BAB 27:Hutan

Thriller Series 558

BAB 27:Hutan

SEORANG lelaki di dapati merayau-rayau tanpa arah tujuan dekat sebuah kawasan tapak pembinaan. Di saat para pekerja buruh binaan sedang sibuk melakukan tugas masing-masing,lelaki ini pula di lihat duduk mencangkung di suatu sudut sambil menanggalkan kulit wajahnya.

Kemudian dia pun menyerang seorang pekerja pembancuh simen sehingga pengsan. Longgokkan bancuhan simen di sapu ke wajahnya.

Ketika perbuatannya di sedari oleh para pekerja buruh binaan,dia pun cabut lari masuk ke dalam hutan berhampiran. Lelaki itu pun bukan siapa-siapa pun melainkan konstabel Yazid yang juga turut terkena penyakit aneh di mana kulit wajahnya merekah seribu hingga mukanya bertukar hodoh.


________________

KELAKUAN ganjil para anggota polis akhirnya sampai ke pengetahuan khalayak. Dekat balai polis sendiri pun sudah gempar apabila mayat seorang anggota di temui dalam keadaan kulit wajahnya telah di siat-siat.

Encik Ghani iaitu pengarah urusan di syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR telah mendapat panggilan dari sahabat baiknya sendiri iaitu seorang pegawai polis.

Sahabatnya telah meminta jasa baiknya untuk membongkar misteri aneh yang sedang melanda. Lagipun para wartawan BONGKAR sudah amat di kenali dalam kecekapan mereka merungkai pelbagai bentuk misteri.

Selepas tamat panggilan itu,Ghani pun mengumpulkan para wartawan dan berbincang tentang hal terbabit.

                          *****

"So untuk BONGKAR punya next issue,kita akan tumpukan pada misteri yang sedang berlaku melibatkan beberapa orang anggota polis. Mereka di katakan mengalami perubahan tingkah laku,berperangai ganjil dan sebagainya. Ada sesuatu yang amat meragukan dalam hal ni.."kata Ghani ketika berucap di hadapan para wartawan di bilik mesyuarat.

"Apa halnya Ghani?"soal Harun.

"Cubalah teka dulu.."kata Ghani tersenyum penuh misteri.

"Uhuhu iya kemungkinan beso mereka sengaja mogok nak mintak naik gaji..sekian"wartawan Yeob pulak yang buat andaian.

"Aih mananya mogok pulak. Kalau macam tu lebih baik semua anggota dan staf pun turut mogok sekali. Semua orang pun nak naik gaji jugak Yeob"balas Encik Ghani sebelum ketawa menyambut.

"Hm apa dia yang meragukan tu Ghani?"tanya Yana pula.

Para wartawan lain juga sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya.

"Begini..kesemua polis itu di kenal pasti adalah anggota yang sama terlibat sewaktu naik ke tingkat puncak blok F"ujar Ghani.

"Wahh..apa dah jadi pada mereka?"wartawan Haziq semakin di asak rasa ingin tahu.

"Adakah ia mempunyai kaitan dengan letupan kepala orang misteri tu? Bukankah mereka mendakwa telah terhidu habuk dan debu spora yang bebaskannya?"Asywina cuba menduga.

"Hah..make sense jugak cakap Wina tu. Sampai ke hari ini kita pun masih tertanya-tanya apa tujuan orang misteri tu buat begitu. Aku rasa habuk debu spora tu lah yang meninggalkan reaksi tindak balas demikian pada anggota polis terlibat''kata Harun.

"Inilah yang kita mesti siasat"balas Ghani.

"Ada berapa orang polis yang terlibat?"tanya seorang wartawan lain.

"Empat orang sahaja,termasuklah konstabel Yazid yang pernah menjadi informer kita untuk isu keluaran sebelum ni''

"Tapi bagaimana kita nak kesan setiap mereka?"tanya Haziq.

"Kita beruntung sebab telah menerima maklumat dari sahabat saya. Beliau pegawai dari balai polis. Maklumat adalah berkaitan tentang panggilan individu dari beberapa lokasi tertentu mendakwa ada orang berkelakuan aneh dan mencurigakan. Mungkin kalian boleh cuba menggunakan maklumat tersebut untuk mengesan keberadaan setiap anggota polis yang terlibat"kata Ghani.

"Ah kalau macam tu bagus sangatlah Ghani. I pun dah tak sabar nak buat tugasan luar ni"kata Yana.

"Hm aku pun"kata Harun sambil menyarung jaket vest rasmi wartawan BONGKAR ke tubuh.

"Siapa lagi nak sahut tugas ni?"tanya Encik Ghani.

"Saya!"Asywina mengangkat tangan.

Begitu juga dengan wartawan-wartawan lain.

"Bagus..kalau macam tu kita buat ini sebagai tugasan berkumpulan terus.

Wartawan Harun di tugaskan bersama Yeob Maon dan Asywina. Sementara Yana pula bersama Haziq dan Akim. Begitu juga dengan beberapa wartawan lain. Mereka pun bertolak setelah mendapatkan maklumat dari Ghani.


_________________

PACUAN empat roda yang di naiki oleh Harun,Yeob Maon dan Asywina tiba di sebuah kawasan kilang papan. Mereka mendapat maklumat bahawa dekat kilang tersebut telah muncul seseorang yang berkelakuan ganjil.

"Huu?! berwajah hodoh? Uhuhu.."Yeob Maon menyoal.

"Betul..para pekerja saya pun ramai yang nampak. Orang ni wajah dia hodoh seolah-olah kulit wajah dia dah reput dan gugur. Bukan setakat tu saja. Dia boleh curi pulak sisa kulit pokok yang kilang kami proses lalu di tampal ke wajahnya"ujar pengurus kilang.

"Agaknya mungkin kesan habuk debu spora orang asing tu menyebabkan anggota polis terlibat mengalami masalah pada kulit wajah kot?"kata Asywina.

"Mungkin jugak tu. Hm..jadi mana dia orang berkelakuan ganjil tu pergi?"soal Harun kepada pengurus kilang.

"Setelah di usir,saya lihat beliau lari ke hutan belukar di belakang kilang"

Tiga orang wartawan itu pun mengambil keputusan untuk meredah masuk ke hutan tersebut.

Sementara itu team wartawan Yana pula tiba di kawasan tapak pembinaan di mana anggota polis berkelakuan ganjil di katakan telah muncul dan menyerang seorang buruh sebelum di lihat menyapu seluruh wajahnya dengan simen.

Yana,Haziq dan Akim terpaksa bergegas meredah masuk ke hutan belukar di belakang kawasan tapak binaan kerana anggota polis terbabit di lihat melarikan dirinya ke sana.

Satu lagi team lain wartawan BONGKAR terpaksa meredah ke sebuah kebun getah setelah penduduk di kampung berkenaan mendakwa orang berkelakuan ganjil dengan wajah yang hodoh bukan sahaja telah menakut-nakutkan penduduknya malah mencuri pula susu getah milik penoreh.

Kebun getah itu juga terus menyambung dengan hutan belukar luas di belakangnya. Ia adalah hutan yang sama di tujui oleh para anggota polis terlibat.

PETANG kian larut dan sedang merangkak menuju ke waktu senja. Beberapa pecahan team wartawan BONGKAR sudah jauh meredah ke dalam hutan tersebut sebelum akhirnya saling bertemu dan berkumpul beramai-ramai.

Unggun-unggun api pun di nyalakan. Mujur juga di tempat mereka berkumpul itu ada sebatang sungai cetek dan air bersih.

Para wartawan hampir dua belas orang semuanya. Ada yang duduk-duduk bersembang. Ada yang membersihkan kawasan dan sebagainya.

Harun dan Yana bersembang sambil duduk di sebatang pokok yang tumbang ke tanah.

"Macam mana ni Run? Kita datang beramai-ramai dengan empat buah team sekaligus. Tapi batang hidung para anggota polis tu satu pun belum berjaya kita temui"kata Yana sambil sesekali menampar-nampak nyamuk hutan yang hinggap ke lengannya.

"Tapi sekurang-kurangnya kita tahu kesemua mereka menuju ke arah tempat yang sama,iaitu dekat hutan ni. Aku pasti mesti ada sesuatu yang menarik mereka untuk datang ke sini"kata Harun.

"Bang Harun! Kak Yana! kita semua nak bermalam ke kat hutan ni?"tanya seorang wartawan.

"Selagi kita tak jumpa para subjek sasaran..maybe kita akan bermalam kat hutan ni sampai ke esok ya Milah"kata Yana.

"Eii macam seram je hutan ni kak..

"Wei mintak-mintaklah tak macam tu.."kata seorang wartawan lain pula.

"Aah..aah..ngerilah. Dah lah banyak nyamuk"

'Huu?uhuhu tidak..tidak..mintak bior le kita semua kena tidur dalam hutan ni malam ni..sekian"wartawan Yeob Maon menyanggah cakap wartawan-wartawan tadi.

"Alahh..jangan lah macam tu abang Yeob"beberapa dari mereka merungut.

"Huu?uhuhu iya ko ingat kerja wartawan BONGKAR ni senang cenggitu je ke haa? Uhuhu naya..naya..iya aku dulu pernah dapat tugasan tidur dekat bekas tapak kem asko jepun kat dalam hutan sorang-soranglah..uhuhu ko semua tidur dalam hutan ramai-ramai cenggini pun dah takut bagai sampai nak terkencing dalam suor ke haa?sekian"wartawan Yeob Maon buncit dah bercekak pinggang sambil berceramah kepada wartawan-wartawan baru itu.

Termengah dan terbeliak-beliak matanya bila bercakap.

Harun dan Yana tersenyum sahaja. Bukan tak tahu wartawan Yeob Maon yang tembam gemuk dengan suara parau itu memang celupar dan bila bercakap pun main lepas saja. Tapi mereka tahu tahu kata-kata Yeob memang ada benarnya.

"Hm elok jugaklah kau orang semua dengar nasihat Yeob tu. Kalau nak jadi wartawan BONGKAR,kau orang mesti kuat,tabah dan tak boleh mengeluh ketika bertugas"nasihat Harun.

MALAM di hutan itu agak berkabus dan sejuk. Cahaya rembulan juga agak terang dan menyerlah. Setelah berbincang bersama,akhirnya team wartawan seramai dua belas orang itu pun di bahagi dua.

Enam orang darinya di tugaskan untuk meredah ke belahan hutan lebih dalam untuk mengesan jejak-jejak para anggota polis itu,sementara enam wartawan lain menunggu di tempat unggun api di mana mereka berkumpul tadi.

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience