“Hai abang,” sapa seorang gadis. Dia datang bersama dengan beberapa orang lagi rakannya.
“Hai! Jemputlah tengok-tengok tudung ada yang ada. Design ni tengah trending sekarang.”
Ajana di situ hanya berdiri sambil melihat Afka melayan pelanggannya. Senang juga kerjanya hari ni. Duduk je diam-diam. Biar Afka yang buat kerja dia!
“Abang ni adik Sir Afnan kan? Sir Afnan ada beritahu yang adik dia buka booth.”
“Ya, saya adik dia. Tudung ni isteri saya punya. Saya cuma tolong je.”
“Lah, dah kahwin rupanya. Melepaslah kami.” Gadis-gadis itu ketawa sesama sendiri.
“Tak apalah. Ada lagi tiga tempat kosong,” celah gadis bertudung hijau itu.
Ajana mengetap bibir kuat menahan rasa. Entah kenapa hatinya rasa sakit mendengar ujaran gadis itu. Mungkin dia cuma bergurau tapi bagi Ajana gurauannya itu agak melampau.
“Kami ingat Sir Afnan tu dah cukup hensem dah, rupanya adik dia lagi hensem.”
Afka melirik ke arah isterinya itu. Dia perasan riak tidak senang yang terpeta di wajah Ajana.
“Ada berkenan dengan mana-mana tudung ke?” tanya Afka. Cuba menukar topik perbualan mereka.
“Tudung belum lagi. Tapi kalau abang, sekali pandang pun kami dah berkenan.” Gadis itu ketawa lagi sesama sendiri.
Makin panas hati Ajana yang mendengarnya. Rasa macam nak halau mereka semua daripada booth nya. Bukannya nak beli tudung dia pun. Lebih kepada nak menggatal je dengan Afka. Eiii, geramnya!
“Maaf ya, isteri saya seorang dah lebih daripada cukup.” Dengan selamba Afka menarik tangan Ajana lalu digenggam erat di depan mereka.
Ajana terkesima dengan tindakan tak terduga Afka. Ingatkan Afka nak terus melayan gadis-gadis itu.
Gadis-gadis itu hanya mampu tersenyum, mungkin sedikit malu. “Wah, untunglah isteri abang ni.”
“Untung. Untung sangat!” jawab Ajana dengan bibir terketap-ketap menahan geram.
Sebaik saja gadis-gadis itu pergi, Ajana terus menepis tangan Afka yang menggenggam tangannya.
“Isteri saya ni cemburu ya?” Afka tersengih memandang Ajana. Entah kenapa dia rasa senang melihat Ajana cemburu.
“Jangan nak perasan. Saya cuma sakit mata tengok diorang tu tergedik-gedik dekat booth saya.”
Afka ketawa. “Nak buat macam mana, suami awak ni hensem sangat. Memanglah jadi rebutan. Tapi pemenangnya, tetap awak.”
Ayat terakhir Afka buat wajah Ajana terasa membahang. Cepat-cepat dia palingkan wajah ke arah lain. Tanpa sedar bibirnya tersenyum kecil.
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
“Afka, terima kasih tau tolong saya hari ni. Kalau awak tak ada…”
“Terima kasih untuk kali yang ke berapa dah ni?” pintas Afka. Tak henti-henti Ajana ucapkan terima kasih kepadanya hari ni.
Ajana tersenyum kecil. “Nanti saya bagi awak upah awak.”
“Upah?” Tangan Afka yang sedang memotong sayur itu terhenti pergerakannya. Dia menoleh memandang Ajana di sebelah.
“Ya lah, upah. Macam bayar gaji pekerja.”
Afka tersenyum nakal. Mula timbul idea mahu mengusik isterinya itu.
“Tapi saya tak nak duit.”
“Habis tu awak nak apa?”
“Saya nak…” Afka sengaja melengahkan jawapan.
Ajana menoleh pandang Afka. Bila tengok senyuman nakal yang terukir di bibir lelaki itu, dia jadi cuak. Liur ditelan kesat.
“Awak nak apa?” soal Ajana sekali lagi. Rasa tak sedap hati mula menguasai diri. Janganlah Afka minta yang bukan-bukan padanya.
Afka bersandar pada kaunter dapur. Pisau di tangannya diletakkan ke tepi. Dia mendekatkan wajahnya sedikit ke arah Ajana. Senyumannya semakin melebar. “Saya nak…” jeda.
“Afka, janganlah main-main.” Ajana makin cemas. Makin tak senang duduk dibuatnya.
“Ajana, hangus!”
Ajana tersentak. “Hah, hangus?” Dia cepat-cepat berpaling ke arah kuali di atas dapur. Asap nipis sudah mula naik.
Afka mengambil sudip di tangan Ajana. Dia mengacau bahan tumisan itu dengan tenang.
“Nasib baik tak hangus lagi,” ujar Afka. Dia kembalikan semula sudip pada Ajana.
“Awaklah ni kacau saya,” marah Ajana. Rasa macam nak melompat keluar jantungnya tadi. Ah, tolonglah Afka. Jangan buat macam tu lagi.
Afka ketawa. Dia memang sengaja nak mengusik isterinya itu. Puas hatinya bila tengok muka cuak Ajana tadi. Comel!
Share this novel