskan karier dia.

Kelam kabut Rania mengetuk pintu malah belum sempat Raja Noah menyuruhnya masuk, Rania terlebih dulu merempuh masuk tanpa izin dan pastinya dia sudah melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Raja Noah.

“Tuan!”

Tiba-tiba Rania terdiam di depan pintu bila melihat pandangan Raja Noah dan seorang lelaki yang memandangnya dengan pelik. Saat itu Rania hanya mampu ketawa dengan kekoknya bila berhadapan dengan dua orang lelaki kacak.

“Eh, sorry tuan. I tak tahu tuan ada guest. I keluar sekarang. Karang I datang lagi,” ujar Rania dengan cepat sebelum Raja Noah menghalaunya.

Dengan langkah terburu-buru, Rania terus keluar dan menutup pintu. Nampaknya sekarang bukan masa yang sesuai.

“Habis la kau, Nia!”

“WHO is she?” tanya lelaki yang duduk di hadapan Raja Noah yang sangat terpesona melihat Rania sebentar tadi.

“Watch your eyes, damn it!”

“Wow! Wow! Ada orang marahlah. Asal you nak marah sangat ni?” tanya lelaki itu dengan sengihan tapi sayangnya Raja Noah masih kekal dengan wajah tidak sukanya bila ada lelaki memandang Rania dengan mata nakal.

Tiba-tiba Raja Noah tersedar akan tingkahnya. Dia menarik nafas lalu melepaskannya dengan perlahan.

“You suka dia ke?” tanya lelaki itu yang cuba mencungkil namun rasa geram bila lihat wajah Raja Noah yang langsung tak tunjuk rasa minat.

“Perempuan tu mesti your secretary, kan? Wow, you so lucky!”

Raja Noah tidak beri sebarang respons. Dia memilih untuk berdiam dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“You dah pernah try? She looks so hot and beautiful. Rugi kalau tak try. Kalau you tak nak, give me a chance. I takkan sia-siakan perempuan cantik tau.”

Sebuah bantal kecil melayang tepat di wajah lelaki itu.

“Dah lama rasa hidup ke?” Sinis Raja Noah dengan pandangan tajam.

Lelaki yang bernama Gibran itu terus mengangkat kedua tangannya tanda menyerah kalah. Tidak mahu cari pasal dengan sepupunya yang seorang ini.

“Relaks la, Noah. I gurau je,” ujar Gibran.

Gibran tahu kalau Raja Noah sudah beri amaran bermakna dia tidak boleh buat sesuka hati jika tidak mahu mengundang rasa marah sepupunya itu.

Raja Noah mendengus geram dan bangun pergi sambung buat kerjanya. Cukuplah dia sudah tahu setiausahanya itu sudah sedar dan boleh sambung buat kerja dari melayan Gibran yang terkenal dengan sifat playboy.

“But she looks so beautiful. Memang my taste.” Gibran masih tak lekang memuji Rania yang buatkan Raja Noah rasa menyampah dengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience