JAM menunjukkan pukul 7:21 pagi. Terlihat seorang gadis duduk santai sambil menikmati sarapannya di pondok yang berada di tengah-tengah taman bunga, bersama suami tercinta sebelum dengan kegiatan masing-masing.
"Harini Sha nak balik kampung. Boleh?."
Ya, aku Diara Tasha yang berusia 25 tahun yang merupakan seorang isteri kepada seorang pengusaha kaya raya yakini Putra Zayyan Ian. Kami bersama sudah hampir 6 tahun, namun sampai sekarang belum di kurniakan zuriat, sehingga ibu mentuaku telah mempersiapkan seorang isteri baru untuk suamiku. Gila bukan?.
"Sure. Tapi kenapa?."
"Mak tak sedap badan. Tulah nak lawat dia. Mungkin esok baru balik. Tengoklah macam mana nanti."
"Nak abang temankan ke?."
"Tak payah. Sha boleh pergi sendiri."
"Betul ni nak pergi sendiri. Abang boleh ambik cuti, temankan sayang. Abang risaulah sayang."
"Sayang boleh jaga diri sayang sendirilah."
"Betul ni, tak nak abang teman?."
"Betul."
"Baiklah. Jaga diri. Jangan nakal-nakal, ingat abang ni sikit."
"Abang dah cukup sempurna untuk sayang. Buat apa cari lagikan. Oh ya abang, sayang ada satu soalan. Boleh abang berkata jujur."
"Sure. Apa dia?."
"Abang ok ke kalau kita takda anak?."
"Kenapa tiba-tiba ni?." Hairan suaminya.
"Tanya je. Saja nak tahu jawapan abang."
"Kan abang dah cakap berkali-kali. Abang cinta sayang, ikhlas tanpa mengharapkan zuriat. Abang juga tak tuntut sayang untuk ada anak secepatnya. Kalau ada ya Alhamdulilah, kalau takda tu takda masalah."
"Kan. Dah belum rezeki kita. Nak buat macam mana. Tapi tulah, mama abang asyik membebel ke 24 jam. Sakit tau telinga ni."
"Jangan di ambil hatilah. Pekakkan telinga tu je. Yang penting sekarang ni, sayang sihat. Itu penting."
"Terima kasih abang sebab faham. Sayang harap, tahun ni kita di beri peluang untuk ada anak."
"Amin. Sentiasa doa yang baik-baik. InsyaAllah di makbulkan."
"Amin. Terima kasih sekali lagi sebab faham sayang. I love you bertubi-tubi."
"I love you too bertubi-tubi." Balas Ian lalu melabuhkan ciuman hangat pada bibir isterinya. "Abang cintakan sayang ikhlas dari hati. Abang sayang sangat dekat sayang. Mana abang nak dapat lagi, isteri sesempurna sayang. So, sayang nak balik kampungkan. Abang ikut."
"La. Kenapa pulak. Sayang boleh pergi sendirilah. Kampung dari sini, tak jauh mana. Abang jangan risaulah."
"No. Abang tetap nak ikut. Abang takut nanti, sayang kena goda dengan jantan lain. Sayang nikan, gadis paling popular dekat sana. Abang cemburu, plus takut kalau sayang di ambil orang."
"Eleh. Cemburulah sangat. Ok. Tapi betul ni, tak ganggu masa abang."
"Tak sayang. Nanti, sebelum kita balik. Kita singgah kedai dulu. Takkan kita balik, bawa tangan kosongkan."
"Aalah. Sayang juga nak beli pembalut. Pembalut sayang dah habis."
"Sayang period?."
Sha mengangguk laju. "Kenapa bang?."
"Ala. Tak dapatlah mesra-mesra malam ni."
"Gatallah orang tua ni. Dahlah, sayang nak kemas baju kita. Pergi awal, sampai awalkan."
"Abang nak tolong. Boleh?."
"Tak payahlah. Sayang boleh kemas sendiri. Tapi kalau abang tolong. Lagi bagus. Cepat sikit siapkan."
"Tunggu apalagi, jomlah." Ajak Ian sambil mendukung isterinya, lalu melangkah pergi.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang memerhati mereka dari tadi. Tangannya di genggam erat, oleh kerana kesal akan kemesraan di depan mata.
•
SEMENTARA di sebuah restaurant mewah, terlihat sekumpulan wanita sedang duduk santai, sambil menikmati sarapan mereka bersama. Mata Puan Ratna tidak lepas memandang anak kepada sahabatnya yang terlihat gelisah.
"Ai Lin, kenapa mual-mual je auntie tengok. Mengandung ke?." Soal Puan Ratna kepada anak sahabatnya yakini Lin. Mana tidak, gadis itu terlihat tidak berselera, di tambah mual setiap kali makanan yang di pesan sampai di meja mereka.
Seketika semua mata tertuju pada gadis itu.
"Aalah Lin. Mama perasaan juga, Lin asyik muntah je beberapa harini. Lin mengandung ke?." Soal ibunya.
"Tak mungkinlah ma. Rayyan masih kecil lagi." Bantahnya.
"Tak mungkin apanya, dah kamu mual-mual, tak suka bau makanan, bau suami kamu pun kamu tak suka. Ni period, teratur tak?."
"Aalah mama. Baru Lin perasan. Dah 2 bulan Lin tak period."
"Sah kamu mengandung."
"Mengandung?." Ulangnya.
"Tahniahlah Lin. Auntie turut bahagia untuk kamu. Tak macam menantu auntie, tak mengandung-mengandung."
"Agaknya mandul tak menantu you tu. Taklah, dah 6 tahun bersama. Takkanlah takda lagikan. Menantu I baru kahwin beberapa bulan, dah ada isi."
Senyuman Puan Ratna sedikit demi sedikit memudar.
"You ni Yaya. Mulut tukan, takda lesen langsung. Dah namanya belum ada rezeki. Nak buat macam mana. Nanti, kalau dah tiba masanya nanti. InsyaAllah, adalah tu." Marah Puan Hanie, kerana dia pernah di posisi itu.
"Sorry Ratna. I terlepas cakap. I bukan apa, I kesian dekat you je. Kalaulah betul yang Sha tu tak boleh mengandung. Alamatnya, you tak merasalah timang cucu, dan Ian takkan ada pewaris. Tak ke, sia-sia kekayaan dia kalau takda pewariskan."
"Mulut I ni dah berbuih cakap benda yang sama. Tapi anak I tu berdegil tak nak ceraikan perempuan tu. Entah apa yang perempuan tu buat dekat anak I. I pun tak tahu."
"Wajarlah kalau dia tak nak. Dah dia sayang dekat isterinya. Luculah you ni. Sekurang-kurangnya, you suruh dia kahwin lagi tanpa ceraikan isteri dia. Itu baru ok. Kalaulah dia setuju. You ada calon untuk dia ke?."
"Ada. Ian juga tertarik dengan dia."
"Siapa?." Soal Puan Hanie ingin tahu.
"Sarah. You kenalkan."
"Sarah bukan adik tiri Sha ke?."
"Aa, dari ayah dan ibu lain-lain. Sarah ni, lemah lembut orangnya, cantik juga. I suka sangat. I yakin, kalau Sarah kahwin dengan Ian. Mesti anak mereka comel-comel."
Seketika sahabatnya saling berbalas pandangan.
"You biar betul. Kenapa harus Sarah?. Dah macam takda perempuan lain. Sha tahu ke tentang adik dia ni, nak di jodohkan dengan suami dia."
"I belum bagitahu dia lagi. Buat masa sekarang. Keep secret. Dah tiba masanya nanti, I pasti akan bagitahu dia."
"Jahatlah you ni. Sejak bilalah you rapat dengan adik tiri si Sha tu."
"Kami dah lama kenal. Adik Sha tukan owner kedai dessert kegemaran I. Jadi, I terus berkenan dengan dia. I tak sabar nak jadikan dia menantu."
"Kalau I jadi Sha. Memang makan hatilah ada mentua macam you. Adik tiri dia lagi di jadikan menantu cadangan you. Harap Sha tak gilalah."
"Siapa suruh mandul. Dahlah, I malas nak cerita tentang dia. Buat habis air liur je."
"I sokong."
Hanie hanya mampu menggelengkan kepalanya, akan sikap sahabatnya.
Share this novel