BAB 17

Drama Completed 19693

"Hei...Encik....kejap...kejap.."kata Sood turun dari tangga ke bawah.

Naurah memandang "Bakal Tunangnya" itu.Althaf turut memandang lelaki yang berisi itu.

"Encik..nak jadikan Naurah isteri?.Mana boleh Naurah ni saya punya.Saya ni tunang Naurah.Encik tak boleh buat macam ni"ucap Sood dengan yakin.

Naurah mencebik.

"Bila masa aku jadi tunang kau?"soal Naurah.

Sood terkejut.

"Hei...Pak Bakar kata hari ni kita tunang maksudnya kau tunang aku..betul tak Pak Bakar?"soal Sood memandang bakal bapa mertuanya.

"Tak!"ringkas jawapan Encik Bakar mengejutkan Sood.Sood mahu bersuara tapi ditutup mulutnya oleh Encik Bakar

Naurah sudah tersenyum sampai lupa dia dari tangannya masih digenggam oleh Althaf.

"Ni aku nak tanya?.Kau datang sini tiba-tiba nak ajak anak aku kahwin.Kau ni siapa?"soal Encik Bakar pada Althaf.

"Abah.. sebenarnya...."

"Diam! Naurah..." tegas Encik Bakar.

Naurah sudah menundukkan wajahnya ke bawah.Althaf berdeham sedikit.

"Saya Althaf Yaqeez.Pakcik boleh panggil saya Althaf.Saya tahu kehadiran saya tak diundang dan saya pun tak tahu ada majlis pada harini.Saya minta maaf.Tapi saya betul jujur dengan niat saya nak kahwin dengan Naurah"terang Althaf.

"Eh...kau...mana...." ucap Sood terhenti.

Pek!

Pipi Sood disepuk oleh Encik Bakar kerana menyampuk.Sood mengosok pipinya.

"Kita ni orang melayu ada adat.Kalau betul kamu suka dengan anak saya, bawa rombongan datang sini.Naurah ni masih ada keluarga.Lepas hantar rombongan baru fikir pasal majlis...tapi sebelum tu lepaskan tangan saya dulu..."ucap Encik Bakar memandang kedudukan tangan lelaki itu.

Althaf melepaskan genggaman tangannya.

"Baiklah kalau itu yang Pakcik bagitahu.Saya akan hantar rombongan untuk merisik dan bertunang"ucap Althaf dengan serius.

Naurah memandang lelaki itu.

"Bos...jangan memain.."ucap Naurah.Althaf memandang gadis itu.

"Tak ada istilah main-main dalam hidup saya.I always mark my word"ucap Althaf.

"Apa ni Pakcik Bakar..?.Saya yang patut ditunangkan dengan Naurah.Dah kenapa pula mamat ni yang masuk line saya ni?.Kalau Naurah tunang dengan mamat ni, saya..ni macam nak Pakcik Bakar"ucap Sood.

Encik Bakar memegang bahu Sood dan memandang lelaki itu dengan serius.

Sood menanti jawapan Encik Bakar.

"Cuba lagi tahun depan.....Naurah ajak tetamu naik..."ucap Pakcik Bakar terus masuk ke dalam.

Sood sudah kecewa.

Naurah mengajak Althaf dan Zukie naik ke rumahnya.Sood duduk ditangga dengan penuh kekecewaan dengan lagu Ukays.

Tergamaknya hatimu sayang,
Menciptakan luka pada aku yang setia,
Dahulu kau bisik kalimah,
Walau apa terjadi kasih tak berubah,

Mungkin Tika itu Aku berharta,
Cahaya cintamu bersinar rekaan cuma,

Nyanyi Sood dengan penuh kekecewaan tak dapat bertunang dengan Naurah

"Bunga bukan sekuntum Sood..."ucap Atan kawan baiknya yang duduk disebelah.

"Memang bukan sekuntum....masalahnya aku dah tak ada bunga.... Pakcik Bakar cakap tahun depan cuba lagi.. jadi aku datang tahun depan jelah..."ucap Sood terus memeluk tubuh Atan.

Atan menggelengkan kepalanya melihat bendul si Sood.

**********

Selesai majlis pertunangan Noreen dan bakal abang iparnya, Fahmi.

"Dik...bukan ke pakwe kau haritu cina?.Ni kenapa nama dia melayu?"bisik Noreen.

"Emm...itu sepupu dia...muka sama..."ucap Naurah sambil memandang Althaf yang sedang duduk berborak dengan Encik Bakar serta Zukie.

"Eh...kau tengok Abah...bukan main lagi dia interview bakal tunang kau tu.."ucap Noreen.

"Harap Abah tak minta benda yang pelik-pelik.Macam hati nyamuk ke?"soal Naurah memerhati.

"Kau ingat kau Puteri Gunung Ledang.Kau tu Puteri Kampung Haji Abbas je.Tapikan nasib kau baik tak jadi tunang Sood...tu.."ucap Noreen menyebut nama Sood.

"Biarlah dia kak..Naurah yakin ramai lagi nak dekat dia...kejap je tu kecewa.."ucap Naurah dengan yakin.

Selesai semua tetamu sudah beransur pulang.Althaf dan Zukie juga meminta diri.

"Kami balik dululah Pakcik Bakar dan Makcik Tihani.Nanti lambat pula sampai Kuala Lumpur"ucap Zukie.

Encik Bakar mengangguk.

"Tak penat ke nak bawa kereta.Makcik suruh tidur sini tak nak?"soal Puan Tihani.

"Tak apalah Makcik...susah je..lagipun saya ada mesyuarat esok pagi..minta maaflah kalau kehadiran kami mengangguk.."ucap Althaf.

"Tak ada apalah..salah faham..lagipun kamu dah cerita semua..."ucap Encik Bakar.

Naurah turut turun mahu melihat lelaki itu balik.Althaf mendekati Naurah.

"Naurah..."

Naurah memandang wajah itu dengan gugup.

"Tunggu rombongan saya sampai...saya akan kotakan janji saya untuk kahwin dengan awak...saya tahu awak kecewa dengan Isaac... saya harap saya dapat ubat hati awak.. walaupun saya tak adalah sisi romantik macam Isaac..but we can try"ucap Althaf.

Naurah menarik nafas dalam-dalam.

"Saya tak minta awak jadi seperti dia..cukup hanya jadi diri awak.. sebab saya pilih hati bukan rupa awak,harta atau apa yang awak ada..saya tunggu.."ucap Naurah.

Althaf tersenyum sedikit.Dia mengangguk perlahan.

"Saya balik dulu..anyway cantik awak pakai tudung..Asalamualaikum..."

"Walaikumusalam.."

Naurah melihat kereta itu pergi sehingga hilang dari pandangan matanya.Dia tersipu-sipu malu.

************

Villa Bukit Dianz harini dikejutkan dengan kehadiran Althaf.Dia berdiri didepan pintu besar itu setelah hampir 20 tahun dia tidak menjejakkan kaki kesini.

Pintu dibuka dan orang yang menyambut kehadirannya iaitu Mak Tuti.

"Tuan....."ucap Mak Tuti seakan tidak percaya dihadapannya itu insan yang sudah lama dia menanti.

Althaf memeluk tubuh itu yang sudah semakin berusia.Wanita berusia 60 an itu hanya mampu menangisi kehadirannya.

"Lama...Mak Tuti tunggu Althaf dekat sini..."ucap wanita itu.Althaf terasa sebak.

"Mari masuk...jangan duduk dekat pintu...ini rumah Althaf..."ucap Mak Tuti yang menarik lengan Althaf ke dalam.

Althaf memandang keadaan rumah yang tidak berubah sejak dia keluar dari rumah ini.

"Althaf....."panggil Mak Tuti.Dia menoleh ke arah suara itu.

"Wak Man mana Mak Tuti? Dari tadi tak nampak..."soal Althaf.Wajah Mak Tuti muram.

"Wak Man dah tak ada...Althaf..bulan lepas dia meninggal dalam tidur..."ucap Mak Tuti.

Althaf terkejut.

"Daddy macamana?"soal Althaf.Mak Tuti mengangguk perlahan.

"Mak Tuti ingat pesan Althaf walau apa pun berlaku jangan tinggalkan Villa ni.Jadi Mak Tuti pun tak ada tempat nak pergi mana jadi Mak Tuti jaga Villa ni.Daddy ada dekat atas Althaf...dia jatuh sakit tak lama lepas Althaf keluar dari rumah ni..."ucap Mak Tuti.

"Maafkan Althaf...sebab Althaf tak ambil tahu pasal keadaan dalam rumah ni..."ucap Althaf.

"Althaf naiklah kejap jumpa dengan Tan Sri...yang sengketa lama tu lupakanlah...umur kita..kita tahu siapa pergi dulu..."nasihat Mak Tuti.

Althaf mengangguk perlahan dan berjalan ke arah tangga.Ini kali pertama dia berjumpa kembali satu-satunya ayah kandungnya.

Pintu bilik itu dibuka perlahan.Dia melihat seorang lelaki yang sudah berusia duduk dikerusi roda menghadap ke arah balkoni.

Althaf berjalan ke arah itu.Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Daddy...."ucap Althaf.Tuan Amirruddin tersentak dengan suara itu.Dia memusingkan kerusi rodanya.

Dia memandang wajah itu.Althaf memandang lelaki itu yang sudah dimakan usia berbeza kali terakhir dia lihat masih berisi.

"Qeez....Qeez...lama Daddy cari kamu...tapi tak jumpa..."Tuan Amirruddin sudah menangis.Althaf terus memeluk tubuh itu.

"Maafkan Althaf Daddy....Maafkan Althaf...."ucap Althaf memeluk tubuh itu.

tunggu bab seterusnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience