Bab 43

Romance Series 39746

Hati talhah menjadi lebih ingin tahu, lalu talhah bangun dan terus menuju ke biliknya

Knock knock knock

"Sape pulak tu? Tadi si mamat tempe tu. Ni sape pulak?" kata tania sambil melihat bilik sebelah

"Ouhh, dia ke yang datang tu?. Masuklah" kata tania selepas melihat bilik disebelahnya kosong. Bermaknanya yang hadir itu talhah

Talhah pun masuk lalu terus menuju ke meja, dan duduk di kerusi hadapan tania. Tania pun bertanya "Yes mr talhah? anything i can help you?"

"I just want to know, sape yang call you tadi?"

"Apahal pulak mamat ni nak tahu sape yang call aku tadi?" kata tania dalam hati, tetapi dibawahnya nampak dahinya berkerut memikirkan persoalannya itu

"Ouhh, my friend call cakap pasal dia punya wedding"

"Ouhh, bila?"

"Lagi...... eh eh tak boleh nak bagitahu you. Dia tak ajak you"

"Kawan you yang bertunang haritu eh?"

"Haah"

"Ouhh, tunang dia ada ajak i. So kita pergi sekali boleh?"

"Emmmm tengok dulu macam mana. If i free i pergi. Kalau tak, i tak pergilah"

"Ouhh, okay. Apa-apa pun you bagitahu i. Nanti kita pergi sekali"

"InsyaAllah" jawab tania

"Ouhh, i lupa nak inform. Nanti lagi 2 days i tak masuk office sebab i busy about i punye wedding"

"Ouhh, okay. But i'm not your PA you sepatutnya inform dekat PA you. Bukan i, i bukannya sesiapa dengan you"

"Takpelah, lagi pun PA i harini cuti so you tolong bagitahu dia eh?"

"Hemmm ye lah" kata tania acuh tak acuh

Talhah masih lagi duduk disitu sambil memandang tania yang khusyuk dengan kerjanya

"Tania" panggil talhah lembut

Terus terhenti kerja tania apabila dipanggil oleh talhah begitu

"Ehemm" jawab tania sambil tertunduk

"You free tak malam ni?"

"Why?"

"Dinner dengan my family boleh?"

Terkejut tania dibuatnya apabila diajukan soalan begitu

"Why you nak ajak i dinner with your family? you kan dah ada tunang, buat apa nak ajak i? I cuma pekerja you je. Nothing special" jawab tania jujur

"Special in my heart" kata talhah dalam hati seorang diri

"Ermmm i know, but i saje-saje nak ajak you. So boleh?"

"Macam ni la, if i free i bagitahu you sebelum balik kerja. But i tak free, i bagitahu jugak. So don't worry okay mr talhah"

"Okaylah kalau macam tu. I keluar dulu, jangan lupa tauu. I dah booking waktu dinner you malam ni"

"Okay, baiklah encik ahmad talhah"

Kata talhah lalu keluar sebelum mengenyitkan mata dan melambaikan tangan kepada tania. Terus terkedu tania melihat talhah sebegitu

"Ishhh kenapa dia macam tu? takutlah aku" kata tania sambil mengetuk pen di mejanya

Pada petang itu, mereka terserempak di dalam lif dan berbual kosong

"Tania so how?"

"Emmm i free, so nanti i pergi"

"Nope, i ambik you dekat rumah you"

"Eh takpelah i pergi sendiri i tak nak menyusahkan you. Takpe"

"No its okay, lagi pun memang my mom suruh ajak you. So i ambik, i nak you siap-siap, lepas maghrib i datang ambik tepat pada masanya"

"Kalau lambat?"

"Ada dendanya lah yang i tak boleh bagitahu you"

"Okay dah, bye sayang. I balik dulu jumpa dinner nanti tepati masa okay?"

"Okay, baiklah bye" kata tania lalu menuju ke arah keretanya

Semasa di dalam kereta tania termenung "kenapalah talhah buat macam tu dekat aku? dia kenyit mata dekat aku lah? dia lambai lah?. Ishhhhh janganlah macam ni, tak baiklah. Dia dah tunang orang, kau tania jangan nak jadi perampas pulak. Biar dulu orang rampas boyfriend kau, kau jangan nak rampas tunang orang pulak. Buat malu je" kata tania lalu terus memulakan perjalanannya selepas menepuk mukanya lembut-lembut

Semasa di dalam perjalanan pulang, tania ternampak akan kereta yang dikenalinya bersama seorang perempuan. Tetapi yang dikenali hanyalah perempuan itu sahaja

"Eh macam pernah kenal je perempuan tu? Bukan ke perempuan tu tunang talhah ke? macam mana boleh ada dengan lelaki lain? ke tu abang dia?. Tapi tak kan la dengan abang sendiri sampai nak pegang tangan cium-cium tangan bagai. Eeeee geli pulak aku tengok" kata tania lalu memfokuskan pemanduannya semula ke arah jalan raya sahaja

Tiba sahaja dirumah tepat pukul 6 petang, tania hanya berehat seketika sahaja kerana telah berjanji ingin keluar dinner bersama talhah. Tania telah bersiap-siap dirinya dan terus melakukan yang wajib sebelum keluar rumah. Tepat pukul 7.40 talhah tepat berada di hadapan pintu pagar rumahnya

Talhah melihat tania mengenakan gaun bewarna rona biru lembut dengan hiasan labuci yang kecil-kecil dengan solekan yang nipis tetapi masih kelihatan cantik menawan

Tania berjalan dan menuju ke arah kereta talhah dan mengetuk cermin kereta talhah

Knock knock knock

Barulah talhah tersedar dan membuka kunci pintu, lalu tania masuk

"Sorry kalau i lambat, i baru siap solat maghrib actually"

"Ouhh, its okay" kata talhah sambil matanya masih melekat pada wajah tania

Tania yang perasan akan pandangan mata talhah itu, terus tania memetik jarinya untuk membangunkan talhah daripada terus merenung dirinya

"Ouhh, yes?"

"Why you pandang i macam tu? ada yang tak kene ke?" kata tania sambil melihat solekan dan pakaian yang dipakainya

"Tak, tak ada apalah. Cuma you nampak lain malam ni. But still pretty. Jomm la kita gerak, takut nanti lambat pulak sampai"

"Emmm okay"

Dalam perjalanan mereka hanya diam sahaja, tak tahu ingin borakkan apa. Tania hanya melihat pemandangan luar, manakala talhah memfokuskan pada pemanduannya sahaja

"Kenapalah you cantik sangat tania? Why? and kenapalah you bukan milik i? Kalau you milik i mesti best kann?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience