Bab 8

True Story Series 282

Ketika di sekolah rendah, ramai kawan-kawan menganggap aku seorang yang banyak cakap dan ceria. Ya, aku di sekolah ramai kawan. Tak kisah latar belakang, semua mereka adalah kawan-kawanku. Cikgu juga menggelarkan aku sebagai 'mulut murai'. Hahahaha....

Aku sangat aktif bersukan. Bola jaring, bola baling dan hoki antara permainan yang aku sertai dan pernah mewakili sekolah untuk bertanding di luar.

Ketika usianya 12 tahun, mak berkahwin lagi dengan duda anak ramai. Berapa orang anaknya tidak perlulah aku nyatakan.

Sebelum berkahwin mak sudah memberitahuku tentang perkara itu. Namun aku tidak pernah setuju dengan tindakan mak. Bagi aku biarlah hidup aku dengan mak, nenek dan saudara mara yang lain. Mereka sudah cukup buat aku bahagia.

Tapi kata mak, dia berkahwin demi masa depan aku. Supaya masa depan aku lebih terjamin kerana ada yang akan menyara hidup kami. Entah apa yang mak kejarkan. Duit? Harta? Kasih sayang?

Mak pernah bertanya pada bakal suaminya, jikalau ingin menjaga ibu dan anaknya, mak setuju untuk menjadi isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience