Fea mengepal tangannya erat cuba menahan geram dengan perbuatan Hardin tadi.
'Bodoh! Kenapa kau tak dorong saja tubuh jantan tu tadi?'
Fea menghempaskan punggung di birai katil tanda kesal.
'Perbuatan kau tadi menampakkan yang kau menerima perbuatan dia dengan rela' suaranya sendiri.
'Nanti! Herm, bukankah kau yang rancang semua hal ni?' hujung bibir Fea terangkat.
'Ok, ini baru pemanasan. Tunggu!' ujar Fea perlahan sambil tersengih.
*
Fiona ditempatkan disebuah resort peribadi milik keluarga Hardin. Tiada siapa yang pernah datang kesitu kerana tanah itu hak milik peribadi keluarga Hardin. Dia yakin, tidak ada sesiapa yang bakal temui teman Fiona disana.
Hardin bersandar tenang di kerusi kebesarannya.
Persiapan pernikahan mereka hanya tinggal 20% lagi sebelum majlis berlangsung satu minggu dari sekarang.
Tampak wajah kemenangan terukir di senyuman Hardin. Dia menang dari Drake dan dia juga menang dari Taylor, kekasih Fea. Bukan, mantan kekasih Fea.
Hardin ketawa besar. Tidak lama lagi, Fea bakal menjadi hak miliknya seorang.
Tok! Tok!
"Masuk"
Pintu terbuka dan derapan sepatu semakin mendekat.
Dia langsung tidak mengangkat wajahnya kerana dia mengira, yang datang itu hanyalah secretarynya, We-zu. Wanita berbangsa cina, berasal dari Yihe dan menetap di Wuhan sebelum berpindah ke United Kingdom.
"Apa jadual saya untuk hari ni?" soalnya garau. Matanya masih leka dengan tumpukkan fail yang harus disemak satu persatu.
"Ikut saya ke balai untuk beri keterangan" suara lelaki yang berdiri tegak dihadapannya.
Hardin pantas mendongak.
'Damn!' gerutunya geram. Dia lantas bangun dari kerusi, mahu mengelak dari lelaki dihadapannya lalu berniat mahu melarikan diri.
"Hardin!" langkah lelaki itu mati disaat dia melihat ada tiga susuk lelaki di luar pintu pejabatnya. Dia sangat kenal dengan salah seorang dari mereka, Taylor.
Belum sempat kagetnya hilang, muncul susuk tubuh wanita yang sangat dikenali dan disayanginya sejak kecil.
"Mama" wanita itu menghampirinya dengan wajah tegang. Belum sempat Hardin berkata-kata,
'pangggggg!!!!!' satu tamparan kuat hinggap di pipi kanannya.
Suasana seketika menjadi hening.
Hardin menyentuh wajahnya yang terasa pijar. Hujung bibirnya mengeluarkan darah merah yang pekat.
Dia menatap wajah wanita yang sekarang berdiri tepat dihadapannya.
"Tergamak kamu lakukan semua ni. Mana pergi hati nurani kamu selama ni!? Mama kesal dengan kamu."
Mata Hardin berkaca. Dia sama sekali tidak berniat begitu, hanya.. keadaan yang mendesak dia lakukan semua itu.
"Ma.. Har tak ada niat nak lukai sesiapa. Tapi..percayalah, Har memang cintakan Fea dan mahu menikah dengannya." luah Hardin sesungguhnya.
"Menikah? Habis, siapa lelaki tu? Dan siapa pula lelaki ni?" Madam Shue menunding ke arah Taylor sebelum beralih ke arah Drake.
Hardin hanya memandang kosong ke arah Taylor dan Drake.
"Mama sudah tahu semuanya. Mama tak sangka, kamu begitu terdesak untuk dapatkan Fea sehinggakan kamu sanggup mencelakai kekasihnya malah tergamak kamu menculik Fiona."
Hardin memasang wajah terkejut.
Dia tidak menyangka, mamanya sudah tahu semua isi ceritanya.
Hardin tersengih. Hal ini bagus juga jika diketahui orang tuanya. Lagi mudah untuknya meneruskan perencanaan yang dia buat selama ini tanpa berselindung.
Hardin ketawa sambil bola matanya memerah menahan tangis.
"Cakap dengan mama, dimana kamu sembunyikan Fiona!?" desak Madam Shue sambil menggoncang tubuh anak lelakinya.
"Nampaknya, mama lebih berpihak kepada mereka dari anak kandungmu sendiri." suaranya kesal.
"Mama hanya akan berpihak jika orang itu benar." pintas Madam Shue pantas.
Hardin terdiam.
Derapan sepatu mendekat lalu menjengah masuk ke ruangan pejabat milik Hardin.
Pandangan lelaki itu serta merta menjadi lembut bak bulu saat melihat penampilan wanita yang begitu dicintainya berada dihadapan matanya saat ini.
"Sayang.. sini. Sayang tentu datang semata-mata mahu berpihak kepada ku, ya kan?" suaranya senang.
Dia berhenti tepat dihadapan Hardin sebelum mengangguk perlahan.
Tindakkan Fea sudah tentu membuat semua yang ada disana terkejut.
"Mari, bawa ku jumpa Fiona." suaranya lembut seraya meraih pergelangan tangan Hardin,
"Boleh ketepi sedikit" suara Fea kepada Taylor yang berdiri dimuka pintu dengan tatapan galaknya.
Taylor kelu. Seperti terpukau, dia segera menurutnya.
Hardin sendiri kagum dengan kekasihnya itu. Dia tersenyum megah kerana wanita itu datang semata-mata mahu menyelamatkanya.
*
5 jam sebelum,
Samuel telah berjaya temui lokasi rumah keluarga Hardin dengan bantuan pihak polis disana.
Saat mereka tiba, Hardin sudah ke pejabat.
"Ada apa kedatangan kamu semua kesini?" soal Madam Shue hairan.
"Benarkah ini rumah keluarga besar Hardin?"
Madam Shue sedikit hairan dengan pertanyaan lelaki dihadapannya.
"Boleh saya tahu, encik semua ni siapa?"
"Kami polis" jawab Samuel ringkas.
"A..ada apa ni encik? Ada sesuatu yang terjadi pada suami dan anak saya ke?" Madam Shue mula resah.
"Ia mengenai anak Puan. Err, sebelum tu, boleh kami masuk?" soalnya.
"Oh, silakan" pelawa Madam Shue ramah.
Kesemua mereka masuk lalu duduk di ruangan tengah.
Samuel mengeluarkan sekeping gambar lalu dihulurkan ke arah Madam Shue.
"Puan pernah lihat dua wanita seperti dalam gambar ini?"
Dahi Madam Shue berkerut sebelum dia mencapai lalu melihatnya.
Dia nampak seperti berfikir sebelum kembali menatap ke arah Samuel dan beberapa orang lelaki dihadapannya.
Mengetahui status Samuel, Madam Shue tidak meragui atau menyangkal apa-apa sekalipun.
"Julia" panggilnya dengan suara yang sedikit tinggi.
Beberapa saat kemudian, muncul seorang wanita dari arah belakang menghampiri Madam Shue.
"Madam" ujarnya sambil menunduk tanda hormat.
Madam Shue bangun, melangkah ke arah Julia lalu mendekatkan bibirnya ke telinga wanita itu.
"Baik Madam" ujarnya patuh.
Madam Shue duduk kembali ditempatnya.
"Apa tujuan encik semua kesini, apa yang berlaku pada anak saya? Adakah dia melakukan kesalahan?"
"Sebenarnya.."
"Abang Drake!" Panggil Fea lantang seraya berlari ke arah mereka diruangan tengah.
"Fea" Drake berdiri diikuti Taylor.
Fea berlari lalu memeluk tubuh lelaki itu erat.
Drake,
"..." dia sebal ditempat bila adiknya lebih memilih Taylor darinya.
"Awak tak apa-apa?" suara Taylor lembut. Pelukkan lerai beberapa ketika. Dia meraup wajah Fea dengan penuh kasih sayang.
"Erm, saya tak apa-apa. Tapi Fiona..." wajah Fea kelihatan kesal.
Taylor kembali menarik tubuh Fea kedalam pelukkannya.
"Tak mengapa, saya yakin, Fiona pasti selamat." pujuknya lembut.
"Saya rindukan awak" bisik Taylor ke telinga Fea.
"Saya juga rindukan awak" balas Fea senang.
"Ehem! Ehem! Ehem!" Drake berdehem kuat.
Pelukkan keduanya terlepas.
Fea menoleh kearah Drake lalu mendapatkan tubuh lelaki itu, dipeluknya erat.
"Abang Drake, i miss you" luah Fea sebak. Dia berasa lega kerana dirinya berjaya dijumpai oleh Drake dan Taylor.
"Bagaimana dengan papa?" Fea menatap wajah tampan Drake lembut. Dia rindukan Rey.
"Papa baik-baik saja. Nanti, aku akan maklumkan pada papa, yang kamu selamat."
Fea mengangguk sambil tersenyum.
"Oh, mama.." Fea menghampiri Madam Shue. Kedua tangan wanita itu digenggamnya erat.
Dia sedar, Madam Shue tidak tahu menahu tentang hal ini. Wanita ini tidak bersalah. Dia cuma dikelabui oleh tindakkan anaknya sahaja.
"Mama.." ujarnya sambil tersenyum, menatap lembut ke wajah Madam Shue.
"Bolehkan kalau Fea terus panggil mama, mama?" suaranya perlahan.
"Boleh sayang" Dia sendiri tidak memiliki anak gadis. Sudah tentu dia senang bila Fea terus memanggilnya dengan panggilan mama.
"Fea nak kenalkan pada mama, ini abang kandung Fea, Drake dan ini kekasih Fea, Taylor "
Madam Shue menatap Drake sambil tersenyum mesra.
"Puan" sapa Drake ramah.
Wanita itu sekadar mengangguk.
Matanya kemudian teralih pada susuk tubuh seorang lelaki yang kemas dengan kemeja putih dan berseluar slack hitam. Raut wajahnya bukan dari keturunan orang inggeris. Mungkin keluarganya dari bangsa Altaik yang berasal dari Jepun. Namun, raut wajahnya sangat tampan dan dirinya terlihat matang dan berkarisma.
Raut wajahnya tidak kelihatan senang sama sekali.
"Apa kamu cakapkan tadi Fea, kekasih kamu? Jadi, bagaimana dengan anak mama? Kamu berdua akan menikah hujung minggu nanti." suaranya kurang senang.
Drake dan Taylor berpandangan. Ternyata, apa yang mereka fikirkan terjadi benaran.
"Mama duduk dulu, biar Fea jelaskan satu persatu." pujuk Fea lembut.
Fea, Drake, Taylor, Samuel dan Andrew menceritakan hal yang telah berlaku dan bagaimana dengan penglibatan Hardin dalam hal ini.
Mereka menceritakan dari awal Hardin mengupah Ed dan Frank untuk menculik Fea dan juga Fiona. Sehinggalah sekarang, mereka diculik buat kali keduanya. Oleh kerana plan yang pertama dan kedua gagal, anaknya itu sudah tidak boleh mengharapkan sesiapa lagi selain dia sendiri yang turun padang.
Madam Shue menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak percaya, anaknya begitu sanggup membuat tindakkan sebodoh ini.
Dan dari situ, mereka mula merencanakan sesuatu....
Bersambung..
Adakah Hardin akan termakan dengan hasutan Fea? Berjayakah plan Fea untuk selamatkan Fiona?
Share this novel