Bab 87

Romance Series 39746

"Aneh-aneh je lah perangai laki aku semenjak dua menjak ni. Kejap okay, kejap tak, kejap merajuk, kejap marah, kejap manja semacam" fikir tania sendirian

Suaminya yang baharu sahaja mandi terus menindih tania diatas katil

"Biy apa ni? gelilah biy" kata tania sambil mengelak daripada dicium oleh suaminya

Habis seluruh muka dan leher tania diciumnya, sehingga kemerah-merahan

"Biy stop, cukuplah" kata tania menolak. Talhah masih melakukannya, tetapi tidak lama kerana apabila talhah ingin mencium dada tania. Talhah tiba-tiba terasa loya dan ingin termuntah. Cepat-cepat talhah ke tandas dan memuntahkannya

"Biy okay tak?"

"Biy okay, tapi entahlah biy rasa macam tak sedap badan pulak. Kejap rasa macam nak demam, kejap rasa pening.Tak tentulah sayang"

"Ke biy nak demam?"

"Biy kalau nak demam, dia jadi sakit urat je. Ni lain macam rasa dia"

"Ouhh, kalau macam tu.Jomm la kita pergi check dekat klinik esok"

*Okay"

"Biy rehatlah dulu"

Talhah memakai baju dan baring disebelah isterinya, sambil tania mengurutkan kepalanya. Sehinggalah mereka sama-sama terlena

Pada keesokan paginya, mereka terus ke klinik untuk memeriksa. Tidak sampai 10 minit, nama talhah terus dipanggil. Almaklumlah, swasta kann, bayar mahal

Talhah masuk dan membuat pemeriksan

"Daripada pemeriksaan saya terhadap encik, encik ni mengidam seperti ibu mengandung"

"Tapi doktor saya lelaki, mana mungkin mengandung" kata talhah lurus

"Iye, saya tahu. Tapi mungkin isteri encik yang mengandung. Biar saya periksa isteri encik pula ya?"

"Baiklah"

Tidak lama menunggu "Tahniah encik, isteri encik mengandung 2 bulan"

Talhah yang terdengarnya bingung dan tidak mempercayainya

"Se ....seriouslah doktor?"

"Iye, saya seriouslah. Tak kan saya nak bohong pulak. Tahniah iye encik puan"

"Baik, terima kasih doktor. Terima kasih banyak-banyak"

"Baiklah sama-sama"

Mereka keluar daripada klinik dan pulang ke rumah dalam keadaan gembira

"Ya Allah sayang, sayang pregnant.So mulai harini biy akan pantau semua pemakanan sayang"

"Okay, tapi....."

"No tapi tapi, tapi kan kenapa biy yang mengidam dan alahan tu?"

"Sebab doktor cakap, orang lelaki ni kalau dia tak rasa mengidam dengan alahan tu macam mana. Nanti mesti dorang akan mengata. So adil la, kaum adam pun terasa jugak walaupun kaum hawa yang mengandung"

"Ouhh, faham-faham".

"Sayang nak makan apa?"

"Nak makan biy" usik tania

"Nak betul-betul ke? kalau nak biy on je. Tambah lagi satu dalam perut tu nak?" ugut talhah

"Taknak lah, biy niii. Biy masak tomyam boleh?"

"Hemmm boleh, kejap biy buatkan"

"Okay"

Tania naik ke atas untuk membersihkan diri, selesai itu tania ke bawah semula apabila terbau haruman makanan daripada bawah

"Emmmm sedapnya biy masak" kata tania sambil memeluk suaminya daripada belakang

"Mestilah, sayang pun wangi je. Dah mandi eh?"

"Of course lah dah"

"Nahh cuba rasa" kata talhah lalu menghulurkan sudu kepada isterinya untuk merasa

"Emmmm sedap, ada rasa masam pedas. Emmm sedap-sedap. Pandai biy masak"

"Biasalah, tengok rupalah"

"Ushhh so kena cari rupa hensem baru lah pandai masak. Haaaa boleh-boleh" kata tania

"Takpelah sayang tunggu dulu, biy nak naik atas nak mandi. Nanti kita makan sama-sama eh?"

"Okay"

Setelah itu, mereka makan dan rehat bersama. Begitulah mereka setiap hari sehingga perut tania membesar dan ingin bersalin

"Biy, sayang bosanlah. Jomm masak sama-sama nak?" ajak tania apabila usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan

"Sayang nak masak apa?"

"Masak nasi tomato ayam pedas boleh?"

"Boleh je, jomm biy tolong"

Semasa mereka bersenang-lenang memsak. Tania memeluk suaminya daripada belakang, tiba-tiba perutnya terasa sakit semacam

"Biy, biy" panggil tania sambil menahan sakit

"Eh kenapa ni sayang?"

"Sakitlah" kata tania sambil memegang perutnya

"Eh sayang nak bersalin dah ke? bukan doktor cakap lagi 2 minggu ke?"

"Itulah, yang peliknya. Tapi biy sayang tak tahanlah. Sakit sangat dah" kata tania yang sudah berpeluh menahan sakit

"Eh ye lah, air ketuban sayang dah pecah ni. Jom-jom kita pergi hospital cepat" kata talhah lalu mengangkat isterinya ke kereta dan terus menuju ke hospital

Semasa dihospital, tania mengerang dengan kuat untuk mengeluarkan baby tu. Talhah yang berada disebelah tania turut mengalirkan air matanya melihat isterinya bersungguh ingin melahirkan zuriat mereka. Andainya dia ditempat tania, mampukah dia?. Setelah selesai tania melahirkan baby perempuan yang dinamakan humaira delina

"Biy kenapa menangis?" tegur tania apabila sudah di wad biasa

"Biy tengok sayang mengerang tu sakit sangat. Kalau biy, belum tentu biy sanggup" kata talhah dalam sisa tangisnya

"Itulah beza perempuan dengan lelaki, dah Allah buat sayang macam ni. Nak buat macam mana? melainkan sayang tak kahwin lagi. So tak adalah macam ni"

"Sakit tak sayang?"

"Sakit tu ada, masa kita mula-mula nak tolak baby keluar. Bila dengar baby nangis, sakit tu semuanya hilang"

"Ouhh, syukur alhamdulillah" talhah melihat anaknya yang masih kemerahan dan tidur nyenyak didukungan ibunya

"Comel je baby, macam sayang"

"Tahu, sebab tu anak sayang"

"Eh tapi benih kita"

"Ishhh diamlah biy ni"

"Iyelah"

"Sayang nak berpantang dekat rumah sape?"

"Kalau biy izinkan sayang nak berpantang dekat rumah mama. Boleh temankan kak sara, dia pun dah pregnant 4 bulan kalau tak silap"

"Ouhh, macam mana sayang tahu?"

"Abang yang bagitahu"

"Ouhh, boleh je. Sebab sayang pun ada kawan dekat sana kannn?"

"Haah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience