1

Drama Completed 19525

Ara menghirup air berperisa lemon itu pantas.

      Haris tertawa melihat muka kelat Ara.

      "You kenapa sayang? nampak marah je?" Haris bertanya sambil mengusap tangan Ara.

       Ara merengus.

       "Papa I tu, dia lempang muka I semalam," balas Ara.

       "Kenapa? sebab you balik lambat?" soal Haris menyisip perlahan airnya.
   
      Ara menarik tangannya dari Haris dan mula mengeluh perlahan.
    
      "Kenapa ni sayang? you macam ada masalah besar je?" Haris menyoal lagi apabila Ara tidak menjawab soalannya.

       "Papa suruh I putus dengan you,"

     Sebaris ayat itu membuat Haris tersembul keluar air dari dalam mulutnya.

     Haris cepat-cepat menarik tisu dan mengelap mulutnya.

       "What?! putus dengan I? but why? apa salah I?" Haris kembali bertanya dengan gelabah.

     Ara perempuan cantik pertama yang dia jatuh cinta, mustahil untuk dia lepaskan gadis cantik ini begitu saja.

        "Papa anggap you la penyebab I jadi liar, but it's not! I tak pernah jadi liar, Papa tu yang melebih-lebih, I cuma suka bersosial, tapi papa tuduh I jadi liar, how could he say like that to he own daughter? right?" Ara mengurut pelipisnya.

    Haris diam.

         "Takkan sebab tu je Papa you suruh you break dengan I? tak ada alasan lain?" Haris melihat wajah cantik Ara.

        "Ada,.. sebenarnya, papa... papa suruh I kahwin dengan lelaki pilihan dia," Ara terus menundukkan kepalanya dan meraup wajahnya kesal.

       Haris sudah terkedu.

       "Ka...kahwin? dengan lelaki lain?"

          Ara mengangguk perlahan kepalanya.

         “So, you setuju?” soal Haris mengambil tangan Ara untuk digenggam.

           “Of Course la tak! I dah bercinta lama dengan you kot, takkan I tiba-tiba nak putuskan hubungan kita macam tu je?” balas Ara menegaskan sedikit nada suaranya.

        “I'm glad hear that, you kenal lelaki yang papa you nak jodohkan you tu?”

       “Tak, entah-entah laki tua berkedut!" ujar Ara dengan muka menahan geli.

      Haris tertawa lucu dengan komen Ara mengenai lelaki itu.

      "Kalau dia lagi muda and hensem dari I? You terima ke?" Haris menguji.

     Ara genggam tangan Haris dan geleng yakin.

      "Nope! You paling hensem pada mata I!"

     Haris senyum lega.

       “But, what if  papa you tetap nak you putuskan hubungan dengan I?" Haris menyoal lagi.

      "If, you nak halang papa I dari suruh I kahwin dengan anak kawan dia, you patut tunjuk muka you dekat papa I," balas Ara.

      Haris diam, mengingatkan muka garang Tuan Khairi saat dia berjumpa dengannya sebelum ini buat dia kurang yakin.

        "You still teringatkan kata-kata papa I dulu ke?"

      Haris mengangguk.

      "You kena buat hati papa I cair dengan you, you kena yakinkan papa I, you cakap you sayang I, tapi tak kan jumpa papa I pun, you takut?" Ara mula berjauh hati.

         Haris mengeluh.

       "Baiklah, demi you, I sanggup hadap papa you yang macam singa kelaparan tu," Haris menyelit gurauan kecil.

      Ara sengih.

...

      Adhuka meraba-raba mencari tempat duduk.

     "Biar mama bantu..." Puan Aishah cuba menghulurkan bantuan.

      Adhuka mengangkat tangan menghalang mamanya dari membantunya.

       Adhuka mahu belajar sendiri, dia lebih suka berdikari dari berharap bantuan daripada orang lain.

      Puan Aishah hanya memerhati dan mengawasi pergerakan Adhuka.

     Adhuka menepuk perlahan sekeliling dan senyumnya terukir saat dia dapat merasakan kelembutan sofa.

     Adhuka melabuhkan punggungnya perlahan-lahan.

      Puan Aishah senyum bangga dengan Adhuka.

         "Mama bangga dengan Adh, walaupun Adh perlu biasakan diri dengan keadaan yang baru, Adh sangat tenang,.." ujar Puan Aishah menepuk paha Adhuka perlahan.

      Adhuka memegang tangan mamanya dan usap.

        "Adh redha mama, Adh terpaksa tenangkan diri dan cuba sesuaikan diri dengan keadaan macam ni..." Balas Adhuka tenang.

     Puan Aishah menatap wajah Adhuka, sangat mirip dengan arwah suaminya, sikapnya yang sentiasa tenang juga mewarisi oleh arwah suaminya.

       "Em, mama...pasal majlis Adh tu, apa kata kita batalkan je?"

      Puan Aishah mengusap belakang tangan Adhuka.

        "Kita boleh je nak batalkan, tapi bila ingatkan banyak kos yang kita dah keluarkan, dah dianggap membazir, Adh tak suka membazir kan?"

       Adhuka geleng.

       "Jadi kita perlu teruskan walau macamana pun," tambah Puan Aishah lembut.

        "Tapi, siapa yang boleh terima suami dia buta mama?" Soal Adhuka sayu.

      "Mama dah usaha, mama ada seorang kawan yang ada anak, buat masa sekarang kita tunggu jawapan dari keluarga dia je," balas Puan Aishah.

      "Adh taknak rosakkan hidup seseorang mama, kalau dia tak ikhlas? Kalau dia dah ada pilihan sendiri? Kalau dia tak sanggup nak hidup dengan Adh? Macamana kalau dia rasa terseksa?Apa erti perkahwinan ni mama?" Soal yang bertalu keluar dari mulut Adhuka membuatkan Puan Aishah terdiam.

      Dia tidak fikir sejauh ini.

       "Adh cuma mahukan seseorang yang mampu bertahan dengan Adh, Adh bakal menyusahkan hidup dia dengan berkahwin dengan Adh, Adh tak suka susahkan orang mama," tambah Adhuka.

        "Mama faham, Adh percayakan pilihan mama ya? Mama kenal budak tu, dia baik..."

      Adhuka mengeluh.

      "Kalau mama yakin yang dia boleh terima Adh, Adh akan percayakan pilihan mama, pilihan seorang ibu tak pernah salah, kan?" Adhuka mahu memeluk bahu Puan Aishah.

     Puan Aishah tertawa dan mengambil tangan Adhuka dibawa ke atas bahunya.

        "Insha-Allah, mama berdoa siang malam untuk anak sulung mama, mama akan usaha sembuhkan mata Adh, okey? Sementara tu, Adh kena belajar sesuaikan diri..." Ujar Puan Aishah.

      Adhuka senyum tipis dan melentokkan kepalanya pada bahu Puan Aishah.

       "Baik mama, terima kasih mama, Adh janji akan balas jasa mama..." balas Adhuka memeluk erat tubuh tua mamanya.

      Puan Aishah mengusap lembut belakang anaknya.

      Kasihnya terhadap si anak sulung yang banyak berkorban untuk keluarga tidak tertanggung rasa bersyukur, Adhuka lah tulang belakang mereka setelah pemergian suaminya bertahun dahulu.

      

...

     
     Ara memanggil Haris agar mengikutinya masuk ke dalam rumah bersama.

     Haris menenangkan diri dan membetulkan pakaian yang dipakainya dan mengikut langkah Ara didepan untuk berjumpa dengan keluarganya yang sudah menunggu di sofa.

      Haris terpandang wajah Tuan Khairi yang garang itu, berdegup kencang jantungnya.

      Terketar-ketar tangannya saat mahu menghulur salam pada Tuan Khairi.

       Tuan Khairi menyambut huluran Haris dan genggam erat tangan Haris.

     Haris berkerut.

       "Apa khabar, uncle?" Gagap.

      "Baik, alhamdulillah," Tuan Khairi melepaskan pegangannya dan tersenyum sinis.

     Haris mengangguk dan mengusap perlahan tangannya.

     Haris melihat Ara yang memanggilnya untuk duduk di sebelahnya.

      Haris duduk di sebelah Ara.

     Tuan Khairi meneliti tajam muka Haris yang terlihat jelas gugup itu.

       "Ha? Nak apa datang sini?" Kasar suara Tuan Khairi bertanya.

     Puan Melur yang duduk disamping suami nya itu menepuk tangan Tuan Khairi dengan gelengan.

       Tuan Khairi tak peduli.

     "Saya...saya datang sebab nak minta izin dekat uncle untuk benarkan saya teruskan hubungan kami berdua..." Balas Haris.

       Tuan Khairi menarik senyuman sinis.

      "Baru nak minta izin lepas uncle cakap nak kahwinkan Ara dengan lelaki lain? Hey...selama ni elok je berasmara dana dengan anak dara uncle tanpa izin?" Tuan Khairi memerli tajam.

      Haris terdiam.

       Ara menjeling papanya.

       "Papa jangan nak perli perli boleh? At least, Haris datang jumpa papa untuk minta izin pun dah kira baik, Ara tak peduli, Ara tetap nak teruskan hubungan Ara dengan Haris, full stop." Ara bersuara tegas.

     Tuan Khairi merengus.

         Tuan Khairi abaikan anaknya dan kembali memandang Haris.

      "Uncle tetap dengan keputusan uncle, harap kamu putuskan hubungan kamu berdua, faham?!" Tuan Khairi terus bingkas bangun dan berlalu pergi.

      Puan Melur melihat wajah Ara yang sudah marah itu dengan sayu.

     "Mama! Pujuk lah papa, Ara tak nak kahwin dengan sesiapa kecuali
Haris!" Ara menjerit.

       "Tapi, papa dah bertegas sayang...mama pun dah tak boleh nak tolong, Ara dengan Haris terpaksalah berpisah," balas Puan Melur.

       "No! Ara takkan putuskan hubungan Ara dengan Haris! Haris pilihan Ara! Ni bukan drama nak paksa-paksa kahwin!" Ara membentak.

     Haris cuba menghalang Ara dari terus bercakap, Ara menepis tangan Haris.

        "Ara Kamelia! Berani Ara tinggikan suara pada mama?" Puan Melur terasa.

       Ara menarik tangan Haris.

     "Jom kita keluar, berbincang pun tak jalan!" Ara membawa Haris pergi.

     Puan Melur mengeluh kesal dengan sikap degil Ara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience