Bab 81

Romance Series 39793

Semasa tania mengemas baju, tania ternampak anak seluar talhah yang bercorak harimau. Tergelak dibuatnya, talhah yang baru sahaja keluar dari bilik air hairan kenapa isterinya ketawa sampai terbahak-bahak?

"Biy cantik kan?" usik tania dalam sisa tawanya lagi

Terus talhah merampasnya dan menyimpannya terus didalam beg

"Lawak ke? elehh" kata talhah untuk menutup malunya

"Hahahahahahahaha biy, malu eh? muka dah merah sampai ke telinga tu?"

"Ma...mana ada, ishh sayang ni"

"Tapi comel la dia harimau. Tu anak harimau ke bapak harimau?"

"Sayang nak ke?".

"Tak nak, sebab besar. Muat jadi helmet je" usik tania lagi

"Nak ke?"

"Taknaklah" jerit tania apabila talhah sudah ingin meletakkan boxer itu ke mukanya

"Tahu taknak, tapi mengusik orang tu nak"

"Biasalah.......... Eeeee dah la biy, sayang nak kemas ni. Ke biy nak kemaskan?"

Tiba-tiba talhah ternampak sesuatu yang boleh dibalas kembali kepada tania tentang usikkannya tadi "Apa merah ni?"

"Apa-apa?"

"Ni" talhah mengangkat dan menunjukkan kepada isterinya

"Ishhh biy, tu sayang punya lah" terus tania meragutnya daripada tangan talhah dan menyimpannya didalam beg

"Eh masa dia usik kita, kita tak marah pun. Tapi bila kita usik dia, tahu pun dia marah"

"Ishhh dah la, biy keluar malas nak layan biy"

"Takpe malam ni biy mintak jugak"

"Taknak, biy layan diri sendiri je lah nanti"

"Why? sayang datang bulan ke?"

"Haah" kelentong tania

"Seriouslah!?" tanya talhah melompat keatas katil sehingga bergegar

"Iye lah, kenapa nak tipu pulak?"

"Sayang, please janganlah main-main. Okay-okay i'm sorry about that. But please sayang..........."

Tania mengangkat bahunya, talhah terus keluar ke bilik dengan muka masam mencuka manakala tania didalam bilik terus tergelak sakan kerana dapat mengenakan suaminya itu

Setelah selesai mengemas, tania pun turun ke bawah untuk memanggil suaminya mengangkat beg tersebut

"Biy, dah siap"

Talhah pun pergi untuk mengambilnya dan terus meletaknya didalam bonet kereta

"Mama papa tania pergi dulu eh, terima kasih untuk semua"

"Sama-sama. Tapi ingat kalau jadi apa-apa just calling mama atau papa. InsyaAllah kalau boleh kami bantu. Kami akan bantu"

"Baiklah mama papa janganlah risau, insyaAllah kami boleh jaga diri. Kami mintak diri dulu ye papa"

"Hemm baiklah, tapi ingat tania. Dengar kata suami tu, syurga tania bawah tapak kaki dia. Tania tertinggikan suara atau melawan berdosa. Ingat ni" pesan mamanya pula

"Baiklah mama tania ingatlah" tania terus menuju ke kereta setelah menyalami ahli keluarganya. Talhah pula yang menyalami mereka

"Hati-hati talhah ingat pesan papa semalam"

"Baiklah papa, terima kasih papa mama, abang hud. Kami gerak dulu ya, assalamualaikum"

"Ye baiklah, waalaikumsalam. Hati-hati memandu"

"Baik"

Mereka pun menuju ke kereta dan memulakan perjalanan. Di dalam kereta tania dan talhah hanya diam sahaja. Tania melihat riak wajah talhah seperti merajuk je. Aiii tak kan merajuk sebab tadi kott? aku gurau je

"Biy" panggil tania

"Mmm" jawab talhah acuh tak acuh

"Biy marah ke?"

"Entah"

"Biy merajuk ke?" talhah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu

"Biy, sorry lah. Pasal harimau tu, sayang bergurau je"

"Biy, sorry eh?" kata tania sambil membuat sorry

Talhah hanya diam, dia nak beku sikit. Biar tania memujuknya lebih kali ni

"Biyyyy" panggil tania sambil mencocok lengan talhah

"Ouh, tak jalan eh? takpe-takpe aku kasi jalan nanti" kata tania dalam hati

"Biy" panggil tania meleret sambil meraba paha suaminya

Terus kejung talhah disitu, nasib baik keretanya auto guna kaki kanan. Kalau guna kaki kiri? habis cerita

"Biyyy" panggil tania sambil tangannya diatas peha talhah. Sengaja ingin menguji

Talhah masih diam, tapi dalam hati kembang bunga setaman siap ada rama-rama lagi. Dia suka pujukkan sebegitu. Talhah mengawal mukanya untuk tidak tersenyum dengan pujukan tania

"Biy, you sayangkan i kann?" talhah diam

"Ouhh, takpe-takpe. Dia main diam, takpe aku diam jugak sampai ke malam. Jangan cakap jangan apa" kata tania dalam hati

Semasa dalam perjalanan mereka diam sehingga tiba ke rumahnya, talhah mengangkat begnya menuju ke biliknya

"Ni bilik kita" kata talhah

"Eh itu je yang dia cakap" kata tania sendirian lalu masuk ke dalam bilik talhah

"Boleh tahan besar jugak eh bilik dia, besar sikit daripada bilik aku" kutuk tania

"Aiii, shut mulut ni" kata tania sambil menampar mulutnya

Tania mengemaskan pakaiannya masuk ke dalam almari, mengemas alat soleknya disusun rapi diatas meja solek

"Hemmm bosanlah meja solek dia, ada jam dengan perfume je? betul-betul lelaki. Baik aku penuhkan" tania terus menyusun semua barang solekannya diatas meja itu

Setelah siap menyusunkan semua barangnya, tania turun ke bawah semula untuk melihat barang yang boleh dimasak. Dia membuka peti, dilihat penuh dengan barang basah

"Aikkk, tu peti ais. Tak kan kan la ni peti ais jugak?" tanya tania lalu membukanya, terkejut tania melihat peti ais ini juga dipenuhi dengan barang kering

"Mak aii duduk sorang, peti ais dua. Kaya kaya kaya, kaya laki aku ni"

"Nak masak apa eh? ke nak mandi dulu? tapi macam awal sangat. Masak dululah"

Tania pun memakai apron, dan mula memasak. Talhah yang berada diruang tamu hanya memerhati gerak-geri isterinya itu

"Apa bendalah yang bini aku nak masak tu? siap suka-suka bagai"

Tania menyiapkan makanan untuk makan tengah hari. Setelah siap, tania terus naik biliknya semula untuk mandi. Panaslah dikatakan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience