BAB 34:Xeno-Voyager

Thriller Series 558

BAB 34: Xeno-Voyager

MENTARI jam dua petang agak terik,namun oleh kerana hutan belukar itu agak merimbun dedaun dan pepohonannya serta tinggi-tinggi pula pokok yang tumbuh,maka suasana terasa sedikit redup dan sejuk.

Tadi Harun bersama Yana,Haziq,Yeob Maon dan Asywina bergegas bertolak dari opis memandu ke hutan terbabit sejurus di maklumkan tentang penemuan catatan di dalam diari peribadi milik wartawan Mirah Hasyimi tentang pemergian beliau ke situ.

"Mirah! oh Mirah!"teriak para wartawan itu sambil melilau di dalam hutan.

"Uhuhu iya..dia kata dia ada amek sesuatu benda dari hutan ni sebelum mendapat gangguan suara. Uhuhu kemungkinan beso Mirah ada curi buluhĀ  perindu kepunyaan puteri buluh betung ya..huhuhu sekian"Yeob Maon memandai je buat andaian yang bukan-bukan.

"Haha yelah tu Yeob"Asywina dah ketawa.

"Mirah ikut team siapa hari tu?"tanya Harun.

"Ikut team i lah Run. Why?"balas Yana.

"Waktu tu engkau ada perasan tak dia pergi mana-mana ke..atau tinggalkan team sekejap ke.."

"Hm..tak ada..semua orang duduk dalam kumpulan je"

"Yup. Mirah berbual dengan Yati sama Syaza masa tu"tambah Haziq.

"Kalau macam tu moh kita ke tempat kita berehat buat unggun api dekat saliran sungai cetek tu"cadang Harun.

Yang lain-lain bersetuju. Mereka pun bergegas ke sana. Perjalanan meredah hutan menuju ke tempat yang di maksudkan itu agak mengambil masa selama lima belas ke dua puluh minit juga lamanya.

"Mirah!!"Yana berteriak sambil berdiri di tebing sungai dengan saliran air cetek itu.

Tiada jawapan.

Yang lain-lain turut berbuat sedemikian. Hasilnya amat mengecewakan.

Tiba-tiba entah dari mana muncul tembakkan busur mata panah.

ZAPP!

Ia terpacak betul-betul dekat sebatang pokok. Terkejut betul mereka di buatnya.

"Hati-hati! ada orang nak panah kita"kata Haziq.

"Huu?uhuhu iya ada kertas apa kat panah tu haa?sekian"kata Yeob Maon.

"Mungkin dia nak sampaikan suatu mesej pada kita"kata Asywina.

Harun pun pergi mendekati mata panah itu dan mengambil kertas yang di lampirkan bersamanya. Ada nota berbunyi..

"Wartawan wanita muda tu selamat. Cuma dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi. Lokasinya ada di kawasan tanah lapang Zon Projek Highlander. Datang pada waktu lewat malam nanti. Ingat! hanya dua orang sahaja di benarkan untuk masuk ke XENO-VOYAGER"

"Xeno-Voyager??! Apa kebendanya tu?"tercengang mereka berlima setelah membaca mesej dari kertas tersebut sambil saling pandang memandang di antara satu sama lain.

"Hm..entah-entah ini ada kaitan dengan orang asing tu lagi tak?"Haziq memberi pendapat.

"Huu?uhuhu iya ke aku sorang je perasan nama Xeno-Voyager tu macam nama makhluk asing Xenomorph dalam filem Alien haa?sekian"kata Yeob Maon.

"Boleh jadi jugak tu. Ini yang kita kena pergi siasat nanti"kata Harun.

"Kalau tak silap i Zon Projek Highlander tu letaknya kat kawasan dataran yang agak tinggi dan luas"kata Yana.

"Itu kawasan untuk apa kak?"tanya Asywina.

"Lebih kurang macam Area 51..kawasanĀ  yang di khaskan untuk ketenteraan. Tapi projek tu di hentikan kerana memakan perbelanjaan yang besar. Sekarang ni Zon Projek Highlander dah jadi kawasan tapak luas terbiar. Dah bersemak-samun pun agaknya"ujar wartawan Yana Maya.

"Tak apa. Kita balik ke pejabat dan bincang dulu dengan Ghani. Aku rasa kita bakal membongkarkan misteri yang agak menarik jugak kali ni"kata Harun sebelum di persetujui oleh yang lain-lain.


_________________

PEJABAT SYARIKAT PENERBITAN AKHBAR TABLOID BONGKAR.

"Orang asing tu lagi?"soal Ghani ketika Yana,Harun,Asywina,Haziq dan Yeob Maon berkumpul di bilik opisnya.

"Kami syak begitulah. Apa-apa pun ini memerlukan penyiasatan lanjut di Zon Projek Highlander pada sebelah malam nanti"kata Yana.

"Aku dapat rasa ada bahan misteri besar dan menarik sedang menanti untuk kita bongkarkan kat sana Ghani"kata Harun pula.

"Hah bagus. Siapa yang akan ke sana malam nanti?"tanya Ghani.

"Aku dan Yana"balas Harun.

"Err..sori Run. I malam ni tak free"balas Yana.

Haziq dan Asywina pula masing-masing sudah ada bebanan tugasan luar yang harus di kerjakan. Akhirnya semua mata tertumpu kepada Yeob Maon. Lagipun sepanjang hari ni wartawan gemuk tu di lihat amat senang mengunyah keropok sambil mengeluh panjang kerana ketiadaan tugasan luar yang hendak di buat.

"Huu?!aku? uhuhu naya..naya..dahlah bini aku ada nak masak rendang special sikit lah malam ni..

Bahahahahaha haahhahaa

Langsung semua orang terlepas ketawa siap tepuk-tepuk meja. Bukan tak tahu apa punca utama wartawan gemuk itu sering memberi alasan itu dan ini.

''Hahahaha..awak makan lah tenang-tenang rendang yang bini awak dah masak tu Yeob. Nanti dah lewat malam sikit baru keluar bertugas"kata Yana.

"Aih..bukan nak tergesa-gesa pun lah"kata Asywina.

"Haha perut beso dah isi kenyang-kenyang nanti malam lewat sikit abang datanglah amek ko kita pergilah ke Zon Projek Highlander tu okey Yeob?"kata Harun.

"Uhuhu..naya..naya..iya baik..baik..sekian"


_______________

SEKITAR jam 11.40 malam sebuah kenderaan pacuan empat roda baru tiba di luar pagar kawasan Zon Projek Highlander. Wartawan Harun dan Yeob Maon melompat turun.

Kawasan luas dan berpagar di kelilingnya itu terletak agak tinggi di kawasan berbukit namun terbiar sepi dan lengang.

"Huu?uhuhu iya tak sangka negara kita pun ada kawasan Area 51 luas cenggini ya bang? Uhuhu iya bina untuk sambut alien ke haa?sekian"wartawan Yeob berpaut pada pagar keliling.

"Hahaha..negara kita tak ada lah sampai nak sambut alien bagai macam kat Area 51 tu Yeob..dulu kat sini ada kem askar tempat mereka parking jet dan kapal terbang. Projek pun setengah jalan je. Sekarang dah jadi tapak landasan luas terbiar"balas Harun.

"Huu?uhuhu iya kita nak jalan kaki ke masuk kat dalam ni haa? Uhuhu naya..naya..boleh patah kaki peha debab beso aku jikalau cenggini luas kawasannya..sekian"

"Tak perlu jalan kaki kot. Tak selamat. Hm..engkau tolong abang sikit. Nah amek cutter ni. Kita potong je pagar ni asal muat pajero nak lepas masuk ke dalam pun cukup"

"Buhuhuhu iya bang..bagus jugak cadangan ko tu..sekian"

Dua orang wartawan lelaki terbabit pun memotong pagar tersebut sebelum memandu masuk ke dalam kawasan Zon Projek Highlander.

Hampir sepuluh minit pajero yang di naiki membelah laluan. Suasana gelap samar-samar. Namun masih ada cahaya dari sebalik bukit-bukau di kejauhan yang menerangi tapak Zon Projek Highlander.

Sesekali mereka lalu di deretan bangunan dan rumah-rumah gelap yang di percayai pernah menjadi kuarters kediaman staf dan tentera di Zon Projek Highlander suatu ketika lalu.

Akhirnya muncul cahaya kehijau-hijauan dari kejauhan.

"Huu?! Uhuhu iya apa benda pulak yang bercahaya hijo kat sana tu haa? Uhuhu musykil..musykil..bior le aku rakam semuanya..sekian"

Video kamera digital pun di hidupkan.

Harun yang sedang memandu pajero itu juga berkerut dahi menacap pandangan ke arah munculnya cahaya kehijauan di kejauhan itu.

Ketika kenderaan yang mereka naiki semakin hampir barulah jelas pada pandangan mata mereka.

"Huu?!uhuhu iya bang..itu kan piring terbang beso yang muncul kat hutan tempoh hari..sekian"

"Aku dah agak dah..semua ni ada kaitanĀ  dengan orang asing tu. Agaknya piring terbang tu lah yang di maksudkannya sebagai Xeno-Voyager tu"kata Harun.

"Uhuhuhu iya memang tak syak lagi..kemungkinan beso orang asing tu adalah alien ya..sekian"

"Hm abang pun rasa macam tu jugak Yeob. Apa pun kita cuba masuk ke dalam kapal pesawat piring terbang mereka tu dulu"

XENO-VOYAGER tersergam megah bersama lampu-lampu kehijauan. Sebuah pintu logam yang terdapat di badan pesawat piring terbang besar itu terbuka dengan sendiri saat Harun dan Yeob Maon sudah berdiri tercegat di luarnya.

Sebuah jambatan besi di hubungkan ke permukaan tapak Zon Projek Highlander agar dua orang wartawan itu dapat meniti dan masuk ke badan pesawat.

"Uhuhu gila..gila..tak sangka kita boleh tengok kapal angkasa piring terbang beso depan mata cenggini ya..iya baik..baik..sekian"

Wartawan Yeob sibuk merakam dan memfoto segala-gala yang terpampang di hadapan matanya melalui kamera video digital.

Akhirnya dua orang wartawan itu pun mengambil langkah berani dengan melangkah masuk ke dalam pesawat piring terbang misteri tersebut.

Di dalam sana ada laluan serta kokpit dan komputer yang canggih. Entah datang dari mana asap-asap yang seperti kabus nipis itu membuat keadaan semakin bertambah misteri.

Harun dan Yeob Maon berdiri melihat ke arah skrin-skrin komputer di hadapan mereka.

"Huu?! video Mirah pun ada..sekian"

Harun pun menoleh ke skrin komputer yang di maksudkan oleh wartawan Yeob.

Kedua wartawan itu terpempan kaku sambil terus menonton.

BAB 34. Xeno-Voyager

Pada asalnya author sendiri pun tak tahu nak kategorikan Siri Bongkar ni dlm genre apa. Klu nk kata horror misteri saja pn x boleh juga sebab ada piring terbang dan watak orang Misteri yg menggunakan peranti canggih yg agak sci-fi. Then author terpaksa guna AI GPT Chat untuk 'membedah' kategori dan genre sebenar cerita ni. Walhasilnya BONGKAR telah di kategorikan dlm genre Sci-fi Horror/misteri paranormal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience