"SORANG je ke?" Mata Farel melilau sekeliling. Semenjak Natrah pindah ke rumah Eirfan, jirannya itu sudah jarang kelihatan.
"Hmm. Ni, ada 2 3 orang lagi. Tak nampak ke?" tempelak Fatin sambil sibuk mengemas halaman rumahnya. Hari itu, dia mohon cuti kerana rasa tak sedap badan.
Cuaca yang tak menentu buat badan dia lemau saja. Asyik bersin dan batuk dari semalam lagi. Untung saja batuk dia tak buat hal masa jadi pengapit Natrah tempoh hari.
"Ha ha ha lawaknya" Farel berseloroh, sekaligus mengembalikan mood ceria gadis itu.
"Ha ha ha hambar kan?" sahut Fatin lagi. Malas pulak dia nak buat sesi beramah mesra kat situ. Si Farel ni pun satu. Tak reti bahasa!
"Meh saya tolong" Sekejap saja, Farel sudah berdiri di samping Fatin. Dia membantu Fatin mengangkat rak kasut besi dan memindahkannya ke satu sudut.
"Awak biasa buat kerja berat ni sorang-sorang ke?"
"Aah. Kenapa? Dulu kalau ada Ara, dialah teman buat. Sekarang dia dah tak duduk sini, buat sendiri jelah"
"Kuat jugak erk awak ni? Walaupun badan kurus tinggi macam ni"
Kaget juga Farel mendengar pengakuan Fatin itu. Macam tak masuk dek akal saja.
"Apa awak ingat orang yang badan kurus ni tak boleh buat kerja berat ke?"
"Ehh takdelah! Awak janganlah salah faham macam tu. Saya heran je. Takde niat apa pun"
Fatin diam. Malas dia nak melayan si Farel itu. Macam takde kerja pulak dia ni?
"Awak tak kerja ke? Macam 24jam je saya tengok awak ni free"
Farel gelak. "Saya kan bos! Apa nak heran?"
Dahi Fatin mengerut. Bos? Dia bos mana?
"Saya ada business sendiri"
Tanpa dipinta, Farel memberitahu.
"Bisnes apa?"
"Cake. Pastry. Biscuit. Haa macam tu laa"
Fatin membulatkan mulut. "Ohh bakery maksud awak?"
"Yes, you got it!"
"Bakery kat mana?"
"Online. Saya ambik order dari rumah je. Nanti dah siap order, saya hantar"
Tersentak Fatin mendengar cerita Farel. Dia sangkakan, Farel mempunyai kedai sendiri. Rupa-rupanya kedai di dalam rumah saja.
"Kenapa tak bukak kedai? Kat rumah kan susah sikit"
"Tengah kumpul duit nak cari tapak. Lagipun bukan senang nak bukak kedai sendiri. Kena ada piagam perniagaan, lepastu lesen lagi, sijil, macam-macamlah. So saya tengah usaha untuk semua tu"
"Ohh ye jugak kan? Takpelah. Slow-slow. Nanti ada lah tu"
Farel mengangguk dengan senyuman melekat di wajah.
"Saya ada buat resepi baru. Awak nak rasa?"
"Boleh jugak"
"Tunggu sini. Saya pergi ambik jap"
Langkah Farel dihantar sehingga ke pintu rumah. Senyuman di wajah Fatin memekar. Ada kawan baru nampaknya!
"LOVE! O Love!!"
Eirfan menapak keluar dari perut kereta. Nama Natrah dipanggil berkali-kali namun tiada sahutan.
Dia ke dapur namun bayangan Natrah juga tiada di situ. Yang ada cumalah beberapa hidangan yang sudah siap disajikan di atas meja. Sebuah senyuman dilemparkan.
Dia berlalu ke bilik bacaan pula. Hasilnya sama. Natrah tiada di situ. Bahkan setiap pelosok bilik dicari namun bayangan Natrah tidak ada di mana-mana.
"Mana dia pergi?"
Eirfan naik ke bilik. Barangkali isterinya sedang tidur. Namun sama juga. Natrah tiada di situ.
"Love..." Eirfan jerit. Rumah sunyi. Tuan Kassim awal-awal lagi sudah ke hotelnya. Kak Atie dan beberapa orang pembantu rumah yang lain sedang bercuti atas arahan Datin Jenny.
Eirfan ke belakang rumah. Fikirnya Natrah tak mungkin berada di situ. Namun tak disangka isterinya menghabiskan masa di situ sendirian.
"Buat apa ni?"
Pinggang Natrah dipeluk dari arah belakang.
"Ehh Hubby dah balik!" Natrah bersuara riang. Dia memusingkan badan mengadap suaminya.
"Hubby panggil banyak kali takde yang menyahut. Rupanya kat sini Love. Buat apa kat sini?"
Dahi Natrah dikucup.
"Ni ha..Love tengok ruang kat belakang ni. Luas kan? Kalau tanam cili ke sayur ke mesti best"
"Love nak berkebun kat sini ke?" Eirfan kaget mendengar kata-kata Natrah.
"Aah! Boleh ke Hubby?"
"Boleh tu bolehlah! Tapi Love tak penat ke nanti? Lagipun kalau setakat cili, sayur, semua tu boleh je Hubby borong kat pasar"
"Amboi!! Angkuhnya bunyi dia"
"Ehh mana ada angkuh! Betullah. Hubby cakap je"
"Alaa, best apa dapat tanam sayuran kat sini. Nanti kalau nak, petik je"
"Yelah-yelah. Nanti Hubby beli benih dia"
Natrah senyum riang. Sebuah kucupan dilayangkan ke kedua belah pipi suaminya.
"Hubby lapar tak? Love dah masak. Jomlah makan. Pastu nanti Hubby cerita pasal Hamizan tau?"
"Aikk mana tahu ni?!"
Keduanya berjalan menuju ke meja makan.
"Tina yang bagitau"
Eirfan duduk di kerusi. Natrah sendukkan nasi untuk Eirfan.
"Kita makan dulu. Nanti Hubby cerita"
"ERMAN pergi mana dengan tokmi tokdi? Happy erkk? Sampai lupa kat mama dah"
Natrah buat-buat merajuk. Sejak akhir-akhir ini, Erman sudah jarang mencarinya. Tetapi dia sangat bersyukur kerana Erman senang mesra dengan kedua neneknya.
"Kita orang pergi jalan-jalan. Mama tahu tak, tokdi dan tokmi belikan Erman basikal. Esok pagi tokdi janji nak teman Erman main basikal kat taman"
Natrah kaget. Wajah Datuk Elias yang sedang menonton televisyen dipandang.
"Lagipun mama kan dah ada papa? Mama janganlah sedih lagi. Okey? Erman sayang mama" Sebuah kucupan diberikan kepada mamanya.
"Ye sayang! Bijak anak mama ni" Natrah cium Erman pula.
"Daddy, kenapa daddy belikan basikal untuk Erman? Kan membazir je" Natrah tak senang hati sebenarnya.
"Alaa biarlah! Bukannya selalu pun. Lagipun Erman ni je satu-satunya cucu kami. Daddy tak kisah spend banyak untuk dia" Mata Datuk Elias kini tertumpu pada Natrah dan Erman.
"Tapi Ara tak sedap hati. Daddy dan mummy habiskan banyak untuk dia"
Natrah teringat tempoh hari, mummy belikan banyak baju untuk Erman. Kalau baju yang murah, dia tak kisah sangat. Ini tak, baju yang mahal dibelikan untuk Erman. Bukannya sepasang dua. Tapi lebih dari itu.
"Takde hal tu Ara" Datin Jenny yang baru muncul, tiba-tiba menyampuk. Dia mengambil tempat di sisi Erman yang sedang melukis sesuatu.
"Ini cucu yang paling mummy sayang" Dia layangkan sebuah kucupan ke pipi Erman. Entah kenapa setiap kali melihat Erman, rindunya pada arwah Ehsan makin berkurang.
"Mummy manjakan dia sangat" sahut Natrah lagi.
"Ala bukannya selalu! Mummy nak beri yang terbaik untuk cucu mummy. Ara janganlah halang kami ye? Kami cuma nak yang terbaik untuk dia. Biarlah kami habiskan sisa hidup kami dengan senangkan anak menantu dan cucu. Wang ringgit yang melimpah pun tak habis lagi. Nak bawak ke mana? Nanti kalau kami dah takde, semuanya pulang ke kamu"
"Mummy...janganlah cakap pasal mati. Sedih Ara tau?" Natrah sudah memeluk Datin Jenny. Dia belum puas lagi merasai kasih sayang seorang ibu. Datin Jennylah tempat dia mengadu dan bermanja.
"Yelah! Mummy tak cakap lagi. Tapi kamu jangan marah kami kalau kami spend apa-apa untuk Erman"
"Yelah mummy" Natrah tergelak. Sayang betul mummy dengan Erman!
"Tokmi, tengok ni. Erman lukis ni"
Datin Jenny melihat ke arah lukisan Erman lalu tersenyum.
Erman tunjuk satu-persatu wajah yang dilukisnya.
"Ini mama, papa. Ini tokmi, tokdi, ini nek atok"
"Yang ni siapa?" Datin Jenny merujuk ke arah satu gambar. Tampak comel saja.
Eirfan yang baru selesai menyiapkan sesuatu segera menghampiri. Dia duduk di sisi isterinya.
"Ni adik Erman. Nama dia Elina" Petah Erman bercakap.
Semua yang mendengar mulai tertawa. Natrah merona.
"Aipp adik apa? Pandai-pandai je! Siap bagi nama lagi ye?" tukas Natrah.
"Tu maknanya Erman nak adiklah kan?" Eirfan menyampuk sambil mengenyitkan matanya kepada Erman.
"Yelah! Kan papa cakap papa dan mama nak honeymoon. Honeymoon kan nak dapat adik kan? Papa cakap hari tu"
Natrah menjeling ke arah suaminya.
"Tengok, apa awak dah cakap kat anak awak!" radang Natrah.
Eirfan menyudahkan tawanya.
"Alaa apa salahnya tunaikan impian Erman tu? Kot-kot dia sunyi tu" sampuk Datuk Elias pula. Dia mula membayangkan rumahnya mulai riuh dengan suara cucu-cucunya. Ya Allah bahagianya!
"Haaa tengok! Daddy pun setuju" Eirfan galak mengusik.
Natrah beri jelingan tajam. Mulalah tu!!
"KENAPA Hubby bagi cincin ni? Kenapa tak sarung cincin yang Hubby bagi hari tu?"
Perasaan ingin tahu Natrah membuak-buak. Sudah lama dia ingin bertanya namun baru kini sudah ada kesempatan.
"Saja..." Kepala Natrah disandarkan ke bahunya.
"Alaa Hubby ni! Cakaplah!" desak Natrah. Dia mengangkat wajah memandang Eirfan.
"Ingat tak dulu, masa kita mula-mula nak kawen. Enam tahun lepas. Hubby cuma bagi cincin arwah ibu kan?"
Natrah mengangguk kepala. Dia kembali teringat akan peristiwa dilamar oleh Eirfan.
"Masa tu Hubby dah janji pada diri Hubby yang Hubby akan usaha untuk beli cincin baru dan bagi pada Love. Dan masa Hubby dah beli cincin tu, Love pulak minta lepas"
Peristiwa sedih itu bergentayangan di ruang benaknya. Hatinya terluka dan sedih dengan ulah Natrah. Namun dia hanya mampu redha dan berharap jodoh itu masih milik mereka. Ternyata aturan Allah itu memang indah. Enam tahun penantiannya dijawab oleh Allah. Doanya termakbul! Sungguh dia bersyukur.
"Love nak mintak maaf pada Hubby. Masa tu Love tak fikir panjang. Love ingatkan Hubby tak bahagia dengan Love. Tapi sebenarnya perpisahan kita buat Love terseksa. Love tak pernah lupakan Hubby. Love sedih dan menyesal"
Natrah peluk tubuh Eirfan dengan erat. Bersatu kembali dengan Eirfan adalah hal yang terindah dalam hidupnya.Dan dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.
"It's okay sayang! Hubby faham. Love masih muda masa tu. Masih budak-budak lagi. Belum cukup matang"
"Haaa? Budak?" Natrah menjeling suaminya.Pelukan dilepaskan.
"Ha ha Hubby gurau jelah!" Tubuh Natrah ditarik kembali.
"Tapi syukurlah, cincin permata tu dah bertemu dengan pemilik dia" Kucupan dilayangkan ke dahi Natrah.
"Thank you Hubby" Natrah membalas kucupan Eirfan.
"Hubby tak cerita lagi pasal Hamizan"
"Ohh pasal tu.. Hubby dah pecat dia"
"Kenapa? Hubby tau tak, dia ada mak yang sakit? Dia kerja sebab nak kumpul duit untuk perubatan mak dia"
"Mana Love tahu?" Pelik. Adakah satu ofis mengetahui itu kecuali dia?
"Alaa Tina yang bagitau siang tadi"
"Dia yang letak pil perangsang dalam minuman Love hari tu. Sebab tu lah Love jadi ghairah semacam. Dia letak dua biji sekaligus. Tu yang buat Hubby mengamuk"
"Laa jahatnya dia!" Natrah terkenang kembali peristiwa itu. Bagaimana kalau Hamizan yang digoda malam itu? Pasti saat ini dia mengahwini Hamizan kerana lelaki itu dengan mudah mengambil kesempatan ke atas dirinya.
"Tahu pun! Tapi Hubby pecat dia dari ofis Hubby je. Dia kerja balik dengan Nabil. Hubby tak nak tengok muka dia kat situ. Nanti Hubby naik geram"
Natrah mengangguk tanda faham. Syukurlah, sekurang-kurangnya Eirfan tidaklah begitu kejam.
"Satu lagi Love nak tanya. Hubby dah pecat Ratikah. Jadi siapa akan jadi PA Hubby lepas ni?"
"Aah kan? Hubby rasa macam nak suruh Jannah tapi Bella pun okey. Tak pun, Michelle ke?"
"Amboi!!" Natrah menjeling tajam. Semua nama perempuan! Dia jadi cemburu.
Eirfan tergelak. Dia hanya bergurau. Tidak mungkin dia akan mencari PA perempuan lagi. Sekarang dia sudah berkahwin. Jadi sebaik mungkin dia mencuba menjaga hati Natrah.
"Semua nama perempuan erk?" Suara Natrah kedengaran cemburu.
"Takdelah! Hubby gurau je! Hubby ingat nak lantik Sufian. Dia okey. Kerja pun bagus"
"Tahu pun! Love pun setuju"
"Ye sayang. Hubby tahu"
"Ingat, jangan gatal nak cari PA perempuan!!" Natrah memberi amaran. Eirfan adalah miliknya. Dia tak suka berkongsi.
Eirfan mengekek. Lega hatinya mendengar bicara Natrah.
"Kalau gatal yang ni, boleh tak?"
Eirfan membenamkan kepalanya ke leher jinjang Natrah.
"Hubby rindu..."
"Love pun rindu..."
Malam itu, asmara mereka memanggil lagi.
dah nak abis.. kejap lagi tau? saja nak bagi sweet2. dah lama sgt tak sweet hihi.. happy reading :)
Share this novel