BAB 19

Drama Completed 25424

Naurah membantu Mak Tuti mengemas dapur setelah selesai majlis tahlil Tuan Amirruddin.

Mak Tuti memegang bahu Naurah.Dia memandang ke arah wanita itu.

"Dah tinggalkan Mak Tuti boleh buat kejap lagi...pergi tengok Althaf..dekat atas..."ucap Mak Tuti.

"Takpe..ke...Naurah boleh je buat .."ucap Naurah yang ingin membantu.

"Tak mengapa... Mak Tuti dah biasa...Naurah pergi teman Althaf"ucap Mak Tuti.

Naurah mengangguk perlahan.Dia keluar dari dapur dan menaiki tangga ke arah atas.Dari tangga dia nampak bilik arwah Tuan Amirruddin terbuka bermakna suaminya ada dekat situ.

Dia menguak sedikit pintu dan melihat Althaf duduk dipenjuru katil.Dia masuk dan melangkah ke arah lelaki itu.

"Awak..."ucap Naurah perlahan.Althaf mengesat airmatanya sebelum berpaling pada isterinya.

"Ya..."sahut Althaf.Naurah mendekati dan duduk disebelahnya.Naurah memandang gambar yang dipegang oleh Althaf.

"Saya tak ada kenangan dengan dia...saya ingat saya mampu nak cipta kenangan baru...tapi rupanya saya terlambat...waktu yang saya ada saya boleh balik...untuk ada dengan dia...tapi sia-siakan...layak ke saya bergelar seorang anak?"soal Althaf dengan airmata menitis.

Naurah memegang tangan Althaf.Dia mengusap tangan itu.

"Tapi setidak-setidaknya Allah bagi peluang dekat awak..untuk...jaga dia...hingga akhir hayat dia... walaupun perkara tu singkat...tapi saya yakin... Daddy rasa bahagia dengan awak..."ucap Naurah.

Althaf memandang isterinya.

"Awak rasa macam tu ke?"soal Althaf.Naurah mengangguk perlahan.

"Saya percaya..Allah ambil dia sebab dia orang yang baik..awak perlu doakan dia..permudahkan dia..."ucap Naurah.

Althaf memandang Naurah.Tangannya menyentuh alis Naurah dan turun ke pipi isterinya.

"Thanks... always be with me.."ucap Althaf mengelus pipi isterinya.

Naurah tersenyum.

***************

Naurah mengelus rambut Althaf yang sedang memeluknya.Dia tahu kesedihan dalam hati suaminya itu masih ada.

Kepala Althaf berada dibahu Naurah.Dia menghidu bau yang ada pada tubuh isterinya itu membuatkan dia tenang.Tangan Naurah mengelus lembut belakang kepalanya.

Althaf memejamkan matanya rapat.Dia letih sebenarnya sangat letih.Naurah melihat suaminya sudah tidur.Dia lega kerana Althaf tidak terbawa-bawa kesedihan kehilangan Tuan Amirruddin.

Dia juga melelapkan mata untuk merehatkan badan dan fikirannya.

**********

Beberapa bulan kemudian.....

Naurah sedang menyiapkan sarapan pagi.Selalunya rutin Mak Tuti yang akan bantu dia siapkan sarapan tapi sebab semalam Mak Tuti berangkat menunaikan umrah jadi dia akan melakukan tugasnya sebagai isteri.

Tangannya lincah memasak mi goreng basah kesukaan suaminya.Althaf yang turun ke bawa menghidu bau mi goreng masakan isterinya itu membuatkan dia tersenyum lebar.

Dia meletakkan telefon diatas meja makan dan menuju ke dapur memeluk tubuh itu dari belakang.

"Asalamualaikum..."

"Walaikumusalam.... hubby..."balas Naurah.

"Mi goreng basah...sedap ni..."ucap Althaf sambil tangannya merayap ke pinggang Naurah.

"Hubby...."

"Ya sayang....ada apa?"soal Althaf menayangkan sebaris gigi.Tangannya masih dipinggang Naurah.

"Mentang-mentang Mak Tuti tak ada bukan main nakal ya...."ucap Naurah.

Althaf meletakkan dagunya dibahu Naurah.Dia mencium pipi isterinya.

"Hubby rasa nak ambil cuti harini..."bisik Althaf ditelinga Naurah.

Naurah memandang.

"Kenapa? Hubby tak sihat ke?"soal Naurah yang risau.Dia meletakkan tangannya di dahi Althaf.

"Tak sihat sikit....tak sedap badan...."ucap Althaf dengan manja.

"Okay je...Ayang rasa...ni..jangan nak ngelat pergi kerja..."ucap Naurah.

Althaf tersenyum.Naurah dah faham sangat dengan perangainya.

"Ialah...Ayang...kan CEO dekat rumah ..jadi hubby kena pergi kerjalah..."ucap Althaf.

Naurah meletakkan mi goreng dalam mangkuk untuk dihidangkan.

"Jom sarapan..lepas tu Ayang bagi ubat..."ucap Naurah menarik lengan Althaf ke meja makan.

**********

Perutnya terasa sakit dan tekaknya terasa loya semacam.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabatnya.


Dia jarang sakit sebenarnya.Zukie masuk ke dalam pejabatnya membawa air mineral dan juga Panadol.

"Bos...ni air mineral dan ubat yang bos minta"ucap Zukie meletakkan atas meja.

Althaf mengambil ubat dua biji dan meneguk air mineral itu.Zukie memandang Althaf.

"Bos okay tak ni?.Kalau tak okay saya batalkan lawatan site dengan mesyuarat"ucap Zukie apabila melihat keadaan Althaf.

Dia tahu majikannya ini jarang sakit.Tapi kalau dah sakit memang akan lama sikit nak sembuh.

"Tak perlu batalkan...aku lelap 15 minit ni nanti okaylah ni..."ucap Althaf melelapkan mata.

"Tuan makan apa sarapan pagi tadi?.Takkan keracunan makanan?"soal Zukie.

"Aku makan apa yang isteri aku masaklah... tapi dia okay je...benda nak jadi...dahlah kau keluar dulu...15 minit kau masuk kejut aku..."pesan Althaf.

"Baik bos..."Zukie mengangguk sebelum keluar dan menutup pintu pejabat.

***********

Althaf mengagahkan juga diri melawat tapak projek.Dia memberikan komited terhadap kerjanya walaupun rasa tak sedap badan.

Zukie hanya mengikut langkah kaki Althaf.

"Baru 55 peratus siap bos...sempat rasanya untuk siap seperti tarikh yang kita jangkakan..."ucap Zukie yang melihat keseluruhan hasil projek.

"Betul...sebab tu aku lantik kau sebagai COO anak syarikat aku...kau pun tahu aku sekarang kena handle dua syarikat..."ucap Althaf.

Lepas pemergian Tuan Amirruddin, Astaka Resort menjadi miliknya dan ahli lembaga pengarah masih ingin mengekalkan pemilik asal.Masa awal-awal dulu Althaf nak jual sahaja saham Astaka Resort tapi atas nasihat Mak Tuti dan Naurah dia meneruskan sahaja kerana itu titik peluh arwah Tuan Amirruddin.

Althaf rasa mual dia berlari ke arah timbunan rumput nak memuntahkan isi perutnya.

Zukie berlari melihat keadaan Althaf.

"Tuan..saya hantar pergi klinik... lepastu saya hantar balik terus.."ucap Zukie memegang bahu Althaf.

Althaf mengangguk perlahan.

**********

Naurah yang sedang duduk selepas selesai mengemas terdengar pintu pagar terbuka.Dia melirik ke arah jam dinding menunjukkan baru jam 2 petang.

"Awal balik..."ucap Naurah berjalan ke arah hadapan dan membuka pintu.Dia melihat Zukie memapah suaminya keluar dari kereta.

Dia berlari ke arah mereka.

"Kenapa ni Zukie?"soal Naurah melihat suaminya itu lemah dan pucat.
Zukie memimpin Althaf masuk ke dalam rumah dan membaringkan Althaf disofa.

Naurah menunduk dan memegang pipi suaminya sebelum memandang Zukie.

"Apa dah jadi ni?"soal Naurah yang cemas.

"Tuan Althaf dia pening kepala dan muntah-muntah.Saya bawa pergi klinik tadi Doktor kata mungkin kurang rehat"ucap Zukie.

Naurah memandang wajah itu yang sedang lena. Zukie meminta diri dahulu.

"Terima Kasih Zukie hantar Althaf balik"ucap Naurah.

"Sama-sama.."ucap Zukie terus beredar dari situ.Naurah duduk disebelah Althaf.

"Hubby...kenapa boleh jadi macam ni?.Ayang ingat hubby gurau je.."ucap Naurah memegang tangan Althaf.

Dia risau sekiranya lelaki itu sakit.Kerana sepanjang perkahwinan mereka Althaf jarang sakit secara tiba-tiba.

Althaf membuka matanya perlahan.

"Hubby...."panggil Naurah.Althaf memandang wajah isterinya itu.Tangannya memegang pipi Naurah.

"Hubby...okay...?"soal Naurah.Althaf mengangguk perlahan.

Tiba-tiba Althaf bangun dengan langkah laju ke bilik air dan muntah.Naurah dah takut.Dia pergi ke bilik air dan mengusap belakang Althaf.

"Awak okay tak?"soal Naurah.Althaf mengangkat tangannya menunjukkan dia okay.

Lepas magrib Naurah memeriksa suhu badan suaminya.Tapi suhunya normal sahaja.Petang tadi pun Althaf hanya mahu buah oren sahaja dan tidak mahu makan nasi.

Tapi kerap sangat muntah?.Ubat pun dah makan?.Pening kepala? Muntah?.Mual?.

Kalau tanda tu semua untuk orang mengandung atau....Naurah mula terfikir sesuatu... suaminya kena tempias simptom orang mengandung? Aku mengandung ke???.

Tangannya mula diletakkan di bahagian perutnya.

Kalau tanda tu semua untuk orang mengandung atau....Naurah mula terfikir sesuatu... suaminya kena tempias simptom orang mengandung? Aku mengandung ke???. Tangannya mula diletakkan di bahagian perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience