SUASANA di restoran pada petang itu begitu nyaman. Cahaya jingga matahari yang hampir terbenam menembusi tingkap besar, memancarkan sinar lembut ke dalam kafe yang dihiasi dengan lampu gantung yang redup. Aroma kopi dan pastri segar memenuhi udara, dan bunyi dentingan sudu serta perbualan pelanggan lain mengisi latar belakang.
Leia duduk di tepi tingkap bersama kawan-kawannya, sesekali tertawa kecil sambil menghirup kopinya. Namun, keceriaan itu terhenti apabila seorang lelaki melangkah masuk dengan wajah tegang. Teman lelakinya. Tanpa sebarang salam, dia terus menuju ke arah Leia, suaranya meninggi.
“Apa kau buat dekat sini? ” nadanya tajam, mencuri perhatian beberapa pelanggan di sekitar.
Leia cuba bertenang, tetapi lelaki itu semakin berkasar. Tangannya mencengkam pergelangan Leia, membuatkan gadis itu tersentak.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang baru memasuki restoran melangkah ke arah mereka dengan tenang. Dia bukan pelanggan biasa auranya kuat, tetapi tidak mengancam. Dengan suara yang mendatar, namun penuh ketegasan, dia berkata,
“Lepaskan dia.”
Teman lelaki Leia menoleh, matanya membara dengan kemarahan. Namun, lelaki itu tidak goyah. Dia berdiri dengan postur santai tetapi matanya tajam menikam.
" kenapa kau berkasar dengan perempuan? “ perlahan tetapi cukup untuk membuatkan suasana menjadi tegang.
" kau siapa hah? jangan masuk campur hal aku dengan betina ni! " marah Daniel.
Leia cuba melepaskan tangan Daniel yang semakin kuat itu, namun kudratnya tidak dapat melakukan semua itu. Namun Leia juga sempat memandang ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.
" lepas! " tegasnya.
Teman lelaki Leia mengeratkan genggamannya sesaat sebelum akhirnya melepaskannya dengan kasar. Dia mendengus dan beredar dari situ, meninggalkan Leia yang masih terkejut.
Lelaki yang muncul tiba-tiba itu hanya menghela nafas ringan, seolah-olah kejadian tadi bukanlah sesuatu yang besar. Dia memandang Leia, memastikan dia baik-baik saja, sebelum melangkah pergi seperti angin yang datang dan berlalu tanpa jejak.
" err.. terima.." belum sempat Leia menghabiskan tutur katanya itu lelaki itu terus beredar meninggalkan restoren tersebut.
Leia mengalihkan pandangannya itu ke belakang dan memerhati jejak langkah lelaki itu yang semakin hilang itu. Saat ini jantung Leia berdegup kencang, siapa lelaki itu.
Kawan-kawan Leia yang tadi duduk terus mengatur langkah kakinya ke arah Leia.
" wey kawan kau ke tadi? siapa tu. hensem betul lah. Tak cakap pun ada kawan hensem macam tu kan" ujar Tiara.
" tu lah sampai hati, siapa nama dia?" soal Shima pula.
Shima dan Tiara berpandangan apabila wanita itu tidak menjawab persoalannya, wanita itu seakkan berdiri terkaku.
" hey dengar tak ni" suara Tiara itu mengejutkan Leia.
" hah?, ehh dahh lah sana aku dah lah serabut dengan Daniel tu." ujar Leia lalu kembali ke tempat duduknya itu kembali lalu menyedut sisa air kopi yang tinggal di dalam cawan itu sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran.
AREL tertawa sendiri saat ini, Aryan yang duduk bersebelahan dengan Arel itu hairan melihat lelaki itu sedang tertawa.
" kau dah kenapa?" soal Aryan suara malas.
"sejak bila kau kisah pasal orang ni, biasanya kau kan dengan dunia kau sendiri" ujar Arel lagi.
Aryan bingung tentang apa yang kawannya itu sedang katakan.
" pasal perempuan tadi lah"
" pasal tadi? aku cuma tolong je. Habistu kau nak aku biar perempuan tadi kene cekik ke" jawabnya selamba.
" alahai lek lah, itu pun nak marah" Arel mengeluh.
" kau ni sepatutnya gembira lah kan baru balik Malaysia, 6 tahun dah kau tak balik tahu tak. mesti aunty Maya rindu kau kan...," ujar Arel.
Wajah Aryan berubah, dia tahu Puan Sri Maya masih marah akannya kerana mengahwini Naura dan bukan pilihannya. Aryan tetap dengan pendiriannya untuk mengahwini Naura walaupun di tentang habis-habisan oleh mamanya.
Sehinggalah dia kahwin lari bersama Naura, dan menetap di luar negara bersama Naura. Namun dia pulang ke Malaysia kerana mempunyai satu tujuan.
"hey kau termenung apa tu" suara Arel itu mengejutkan Aryan tika ini.
" dah kau diamlah, aku nak tidur. Nanti dah sampai kau gerak aku" Aryan terus memeluk tubuhnya dan memejamkan kedua belah matanya.
"amboii, kau buat aku ni macam driver ya" Arel berdegus geram.
BUNYI ketukan pintu itu mengejutkan Puan Sri Maya yang sedang duduk bersantai di ruang tamu. Wanita itu terus bangun dan meluru ke arah muka pintu, sebaik sahaja pintu di buka wanita itu menayangkan wajah terkejut apabila melihat kini anak lelakinya yang sudah 6 tahun tidak pulan, ke Malaysia kini berada di hadapannya.
Tipu lah jika dia kata dia tidak merindukan anak lelakinya itu, 6 tahun dia terpaksa menangung rindu yang mendalam terhadap anak lelakinya itu. Namun dia hairan apabila Naura tidak berada di sebelah lelaki itu.
" mama.." ujar Aryan dengan suara tenggelam timbul kedengaran.
" Ryan minta maaf mama, maafkan Ryan dah kecewakan mama" ujarnya lagi.
Manakala Puan Sri Maya masih mendiamkan diri, dia terbayang kembali bagaimana anak lelakinya itu sanggup meninggalkan dirinya semata-mata kerana memilih Naura.
" mana perempuan tak guna tu!" ujar Puan Sri Maya.
Ryan melepaskan keluhan perlahan.
" mama please lah, Ryan merayu jangan cakap macam tu pada isteri Ryan" ujar Ryan.
" habistu kamu nak mama belai dia ke? Dia dah rampas kamu dari mama. Kamu.. ka.. kamu sanggup pilih dia"
" berbanding mama yang dah kandungkan kamu 9 bulan Ryan ilhan! “ suara Puan Sri Maya sedikit kuat.
" mama tahu kamu balik sini nak duit kan? hey Ryan tanpa mama dengan papa kamu tak der apa-apa " ujaf Puan Sri Maya lagi.
" maa, Naura sakit.. dia perlu kan rawatan. Sekarang ni Naura ada dekat hospital" ujar Ryan lagi.
"habis tu apa kaitan dengan mama? Apa sekarang ni kamu nak mama bagi duit pada perempuan tu ke?"
"kalau kamu setakat nak tunjuk muka kamu untuk beritahu semua ni. Baik kamu pergi, pergi pada perempuan yang kamu agungkan tu Ryan!"
Sebaik sahaja Puan Sri Maya ingin menutup pintu rumahnya itu, Ryan terus menundukkan badannya kaki Puan Sri Maya itu di pegang.
" tolong mama, Ryan merayu mama.. Tolonglah Naura " ujar Ryan sambil memegang kaki Puan Sri Maya itu.
" kalau mama nak Ryan merayu pada mama Ryan sanggup buat" suara lelaki itu sudah keserakkan.
Puan Sri Maya terkejut dengan tindakan anak lelakinya itu.
" hey kamu buat apa ni hah, bangun Ryan! Kenapa kamu perlu malukan diri kamu untuk perempuan macam tu" Puan Sri Maya terus menepis tangan Ryan.
" Ryan.." suara itu mengejutkan Puan Sri Maya dan Ryan saat ini apabila kini dia melihat Tan Sri Razak di belakang.
Puan Sri Maya terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Ryan dan Tan Sri Razak di hadapan muka pintu.
Perlahan-lahan Ryan bangun dan menghulurkan tangannya itu untuk menyalam Tan Sri Razak.
" papa sihat?" soal Ryan.
Tan Sri Razak tidak menjawab pertanyaan dari anak lelakinya itu dan terus beredar meninggalkan Ryan di hadapan muka pintu.
Benar kedua orang tuanya itu telah membuangnya sejak sejarah hitam tersebut.
IMBAS KEMBALI...
" APA kau dah buat ni hah Ryan Ilham! kau kahwin dengan perempuan ni tanpa pengetahuan kami!" Jeritan Puan Sri Maya memenuhi ruang rumah itu.
Naura memandang ke arah Ryan, dia tahu dia lah penyebabnya hubungan anak beranak itu berantakan.
" papa kecewa dengan kau Ryan " suara Tan Sri Razak pula.
" Ryan minta maaf kalau keputusan Ryan ni buat mama dengan papa kecewa"
" Ryan cintakan Naura, Ryan tak boleh hidup tanpa dia ma.. pa..." ujar Ryan lagi.
Puan Sri Maya tertawa sinis, wanita itu mengatur langkah kakinya ke arah anak lelakinya itu.
" hey sanggup kan Ryan pilih perempuan nj berbanding dengan mama dan papa. Apa perempuan ni dah bagi pada Ryan hah "
" Naura minta maaf mama, Nau.." belum sempat Naura menghabiskan tutur katanya itu.
PANG!
satu tamparan terus melekat di pipi wanita itu, tindakan itu benar-benar mengejutkan Ryan dan Naura tika ini.
" mama! " keras suara Ryan apabila melihat isterinya di tampar oleh Puan Sri Maya.
" kau jangan nak bukak mulut jijik kau tu! kau tahu tak sebab kau anak aku berubah jadi macam ni"
"apa kau dah buat dengan anak aku hah! Kau ni memang perempuan tak guna!" tengkingnya.
" aku takkan sesekali restu kau kahwin dengan anak aku, aku doakan supaya kau langsung tak bahagia dengan anak aku"
Saat ini air mata Naura gugur membasahi pipinya itu, sanggup seorang ibu mendoakan perkara sebegitu.
" mama tolong lah terima Naura"
" Diam Ryan!, sampai mama mati sekalipun mama takkan terima perempuan tak tahu asal usul ni"
" hey kau dengar sini ehh, kau ingat kau akan bahagia ke? aku akan pastikan hidup kau hancur." sebaik sahaja Puan Sri Maya ingin menunjal kepala isterinya itu.
Ryan terus memegang tangan mamanya itu, tindakan itu mengejutkan Puan Sri Maya.
" cukup mama! "
" Ryan.. " ujar Naura.
" sudah, keluar Ryan. Jangan tunjuk muka kamu dekat sini lagi. Selagi kau ada dengan perempuan tu" suara itu membuatkan Ryan tergamam.
Ryan mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Tan Sri Razak yang sedang duduk di kerusi sofa itu.
" paa.." suaranya keserakkan.
" keluar.. jangan sesekali kembali" Tan Sri Razak terus bangun dan meninggalkan ruang tersebut.
" kau bukan anak aku"
Ryan seakkan terkaku ketika ini mendengar kata-kata Tan Sri Razak itu. Masa seakkan terberhenti.
Naura semakin rasa bersalah, wanita itu terus menghampiri Puan Sri Maya, dan memegang kaki wanita tua itu sambil air matanya mengalir perlahan.
" tolonglah puan sri jangan buang Ryan, janganlah benci dia Puan sri" rayu Naura.
" hey kau ingat ehh, semua ni jadi sebab perempuan sial macam kau!"
" berambus!!!!! '' Jerit Puan Sri Maya lalu mengatur langkah kakinya meninggalkan Naura yang masih di lantai itu.
" puan sri! Tan sri! Tolonglah.. "
Ryan terus meraup wajahnya itu, perlahan-lahan lelaki itu menghampiri isterinya itu.
" dah jom sayang,kita dah tak der tempat dekat sini"
" abang, takkan kita nak biarkan semua ni. Naura tak boleh terima semua ni"
'' Mereka dah buang kita "
KRING! KRING! KRING!
Bunyi telefon bimbitnya yang sedang berdering itu mengejutkan Ryan yang sedang mengelamun itu dan saat ini nama Arel yang tertera.
" hello, dah ke belum? lama aku tunggu ni. Panas tahu tak "
" haihh, " hanya keluhan yang di balas.
Ryan memandang ke arah rumah besar itu, rumah yang dahulu ceria kini terasa suram. Gambar walpaper yang menghiasi skrin utana telefon bimbitnya itu di lihat. Bibirnya mengukir senyuman melihat wajah Naura yang menghiasi paparan utama telefon bimbitnya itu.
LEIA menongkat dagunya itu sambil memerhati kolam ikan yang berada di hadapannya itu, sesekali wanita itu mengeluh kerana kebosanan yang luar biasa itu.
Namun, fikirannya jauh, kembali ke kejadian di kafe petang tadi.
Dia masih dapat mengingati segala-galanya dengan jelas suasana kafe yang nyaman, aroma kopi yang menenangkan, dan... lelaki itu.
Wajahnya samar dalam ingatan Leia, tetapi matanya tajam, tetapi tidak menakutkan. Pandangannya tenang, seolah-olah dia sudah biasa dengan situasi seperti itu. Suaranya juga masih terngiang-ngiang di telinga Leia. Mendatar, tapi penuh ketegasan.
" jangan nak berkasar dengan perempuan"
Leia menarik nafas panjang. Bagaimana seseorang yang tidak dikenalinya langsung boleh berdiri di situ dan membantunya tanpa ragu-ragu? Dan lebih pelik lagi, kenapa hatinya terasa berat setiap kali dia mengingat lelaki itu pergi begitu saja tanpa meninggalkan sebarang jejak?
Leia menepuk kedua belah pipinya itu, gila agaknya baru sahaja jumpa sekali itu pun wanita itu tidak mengenali lelaki itu.
" takkan sekali jumpa dah suka..," bisiknya perlahan
Leia tersengih sendiri apabila mengingatkan kejadian itu tadi, entah mengapa baru sahaja berjumpa dia berasa yang dia sudah tertarik dengan lelaki itu.
Done!
Share this novel