BSP - BAB 1 - ARJUNA ADIKA

Romance Series 4026

"Good morning, datuk."

"Morning, Rissa. Anything for me, Rissa?"

"Yes, datuk."

"My office."

"Yes, datuk." Kelam kabut Rissa mencapai not di atas meja sebelum melangkah ke pejabat bossnya.

Tok! Tok!

"Come in, Rissa." Mendengar suara Datuk Arjuna, Rissa melangkah dengan berhati-hati ke dalam pejabat Datuk Arjuna.

"Have a seat, Rissa."

"Thank you, datuk."

"Yes, anything for me?"

"Ini schedule untuk datuk sepanjang hari ni." Note book diletakkan di atas meja dan ditolak perlahan di hadapan Datuk Arjuna.

"Hurm... Penuh jadual I hari ni..."

"Ya, datuk. Semua ini ada kaitan dengan seminar besar di beberapa buah universiti untuk dua bulan akan datang."

"Kenapa kita join seminar ni, Rissa?"

"Alamak. Datuk lupa ke? Datuk yang setuju nak bekerjasama dengan universiti terpilih berkaitan business dan mereka berharap datuk dapat berkongsi pengalaman datuk selaku ahli perniagaan dan ketua pegawai eksekutif yang berjaya di Malaysia."

"Ya ke?"

"Oh, come on, datuk. This is not Datuk Arjuna yang I kenal."

"Ish, you ni, Rissa. Ada-ada je... I tak ingat. Serius I memang tak ingat."

"Hai, datuk. Baru awal empat puluhan dah tak ingat? Ke... Ingat kat buah hati baru?" Terjongket kening Datuk Arjuna melihat Rissa tertawa kecil.

"Tak payah nak serkap jarang I, eh. I tahu trick you." Rissa tertawa lagi.

"I banyak kerja kot. Dengan sikembar lagi. You tahu jelah sikembar tu bukan main lasak lagi. Letih I dibuatnya."

"Tulah. I suruh datuk kahwin lain, datuk tak nak."

"I nak you jadi wife I, you tolak."

"Jangan nak cari pasal, datuk. Kat mana I nak letak lima jantan kat rumah tu? Nak suruh I berperang dengan dorang ke?" Tertawa kecil Datuk Arjuna. Seronok mengusik setiausahanya yang dah bekerja hampir sepuluh tahun bersama dengannya.

"Ala, I gurau jelah. I kenal kot suami dan anak-anak you tu."

"Dah tahu, sengaja je datuk nikan?" Arjuna tersengeh.

"Eh, anak-anak you sihat?"

"Alhamdulillah, datuk. Macam tulah."

"Yang sulung, dah berapa eh umurnya?"

"Dua belas tahun, nombor dua, sepuluh tahun dan last tu, sikembar, tujuh tahun."

"Yelah, sikembar tu lebih kurang umur anak kembar I."

"Ya, datuk. I bersalin awal enam bulan dari arwah isteri datuk." Berubah riak wajah Datuk Arjuna tatkala perihal hal arwah isterinya diperkatakan Rissa.

"Datuk, maafkan I. I tak sengaja."

"It's okay, Rissa. Benda dah lama pun."

"Err, I buatkan datuk air panas." Ujar Rissa, cuba menukar topik bila terasa canggung selepas terlepas kata.

"Okey, Rissa. Err, jangan lupa..."

"Kurang manis, lebihkan pahitnya." Cantas Rissa. Datuk Arjuna melorek senyuman.

"I ingat. Don't worry, okay?" Datuk Arjuna angguk kepala bersama senyuman yang tak lekang dari wajahnya.

"I keluar dulu, datuk."

"Okey, Rissa. Thanks a lot." Rissa angguk bersama senyuman sebelum melangkah keluar dari bilik Datuk Arjuna.

"Fuh! Nasib baik angin datuk baik pagi ni. Kalau tidak, masak aku kena marah." Omel Rissa.

"Hai, Rissa. Mengomel apa tu?" Soal Zana, sebaik melangkah masuk ke dalam pantry untuk membuat air.

"Ish kau ni Zana. Cubalah bagi salam ke. Terkejut aku, tau."

"Assalammualaikum, Rissa. Mengomel apa tu?"

"Hah, kan elok macam tu." Zana memincingkan matanya.

"Hihihi... Sorrylah. Aku nak buat air datuk ni. Tapi, alhamdulillah. Mood datuk baik hari ni. Elok je tersenyum je kerjanya dari masuk tadi."

"Alhamdulillah. Baguslah tu. Kalau tak jangankan senyum, nak pandang kita pun susah. Ketat je muka tu."

"Kan? Tulah tu. Tapi, memang dari tadi datuk tegur aku baik je. Sejuk hati aku. Kalau tak, memang aku kena pasang ruqyah sepanjang bekerja nanti."

"Kau punya statement, teruk tul. Takkanlah sampai kena pasang ayat ruqyah?"

"Takdelah. Aku maksudkan kalau datuk muka ketat tu, maknanya memang mood dia tak baik. Eh dahlah. Aku nak bagi datuk air. Lambat kang, mau aku dibelasahnya."

"Yelah, Puan Rissa. Silakan."

"Cepat sikit buat air tu. Jangan mengular. Makan gaji buta nanti."

"Ewah-ewah kau ni, Rissa. Dah macam datuk pulak."

"Biasalah. Akukan secretary Datuk Arjuna." Zana buat muka smirk. Rissa tersengeh sebelum berlalu.

"Hailah, Arjuna... Awatlah susah benar nak ngorat you. I tak cukup lawa ke Juna?" Bebel Zana sendirian. Semua pekerja tahu yang Datuk Arjuna duda anak dua, sikembar comel. Selepas kematian isterinya akibat kemalangan ditambah pula dengan penyakit yang dihidapinya tanpa pengetahuan Arjuna dan keluarganya, Datuk Arjuna tidak lagi seramah dulu.

Kalau sebelum ini, Datuk Arjuna cukup mesra dan ramah. Setiap hari Jumaat, semua pekerja akan menerima bungkusan makanan dan minuman yang disedekahkan Arjuna. Malah, Datuk Arjuna dikenali sebagai majikan yang sangat berperikemanusian.

Arjuna, majikan yang tidak pernah berkira dengan pekerjanya. Kebaikan Datuk Arjuna dan keramahannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Murah dengan senyuman dan baik hati, Datuk Arjuna disukai pekerja-pekerjanya. Saat kembali dari bercuti panjang selama hampir sebulan selepas pemergian arwah isterinya, tiada lagi senyum tawa dari Datuk Arjuna.

Dengan riak wajah yang serius dan ketat, membuatkan Datuk Arjuna ditakuti pekerja bawahan. Pernah sekali, Datuk Arjuna mengamuk dan menggantung pekerja yang membuat silap berkaitan tender. Dan sejak itu, tiada siapa berani membuat kesilapan apatah lagi mahu menegur Datuk Arjuna.

Segala dokumen yang memerlukan tanda tangan Datuk Arjuna, akan diserahkan pada Rissa. Rissa atau nama sebenarnya Arissa Alias, merupakan setiausaha kepada papa Datuk Arjuna, iaitu Tan Sri Ammar Azwar sebelum kedudukan Tan Sri Ammar diserahkan pada Arjuna, satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga mereka untuk memegang tampuk pimpinan syarikat.

Rissa sudah bekerja di syarikat itu sejak sepuluh tahun yang lalu sebaik sahaja tamat pengajiannya di sebuah universiti tempatan. Keakraban Rissa dengan keluarga Arjuna tidak perlu disangkal lagi. Segala kisah Arjuna dan keluarganya telah Arissa tahu.

Malah perkahwinan Arissa dengan suaminya, turut ditaja oleh Tan Sri Ammar Azwar. Rissa turut mengenali arwah isteri Datuk Arjuna, Nadira Nabihah lantaran mereka merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah. Rissa menjadi orang tengah memperkenalkan Nadira kepada Arjuna selepas Arjuna diasak keluarganya untuk berkahwin.

Arjuna Adika, berusia tiga puluh tiga tahun ketika mengahwini arwah Nadira. Sebaik sahaja arwah Nadira melahirkan sikembar sepasang, Asyraff Asfar dan Aqilah Afira, dalam keterpaksaan melalui kaedah pembedahan lantaran mengalami kemalangan, terbongkarlah satu rahsia di mana arwah menghidap penyakit barah payu dara stage empat. Arjuna menjadi tidak keruan sebaik sahaja mendapat tahu perkhabaran yang Nadira tidak sedarkan diri sebaik sahaja melahirkan sikembar melalui kaedah pembedahan.

Arwah meninggal dunia sebaik sahaja Arjuna membisikkan kalimah syahadah di telinga arwah. Bermulalah episod sedih Arjuna selepas arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kawasan taman perumahan mereka. Pemergian arwah menjadikan Arjuna manusia paranoid dan pemarah.

Hampir sebulan Arjuna menghabiskan masa di kubur arwah isterinya tanpa menghiraukan keadaan sikembar yang memerlukan lebih perhatian. Mamalah yang menjadi penjaga sikembar dengan bantuan pembantu rumah seramai dua orang. Puan Sri Naimah terpaksa mengupah penjaga untuk sikembar ketika di dalam pantang.

Banyak nasihat telah diberikan pada Arjuna. Namun, segala nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Sehingga ke satu tahap, mama dan papa mengugut untuk menghantar sikembar ke rumah anak-anak yatim, barulah Arjuna berubah dan kembali ke alam realiti.

Flashback #

"Juna, sudahlah tu nak. Jangan ditangisi lagi pemergian arwah. Jangan seksa arwah. Arwah dah bahagia kat alam sana, nak." Pujuk mama.

"Mama tak faham apa yang Juna rasakan. Juna terseksa, mama. Juna tak tahu apa akan berlaku hari-hari yang mendatang ni. Juna dah kehilangan Dira, mama. Juna dah kehilangan separuh diri Juna."

"Jangan cakap macam tu, Juna. Juna masih ada mama, ada papa. Anak-anak Juna memerlukan Juna."

"Entahlah, mama. Juna tak fikir anak-anak tu perlukan Juna."

"Arjuna!" Terhinjut tubuh Arjuna diterjah papa, Tan Sri Ammar Azwar.

"Apa yang kamu merepek ni, Juna? Istighfar, Juna. Istighfar. Ingat Allah. Jangan nak mengarut macam ni!" Jerkah papa.

"Juna, apa nak jadi dengan kamu ni, Juna? Anak-anak ni perlukan Juna. Tahu tak? Juna dah hampir tiga minggu kat rumah ni. Asyik meratap pemergian arwah, duduk terperap dalam bilik tanpa fikir makan minum." Tiada sahutan dari Arjuna. Arjuna kelihatan bingung.

"Anak-anak tu! Dorang perlukan perhatian juga!" Tambah papa lagi.

"Keluarlah, Juna. Cari angin. Pulihkan semangat kamu." Nasihat papa.

"Juna nak Dira! Juna nak Dira!" Jerit Juna.

"Jangan mengarut, Juna! Dira dah mati. Dira dah takde! Istighfar, Juna. Istighfar!" Jerkah papa.

"Juna hanya nakkan Dira. Kenapa Dira tinggalkan Juna? Kenapa tuhan tarik nyawa Dira?"

"Astaghfirullahalazim. Mengucap, Juna, mengucap. Ingat tuhan, Istighfar. Kamu nak jadi apa, Juna? Tengok muka kamu. Tengok muka kamu sendiri. Dengan jambang bersepah, diri kamu tak terurus, Juna! Dah macam orang gua, tahu tak?"

"Biarkan Juna begini, papa. Juna selesa macam ni. Dira tak marah pun."

"Astaghfirullahalazim..." Mengucap panjang mama dan papa.

"Dira dah takde, Juna. Dira dah takde. Kasihankan diri kamu, Juna. Kalau kamu tak kasihankan diri kamu, kasihankan anak-anak tu..." Pujuk papa lagi.

"Juna rasa diri Juna dah tak berguna tanpa Dira, papa, mama. Juna tak berguna langsung pada anak-anak Juna."

"Ya Allah, Juna. Kenapa cakap macam tu, Juna? Tak baik, nak. Anak-anak tu perlukan kamu, Juna. Dah berapa lama Juna tak tengok anak-anak tu. Tak kasihankan mereka ke, Juna?" Arjuna menggelengkan kepala.

"Juna tak nak anak-anak tu, papa. Juna tak perlukan mereka. Juna hanya nakkan Dira."

Pang!

Terteleng wajah Arjuna sebaik sahaja tangan papa mendarat di pipi kanannya.

"Pa...pa..." Tergagap-gagap Juna sambil mengusap pipinya yang pedih ditampar papa.

"Istighfar, Juna! Istighfar! Ingat tuhan! Mengucap! Jangan jadi orang takde agama! Dira dah mati. Kamu faham tak? Dira dah meninggal dunia. Anak-anak kamu perlukan kamu, Arjuna!" Melengking suara papa. Berombak dada papa menahan amarahnya.

"Sudah tu, bang. Istighfar..." Mama cuba mengurut dada papa, meredakan api kemarahan yang sedang memuncak.

"Apa nak jadi dengan kamu, Juna? Terima qada dan qadar Allah, Juna! Jangan ikutkan sangat hasutan syaitan yang cuba nak sesatkan kamu. Istighfar, Juna. Ingat Allah." Nasihat papa.

"Kamu tengok diri kamu yang tak terurus ni. Apa nak jadi dengan kamu, Juna? Bersihkan diri kamu, nak. Syarikat tu perlukan kamu, Arjuna. Kamu satu-satunya anak lelaki papa, Juna. Papa amanahkan kamu syarikat tu. Kalau kamu berterusan begini, apa nak jadi pada syarikat kita? Juna nak tengok syarikat yang papa bina hasil dari titik peluh papa, melingkup?"

"Pa, Ju...na..." Tersekat bicara Juna. Pipi yang terasa perit akibat tamparan Tan Sri Ammar disentuh.

"Apa lagi Arjuna Adika? Apa lagi yang kamu nak katakan, Arjuna? Papa dan mama dah muak dengan perangai tak matang kamu, Arjuna. Lepaskan, redhakanlah pemergian arwah. Anak-anak tu perlukan kasih sayang seorang ayah, Juna. Arwah Dira dah takde dan sepatutnya kamu yang ambil alih kebajikan anak-anak kamu."

"Papa dan mama takde masalah nak jagakan sikembar, Juna. Tapi, kamu sebagai seorang ayah kepada anak-anak tu, kena ambil berat pasal mereka. Mereka masih kecil lagi, Juna. Kasihankan anak-anak tu..." Ujar mama.

"Mama, papa tak faham perasaan Juna."

"Arjuna, kami semua faham, nak. Tapi, arwah dah takde, Juna. Kamu yang perlu ambil alih tugas menjaga anak-anak ni. Itu amanat arwah Dirakan?" Arjuna kelu lidah.

"Beginilah, Arjuna. Papa bagi kata akhir. Kamu ada masa seminggu sahaja untuk pulihkan diri kamu. Seminggu sahaja untuk kamu kembali ke alam realiti atau papa akan serahkan anak-anak kamu ke rumah anak-anak yatim! I mean it, Juna!"

"No! Jangan, papa! Jangan!" Jerit Juna.

"Kenapa? Kamu tak perlukan anak-anak tukan? Buat apa nak simpan lagi? Baik serahkan dorang pada mereka yang lebih memerlukan."

"Papa, Juna minta ampun. Juna sayangkan anak-anak Juna. Tolong, jangan serahkan anak-anak Juna pada sesiapa. Juna janji, Juna akan jaga anak-anak tu." Janji Arjuna sambil memeluk kaki Tan Sri Ammar Azwar.

"Apa janji kamu?" Arjuna mendongak.

"Apa janji kamu yang boleh meyakinkan papa yang kamu akan berubah?"

"Juna janji, Juna akan ubah penampilan Juna. Juna akan bersihkan diri. Juna akan cuba terima hakikat yang Dira dah takde kat bumi ini."

"Lagi?"

"Juna akan jaga anak-anak Juga. Juna akan sayang mereka sebaik mungkin."

"Baik. Papa bagi kamu seminggu untuk persiapkan diri kamu, Arjuna Adika. Ingat! Seminggu dari hari ni."

"Juna cuba, papa. Juna akan cuba sehabis mungkin."

"Dan, habis seminggu ni, papa mahu kamu masuk semula ke pejabat."

"Tapi..."

"No excuse, Arjuna Adika!" Bentak papa.

"Baik, papa. Juna janji."

"Good. And please, jangan buat masalah kalau tak nak papa humban kamu keluar dari rumah ni. Faham?"

"Juna faham, papa." Tan Sri Ammar Azwar melangkah pergi bersama dengusan kasar. Puan Sri Naimah hanya mampu memandang tanpa membantu Arjuna yang masih menekur ke lantai.

Assalammualaikum. Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience