"Sa...saya minta maaf pasal tadi." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.
Jarinya dimainkan seraya menunggu makanan tiba. Tidak diendahkan apa yang keluar dari mulut Tengku Farhan. Sesekali teringat kembali kejadian di studio membuatkan pipi Ayuni kemerahan tak tertanggung.
Itu bukanlah kali pertama lelaki melihatnya dengan tanpa seurat benang. Tetapi tindakan secara automatik membuatkan Ayuni merasa bersalah. Dia tidak sengaja melemparkan bekas jel mandian pada Tengku Farhan sehingga terlihat jelas benjolan di kepala lelaki itu.
"Ayuni...saya minta maaf ni. Saya betul - betul tak sengaja." Kata Tengku Farhan lagi.
"Ya tak apa...Saya maafkan. Saya pun nak minta maaf sebab tak sengaja baling shower gel tu sampai benjol kepala awak." Balas Ayuni dengan nada bersalahnya.
Sekali lagi meja yang hanya diisi Ayuni dan Tengku Farhan sunyi sepi. Seorang lelaki tinggi lampai membawa sedulang makanan yang dipesan Tengku Farhan. Satu persatu lauk pauk dihidangkan di hadapan mereka.
Tangan Ayuni laju mencapai sudu di sebelahnya. "Awak nak lauk apa?" Menunggu jawapan dari Tengku Farhan.
"Saya nak ayam tu." Jawab Tengku Farhan.
"Okay saya ambilkan." Balas Ayuni sambil menceduk sedikit demi sedikit lauk yang dipinta Tengku Farhan.
Tengku Farhan menunggu dengan penuh sabar. "Dah macam suami isteri pula." Kata Tengku Farhan dalam hatinya.
"Cukup tak?" Tanya Ayuni pada Tengku Farhan.
"Okay dah cukup." Balas Tengku Farhan.
Giliran Ayuni mengambil lauk untuk pinggannya pula. Tengku Farhan perasan si Ayuni seperti mencari sesuatu. Dilihat pada meja kembali kalau - kalau ada menu yang dipesan belum lagi tiba. Sepatutnya semua hidangan yang dipesan sudah terhidang di depan mata.
"Awak cari apa?" Tanya Tengku Farhan hairan dengan tingkah Ayuni.
"Saya cari tempat nak basuh tangan." Jawab Ayuni.
"Pakai sudu jelah." Balas Tengku Farhan.
"Ta...tapi saya tak pandai." Kata Ayuni dengan raut wajah malunya.
Pelik Tengku Farhan mengetahui seorang gadis tak pandai menggunakan sudu garfu. "Minah ni duduk dalam hutan ke sebelum ni." Kata Tengku Farhan dalam hatinya.
Tengku Farhan memerhati sekeliling mencari pelayan restoran. "Dik..." Sapa Tengku Farhan pada lelaki yang menghantar hidangan mereka sebentar tadi.
Laju langkah lelaki itu mendekati Tengku Farhan. "Ada apa bang?"
"Tempat nak basuh tangan dekat mana?" Tanya Tengku Farhan.
"Dekat tepi tu bang." Jawab lelaki itu sambil tangannya menunjuk ke arah sinki di tepi restoran.
"Okay terima kasih ya."
Tanpa berlengah, Ayuni bangkit dari kerusi dan terus menuju pada sinki yang tersedia.
"Aku nak tahu dari mana asal - usul si minah ni." Kata Tengku Farhan sambil memerhati Ayuni.
Ayuni kembali ke meja makan. "Kenapa tak makan lagi?" Tanya Ayuni pada Tengku Farhan.
"Tunggu awak basuh tangan la." Balas Tengku Farhan.
"Sweet jugak mamat ni rupanya." Kata Ayuni dalam hati sambil melabuhkan diri pada kerusi ya semula.
Ayuni sudah lama tidak merasai nikmat makanan yang sebenar dan kini menjadi begitu berselera dengan pelbagai hidangan di atas meja. Dia hanya fokus pada pinggan nasinya sahaja dan tidak dihirau Tengku Farhan di hadapan.
"Makan pelan - pelan takut tercekik nanti." Kata Tengku Farhan yang sedang melihat tingkah Ayuni.
Sambil tersenyum malu dirinya ditegur Tengku Farhan. "Okay." Balas Ayuni.
"Nak tambah nasi lagi tak?" Pelawa Tengku Farhan.
"Dah tak nak. Saya dah kenyang sangat ni." Balas Ayuni sambil mengusap lembut perutnya yang sudah penuh.
Ayuni menolak sedikit kerusi ke belakang bagi memberi ruang abdomennya untuk bernafas. Tengku Farhan hanya tersenyum melihat tindakan Ayuni yang sedang mengusap - usap perutnya.
"Kita lama lagi ke dekat sini?" Tegur si Ayuni spontan.
"Nak balik ke?" Tanya Tengku Farhan.
"Ya."
Perlahan Tengku Farhan bangun dari kerusi. "Sekejap saya pergi kaunter bayaran dulu." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.
Ayuni yang memerhati setiap langkah dan gerak - geri Tengku Farhan. "Bahagianya aku kalau dapat hidup macam ni setiap hari." Kata Ayuni dalam hatinya.
"Hello...awak mengelamun apa tu." Sapa Tengku Farhan mengejutkan Ayuni dari mimpinya.
"Ta...tak ada apa. Saya tunggu awak lah tadi." Kata Ayuni.
"Dah jom."
Bingkas Ayuni bangun dari tempat duduknya mengekori langkah Tengku Farhan dari belakang. Hatinya terdetik mahu menggapai tangan Tengku Farhan seperti sepasang kekasih. Tetapi itu hanya mimpi di celah sudut hati sahaja.
Ayuni hanya berdiam sepanjang perjalanan, yang kedengaran hanyalah bunyi deruman enjin kereta. Tengku Farhan cuba memecah kesunyian membuka topik perbualan.
"Awak kenapa diam je? Lapar lagi ke?" Soal Tengku Farhan spontan.
"Eh tak...Saya rasa pelik je." Jawab Ayuni.
"Kenapa pelik pula?" Soal Tengku Farhan lagi.
"Kenapa awak baik sangat dengan saya? Sedangkan saya dengan awak bukan ada apa - apa hubungan pun." Ujar Ayuni pada Tengku Farhan.
Tengku Farhan tahu apa jawapan bagi persoalan Ayuni, tetapi dia tak sanggup nak meluahkannya. "Saya memang suka tolong orang. Nak pula perempuan cantik macam awak ni." Usik Tengku Farhan.
Jelas terlihat merah di pipi Ayuni. "Jangan nak mengada lah." Balas Ayuni sambil matanya memerhati bayangan Tengku Farhan pada tingkap di sebelahnya.
Tiba sahaja kereta di petak parking studio. "Alamak...saya lupa lah." Tepuk dahi Tengku Farhan.
"Apa yang lupa?" Tanya Ayuni.
"Sebenarnya saya nak bawa awak pergi shopping kain baju lepas makan tadi." Balas Tengku Farhan.
"Saya kan dah ada baju." Kata Ayuni sambil jari telunjuk ditujukan pada baju yang sedang dipakai.
"Sampai bila awak nak pakai baju ni?" Soal Tengku Farhan.
Terdiam Ayuni pada soalan Tengku Farhan. "Tak tahu." Sedikit menunduk wajah Ayuni dengan nada simpati.
"Hmm...tak apalah. Malam ni awak pakai baju saya dulu. Esok kita keluar lagi."
"Okay." Balas Ayuni sambil melirik memberi senyuman pada Tengku Farhan.
Daun pintu kayu studio ditolak perlahan. "Assalamualaikum." Kata Tengku Farhan sebaik melangkah masuk.
Ayuni mengikuti dari belakang. "Awak." Sapa Ayuni.
"Ya kenapa?" Soal Tengku Farhan.
"Saya boleh tidur dekat mana malam ni?"
"Awak tidurlah atas katil saya tu. And nanti ambil baju dalam wardrobe tu" Jawab Tengku Farhan.
"Okay terima kasih."
Perlahan jemari Ayuni menarik tshirts yang dilipat semasa mengemas studio Tengku Farhan siang tadi. "T-shirt ni nampak selesa sikit."
Tengku Farhan terus merebahkan badannya pada sofa di hadapan televisyen. Matanya mulai meliar memerhati sekeliling. "Kenapa macam kemas semacam je rumah aku ni?" Kehairanan Tengku Farhan.
Digosok kedua tapak kaki pada lantai. "Habuk pasir pun tak rasa ni."
Selesai Ayuni berganti pakaian. "Awak ada kemas rumah ke siang tadi masa saya tidur?" Soal Tengku Farhan pada Ayuni.
"Saya tengok rumah awak bersepah sangat, jadi saya tolong kemaskan." Balas Ayuni.
"Lain kali tak payah kemas, Menyusahkan awak je. Nanti saya carikan bibik. Papepun terima kasih."
"Buat apa nak cari bibik, membazir duit je. Lagipun tak menyusahkan." Balas Ayuni lagi.
"Okaylah kalau awak dah cakap macam tu."
Tengku Farhan kembali menonton tv manakala Ayuni melangkah menuju ke ruangan dapur.
"Awak nak apa - apa ke saya buatkan." Pelawa Ayuni.
"Awak tanya macam kita ni dah kahwin pula." Balas Tengku Farhan.
"Alang - alang saya ke dapur ni, saya tanya la sekali."
"Kenapa kita ni macam cepat sangat mesra? Awak bukan macam ni tau masa awak sedar semalam. Siang tadi masa sampai rumah pun awak still macam takut - takut lagi. But sekarang sampai tanya saya nak apa - apa ke." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.
"Saya tak tahu nak balas jasa awak macam mana. Awak tolong masa saya pengsan. Lepastu teman dekat hospital. Bayarkan bil saya. Bawa saya balik rumah awak. Bawa saya pergi makan. Semua tu besar bagi saya. Tak pernah ada orang tolong saya macam ni selain awak." Ujar Ayuni.
Tengku Farhan tidak mahu perbualan mereka jadi lebih serius. "Buat saya kopi." Pinta Tengku Farhan.
"Okay sekejap ya."
Tidak lama kemudian, segelas kopi panas dibawa kepada Tengku Farhan. "Terima kasih."
Kaki Ayuni sedikit dilangkah ke depan bagi memudahkan Tengku Farhan untuk mencapainya. Tak sengaja ketika itu jemari kaki Ayuni tersadong pada karpet yang terlipat menyebabkan kopi di tangan tertumpah pada zip seluar Tengku Farhan.
"AAAARRRGGGHHH.....
Share this novel
OOO..ok fhm
mcm na nk buat
saya xdapat cari yr comment reply dimana ya Sb chapter 4 xbole teruskan membaca tertera Unlock chapter why ya