BAB 49: BONGKAR Sudah Kembali!
KEMUNCULAN Harun di balai polis telah menimbulkan kegemparan. Dia pun menceritakan apa yang telah terjadi. Ternyata Harun sememangnya di tawan oleh orang misteri di dalam pesawat piring terbang di Zon Projek Highlanders yang mana tempat itu kini tidak dapat di masuki kerana terdapat medan elektrik yang aneh.
Pihak polis menarik nafas lega dengan kembalinya Harun Nasharuddin yang mana berita kehilangannya menjadi tular sejak dua bulan yang lalu. Mereka juga menawarkan perlindungan keselamatan pada wartawan dari syarikat penerbitan akhbar BONGKAR itu.
Walaubagaimanapun Harun menolaknya dengan baik. Dia tidak apa-apa. Dan orang misteri juga telah menepati janjinya dengan membebaskan Harun setelah kristal itu di serahkan.
Di pendekkan cerita,setelah mendapatkan kembali kristal tersebut,Zenus bersama kapal angkasa piring terbangnya telah berlepas ke udara dan meninggalkan bumi.
Medan elektrik aneh di ceruk area dekat Zon Highlanders di mana kapal angkasa itu di daratkan juga telah lenyap dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Berita kembalinya Harun telah tular di media-media sosial dan penyiaran. Ghani Rasyid selaku tuan pengarah urusan syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR adalah orang paling gembira dengan berita tersebut.
Begitu juga dengan warga kerja staf dan wartawan di bawahnya. Semua orang menarik nafas lega dan bersyukur dengan kembalinya wartawan Harun Nasharuddin.
Walaubagaimanapun mereka terpaksa menunggu kira-kira sebulan sebelum premis syarikat penerbitan itu dapat di buka dan di operasikan semula kerana pihak pengurusan terpaksa mencari sumber dana untuk melangsaikan beberapa hutang dan sedikit modal demi memulakan kembali segala kerja.
__________
LANGIT petang itu membiru damai dan cerah. Ada sebuah gerai menjual kuih-kuih seperti goreng pisang,keledek,sukun dan cempedak di bahu sebatang jalan sedang dikerumuni oleh beberapa orang pelanggan.
Gerai itu cukup mendapat sambutan. Setiap petang orang pasti datang dan beratur untuk membeli kuih-kuih. Ia di usahakan oleh seorang nenek dengan di bantu oleh cucunya seorang pemuda gemuk pendek yang bukan siapa-siapa pun melainkan wartawan Yeob Maon sendiri dan isterinya.
Bukan main lagi wartawan gemuk itu sekarang. Sejak dah tak kerja sebagai wartawan, dia pakai seluar pendek dengan t-shirt dan apron je membantu opah dan isterinya meniaga tepi jalan.
Kerjanya menggoreng dan membancuh tepung. Muka tembamnya pun kadang-kadang putih dengan tepung. Tersengih-sengih dah macam apa entah.
"Kehkeh..hang dah tak gheja jadi wartawan lagi ka Meon? Tiap hari aku nampak hang tolong opah sama bini hang meniaga saja kat sini"kata Mamu Ali yang turut datang singgah membeli kuih.
"Uhuhu iya Mamu..syarikat dah gulung tikor ya..uhuhu masuk bulan depan baru tikor di bentangkan semula ya..huhuhu jadi sementara nak tunggu bulan depan,bior le aku tolong meniaga je..sekian"
"Caitt macam itu pulak kaa? Kampeni apa dok main gulung bentang tikaq lagu tu..woi kalau kat warung aku dok bikin lagu tu alamatnya Ghebau pun rebah ataih lantai taw kaa..kehkehkeh"
"Buhuhu..jikalau nak rebah pun bior le suruh Ghebau bentang tikor dulu..sekian"
"Haa laa..sepatutnya lagu tu la..tapi natang Ghebau mana reti bentang tikaq..tak dak siviks betoi"
Bahahahaha
Pecah ketawa para pelanggan. Mamu Ali kalau dah jumpa dengan wartawan Yeob,perbualan mereka pun tiga suku satu macam sahaja.
_____________
BULAN yang di nantikan pun tiba. Syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR kembali beroperasi. Kisah kembalinya wartawan Harun Nasharuddin setelah menghilang selama dua bulan sudah terlebih awal viral di media sosial.
Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi kepada beliau. Walaubagaimana pun Harun enggan mendedahkan kisahnya terlebih awal,sebaliknya meminta para peminat BONGKAR dan netizen sabar menantikan kembalinya tabloid akhbar misteri itu di pasaran kerana di situlah nanti Harun akan menceritakan segala-galanya.
Kini naskah isu terbaru BONGKAR kembali menjengah ke pasaran dengan judul 'Misteri Kehilangan Harun Terbongkar!'' sebagai headline muka hadapan.
Para peminat setia BONGKAR kembali berpusu-pusu mendapatkan naskah isu terbaru itu di kedai-kedai. Ternyata kepulangan Harun bersama artikel-artikel misteri tulisan terbaru beliau telah berjaya memukau kembali sebahagian besar pembaca.
Warga sidang redaksi di syarikat penerbitan terbabit bersorak girang dan kembali dapat menarik nafas lega apabila di umumkan bahawa rating jualan isu terkini BONGKAR telah terjual melebihi dari sasaran yang di jangkakan.
_____________
MALAM tu wartawan Harun telah di undang ke sebuah stesyen radio untuk sesi temubual bersama beliau. Semuanya gara-gara kes kehilangan beliau secara misteri selama dua bulan lamanya.
"Pada mulanya ramai juga yang mendakwa semua itu hanyalah gimik dan lakonan yang sengaja di buat-buat oleh pihak syarikat kami demi menaikkan lagi rating jualan akhbar BONGKAR.
''Akan tetapi harga yang harus di tanggung oleh warga staf kami terlalu tinggi harganya sekiranya ia memang benar-benar sebuah kes kehilangan misteri yang kononnya sengaja di reka-reka. Beberapa isu keluaran BONGKAR jatuh merudum jualannya dari minggu ke minggu hingga membawa ke tempoh dua bulan sebelum operasi syarikat terpaksa di tamatkan. Staf dan wartawan hilang pekerjaan. Saya tak fikir kami sanggup menanggung semua itu.."
"..Jadi saya fikir hal yang berlaku itu sudah cukup untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara serius dan bukan boleh di buat sebagai gurauan.."
"Saya masih terpenjara dalam ruang bilik putih itu. Zenus menyampaikan naskah terakhir BONGKAR sebelum saya tekad membuat keputusan untuk mengubah pendirian dan akhirnya di bebaskan"cerita Harun panjang lebar di konti radio.
"Oh ya..jadi ada apa pulak hal nya dengan gerombolan orang-orang aneh yang bermunculan di jalanan kota sebelum ini? wartawan Yana Maya juga ada menulis artikel berkaitan kehilangan bayi hibrid dalam kandungan isteri salah seorang subjek inkubasi. Adakah saudara Harun pernah di beritahu oleh Zenus atau orang misteri itu sendiri berkaitan hal tersebut?"tanya deejay bertugas.
"Yup..gerombolan manusia aneh yang menimbulkan huru-hara di jalanan sebelum ini adalah sebahagian grup subjek yang telah di inkubasi untuk projek mutasi. Zenus terpaksa membebaskan mereka agar dapat memesongkan tumpuan pihak berkuasa yang pada ketika itu sedang memburu dirinya..
"Seperti yang pernah Yana dedahkan dalam artikel penculikkan bayi itu sebelum ini..Zenus ada memberitahu bahawa dalam melaksanakan projek hibrid itu,bayi terbabit tidak mempunyai jangka hayat yang panjang dek kerana ketidaksesuaian suasana dalam kapal angkasa serta kajian tentang bayi kacukkan itu masih agak terhad pada ketika itu. Dia ada memberitahu pada masa kini, permasalahan berkaitan projek hibrid itu telah berjaya di kenalpasti kelemahannya. Zenus merancang untuk mengulangi projek itu lagi"
___________
MALAM itu hujan turun lebat sekitar jam sembilan. Wartawan Yana baru sahaja beredar meninggalkan pejabat penerbitan setelah berkurung di pejabat selama beberapa jam demi menyiapkan beberapa tugasan penting.
"Aih hujan pulak malam ni"kata Yana ketika kereta yang di pandu masuk ke laluan pusat kota.
Dia pun berhenti di hadapan sebuah premis restoren menjual makanan segera Texas Burger kerana bercadang membeli bungkus makanan terbabit untuk anak-anaknya yang sedang menanti di rumah.
Ketika baru hendak menolak pintu kaca kedai terbabit,Yana terlihat seseorang sedang berdiri hisap rokok sambil berteduh di kaki lima dari hujan yang masih turun mencurah. Siapa lagi kalau bukan Daud Junaidi,bekas pengarah urusan syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri SELONGKAR yang juga kini adalah kekasihnya.
Yana tersenyum lalu melangkah pergi ke sana.
"Daud! you pun ada sini?"
"Hm..Yana Maya..you rupanya. Kenapa? Tak boleh ke i nak berteduh kat kaki lima ni? hujan lebat kan. Kenapa? Masih tak puas hati lagi ke setelah melihat syarikat penerbitan SELONGKAR bungkus sejak beberapa bulan lalu? "balas lelaki itu.
Yana berasa aneh dengan reaksi lelaki terbabit. Walhal kekasihnya itu agak mesra dan lemah-lembut orangnya. Namun pada malam ini Daud Junaidi ternyata sedikit dingin.
"You kenapa ni Daud? Dingin je"
"Kenapa apa? Dingin apa? sejak bila pulak kita pernah berkenal rapat dan mesra?"soal Daud Junaidi.
Yana jadi tergamam dan kelu.
Daud Junaidi pun beredar dari kaki lima terbabit tanpa sepatah kata. Yana hanya berdiri tercegat dan kehairanan sambil memerhati sehinggalah kelibat kekasihnya itu hilang.
BAB 49:Bongkar Sudah Kembali(Tamat)
BERSAMBUNG..
BAB AKHIR Minggu hadapan. tq
Share this novel