Bab 5 Qistina

Romance Series 2769

Luth dan Noah berehat di pondok yang tidak jauh dari dewan bola keranjang. Terdapat beberapa ahli yang lain dan juga pengurus ahli kelab bola keranjang turut duduk berehat bersama mereka. Pengurus kelab bola keranjang mereka adalah seorang pelajar perempuan tingkatan 5. Namanya Nur Qistina. Sebelum ni dia pernah memegang jawatan sebagai setiausaha kelab.

"Luth, hebatnya awak waktu awak jaringkan gol tadi dah macam NBA players tau" Qis melabuhkan punggungnya di sebelah Luth.

Luth tidak menjawab. Dia meneguk air mineral di tangannya. Noah membiarkan mereka berdua dan duduk bersama ahli kelab yang lain. Qistina masih tidak berputus asa untuk mencuba mengambil hati Luth.

"Luth, Qis ada bawak roti sandwich,jom makan sama-sama"ujar Qis dengan alunan suara yang mendayu. Gadis yang berwajah cantik, putih dan tinggi itu tayang senyuman yang manis.

"Kau bagilah dekat Noah, Noah suka sandwich." Luth tolak pelawaan Qis secara baik.

"Eh.. Tapi Qis nak Luth yang rasa. Qis buat sendiri ni" rayu Qis. Luth mula menunjukkan rasa tidak selesa dengan sikap Qis.

Luth bangun dari tempat duduknya. Dia memegang tuala dan air mineral di tangan. Tidak dihiraukan langsung rayuan Qis.

"Noah, aku nak ke kelas nak ambik beg aku. Lepas tu aku nak gerak balik terus ni. Kau nak balik sekali tak?"soal Luth. Qis masih di sebelahnya, tayang muka tidak puas hati.

"Kau baliklah dulu. Aku nak tengok dorang buat latihan. Habis latihan, baru aku balik. Kau ajaklah Nuha balik sekali dengan kau." ujar Noah.

"Okay, aku gerak dulu bro" Luth mengatur langkah untuk ke kelas. Noah pandang muka Qis yang tengah menahan geram.

"Sudahlah Qistina,jom lepak dengan kita oranglah. Luth tak pandangnya kau"ujar Azim.

"Bukan dulu kau rapat dengan Noah ke? Kenapa tiba-tiba je nak mengatal dengan Luth? soal Rahim pula.

"Ke Noah reject kau?"sindir Azim lagi.

"Diamlah korang. Sebenarnya korang cemburu kan sebab aku tak rapat dengan korang?!"Nada Qistina sudah naik satu oktaf.

"Sudahlah korang, jom kita berlatih lagi. Kalau rasa dah tak larat baik korang balik tidur kat rumah" tegas Noah. Noah sempat kerling Qistina. Qistina sempat memberi jelingan maut pada mereka bertiga.

Sekali lagi ketawanya terburai. Lawaklah Izzat ni. Tak sangka Izzat boleh buat lawak. Boleh pulak samakan Luth dan Noah seperti model Calvin Klein. Rasa loya tekak ni, macam ada cicak tersepit di kerongkong.

Izzat masih lagi blurr dengan gadis comel di hadapannya. Rasanya dia memang tak ada niat nak buat lawak. Izzat memegang lehernya. Nuha masih lagi menghabiskan sisa tawanya.

"Saya rasa kalau Noah tu ya macam model Calvin Klein, sebab saya kan kembar dia. Kalau Noah hensem setaraf model, saya mestilah cantik setaraf Miss Universe kan?" Tapi Luth tu macam langit dengan bumilah kalau nak di bandingkan dengan model Calvin Klein.

"Cuba Nuha perhati wajah Luth dengan jarak dekat. Perhati je betul-betul mesti Nuha akan jatuh cinta dekat Luth."Izzat memberi cadangan.

"Eew.. Saya nak muntah lah Izzat, kepala saya tengah serabut dengan addmath. Bila saya dengar awak cakap macam tu saya takot nanti otak saya rosak pulak" Nuha menahan loya.

Tiba-tiba kedengaran suara garau menyapa telinga mereka berdua.

"Nuha kau buat apa berduaan dengan Izzat dalam kelas ni?"suara yang tidak asing bagi Nuha dan Izzat. Kepala diangkat melihat pemilik suara itu. Nuha tersengih seperti kerang busuk, Izzat pula sudah menelan air liur di kerongkong. Terasa perit pulak nak telan air liur pada waktu ni.

Luth sedang merenung tajam ke arah mereka berdua. Dia tidak suka dengan pemandangan yang menjamu matanya sekarang. Pemandangan yang menyakitkan mata dan hatinya. Tapi Luth cuba berlagak tenang.

"Chill bro, aku cuma nak pinjamkan nota addmath aku je dekat Nuha. Lepas tu aku berboraklah sekejap bukan aku try dia pon." ujar Izzat.

"Kau dah kenapa Luth? Muka macam orang tahan berak je. Kau ada masalah ke?" soal Nuha. "Sah gadis di hadapannya ni tidak pandai baca reaksi wajah Luth sekarang ni" gumam Izzat dan menepuk dahinya. Luth masih berdiam diri lagi.

"Aku.. aku balik dululah. Okaylah Nuha saya bagi awak pinjam dulu nota addmath saya." Izzat mahu larikan diri dulu. Dia sudah tidak betah mahu duduk di sini lama-lama.

"Eh, Izzat terima kasih tau bagi saya pinjam nota awak" ujar Nuha. Belum sempat Izzat menjawab Luth menyampuk. "Maaflah Izzat, aku tak marah pon. Kau jangan salah faham ya"Luth cuba senyum seikhlas hati. Tapi nampak sangat senyum terpaksa. Buruk benor mukanya sekarang.

"Eh no hal lah. Aku pon memang nak balik dah. Jumpa korang berdua esok ya"Izzat segera menggalas beg sandangnya dan melangkah keluar dari kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience