Bab 36

Romance Series 39746

Talhah pun bertanya kepada ariana apabila dilihat riak wajah itu berubah

"Honey, why muka you berubah? you ada apa-apa masalah ke?" tanya talhah kepada ariana

"Hahhhhh!!? emm nothing. I okay je, cuma takutlah pulak rasanya nak perhi kursus kahwin tu"

"Why? pergi kursus je, bukannya kahwin lagi" jawab talhah

"Yeah, i know pergi kursus je. But i don't know la next week i free ke tak. Sebab i dah janji nak lepak dengan kawan i. How about kalau i pergi dengan my friend je? Hari sabtu kita keluar sama-sama. Hari ahad i pergi kursus tu dengan kawan i. Boleh?"

"Ouhh, boleh je. I tak kisah, janji you sudah. I bukan apa, i takut you tak pergi je" pesan talhah

"Of course la i pergi biy, kalau i dah janji dengan you. I tak akan mungkir janjilah biy"

"Okay, takpelah kalau macam tu" talhah pun melihat jam di tangannya sudah hampir pukul 9.30 malam, dia sepatutnya tiba dirumah pada pukul 10 malam

"Mama papa, talhah minta dirilah. Sekarang dah lambat ni, nanti apa-apa talhah telefon" kata talhah untuk minta diri

"Baiklah, tak apa. Terima kasih sebab kamu dah tolong hantarkan ariana dan keluar dengan dia. Kalau tak, habis bising duk membebel kata tak boleh keluar talhah" kata datuk marzuki sambil melihat anak perempuannya

"Ishh papa ni! malulah ana" kata ariana malu-malu

"Hemm ye lahh"

"Takpe lah kalau macam tu, saya minta diri dulu. Assalamualaikum" kata talhah sambil menyalami tangan tua datin rozita dan datuk marzuki. Ariana menghantarnya sehingga ke pintu kereta

"Thanks biy for today, you banyak belanja i. Temankan i untuk itu ini. Bye biy, drive elok-elok tauu"

"Its okaylah, dah you tunang i kan. Mestilah i beli je apa yang you nak. Bye ariana you pun take care" kata talhah lalu masuk ke dalam kereta dan keluar daripada pekarangan rumah keluarga ariana

Tiba-tiba telefon ariana berbunyi menandakan ada panggilan masuk

"Hello sayang you dekat mana? talhah dah balik ni. Datang la ambik i dekat rumah my parents ni" kata ariana dalam panggilan

"Okay"

Kereta taufiq pun masuk ke perkarangan rumah ariana, talhah melihatnya melalui jalan kecik di sebelah rumah ariana. Talhah mengambil rakaman video ketika ariana menaiki kereta sehinggalah keluar hingga ke perkarangan rumah. Setelah kereta taufiq telah pergi jauh, barulah kereta talhah bergerak

Talhah tiba dirumah, pada pukul 9.45 minit malam. Masuk je rumah tiba-tiba ternampak mummy dan daddynya sedang menunggu diruang tamu

"Nasib baik kamu balik awal talhah" kata mummynya

"Hehehe, talhah tahu. Itu yang tekan minyak sampai habis" gurau talhah dengan ibu bapanya

Terus berubah serious muka talhah apabila melihat muka daddynya macam singa lapar

"Baiklah, baiklah" jawab talhah

"Kamu tahu taufiq keluar pergi mana?"

"Tak tahu la pulak daddy. Kenapa?" tanya talhah semula walaupun sebenar dia tahu taufiq ke mana

"Abang kamu tu keluar rumah tapi tak bagitahu dekat kami, dia pulak baru keluar. Sedangkan dia tahu, dia sepatutnya kena balik sebelum pukul 10. Ni saje la ni nak buat hal. Nak malukan keluarga, nak kotor nama keluarga. Aku tak suka betul macam tu, janji lain dia buat lain. Anak sape la tu???" kata daddy sambil melepaskan marahnya menghempaskan surat khabar yang dibacanya di atas meja kopi

Talhah dan mummynya hanya melihat daddynya yang pergi sambil marah

"Mummy, daddy marahkan?"

"Kamu tak tahu ke ayah kamu tu bila marah macam mana? kalah singa lapar" kata mummynya perlahan sambil melihat tangga takut andai suaminya turun semula

"Talhah, kamu pasti ke kamu tak tahu yang along keluar jumpa siapa?" tanya mummynya ingin tahu. Manalah tahu, kott anak keduanya tahu abangnya pergi mana

"Tak mummy, kenapa mummy?" tanya talhah

"Ye kamu tak tahu? atau kamu taknak bagitahu dekat mummy?"

"Betul la mummy, kenapa talhah nak sorok kalau talhah tahu? talhah memang tak tahu apa-apa" kata talhah dengan riak yang serious untuk menutup apa yang diketahui tentang abangnya itu

"Ouhh, takpe lah kalau macam tu. Mummy bukan apa, kalau boleh mummy taknak la kamu bersubahat dengan abang kamu tu"

"Baik mummy, talhah faham" kata talhah lalu bangun menuju ke arah ibunya dan menghulurkan tangan untuk bersalam

"Mummy, talhah naik dulu eh? nak mandi nak solat dan nak tidur. Bye mummy, good night"

"Hemmm ye la good night, bukan mengelak kann?"

"Tak ada nak mengelaknya kalau dengan mummy" kata talhah sambil berjalan menaiki tangga

Datin mariam melihat anaknya yang naik ke atas. Macam pelik dilihat kelakuan anaknya itu, tapi dia mengenali anaknya. Talhah tu jenis yang tak boleh simpan masalah, dia akan cerita. Jadi dia pasti, talhah tidak mempunyai masalah. Kecuali dengan tania...........

"Hemmm ye lahh, baik aku masuk tidur. Nak tunggu yang tu balik entah bila lagi. Entah-entah pagi esok baru balik. Anak bertuah" marah datin maryam terhadap taufiq lalu terus berjalan masuk ke biliknya dan berehat

Pada keesokan paginya, talhah bangun awal kerana terdengar bunyi enjin kereta yang memasuki kawasan perkarangan rumah. Dia turun ke bawah untuk melihat siapa gerangan itu. Dilihat kereta abangnya, talhah menyorok di sebalik sofa yang besar agar tidak dapat dilihat oleh abangnya

Taufiq melihat sekeliling sebelum berlari anak naik ke atas, talhah yang tahu akan hal itu. Hanya mendiamkan diri dan menunggu sehingga hari siang

Tiba waktu sarapan pagi, talhah turun dahulu sebelum abangnya turun. Tiba dibawah dilihat hanya mummy dan daddynya sahaja yang ada

"Mummy, daddy. Taufiq mana?"

"Hehh!! abang kamu tu entah. Kata mummynya baru balik dekat subuh tadi"

"Ouhh" jawab talhah lalu duduk

"Tak panggil dia sarapan sekali?" tanya talhah

"Tak payah panggil, dia ada kaki sendiri. Pandai lah dia turun" kata datuk anaqi dengan wajah bengis

Talhah hanya diamkan diri sahaja

Tiba-tiba taufiq datang ke meja makan

"Morning daddy, morning mummy, eyyy morning talhah"

"Morning" jawab mummy dan talhah serentak

Mereka melihat taufiq berjalan menuju ke meja makan, lalu terus duduk tanpa dialukan. Masa makan, talhah ternampak sesuatu di leher taufiq seperti merah. Tapi dia tak pasti apakah itu?

"Apa benda yang merah tu? dia kena gigit nyamuk atau gigit..........???"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience