Bab 4

Romance Series 39793

Lelaki itu memandang tania dengan riak muka yang pelik. Lelaki itu sedikit berganjak ke kiri lagi untuk menjarakkan dirinya daripada tania

"Sorry mr, you perfume like familiar" kata tania malu-malu lalu menjarakkan sedikit kerusinya ke arah kanan

"Ouhhh" kata lelaki itu sambil menjamu selera. Tania pun makanlah sambil matanya memandang lelaki itu berselang-seli memandang wani di pelamin

Sesi mengambil gambar bersama rakan-rakan akan telah pun bermula. Wani melambaikan tangan ke arah tania untuk naik ke pelamin mengambil gambar bersamanya. Tania pun pergilah ke pelamin lalu mengambil gambar

Selesai majlis, tania pun menarik wani ke arah luar hotel untuk membawang sedikit, biasalah orang perempuan kan

"Wehh wani kau nampak lelaki itu?" kata tania sambil menunjuk melalui mata sahaja

"Lelaki mana? ramai kot lelaki luar dan dalam hotel ni?" tanya wani keliru

"Alaaa lelaki yang berdiri dekat sebelah tunang kau tu la" kata tania sambil menunjukkan ke arah lelaki itu

"Ooo...... lelaki itu, ahah nampak. Kenapa?"

"Ishh kau ni, asal blur sangat ahh?" marah tania

"Iye la sebab aku tak faham, apasal dengan lelaki tu?"

"Ishh kau ni, lelaki tu la yang aku ckp hensem tahap tiptop tadi"

"Ouhh laaaa, dia ke? hahahahahahahahahaha. Sorry la babe aku nampak tunang aku je sekarang ni. Aku dah tak nampak lelaki lain" kata wani sambil ketawa

"Hehhh kau, iye la. Orang bakal ada cik abang nanti" kata tania sambil matanya memusing ke atas

"Tapi kan babe, betul la kau cakap. Memamg hensem tiptop dengan pakaian dia, rupa dia, daripada atas sampai bawah cantik. He look perfect" kata wania sambil memandang lelaki itu tanpa henti dan tersenyum-senyum malu

Tania yang melihat wani memandang lelaki itu sambil tersenyum-senyum. Tania di pukul dengan perasaan cemburu. Tani terus menegur rakannya itu

"Hehhh kau, dah ada tunang. Tak payah nak tengok lelaki lain, aku bagitahu tunang kau baru tahu" ugut tania

"Alaaaa kau ni, janganlah marah. Aku bukan tengok dia lah, aku tengok tunang aku la" kata wani cuba untuk berselindung

"Eh kau jangan ingat yang aku tak tahu ek, aku nampak mata kau" kata tania lalu menjeling rakannya itu

"Eyyyyyy kau cemburu eh? kau suka dekat lelaki perfect tu kan?" teka wani

"Mana ada aku suka, kan aku dah cakap. Aku suka pandang dia sebab hensem dan kemas je" kata tania tapi dalam hati bunga dah kembang setaman penuh dengan rama-rama

"Eleh, ye la kau. Nak kelentong aku konon. Macam la aku baru kenal kau semalam" kata wani sambil mencubit lembut lengan tania

Tania tidak mengendahkan kata kawannya itu, matanya tetap melekat pada lelaki itu

Keesokkan harinya, tania masih lagi hairan siapa yang menghantar bunga kepadanya. Jenis bunga tetap sama tetapi warna yang berbeza. Tetapi harini tania tidak lagi bertembung dengan lelaki yang dia selalu jumpa dalam lif itu

"Hemmmm mana dia pergi eh, dah la minyak wangi dia aku suka bau. Eh aku dah ketagih bau minyak wangi dia ke? aduhhh parah ni" kata tania sambil memukul lembut kepalanya

"Tapi kan, sape yang bagi aku bunga dan siapa lelaki minyak wangi tu? aku kene siasat ni tunggu" kata tania lalu mengambil sejambak bunga itu dan melihat ada kad yang terselit. Tania terus mengambil kad tersebut lalu tertulis

"You are my love"

Berkerut dahi tania, apakah maksud lelaki itu kerana hantarkan bunga dan kad yang ditulis sebegitu?

Tania pun mengambil telefonnya lalu menelefon sahabatnya itu. Lama tania menunggu tetapi masih tidak dijawab oleh rakannya itu

"Takpelah nanti waktu lunch aku gi jumpa dia" kata tania lalu meletakkan bunga itu di rak belakangnya dan mencapai fail yang harus disemak

Semasa tania keluar untuk ke tempat letak kereta. Tania ternampak seorang lelaki di sebalik tiang berhampiran dengan keretanya dengan memakai hoodie, mask dan cermin mata hitam. Ia menutupi seluruh wajahnya. Lelaki itu terus berlari ke tempat lain apabila lelaki itu perasan yang tania nampak dia. Tania hairan kenapa lelaki itu lari, tapi lelaki itu cuba untuk menunjukkan muka dia di hadapan aku. Hemmmmmmm................. Tania buat tak tahu, lalu terus masuk ke dalam kereta dan pergi ke kedai makan yang telah dijanjikan oleh dia dan wani. Setibanya disana, dilihat masih lagi tidak ramai orang. Tania pun memesanlah minuman yang biasa diminum oleh dirinya dan wani

Setelah hampir 15 minit menunggu, wani pun sampai dengan tunang dia sekali. Wani yang nampak tania terus laju menuju ke arah sahabatnya itu

"Sorry la babe aku lambat sikit" kata wani sambil membuat muka comel

"Cehhh, sebelum ni cakap kat aku tak tepati masa lah, apa lah. Aleh-aleh dia pun sama"

"Asal kau tak bagitahu aku yang cik abang kau ikut jugak?" tanya tania sambil mengangkat tangan untuk memanggil pelayan

"Sorry la jugak babe buat kali ke-3, aku lupa yang cik abang aku tu dah janji nak ajak aku lunch. Tapi kau pulak yang ajak, nasib baik dia tak merajuk. Sebab tu dia join sekali, kau tak marahkan?"

"Tak, cuma aku jangkal la sikit. Sebab aku tak ada partner" kata tania perlahan

"Takpe lah, nanti aku tanya cik abang aku. Siapa lelaki perfect tu, kott la dia kenal ke"

"Ishhh kau ni, tak payahlah. Buat malu aku je nanti" kata tania sambil menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannnya

Setelah air yang di pesan untuk tunang wani telah sampai, tania pun memulakan perbualannya

"Wehh babe aku nak story sikit dengan kau ni tau, tapi dengan kau je la. Kau jangan pergi bagitahu dekat orang lain pulak nanti"

"Hem ye la, ye la apa dia?

"Sebenarnya kannnn..........................."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience