bacdh 'Sebijik'

Drama Series 55610

"Eh, tau pulak takut guruh kilat! Buat kerja tak senonoh tu berani pulak!?".

Khaleeda tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut Yusoff. Maknanya betullah dia tidak silap ketika beranggapan Yusoff berfikiran buruk dan memandang rendah padanya dengan cerita malam itu.

Khaleeda rasa sangat terhiris dan sakit hati. Yusoff tidak tahu apa yang sudah dia lalui sepanjang enam tahun ini. Bertapa dia sedaya upaya menjaga diri dan kehormatan dengan sebaiknya.

Malam itu suatu kesilapan dia membuat keputusan dalam keadaan dia tidak jumpa jalan keluar pada masa dan ketika itu. Dia tiada tulang belakang yang boleh menyokong jangan rebah.

Khaleeda capai pembuka pintu mahu keluar dari kereta, malangnya Yusoff seperti sudah dapat mengagak setiap gerak-gerinya.

Yusoff tarik bajunya yang lembab kerana ditimpa hujan membuatkan dia tertarik menjauh dari pembuka pintu itu. Kemudian entah bila dan bagaimana Yusoff sudah melompat dan melangkah ke belakang tempat duduk kereta.

Khaleeda bergelut cuba melepaskan diri. Dia tidak mahu membincangkan apa-apa dengan Yusoff. Jika Yusoff sudah menuduh dia yang tidak-tidak begitu dan mahu menceraikan dia reda.

"Lepaslah! Lepaskan! Jangan pegang Di! Lepas! Aaaaaa..."

Khaleeda lepuk-lepuk muka kacak dan dada bidang Yusoff. Tangannya sudah sakit tapi pegangan Yusoff semakin kuat dan tidak berjaya Khaleeda leraikan.

Tiba-tiba...

Yusoff cakup bibirnya. Mengucupnya dengan rakus dan kasar. Khaleeda tiada daya melawan kekuatan Yusoff yang bertubuh tinggi, sasa dan keras itu.

Dia sudah terbaring di kerusi belakang dan Yusoff berterusan menggomol dirinya. Khaleeda pasrah.

@@@@@@@

Mata bundar yang cantik itu membulat merenungnya. Ada genangan berkaca di situ. Yusoff rasa serba salah, tapi dia sudah mengucapkannya.

Tiba-tiba seperti yang dia agak dari mula. Khaleeda beralih ke tepi dan tangan itu cepat sahaja mahu mencapai pembuka pintu.

Yusoff tiada pilihan dia tarik baju Khaleeda di bahagian kolar belakang dan gadis itu terundur menjauh dari pintu.

Yusoff segera melompat ke tempat duduk belakang mahu memastikan Khaleeda tidak melarikan diri.

Dia cuba memeluk tubuh yang berbaju t-shirt lengan panjang yang lembab dengan tudung yang sudah tertanggal kerana pergelutan mereka.

"Lepaslah! Lepaskan! Jangan pegang Di! Lepas! Aaaaaa..."

Khaleeda lepuk-lepuk muka dan dadanya. Dia kuatkan pegangan dan tidak berjaya Khaleeda leraikan.

Rasa perit dilepuk Khaleeda membuatkan dia mendapat idea untuk mendiamkan perempuan itu. Yusoff cakup bibir Khaleeda kemudian dia kucup rakus dan kasar.

Khaleeda sudah terbaring di tempat duduk belakang kereta. Dia pula di posisi atas. Entah bila dan bagaimana di luar rancangan dan kesedaran akal sihatnya dia sudah mengerjakan Khaleeda.

Setengah jam kemudian dia sudah terkulai di atas Khaleeda cuba menstabilkan nafas. Khaleeda langsung tidak bertingkah kata lagi. Hanya berbunyi keluhan dan erangan sepanjang bersama.

Hanya apabila dia sudah duduk barulah dia nampak air mata yang membasahi wajah Khaleeda. Memandang belakang bangku kereta tidak mahu memandang wajahnya.

Dia capai kotak tisu di hadapan. Membersihkan Khaleeda dan merapikan pakaian perempuan itu. Sepanjang dia melakukan kerjanya isterinya itu masih sama mendiamkan diri.

"Kita cari tempat okay. Kita bincang elok-elok. Saya minta maaf. Saya... tak sengaja."

@@@@@@@

Yusoff beralih semula ke tempat duduk pemandu. Meninggalkan dia duduk seorang di tempat duduk belakang kereta.

'Berbincang elok-elok!?'
'Tak sengaja!!!?'

Sudah tidak tertanggung sedih di hati. Tiada apa yang mahu dia bincangkan dengan Yusoff. Dia benar-benar rasa putus asa dengan dirinya dan penghinaan yang terbaru dia terima dari Yusoff.

Dia maafkan Yusoff tapi Khaleeda tidak mahu berurusan lagi dengan lelaki yang dia cintai ini. Cukuplah!.

Dia mahu hilang terus dari hidup Yusoff, tak mengapa jika statusnya digantung tidak bertali atau Yusoff ceraikan dia sekalipun.

"Kita pergi cari restoran. Ada satu cafe hotel luar Putrajaya. Dekat situ tak crowded nak berbincang."

Luar Putrajaya?. Dia bekerja, pukul lapan dia seharusnya sudah berada di cafe. Hari ini Jumaat, pukul 12 pula dia sudah patut tiba di sekolah mengambil Khalisya. Masanya penuh dengan urusan penting sepanjang hari ini.

Tiba di satu jalan besar, pergerakkan kereta menjadi perlahan kerana hujan lebat dan lampu trafik. Barisan kenderaan menjadi panjang dan kereta saling merapat mengikut arus pergerakkan trafik.

Apabila Khaleeda merasakan keadaan sudah sesuai, dengan cepat pantas dia capai pembuka pintu kemudian keluar dan berlari laju ke arah tepi, menyeberangi jalan yang sibuk meredah hujan lebat.

@@@@@@@

Yusoff menoleh apabila terdengar pergerakkan di belakang ketika dia sedang memandu menyusur jalan yang sesak. Kereta belakang membunyikan hon yang kuat apabila Khaleeda keluar daripada kereta.

Apabila pintu itu sudah tertutup dia dihon bertalu-talu. Argh! lagi sekali!?. Lagi sekali dia kehilangan Khaleeda!?. Yusoff merengus marah. Sangat marah.

Jam di papan pemuka menunjukkan pukul lapan empat puluh lima minit pagi. Yusoff hentak-hentak kemudi kereta melepaskan marah. Sakit sungguh hatinya.

Dia tidak boleh menghentikan dan meninggalkan kereta di tengah jalan ini mengejar Khaleeda. Terpaksa juga dia mengikut arus kenderaan yang ketat bertunda di sepanjang jalan yang sesak di dalam hujan lebat.

Tak apa! Lagi sekali dia jumpa Khaleeda tiada ampun lagi untuk perempuan itu. Akan dia kerjakan Khaleeda secukupnya sebagai pengajaran menyusahkan dia sepanjang beberapa bulan ini.

Bukan! bukan beberapa bulan. Tapi sepanjang tujuh tahun ini kerana menyesakkan kepalanya dengan kenangan paling manis dan kekecewaan yang paling pahit.

Hingga sepanjang tujuh tahun ini tidur malamnya hanya bermimpi tentang Khaleeda.

@@@@@@@

"Ya Allah! Kau kenapa Nok!?".

Khaleeda masuk ke cafe melalui pintu belakang. Di hadapan penuh dengan pelanggan yang mencari kopi premium panas terbaik daripada barista terbaik cafe Miss May Rose.

"Kereta tak hidup kat sekolah. Di redah hujan naik bas."

Sambil berjalan ke arah bilik air di belakang dapur Khaleeda menjawab soalan pembantu chef seorang lelaki yang lemah lembut gemalai. Krew dapur semua memandang pelik kepada Khaleeda yang basah kuyup.

"Kau pandai naik bas Nok!? Aku yang dari kecik duduk sini pun tak pandai naik bas."

Khaleeda menuju ke dapur semula dengan sehelai tuala mandi yang baru diambil dari dalam loker miliknya.

"Chef orang kaya. Tak apalah tak pandai naik bas."

"Sorry... aku pura-pura kaya jew. Mana tau impian jadi kenyataan."

Khaleeda ketawa kecil. Dia menyimpan gugup dan gemuruh di dada. Cuba menyembunyikan sesuatu yang tiada siapa yang tahu.

"Chef, saya mintak sepuluh minit ye. Nak mandi kejap."

"Okay dokey."

Chef berlalu ke sinki dan dia kembali ke arah bilik air di belakang. Cepat-cepat dia masuk sebab mahu mandi wajib.

Dalam sedih dengan apa yang berlaku tapi... bagai terbau-bau badan Yusoff yang maskulin. Masih terasa berat dan hangat tubuh sasa Yusoff yang menindihnya.

'Haiyahh!!!'

Khaleeda tepuk tepi kepala. Menyahkan kenangan di dalam kereta Yusoff sebentar tadi.

@@@@@@@

"Ye ke? Okay nanti you cubalah."
"Okay bye."

Yusoff letakkan kunci kereta di atas meja solek. Mahu masuk ke dalam bilik mandi. Aduh... sayang pula bau yang menjangkit pada bajunya. Kerinduan yang panjang dan tidak pernah terlerai.

"Lebat sangat hujan ke you?".

Belum sempat kakinya masuk ke dalam bilik mandi May Rose yang tadinya sedang bertelefon dengan seseorang dan baru menamatkan panggilan menyapanya.

"You tanya apa?"

Soal Yusoff tidak berapa dengar kerana sedang berkhayal jauh.

"I tanya... lebat sangat ke hujan?".

"Aaa... ya lebat."
"You tak jadi pergi cafe ke?".

"Jadi. Kejap lagi."
"Tadi my friend call nampak my Myvi dekat bawah pokok dekat kawasan sekolah. Nyaris nak kena timpa dahan serkah. Katanya ribut pagi tadi. You dapat jogging ke?".

"Tak. Lebat sangat. I duduk dalam kereta je."
"Myvi you kenapa?".

"Ni I baru sudah bercakap dengan my assistant."
"My assistant bawak kereta tu, hantar anak dia sekolah pagi tadi. Nak balik kereta tak hidup, dia tinggalkan park bawah pokok dekat sekolah. Pergi cafe naik bas. Pandai pulak cari bas."

"Oo... I call my friend suruh ambik kereta tu hantar bengkel... nak tak?".

"Boleh ke? Kunci?".

"Dia pomen, setakat Myvi apalah sangat."

"Amboi! hahaha."

Mereka sama-sama ketawa. Kereta Myvi kuning itu kesayangan May Rose. Kereta itu merajuk agaknya kerana lama tidak digunakan walaupun servis berkala dijaga baik. Hanya sejak May Rose mengambil pembantu ini barulah kereta itu banyak bergerak.

"So... nak I call tak?".

"Ermm... bolehlah you. Tadi my assistant cakap dia ambik anak nanti dia tengok semula. Bawak kereta pun takut-takut apa aje dia boleh buat?."

Yusoff capai telefon di atas meja solek dan menghantar pesanan kepada rakannya seorang mekanik kenderaan.

"Done."

Yusoff letak telefon dan berpusing mahu melangkah kembali ke pintu bilik air.

"You cuti ni... nak ikut I pergi cafe? You tak pernah lagi singgah sejak opening."

Langkahnya untuk masuk ke dalam bilik air terhenti lagi. Betul juga, sudah hampir lima bulan cafe beroperasi dia belum berkesempatan untuk singgah kerana terlalu sibuk dengan kerja luar.... dan kerja detektifnya mencari isteri yang hilang.

Lagipula sejak May Rose sibuk dengan renovasi banglow, membuka cawangan butik baru bersebelahan cafe milik keluarga dan urusan pembukaan semula cafe tersebut mereka tidak tinggal sebumbung untuk beberapa ketika.

Sementara May Rose sibuk dengan segala urusan tersebut dia pulun habis segala kerja luar negeri dan luar negara.

Hanya berjumpa sesekali sahaja di apartment mereka di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan baru tiga kali rasanya dia pulang ke banglow ini.

Sekarang semua urusan May Rose sudah selesai maka dia turut memindahkan pejabat syarikatnya dari pusat bandaraya Kuala Lumpur ke Putrajaya kerana sudah bersetuju dengan May Rose untuk tinggal di banglow hadiah arwah bapanya ini.

"Betul jugak kan... okaylah, boleh lunch terus kat sana."

"Hahaha... sorry tau you."

"Eh, I tak cakap apa pun."

"Ya, you tak pernah complain I tak masak untuk you.... thanks babe."

"No hal lah... I makan luar pun okay. I faham you sibuk business."

"Kita tolong my assistant ambil Sya boleh tak?".

"Sya?".

"Anak my assistantlah. Anak angkat I. Nanti you tengok eh muka dia sebijik Ibu dia."

Yusoff tidak menjawab sekadar mengangguk dan tersenyum sebelum terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi wajib.

dh bce abis Bab ni? okay blh mula mrah berjemaah bdk miss communication dua ekor ni. hahaha. jgn mrah Sy ye. ni sume sb uoll la rmai sgt bg Komen 18sx mse pertemuan 1st diowg. dh le Sy kena tulis smla jln cite nk sakit kn ati uoll huhuhu. pd yg tanye cite ni brpe Bab Sy pn tk tau lg. cite ni sbnrnye Sy tk de ending. Sy tgu Komen uoll. nti br Sy fikir atau terfikir. blh tk cm tu hahaha. syg uoll msih sudi bce cite Sy. tqvm sume kwn2

Share this novel

Marilynn Malikin
2024-09-23 20:30:01 

alaaa..updte ba lebih.

cikainlah
2024-09-23 15:42:04 

bermadu plak ...

mama lieza
2024-09-23 15:04:51 

aishhhh....Yusoff kawin ngan May Rose ke? Adoiii byk konflik nnti ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience