Bab 1

Romance Series 32468

Riuh…

Rumah agam milik Dato Rizal bising dengan suara-suara yang riang, teruja dengan majlis perkahwinan anak sulung jutawan itu, Safya, dengan buah hatinya, Hariz.

Imej yang memantulkan tubuh Safya menunjukkan alun tubuh Safya. Bentuk badannya seperti seorang bidadari yang diturunkan dari syurga.

Baju kahwin yang dikenakan Safya seperti memuji tubuhnya, menambah seri dan tentunya akan menarik banyak pandangan mata. Tidaklah ketat, namun fabrik yang digunakan seakan memeluk tubuh Safya.

Setelah bercinta sekian lama, akhirnya Safya memutuskan untuk berkahwin dengan buah hati kesayangan sebaik Sahaja umurnya genap 18.

Walau dia memutuskan untuk tidur lewat pada malam sebelumnya, Safya tetap bangun awal pagi untuk siap-siap dan menyegarkan diri dari tidur.

Hari pun dah terang dengan langit membiru. Matahari mula terik memancar di langit.

“Cik Sofya, semua dah siap dah ni. Tapi rasanya macam awal lagi. Apa kata cik rehat sekejap sementara tu? Nanti lebih kurang dua jam lagi, kami datang balik untuk mula makeupkan cik untuk majlis hari ni.” ujar salah seorang pekerja yang bertugas menyiapkan gaun kahwinnya dengan senyuman mesra.

“Hmm… Okaylah.” Balas Sofya letih. Bawah matanya gelap setelah diperhatikan lama di dalam cermin.

Dia masih terasa mengantuk dan penat disebabkan tidur lewat pada malam sebelumnya. Gelas air yang terletak rapi terus diambil dan diteguk.

Sebaik sahaja pekerja yang sibuk menyiapkan baju kahwinnya pergi, datang seorang orang gaji dengan satu jag kopi susu dan diletakkan berhampiran Sofya. Tanpa berfikir panjang, Sofya terus tuang dan teguk kopi susu tersebut laju.

Mungkin disebabkan dia tidur lewat, rasa kopi yang menyapa lidahnya terasa lain macam. Entah mengapa pada lidahnya, pahit kopi itu langsung tidak sampai ke lidahnya.

Sofya langsung tidak menjamah apa-apa. Cuma tubuhnya dibawa ke sofa dan terus dia baring untuk merehatkan mata.

Tidak lama selepas matanya dipejam, pintu bilik perlahan dikuak buka sebelum masuknya seseorang. Saja diintai sedikit siapa yang masuk.

Lina.

Lina adalah adik Sofya yang berlainan emak. Ibu tirinya yang mencampur adukkan perkahwinan ibu kandung dengan bapanya sehingga menyebabkan perpisahan antara mak dan ayahnya. Dengan itu, Sofya secara tak langsung membenci Lina dan ibunya, Rafina.

Jadi apa yang Lina buat dalam bilik itu sekarang?

Mata Lina melirik ke cawan kopi yang kosong di atas meja. Bibirnya terukir senyuman sinis sambil kepalanya ditunduk memandang wajah Sofya yang sedang ‘tidur’.

“Fia, Fia… Kau ingat kau layak ke nak kahwin dengan Hariz? Huh? Aku yang selayaknya dipanggil anak papa.” Lina tertawa kecil. “Kau tak tau apa yang ada dalam kopi susu ni. Hmm… Tapi takpe, aku bagi kau rasa malam pertama kau in advance,” sinis kata Lina sambil mengeluarkan telefon dari poket skirtnya.

Beep… Beep…

“Ha, hello. Orang yang aku upah untuk Fia tu dah sampai ke? Suruh diorang masuk sekarang. Jangan buang masa,”

Terbuntang mata Sofya memandang tepat wajah Lina, terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Lina. Tahulah dia yang Lina juga memang tidak suka dengannya tapi tidaklah sampai tahap ini.

Jijik sungguh!

Sanggup Lina letak ubat ke dalam kopi susunya dan mengarah orang untuk rogol dia dalam keadaan tidak sedarkan diri?

Lina terus berdiri dan berpusing bila terdengar geseran kain dari belakangnya. Beberapa Langkah mengundur diambil. “Kau… Bukan ke kau tidur?” soal Lina, tergagap.

“Azlina, susah kan jadi pura-pura baik dalam keluarga ni? Rasa macam…” Sofya menghembus nafas dramatik. “Rasa macam lega kan?” soal Sofya, bercampur baur geram.

“A… Aku tak faham apa yang kau cakap ni, Fia,” pucat wajah Lina sambil mengundur dan terlanggar kerusi di belakangnya. Jarinya digenggam hingga kuku terbenam ke dalam kulit. Sekilas pun tidak berani dia memandang Sofya.

Laju tangan Sofya menyambar pergelangan tangan Lina. Sofya berdiri tinggi membayangi Lina yang rendah, menghalang dan menutup segala peluang untuk Lina meloloskan diri.

Dengan menggunakan tangan, Sofya memaksa buka mulut Lina seluas-luasnya. Dingin suara dan pandangan matanya. “Tak kisahlah apa kau letak dalam kopi ni… Sekarang semua ni…” dituang kopi susu tadi ke dalam mulut Lina. “…kau habiskan,”

Terkapai-kapai Lina cuba menghentikan Sofya namun gagal. Lina cuba menggapai tangan Sofya. Biar dicakar dan dibenam kukunya ke dalam kulit Sofya, Sofya langsung tidak berhenti.

“M… Mana ada…! Fi… Fiya! Lepaslah!!!” Lina terpekik, masih dipaksa telan air kopi susu itu sehingga tercekik dan tersedak-sedak.

Tiba-tiba pintu bilik ditolak buka. Seorang lelaki tinggi dan berbadan tegap masuk ke dalam bilik, terus menarik tangan Sofya menjauhi Lina.

Wajahnya terkejut melihat perbuatan Sofya yang kasar. “Sayang, apa yang sayang buat ni?”

“Hariz, right on time. Lina letak dadah dalam kopi ni. Lepas tu dia suruh orang datang rogol saya. Nasib baik saya sempat tangkap dia. Sekarang ni, saya nak bagi dia sendiri minum kopi susu ni,” balas Sofya dengan tenang.

Wajah tenang Hariz berubah bila dengarkan penjelasan Sofya. “Betul ke ni?”

Hariz memandang muka Lina yang kelihatan sedih. “Sayang, sayang kan dah anak kesayangan keluarga… Sayang tau kan tak ada siapa yang boleh rampas title tu dari sayang? Kenapa sayang buat macam ni dekat Lina?”

Sungguh lembut suara Hariz tetapi apa yang dikatakan kedengaran sungguh kasar pada telinga Sofya. Tambah pula, sejak bila Hariz panggil Lina dengan nama Lina sahaja? Selama ni Hariz panggil Lina dengan panggilan nama penuh. Azlina.

“Dah tu awak nak kata saya tuduh dia?” soal Sofya, bengang.

“Faham kalau awak rasa macam tu tapi awak tau kan tuduhan merogol ni bukan benda ringan?” Hariz memegang erat pergelangan tangan Sofya. “Lina selalu kena bersabar dengan awak selama ni. Cukuplah,”

Sofya memandang wajah tampan Hariz. Kalau bukan sebab kemarahannya, mungkin dia sudah mengalah dengan kata-kata Hariz. Dimenangkan pula Lina, bertambahlah marahnya.

“Oh, iyalah, awak lagi percayakan Lina daripada tunang awak sendiri la ni?” soal Sofya dengan nada memerli.

Hariz memandang ke tepi. Tangannya digenggam ketat di dalam poketnya. Soalan Sofya sengaja dielak.

“Apa jadi ni? Bergaduh lagi?” Dato Rizal muncul di muka pintu. Wajahnya tidak gembira. Datin Rafina mengikut dari belakang.

Lina terus berlari ke dakapan ibunya dan mula menangis teresak-esak. “Daddy, mommy, mana ada Lina letak dadah dalam kopi Fiya. Mana ada Lina upah orang untuk rogol Fiya.” Lina tersedu-sedu menangis. “Sampai ke hati Lina nak buat semua tu dekat Fiya?”

Wajah Dato Rizal berubah sambil tangannya mengusap belakang anak keduanya itu. “Sofya, ada salah faham ke ni?”

“Apa, abah? Sofya dengar semuanya dengan telinga Sofya sendiri. Siap call orang suruh masuk bilik Sofya lagi tu. Macam mana salah faham pulak?” soal Sofya, tidak puas hati.

Semakin teruk Lina tersedu menangis. “Takkan la Lina sanggup nak hancurkan hidup Fiya? Kalau Lina buat macam tu, hidup Lina pun ibarat hancur juga! Ingat orang tak takut ke masuk penjara?”

Terketar-ketar suara Datin Rafina berkata kepada Dato Rizal. “Abi, mommy tak rasa Lina akan sanggup buat benda-benda merepek macam ni. Berat dah ni… Macam dah tak boleh nak betulkan keadaan je…”

Share this novel

Khalisah
2024-12-17 14:22:20 

Nak cakap pasal aku rasa macam tak tahan lagi dah r untuk menjadi calon PKR bagi DUN bandar encik dan puan puan u tak

Khalisah
2024-12-17 14:22:01 

jsjgjfhfjc

Guest User
2024-12-14 20:15:47 

jjjjj


NovelPlus Premium

The best ads free experience