Rhett baru selesai mandi. Melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya sehelai tuala hotel membalut punggung. Sehelai lagi tuala kecil Rhett gosok-gosok di seluruh kepala, mahu keringkan rambut yang basah.
Sambil bersiul-siul, Rhett hampiri almari pakaian. Sehelai bathrobe yang tergantung dalam almari Rhett sambar lalu tubuh separuh bogelnya dibungkus dengan kemas. Usai berpakaian, Rhett melangkah kembali menghampiri katil.
Rhett duduk di birai katil. Sekujur tubuh sedang terbaring di atas tilam, begitu nyenyak tidurnya. Rhett tenung wajah putih bersih yang tampak begitu tenang lenanya lalu tersenyum pendek.
“Sorry, Del… I just want you back. I’m not going to do anything. Just… urm…” Rhett berfikir sejenak, sebelum bingkas angkat punggung lalu dia hampiri telefon hotel di meja kecil tidak jauh dari katil.
“Can you send someone? I want a woman. Okay, thank you.”
Tidak lama selepas panggilan dibuat, muncul seorang wanita awal 30an. Selepas Rhett beri arahan, Rhett keluar dan tunggu di luar bilik sehingga wanita tersebut menyelesaikan pekerjaannya.
Rhett kembali mendekati katil selepas pekerja hotel tersebut beredar. Bathrobe yang kini sudah terbalut kemas di tubuh wanita yang masih tertidur pulas itu Rhett tenung bersama riak wajah puas hati. Rhett kerling jam yang melilit pergelangan tangannya. Masih berbaki beberapa jam sebelum ubat tidur itu hilang kesan dan buat wanita itu terjaga.
Rhett senyum sumbing. Pengikat bathrobe yang melilit pinggangnya dia ketatkan. Berfikir sejenak sebelum Rhett lepaskan ikatan. Apa dia harus tidur memakai bathrobe atau hanya pakai boxer?
Ah, dia kena wujudkan situasi yang real supaya rancangan dia berjalan dengan lancar. Rhett menegakkan postur tubuh sebelum dia tarik pengikat bathrobe. Perlahan, kain dari jenis tuala mandi itu dilorotkan. Rhett jeling gadis yang terbaring di katil.
“Jangan tengok, Del. Dosa! You and I belum halal lagi.”
Kemain! Tak sedar ke apa yang dibuat tu dosa besar? Rhett sengih, makin sumbing lakaran sengihnya. Perlahan, Rhett panjat naik atas katil lalu berbaring di sebelah Deila. Rasa bersalah terhadap Deila sudah pastilah ada, malah teramat menghambat jiwa. Tapi Rhett cuba untuk tak fikir tentang itu kerana dia terdesak, benar-benar terdesak. Semua disebabkan kata-kata Deila tentang Amirul.
Tak mungkin Rhett mahu diamkan diri! Takkan dia biarkan Deila jatuh ke tangan Amirul. Ini saja caranya. Kalau dulu Rhett berjaya kahwin dengan Deila guna cara itu, why not dia ulang balik? Dia tiada niat mahu buat jahat kepada Deila, tak mungkin dia sanggup menyakiti Deila. Rhett cuma mahu ikat Deila jadi milik dia buat selamanya.
Rhett baring mengiring, menghadap Deila. Perlahan, jemari naik menyentuh pipi mulus Deila.
“Kau boleh marah saya lepas ni, Del. Mengamuk pun saya reda, jangan mati sudah. Sia-sia usaha saya nanti.” Omel Rhett dengan suara rendah.
Rhett menarik tubuh rapat ke tubuh Deila sehingga hampir tiada jurang antara mereka.
“Saya tak buat apa-apa, promise! Just that… I’m cold, Del. Nak peluk boleh?”
Tau sejuk, yang gatal sangat nak pakai boxer je dah kenapa? Rhett mendengus halus, segera dia usir suara sumbang yang terbit di dasar hatinya. Kacau daun betul!
“Kau tak kisah kan?”
Tu dia, ambil kesempatan dalam ketidaksedaran Deila. Rhett melingkarkan lengan di pinggang Deila. Baru mahu menarik tubuh Deila, sepasang mata yang tertutup rapat di wajah jelita itu tiba-tiba terkuak luas. Merah menyala bak serigala jadian. Rhett tersentak kaget bila bebola matanya dipaut dengan sorotan maha ganas.
“D-Del!” Gugup teruk seketul Rhett. Terkejut gila! Bagaimana Deila boleh sedar sedangkan ubat tidur yang dia masukkan dalam minuman Deila sepatutnya akan buat gadis itu tertidur selama lima ke enam jam.
“Surprise?!”
Rhett teguk air ludah. Gila tak terkejut! Tak nampak muka dia pucat lesi macam tersampuk hantu jerangkung?
“Do you think you can fool me twice, huh, Rhett Raffendy?!”
“D-Del! Aduh! Aduh… Del!”
Perempuan dengan gaya serangan tarik-tarik rambut memang berpisah tiada. Klise! Terteleng kepala Rhett bila rambutnya ditarik lalu Deila pulas sekuat hati. Hampir tercabut akar segenggam rambut Rhett dari kulit kepala. Sakit gila!
“Kau nak buat apa? Buat macam kita sedang bermaksiat dan panggil pencegah maksiat datang dan suruh kita nikah? Itu ke rancangan kau, Rhett? Bagaimana kalau saya mandulkan kau sekarang, bagi benda kau tak berfungsi dulu sebelum kau jadi suami hiasan saya, hah?”
Buntang mata Rhett dengar. Dengan pantas, tangan turun ke bawah, mahu lindungi harta paling berharga dia sebagai seorang lelaki sejati.
“Del… dengar dulu. Saya tak… urgh!” Hampir tersembur air liur bila Deila menusuk perut Rhett dengan tempurung lutut. Terjojol biji mata menahan rasa sakit. Kuat gila! Deila ni hari-hari pergi gym ke apa?
“Argh, Del!”
Deila bingkas duduk sambil menarik rambut Rhett. Terkocoh-kocoh Rhett ikut bangun. Boleh botak kepala dia dikerjakan Deila.
“Berani kau tidur separuh bogel di sebelah saya? Memang tak tau malu betul kau kan! Tak guna! Kau ingat saya ni apa hah?!” Tak cukup tarikan rambut, Deila goncang-goncang kepala Rhett macam sedang menggoncang air minuman bergas dalam botol.
“Aduh! Sakit, Del!”
“Hentikan, Rhett!”
“Hentikan apa, Del? Saya tak buat apa-apa lagi!” Rhett cuba bela diri.
“Tak buat apa-apa? Kalau sampai pegawai dari Jabatan Pencegah Maksiat tu muncul di sini, kau takkan saya lepaskan. Kau faham tak?!”
Ah, betul! Rhett hampir terlupa tentang itu. Laju bebola mata meliar, mencari keberadaan telefon bimbitnya.
“Del, lepaskan dulu rambut saya.” Pinta Rhett, separuh merayu. Sakit memang sakit. Tapi dia lelaki sejati. Setakat sakit dikerjakan Deila tak buat dia mati. Tayang wajah terpaling tersakiti semata-mata mahu pancing simpati Deila sebenarnya. Mana tahu ada harapan.
Deila akur. Tapi sorotan mata mengawasi Rhett dengan ganas, langsung tiada rasa simpati. Rhett menyambar telefon bimbitnya lalu menelefon Dafi.
“Dafi, abort the plan! All abort!”
Dafi bingung-bingung di hujung talian. Barusan tadi sebelum menerima panggilan Rhett, dia selesai bercakap dengan salah seorang pegawai dari Jabatan Pencegah Rasuah. Semua dilakukan atas arahan Rhett juga. Now, Rhett tiba-tiba call dan kata hentikan semua plan? What the heck!
“Tapi bos, saya dah hubungi Jabatan Pencegah Maksiat tadi. Mungkin sekarang mereka tengah bersiap mahu menyerbu.”
“No, Dafi! Batalkan sekarang!” Rhett bentak dengan suara tinggi sebelum menamatkan panggilan. Sekali lagi Rhett teguk air ludah apabila mata dipagut ganas oleh sepasang mata Deila.
“I-I can explain…” Rhett bersuara gagap.
“Okay!” Deila peluk tubuh di hadapan Rhett.
“Saya serius bila saya ajak kau nikah, Del.”
“Saya juga serius bila saya kata tak nak, Rhett! Kau faham bahasa ke tidak? Berani kau ulang buat perkara keji ni? Who do you think I am, Rhett? Binatang peliharaan? Bila bosan, kau campak! Bila sunyi, kau umpan balik. I can’t brain you, really can’t!”
Rhett melompat dari katil, mahu kejar Deila yang sudah buka langkah laju-laju menuju ke pintu.
“Del, tunggu!” Rhett rentap lengan Deila lalu dia tarik kuat. Tubuh Deila terdorong ke belakang dan hampir melanggar tubuh Rhett.
Deila pusing badan sambil angkat tinggi tapak tangan. Rhett ni nak rasa sangat tamparan malaikat maut kan? Baik, biar dia kabulkan!
Malangnya, Rhett dah siap siaga awasi setiap pergerakan Deila. Dengan mudah, Rhett tangkap pergelangan tangan Deila. Berang, sebelah tangan diayun deras ke wajah Rhett. Sekali lagi, Rhett hentikan. Deila meronta bila kedua-dua tangannya dikunci oleh Rhett.
“Del! Dengar dulu boleh tak?! Macam mana saya nak explain kalau kau terus berkasar macam ni?”
“Kau nak saya dengar hela bela diri kau? Nonsense, Rhett! Salah tetap salah. Niat tak menghalalkan cara!”
“I know! But I have no choice! You drive me crazy, Del! Saya takkan buat semua ni kalau saya tak cintakan kau. Saya nak kau, Del. Why don’t you understand that? Why don’t you give me a second chance?”
Semakin marak mata Deila. Merah padam wajah. Dia benar-benar terbakar dengar kata-kata Rhett. Semudah itu? Rhett fikir dia apa? Malaikat?
“Setahun, Rhett… selama setahun saya jadi isteri kau… saya kehilangan opah, nyawa hampir melayang, saya keguguran… kau di mana saat saya lalui waktu-waktu sukar tu?”
Rhett terperangah. Realiti menampar pedih.
“Saat saya kehilangan opah, saya maafkan kau kerana cinta. Bertapa saya agungkan cinta masa tu, Saya letak sepenuhnya kepercayaan pada kau kerana kau suami saya, Rhett. Saya hampir mati menunggu kau datang tunaikan janji, saya juga masih mahu maafkan kau kerana cinta. Masih beri peluang kerana cinta. Bertapa cintanya saya kepada kau.”
Rhett merenung sebak saat Deila merapatkan wajah. Buat seketika, Deila hanya merenung tajam, meneliti setiap lekuk ukiran wajah sempurna Rhett.
“Apa balasan yang kau beri atas cinta sungguh-sungguh saya? Mati-mati saya berjuang demi kau, cuba bertahan saat saya dipulau oleh orang kampung kerana kau, saya bertahan walaupun dipandang rendah even oleh maid di rumah agam tu. Apa balasan kau, Rhett? Kau terusan lukai saya. Now, selepas air mata sudah kering untuk kau… kau minta peluang kedua?”
Rhett menjatuhkan wajah, tidak sanggup lagi mahu menentang sepasang mata Deila.
“I’m so sorry, Del…” Rhett bersuara lemah.
“Kata maaf kau sudah tiada makna untuk saya, Rhett. Ini amaran terakhir. Jangan bertindak bodoh macam ni lagi. Kalau tak, saya akan buat benda kau tu tak fungsi buat selamanya, mengerti?!”
Melihat Deila melangkah pergi, hati mendesak untuk menghalang. Rhett mahu kejar, mahu peluk Deila seeratnya. Tetapi entah mengapa, kaki terpasung tidak mampu dia gerakkan. Rhett pasrah, biarkan beberapa butir air mata bergolekan jatuh ke pipi.
Deila Araferro!
Apa lagi yang harus dia lakukan untuk tawan semula gadis berhati batu dan merbahaya seperti belah batu bertangkup itu?
DEILA ARAFERRO melangkah masuk ke perut sebuah rumah anak yatim sederhana besarnya. Kedatangannya disambut girang oleh beberapa anak yatim. Melonjak-lonjak kanak-kanak tersebut bila lihat Deila muncul bersama dua buah bakul kertas besar.
“Yang ini, miss buat special untuk si comel dan bijak, Icca! Thank you so much, sweetheart.” Kepala si kecil dengan rambut bertocang dua itu Deila usap mesra. Tersengih girang anak kecil itu menyambut hadiah berupa jajanan biskut jejari pelbagai perisa yang dihulurkan oleh Deila.
“Jadi, miss dah kenakan lelaki jahat tu cukup-cukup tak?” Kata si anak kecil itu. Deila tersengih jahat.
“Dah, Icca!” Jawab Deila sambil kenyit mata.
Hampir serentak mereka berdua meluncurkan tawa. Kalau bukan kerana budak Icca tu, Deila pasti terperangkap sekali lagi oleh perbuatan Rhett. Icca yang kebetulan terdengar perbualan Rhett dan pembantunya Dafi ketika Dafi datang memberikan ubat tidur untuk dimasukkan ke dalam minuman Deila bertindak pantas memberitahu Deila.
Rancangan diatur. Semasa Rhett memberikan gelas berisi jus buah kepada Deila, Icca datang membawa segelas jus yang baru dan menukar minuman Deila. Semua hanya lakonan selepas itu. Deila sudah jangka apa yang mahu Rhett lakukan selepas itu. Mujur Rhett masih berperikemanusiaan, memanggil staff wanita untuk menukarkan pakaian Deila. Sebab itu rasa marah Deila sedikit menyurut. Ikut hati mahu saja dia cekik Rhett sampai putus nafas saat mata dibuka.
“Miss! Miss Pepero!!!”
Salah seorang staff rumah anak yatim muncul dengan wajah pucat lesi. Deila pandang cuak.
“Kenapa?” Laju Deila tanya.
“Tok Teh, miss! Tok Teh pengsan tadi selepas bermain dengan anak-anak di laman.”
“Apa?!”
Deila berlari laju menuju ke luar rumah anak yatim. Ketika sampai, Tok Teh sudah diusung masuk ke dalam kereta ambulans. Deila berpaling, memandang wajah salah seorang staff.
“Hubungi keluarga Tok!”
Deila beri arahan sebelum bergegas mendapatkan keretanya lalu dia ekori kereta ambulans tersebut.
“Del…”
Setelah doktor selesai merawat tok, Deila dibenarkan masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan kerana tok meminta untuk berjumpa dengan Deila selepas sedar dari pengsan.
Deila duduk di birai katil. Jemari sejuk tok digenggam erat.
“Tok, tok kena kuat tau. Doktor kata tubuh tok lemah. Tok tak boleh stress. Tok rehat saja ya, jangan banyak fikir.”
“Del…” Tok memanggil lagi dengan suara lemah. Jemari Deila dielus lembut. “Tiada apa yang tok risaukan… cuma kau seorang, Del. Bagaimana kalau tok pergi, menyusul arwah opah kau? Siapa yang akan tengok-tengokkan kau, Del? Sebelum tok pergi, tok nak sangat lihat kau nikah. Selepas itu, tok dah boleh pergi dengan tenang.”
Deila tergamam dengar kata-kata tok. Laju dia geleng. Jemari tok dibawa ke pipi.
“Jangan cakap macam tu, tok. Del tak nak dengar. Tok dah janji akan sentiasa bersama Del kan? Tok takkan tinggalkan Del seorang diri berjuang kan? Tok dah janji dengan Del. Tolong jangan cakap macam tu lagi, tok. Del tak nak dengar lagi. Janji?”
Setitik air jernih yang mengalir perlahan ke pipi Deila tok lap dengan sebatang jarinya.
“Tak, Del. Tok nak kau tahu itulah hasrat terakhir tok. Boleh tak kau tunaikan sebelum tok pergi? Arwah opah kau juga dah mandatkan kepada tok. Kau pun tahu siapa pilihan kami berdua kan? Bukan disebabkan Rhett darah daging tok, tak Del. Tapi tok cukup kenal hati budi Rhett. Ya, tok tahu kau terluka kerana Rhett. Tok bukan mahu bela cucu tok, Rhett memang salah. Cuma, kesilapan terbesar Rhett ialah dia tak sanggup menolak saat ibu Zara perdayakan dia kerana rasa bersalah Rhett kepada Zara.”
Deila terpaku. Diperdaya? Dia tak tahu tentang itu. Deila gigit bibir bawah perlahan. Sudah tentulah dia tak tahu. Dia tak pernah bagi peluang untuk Rhett terangkan apa sebenarnya yang terjadi.
“Semua yang berlaku adalah angkara perempuan sihir tu, Deila. Mak Zara tula! Maafkan tok, selama ini tok juga tak tahu yang ibu Zara sudah beberapa kali upah orang untuk bunuh kau. Tok lega kerana semuanya sudah selesai kini. Allah balas balik kaw-kaw perbuatan jahat Mak lampir tu. Dia kehilangan satu-satunya anak dia, Zara. Kena hukuman penjara seumur hidup. Harta benda disita. Dengar khabar suami dia sekarang jadi tukang cuci kereta.”
Tok kembali meramas-ramas jemari Deila sambil merenung Deila dengan penuh pengharapan.
“Rhett masih cintakan kau, Del. Selepas kau pergi, Rhett tidak pernah rapat dengan mana-mana perempuan. Saban waktu dia cuba jejaki kau. Tok rahsiakan pertemuan kita atas permintaan kau, juga mahu beri pengajaran kepada Rhett. Dua tahun Rhett terseksa Del. Tok rasa cukuplah tempoh tu untuk beri kamu berdua masa. Tiada manusia yang sempurna, Del. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Apa yang penting, refleksi… muhasabah diri dan niat sungguh-sungguh untuk perbaiki diri. Maafkanlah Rhett, Del. Tok percaya, Rhett lelaki terbaik untuk kau. Rhett pasti akan buat kau bahagia.”
Tak sedar air mata Deila mengalir menuruni pipi. Deila cepat-cepat jatuhkan wajah, tak nak tok lihat dia menangis. Sungguh dia tersentuh, juga terpukul dengan nasihat tok. Terasa seperti opah ada bersama, kerana nasihat tok sebijik macam kata-kata nasihat yang opah selalu ucap kepada dia.
“Waktu tok mungkin dah tak lama di dunia ni, Del. Tok benar-benar berharap kau dan Rhett berbaik semula.”
Deila kesat air mata lalu cuba ukir senyum.
“Saya cuba, tok.” Deila jawab perlahan. Tok Teh tersenyum lebar sebelum menarik Deila ke dalam pelukan.
Di sebalik pintu bilik kecemasan, kelihatan satu sosok tubuh melonjak tanpa bunyi.
I love you the most, nenda sayang!
Batin menjerit girang!
Share this novel