BAB 3

Romance Series 7516

PINTU kamar hotel penginapan dibuka. Ivy melangkah ke dalam lalu menyandar tubuhnya ke pintu yang sudah ditutup. Senyuman masih terlakar di bibir. Momen istimewa yang dilalui bersama seorang jejaka tampan seketika tadi terbayang-bayang di ruang matanya.

‘Azriel Elhan.’

Getus nama itu di ruang hati kecilnya. Entah mengapa perasaan Ivy terhadap lelaki itu berbeza. Seperti ada satu perasaan halus yang menyusup masuk ke jiwanya. Hmm.

“Hah, senyum sorang-sorang tu kenapa?”

Rina, gadis Melayu teman baik Ivy sedari zaman kolej itu menegur. Dia memandang pelik akan gelagat temannya.

Serta-merta Ivy kulumkan bibir menyimpan senyuman. Malu nak cerita berkaitan sosok pemuda yang ditemui tadi.

“Nothing,” jawab Ivy berlalu ke katilnya yang terletak berhampiran tingkap.

“Hey, dari muka you tu I tahu you sorok something. You jangan tipu I.” Rina mendesak.

“Nothing. Betul.” Ivy mengangkat lima jari seakan bersumpah.

Rina mencebir bibir. Bukan boleh percaya sangat temannya ini. Mereka dah lama kenal. Mesti ada sesuatu yang disorokkan. Takpe, kejap lagi dia cuba korek.

“So, you pergi mana? I balik bilik dari petang tadi tak nampak bayang you.” Rina menyoal.

“Erm I pergi jalan-jalan kat Central Park je. Lepas tu pergi Brooklyn Bridge. And then we…”

Belum habis Ivy bercerita, Rina terlebih dahulu memotong.

“We? Who are ‘we’??” Rina terus bertanya berulang kali ingin tahu.

Ivy pantas menekup mulutnya. Opssie! ‘Tersyasyul’ pula. Dia tidak bercadang untuk bercerita mengenai Azriel kepada Rina.

“Hah, cepat cerita kat I. You jumpa siapa tadi? You dating dengan siapa sampai ke Brooklyn Bridge tu? Amboiii~” Rina terus bercekak pinggang gaya kakak tiri Cinderella.

Ivy menggeleng. Masih menafikan. Apa anggapan Rina nanti andai dia ceritakan perihal lelaki yang baru dikenali itu?

“Vy, antara kita takde rahsia tau. Baik you cerita cepat. Or I call papa mama you bagitahu you ada di NYC sekarang.” Rina mengugut.

Kata-kata Rina membuatkan Ivy tiba-tiba risau. Dia mengalah.

“Okay-okay, I’ll tell you. I met someone. Some random guy. He’s from Malaysia.“

Terkelip-kelip mata Rina mendengar cerita teman baiknya itu.

“Seriously? You've met Malaysian guy in NYC? Wah~” Rina mempamerkan mimik yang teruja.

“Yup. A Malay guy. Jejaka Melayu Terakhir. Handsome,” ucap Ivy sambil menyuging senyuman.

Rina bertambah teruja. “Who is he? How you met him??”

“Well, dia tolong I kejar pencuri yang ragut purse I masa di Central Park tadi.”

Bulat mata Rina tika itu. “Oh my God! Vy, are you okay??” Rina menyoal risau.

“Yea, I’m okay. Nasib baik that guy tolong I. Kalau takde dia tak tahulah apa jadi pada I masa tu.”

“And then what happened??” Rina ingin tahu cerita selanjutnya. Tidak sabar-sabar.

“That guy berlawan dengan peragut tu dan dia berjaya dapatkan semula purse I. Then, I dan dia duduk kejap di Central Park borak-borak minum coffee. After that dia bawa I jalan-jalan tengok bandar ni sebelum teman I balik ke hotel.”

Rina fokus mendengar sepanjang Ivy bercerita. Tertarik dengan kisah yang diceritakan. Ala-ala drama romantis Hallmark yang sering ditonton di Netflix.

“So, itu aje?” soal Rina setelah Ivy diam.

“Yeah, itu aje,” balas Ivy bersahaja.

“Lepas dia hantar you balik and then what? Takkan you tak janji nak keluar dengan that guy lagi?”

Ivy menggaru pelipisnya sambil menjongket bahu. “Erm maybe not.”

“Vy, come on. You ikut I ke sini sebab nak lupakan Alex. So, why don’t you spend time with that guy.” Rina menutur cadangan.

“Hmm actually, dia jemput I ke sebuah bar di hujung blok tu. I mean, dia kerja part-time kat situ. Well, I’m not sure nak pergi atau tak.”

“Really? Bila? Malam ni? Jom I temankan you!” Bersemangat Rina mengajak.

“Tapi, I baru je kenal dengan dia. And he’s a Malay guy. You faham apa maksud I kan, Rin?”

“So what? I pun Malay relaks je bercinta dengan boyfriend mat saleh I tu. Apa masalahnya kalau you kenal dengan that guy.”

“Rin, you tahu my family takkan benarkan. Alex pun kena reject. This Malay guy lagilah my parents takkan setuju.”

Rina lantas ketawa. “My dear Ivy. Remember you datang sini untuk have fun. Supaya you dapat lupakan kisah sedih you dan Alex. So, just chill ajelah dengan that Malay guy. Bukan you nak kahwin dengan dia pun.”

Ivy memandang ke arah Rina. Bibirnya dibentuk-bentukkan sambil berfikir.

“Hmm let me think about it~”

“Ah, nak ‘think-think’ apa lagi. Dah, pergi siap. We gonna have fun tonight. Kejap I call Mike ajak dia join kita.” Rina menggesa sambil mencapai telefon pintarnya.

Dalam berbelah bahagi Ivy akur dengan cadangan Rina. Apa salahnya dia menghiburkan diri malam ini. Sementelah memang dia datang ke kota ini untuk melupakan semua kekecewaannya.

JAM 8:30 malam, Ivy dan Rina tiba di hadapan sebuah bar yang terletak selang beberapa blok dari bangunan hotel penginapan mereka. Kekasih Rina iaitu seorang jejaka kulit putih bernama Mike sudah menanti di sana. Mereka bertiga kemudian melangkah ke dalam bar itu bersama-sama.

Suasana di dalamnya agak lengang dan tidak begitu sibuk. Hanya ada beberapa buah meja terisi dengan pengunjung yang sedang berbual sambil dihiburkan oleh kumpulan pemuzik di pentas kecil yang terletak di sudut bar tersebut.

Mereka bertiga kemudian mengambil tempat di sebuah meja. Seorang pelayan datang mengambil pesanan. Setelah itu mereka sama-sama menikmati alunan muzik yang bergema di ruang bar itu bersama para pengunjung lain.

“So, which one is your ‘boyfriend’, Vy?” Rina bertanya tidak sabar mahu melihat gerangan lelaki kenalan baharu temannya itu.

Mata Ivy meliar memandang ke sekitar ruang di dalam bar tersebut mencari-cari wajah seseorang. Lalu pandangannya tertumpu ke arah seorang pemuda berwajah Asia yang berada di kaunter minuman tidak jauh dari mereka.

“That’s him,” ujar Ivy dalam bisikan bersama senyuman.

Pandangan Rina lantas fokus ke arah yang dimaksudkan Ivy.

“Oh my God. You’re right, Vy. He’s so handsome!” Respon Rina mengakui kata-kata Ivy tadi.

“Kan,” balas Ivy dalam mimik muka yang hanya difahami mereka berdua.

“What?” Mike yang kebetulan terdengar pendapat kekasihnya menyoal dalam nada pelik ke arah mereka berdua.

“No. Nothing. We just talk about Ivy’s boyfriend,” ujar Rina.

“He’s not my boyfriend lah.” Pantas Ivy menafikan sambil menggeleng.

“Soon to be your boyfriend.” Rina bercanda.

Lantas pandangan Ivy ralit melirik ke arah kaunter bar di mana lelaki yang dikenalinya siang tadi berada di situ sedang melakukan tugasnya. Pemuda itu masih belum menyedari kehadiran Ivy.

“Vy, you pergilah tegur dia. It’s okay. I dan Mike duduk di sini,” usul Rina.

Ivy serba salah pada mulanya. Namun, kemudian akur dengan cadangan tersebut. Sementelah dia datang ke sini pun atas jemputan lelaki itu tadi.

“Okay, I jumpa dia kejap ye.”

“Lama-lama pun takpe, Vy. I faham.” Rina mengusik lagi.

Sempat Ivy menjelir lidah ke arah Rina sebelum tertawa kecil. Lalu dia bangun dan melangkah ke kaunter bar.

“Hi, Azriel.” Ivy menyapa dalam lunak suara lembutnya.

Azriel yang ketika itu sedang leka mengelap gelas-gelas kaca yang baru dibersihkan menoleh ke arah pemilik suara yang datang menegurnya. Riak mukanya serta-merta bertukar ceria.

“Hey. Ivy Clarissa,” ucap Azriel dalam senyuman.

Reaksinya begitu gembira dan teruja saat dapat menatap semula wajah gadis manis dan jelita yang dikenalinya siang tadi. Tidak menduga Ivy menerima pelawaannya untuk datang ke sini.

“I’m sorry. I ganggu you kerja ke?” Ivy menyoal serba salah.

“Nope. Tak ganggu pun. Thanks for coming here. You datang dengan siapa? Seorang?” Azriel bertanya sambil matanya memandang sekeliling.

Ivy menggeleng. “I datang dengan kawan I and her boyfriend. Diorang duduk kat situ.” Seraya jari telunjuk Ivy fokus ke satu arah.

Pandangan Azriel mengikut arah yang ditunjukkan Ivy. Kelihatan Rina dan kekasihnya mengangkat tangan ke arah mereka. Azriel ikut membalas dengan reaksi yang sama ke arah mereka bersama senyuman mesra. Kemudian, tumpuannya beralih semula kepada Ivy.

“So, Cik Ivy nak minum apa?“

Ivy melihat sejenak ke arah menu berbagai minuman beralkohol yang terpamer di kaunter bar itu. Lalu dia memesan segelas minuman ‘cocktail’.

“Bagi I yang ini.”

Azriel mengangguk faham lantas menyediakan minuman seperti yang dipinta pelanggan istimewanya itu. Segelas Margarita diletakkan di hadapan Ivy.

“Thanks,” ucap Ivy menyambut gelas itu lalu meneguknya sedikit. “You tak minum?” soal Ivy. Tak seronok pula minum seorang diri.

Sebaliknya Azriel cuma menggeleng. Dia tidak pernah mengambil minuman keras sebegitu. Hanya bekerja di sini sebagai ‘bartender’ menghidangkan minuman kepada para pengunjung. Mungkin apabila mendapat pekerjaan yang lebih baik nanti dia akan tinggalkan pekerjaan ini.

“I’m sorry. I shouldn’t ask that question.” Ivy memohon maaf setelah menyedari yang dia terlupa bahawa Azriel seorang muslim.

“It’s okay.”

“You dah lama ke kerja di sini?” Ivy mengambil peluang bertanya.

“Erm baru beberapa bulan. Sebelum ni I kerja part-time di sebuah restoran. Tapi, restoran tu dah tutup awal tahun lalu. Then, kebetulan manager lama recommend I kerja di sini. I terima sementara nak dapat kerja lain yang lebih baik. At least cukuplah untuk I bayar sewa bilik dan keperluan harian.”

“You tak dapat ‘scholarship’ ke belajar di sini?” Ivy bertanya lagi.

Sepanjang pengetahuannya, kebanyakan pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara akan mendapat dana atau tajaan dari kerajaan. Kecuali anak-anak orang berada sepertinya yang bebas memilih tempat belajar tanpa perlu risaukan hal berkaitan kewangan.

“I dapat 'scholarship' dari sebuah agensi. Tapi, cukup untuk I bayar yuran semester je. Sewa bilik dan lain-lain I kena cari wang tambahan. Sebab tu I kerja part-time di sini,” jelas Azriel.

“You bekerja sambil belajar ni tak ganggu pelajaran? I mean, you tentu sibuk dengan kuliah, assignment, tesis. Macam mana nak bahagi masa bekerja sambil belajar?”

Azriel tersenyum dengan soalan itu. “I dah susun jadual baik-baik. Kuliah dan assignment waktu siang. I kerja waktu malam. Kalau hari yang ada group discussion waktu malam pula I akan ambil shif siang. Kena pandai-pandai nak hidup.” Disusuli tawanya di hujung ayat.

Ivy mengangguk perlahan kagum mendengar cerita Azriel. Lelaki ini bijak mengatur kehidupan serta pandai berdikari walaupun tinggal di bumi asing. Dia mengandaikan tentu Azriel datang dari keluarga yang susah. Disebabkan itu lelaki ini perlu bekerja secara sambilan untuk menampung kos kehidupannya sebagai pelajar di sini. Sedikit sebanyak terbit rasa simpati di hati Ivy.

“I doakan semoga you berjaya habiskan pelajaran you di sini dengan cemerlang, Azriel.”

Azriel menghargai kata-kata semangat yang diberikan gadis itu. “Thanks so much, Ivy. You dah kerja atau masih belajar?” Azriel mengubah topik perbualan mereka.

“To be honest I tengah menganggur. I dah habis belajar. Tapi, belum kerja,” jawab Ivy dengan jujur.

Azriel mengangguk-angguk. Sempat dia berfikir hebat juga gadis ini boleh melancong ke Kota New York walaupun tengah menganggur. Tentu gadis ini anak orang berada. Namun, dia tidak mahu persoalkan perkara tersebut kerana merasakan hal itu tidak perlu.

“So, esok you nak jalan-jalan ke mana pula?“

“Erm not sure. Maybe I nak pergi tengok Statue of Liberty. Nak temankan I tak?” Ivy bertanya dalam nada gurauan. Namun, di sudut hati sebenarnya mengharapkan persetujuan lelaki itu.

Azriel senyap seketika sambil dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu.

“Maaf, esok I ada kelas the whole day. Tak dapat temankan you.”

Garisan di bibir Ivy terus mengendur. “Oh, takpelah. I pergi seorang je.”

“Kenapa you tak pergi dengan kawan you? Berani ke pergi ke sana seorang?” Terbit sedikit kerisauan dalam hati Azriel.

“Erm she has another plan with her boyfriend. I tak nak ganggu. Takpe. I don’t mind jalan seorang-seorang.” Ivy pura-pura tidak kisah.

Azriel merenung ke raut gadis itu yang seolah-olah amat mengharapkan kehadirannya. Namun, serba salah pula apabila mengenangkan sesi kuliahnya yang berderet perlu dihadiri esok.

“I cuba tengok esok macam mana ye. Kalau I free I akan temankan you ke sana.”

“It’s okay, Azriel. Don’t worry about me. I tak nak ganggu you. Pelajaran you lebih penting.” Ivy menenangkan lelaki itu.

Azriel masih berbelah bahagi. Entah mengapa dia berat hati mahu menghampakan gadis di hadapannya.

“Err bila you akan balik semula ke Malaysia? Maksud I you bercuti di sini sampai bila?” soal Azriel ingin tahu.

“Until this Saturday.”

“Sekejapnya.”

“Yup, I datang sekejap je. Sebab Rina my friend tu nak sambung belajar ke negara lain pula selepas ni. I teman dia ke NYC ni untuk jumpa boyfriend dia.” Ivy bercerita ringkas.

Azriel mengangguk tanda ambil maklum. Namun, terlukis sedikit kekecewaan di wajahnya apabila mengetahui yang gadis ini tidak akan berada lama di bumi New York. Entah mengapa dia seperti belum puas menghabiskan masa bersama Ivy.

“You tak nak balik Malaysia ke, Azriel?” Ivy tiba-tiba mengajukan soalan itu.

Azriel diam sejenak sebelum menjawab. “I belum bercadang nak balik ke Malaysia. Selepas habiskan MBA, I plan nak kerja di sini 2-3 tahun. Then, tengoklah kalau ada rezeki di sana baru I kembali semula ke Malaysia~”

“Dengar macam you dah tak nak balik ke Malaysia je? You merajuk dengan someone di sana ke?” Ivy meneka dalam seloroh.

Azriel cuma menggeleng. Tidak dijawab soalan itu. Biar pun di dalam hati mengakui kebenaran kata-kata Ivy. Rajuk yang membuatkan dia membawa diri jauh ke sini sejak bertahun-tahun yang lalu.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-08-14 17:07:46 

ouh...mrajuk ngan siapa tu hihi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience