Rate

2. Hati Seorang Melia.

Romance Series 15066

"Lia, bangun sayang.. jom kita masuk bilik, ibu tolong sapukan ubat kat luka Lia.." kejut Salma selepas kereta suaminya telah menghilang dari perkarangan rumahnya dan dia cuba gagahkan dirinya untuk berdiri dan berjalan perlahan-lahan kearah anaknya Melia yang masih terbaring mengiring menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya dari dilihat olehnya.

"tak apa bu, Lia okey.. ibu pergilah sapu ubat kat bibir ibu.. ada darah.. jangan biar orang nampak yang ibu terluka kerana jantan tak guna tu, Lia tak nak orang kampung mengata ibu yang ibu tak pandai jaga suami, sebab itulah selalu kena pukul dengan suami, walaupun mereka tak tahu Razak yang mereka kenal tu bukan Razak yang sama kita kenal.." ucap Lia perlahan setelah dia lama berdiam diri dan perlahan bangkit dari baringnya kerana badannya cukup sakit selepas disepak dan dipukul dengan tali pinggang oleh ayah tirinya, dengan perlahan juga dia cuba tegakkan badannya untuk berdiri, kerana dia ingin masuk kedalam bilik tidurnya dan disitulah tempat yang paling dirasakan selamat untuk dirinya duduk tanpa ada yang menganggunya..

"tak apa, ibu okey.. tengok ibu masih boleh bercakap dengan Lia, maknanya ibu tak sakit.. jom ibu sapukan ubat kat badan Lia, sini ibu tengok luka kat badan Lia, mesti sakitkan tadi, ibu minta maaf.." pujuk Salma lagi dengan menarik tangan anaknya yang sudah beberapa langkah berjalan didepannya dengan keadaan yang sedikit sukar kerana menahan kesakitan.

"tak apa, Lia okey.. Lia boleh sapu ubat sendiri, Lia dah biasa buat semua tu sendiri.. Lia tak perlukan pertolongan sesiapa pun, ucap maaf dari ibu pun Lia tak perlukan, ibu tak bersalah.." ucapnya perlahan tanpa memandang kearah muka ibunya yang sedang menyapu air matanya.

"Lia, ibu minta maaf.. ibu tak dapat bela nasib Lia, walaupun ibu ni ibu Lia, ibu rasa macam ibu tak berguna untuk Lia.. ibu minta maaf.. ibu banyak dosa pada Lia sebab ibu tak jaga Lia dengan betul sama macam yang pernah ibu janjikan dengan ayah Lia dulu.." menangis Salma sambil memegang tangan anaknya yang sudah tegak berdiri dengan tangannya yang menggigil menahan suaranya dari makin meledak kerana kesedihan hatinya, dia cuba bertahan tapi sampai bila?.

"tak apa ibu, ibu tak salah.. semua salah ayah sebab tinggalkan kita.. kalau ayah tak mati.. kita tak akan hidup menderita macam ni, dan ibu tak akan kahwin lain dengan jantan tak berguna tu.. dan Lia tak akan ada adik yang telah banyak merosakkan hidup Lia seperti hidup didalam neraka! kerana dia jugalah Lia selalu dipersalahkan walaupun Lia sudah berbuat sehabis baik untuk menjadi anak yang baik untuk ibu dan Razak!" ucap Lia perlahan tapi cukup tegas yang menunjukkan hatinya sudah mati rasa untuk percayakan dunia yang kejam ini tanpa ada setitis pun air mata yang jatuh kepipinya.

"Lia, jangan cakap macam tu, ayah tinggalkan kita bukan untuk lihat kita diseksa macam ni, tapi ibu punca semuanya, kalau ibu tak terima Razak dulu jadi suami ibu sekarang ini semuanya pasti tak jadi.. Lia tolong maafkan ibu.. dan jangan simpan dendam pada Razak, ibu tak nak nanti Lia yang terluka sendiri.. jangan bencikan Aina adik Lia, dia tak bersalah dia telah ditakdirkan dilahirkan didalam keluarga kita dan menjadi adik Lia dan menjadi anak ibu, semua salah ibu kerana mempunyai suami macam Razak tu, tapi ibu tidak boleh undur kembali masa lalu ibu.. tapi ibu hanya boleh minta maaf dengan Lia sebab ibu tak mampu tolong Lia bila Lia perlukan ibu untuk lindungi Lia.." menangis Salma sebaik saja semua yang terbuku dihatinya diluahkan bertapa hatinya cukup terseksa dengan hidupnya sendiri saat ini.

Senyap! tiada bicara dan kata-kata yang dapat dibahas oleh Melia selepas ibunya meluahkan segalanya, dia tak ingin ibunya lebih terluka dengan apa yang terjadi, jadi dia yang harus mengalah walaupun dia tidak bersalah!.

Dan kenapa dia yang harus menanggung semuanya? apa dosanya kepada Razak? ayah tirinya sehinggakan dia yang menjadi mangsa terhadap kerakusan hidup orang lain, besar sangat ke dosanya bila dilahirkan menjadi anak seorang Salma dan menjadi anak tiri seorang Razak?.

"Lia..." panggil Salma perlahan dengan melepaskan tangan anaknya yang perlahan berjalan masuk kedalam biliknya.

"ayah.. puas hati ayah sekarang ni tinggalkan Lia dengan ibu yang tak mampu nak lindungi anaknya sendiri? puas hati ayah? apa dosa Lia dilahirkan didunia ni? hanya untuk menanggung semua beban hidup orang lain? kenapa Lia? kenapa?" soal Lia sendirian dengan perlahan ditambah air matanya juga turut turun dengan lajunya seakan cukup mengerti bertapa peritnya menjadi seorang Melia!.

Tapi terdengar jelas semua bait-bait kata luahan hati pilu anaknya Melia ditelinga Salma yang masih tidak bergerak dari tegak berdirinya kerana dia merasakan lelah terhadap semua hidup yang dia tanggung dan dilaluinya setelah menjasi isteri Razak.

"maafkan ibu Lia, semua salah ibu.. ibu seorang ibu yang tak berguna untuk Lia, Ya Allah kau kuatkanlah anak aku untuk terus bertahan hidup didunia yang kejam ini untuk masa depan dia.." menangis lagi Salma setelah dadanya sebak bila mengenangkan bertapa tidak beruntungnya hidup dia di alam perkahwinan.

Perkahwinan pertamanya adalah bersama lelaki yang bernama Abdullah, tapi Abdullah meninggal dunia dalam kemalangan, dan perkahwinan keduanya adalah bersama dengan Razak, ini adalah sebuah perkahwinan yang direka bagaikan hidup didalam neraka yang diciptakan oleh jantan yang sangat durjana seperti Razak sehinggakan dia sesak untuk melalui liku-liku yang dia tempuhi setiap hari.

Dia tidak kuat, tapi dia harus kuat demi anak-anaknya, Melia dan Aina. Tapi sampai bila dia harus bertahan? sampai nyawa sendiri melayang ditangan jantan durjana tersebut?.

Perlu ke dia meminta cerai dari Razak? tapi adakah kisah lama akan berulang kembali selepas dia berkahwin dengan Razak, dan ketika itulah Razak cuba merosakkan hidup anaknya Melia, jadi dia terus meminta cerai dari Razak tanpa berfikir panjang yang Razak adalah manusia paling gila yang pernah dia jumpa, tapi lain yang dia dapat selepas kejadian dia meminta cerai tersebut, sepak terajang dari Razak sehinggalah sekarang, dan Razak mengugutnya untuk menjual anaknya Melia kepada rumah pelacuran, jadi dia terpaksa bertahan hidup dengan semua kesilapan yang dia sendiri pilih. Iaitu berkahwin dengan Razak adalah satu kesilapan yang sangat besar yang pernah dia buat.

"ayah.. ayah ajaklah Lia tinggal dengan ayah.. Lia tak nak duduk kat dunia yang kejam ni, Lia lelah dengan semua ni, Lia nak ayah.. hanya ayah yang sayangkan Lia.. Lia nak ayah.. tolong Lia.." ratap Melia dengan mata terpejamnya sambil memeluk dirinya sendiri dengan berbaring mengiring diatas katilnya.

Perit dan penuh luka dihatinya.

Bagaikan Neraka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience