Semua bermula apabila Abang Man balik dari bundle Jepun. Dia excited gila sebab katanya, dia dapat boxer rare limited edition Gojira-print.
Hitam. Yang paling penting, ada muka raksasa Godzilla tengah mengaum.
“Ni bukan sebarang spender, dik. Ni warisan dari Timur!” katanya sambil tayang spender tu depan kipas, dan tersenyum puas
°°°°°
Tapi malam pertama dia pakai, benda pelik terjadi. Semasa tidur, tiba-tiba dia melayang sikit atas tilam. Macam ada angin bawah dia.
Tapi tak bunyi kipas pun. Bunyi macam ada satu ngauman yang dia sendiri tak tahu dari mana datangnya.
°°°°
Esok pagi, abang bangun dan terus menjerit.
“Weh, aku mimpi aku kena kejar pontianak pakai heels merah,
tapi pontianak tu panggil aku sayang!!”
Tak cukup dengan tu—dia check spender tu, dan perasan…
... corak Godzilla tu berubah. Malam tadi muka mengaum. Pagi tu, muka Godzilla tengah jilat bibir.
°°°°°
Malam kedua, abang tidur pakai spender tu lagi—sebab katanya,
"takkan la sebab spender je, aku nak kena peram spender ni dalam guni."
°°°°°
Tapi lepas pukul 3 pagi, satu rumah terbangun. Ada bunyi suara lelaki tua… berbisik dari dalam bilik air.
“Kau dah pakai tubuh aku. Sekarang kau tidur dalam mimpi aku pulak…”
°°°°°
Abang bangun tengah malam, jalan sambil tidur—tapi bukan jalan biasa.
Dia catwalk. Lilit tuala lusuhnya di kepala sambil buat suara manja. Spender dia glowing.
Mak nangis. Adik baca Yasin sambil gelak.
°°°°°
Malam ketiga, abang sorok spender tu. Simpan dalam laci.
Tapi spender tu hilang.
Dia jumpa semula… dalam peti ais.
Dan bila dia pegang, ada bunyi dengusan kecil, macam penat.
Paling seram?
Kucing rumah masuk bilik abang… duduk atas spender tu, terus pitam.
Dan bila kucing tu bangun, dia menari salsa.
Akhirnya, abang pergi kedai bundle tu balik.
Owner kedai terus pucat
“Spender tu tak patut sampai ke sini…”
“Ia dibuat dari kain terakhir pemuja pelik dekat Okinawa. Dijahit masa dia tengah kerasukan... dengan benang rambut dia sendiri.”
“Siapa pakai spender tu, dia akan dijadikan perumah untuk roh yang...
‘tak pernah puas cari pasangan’.”
°°°°°
Sekarang spender tu disimpan dalam bekas kaca, dan bertulis:
“Jangan pakai. Jangan cuci. Jangan tanya kenapa.”
Tapi kadang-kadang bila malam menjelang, penyangkut dalam almari bergoyang sendiri. Dan ada suara garau berbisik...
"Siapa nak rasa pelukan Godzilla sebenar?"
°°°°°
Sebenarnya spender tu ada pasangan dia. cuba cek dalam laci pakaian kau. ada singlet Godzilla tak?
Share this novel