Rate

HFM 68 | | Orang mencubit, kita menampar

Romance Series 110280

Pintu kereta terbuka sebelum Zane keluar dari seat belakang. Pada masa dia berdiri di laluan pintu masuk utama, beberapa orang pengawal menunggu ketibaan dia di situ. Dengan tangan di dalam poket seluar, Zane mengatur langkah tanpa memberi perhatian kepada mana-mana mereka di situ. Lalu muncul Kyren di belakangnya.

Masing-masing dengan reaksi dingin tanpa emosi di wajah. Zane memandang bosan ke depan. Kyren dengan riak serius.


"Selamat pulang tuan." sambut butler di depan pintu dengan tundukkan hormat pada Zane.

Bersama jelingan berlagaknya, Zane lirik akan kepala lelaki berambut hitam sedikit beruban di depannya.


"Lama tak berjumpa Robert."sapa Zane mendatar

Apabila lelaki itu kembali tegak, dia memberi anggukan kecil. Lantas dia membuka pintu untuk Zane. Hanya lelaki itu sahaja yang masuk ke dalam. Sementara Kyren berdiri di luar.

Perkara pertama yang menyambut Zane dalam bilik itu, kelibat Tuan Hayes serta mama tiri Zane di kerusi situ. Pasangan tersebut sedang berbual sesama mereka sebelum menyedari kehadiran Zane.


Tanpa menunggu dirinya dipelawa, Zane terus menghenyak punggung di sofa tiga seat menghadap pasangan suami isteri itu. Sambil berkata dia menyilang kaki. "Ada hal apa ni?"soalnya serta merta tanpa berbasa basi hendak meramah mesra.


Tuan Hayes menjeling tepat ke arah Zane. Seperti biasa, Zane dan lagat berlagaknya itu. Sikit pun tidak tunjuk rasa hormat pada orang tua sendiri." Took you long enough to come here."


"Something comes up."balas Zane acuh tak acuh sambil membetulkan duduknya di sofa itu.


"Maaf kalau mama dan ayah ganggu kamu."senyum mamanya dengan senyuman serba salah.

Tuan Hayes mengetik rahang bila dengar isterinya minta maaf pada anak tak sedar diri depannya ini. Entah apa yang nak diminta maaf pun dia tak tahu. Lembut sangat isterinya pada Zane. Sebab itu la budak tak guna ni besar kepala dan kurang ajar pada mereka. Tangan yang berehat atas arm rest sudah digenggam lepas kerana tidak sabar.


"Ayah dengar kamu dan Astrid sudah rasmi bercerai. Datuk kamu tahu tentang hal ni?"mula Tuan Hayes.


Zane menarik sengih mengejek."Dia tahu atau tidak, bukan masalah orang tua tu untuk fikirkan. Kenapa? Astrid mengadu pada ayah untuk pujuk saya ke?"


"Bukan begitu Zane, kami cuma nak tahu apa yang jadi punca kamu berdua bercerai..." kata mamanya dengan cermat. "Tapi nak bagaimana lagi. Benda dah berlaku kan?"

Lantas Zane mengerling tepat ke raut wajah tua ayahnya dengan benci. Jangan cakap dekat dia tujuan ayahnya panggil dia ke sini kerana ingin masuk campur dalam hubungannya dengan Dihya?


"So what? Nak saya katakan apa lagi. Kalau dah tahu saya dengan Astrid bercerai, ayah nak buat apa?"


"Ayah dengar semua ni kerana perempuan simpanan kamu. Serendah itu citarasa kamu? Perempuan yang entah dari mana datangnya tu?"ejek Tuan Hayes. "Please Zane, you can do better than that... Kamu sedar tindakan kamu ni hanya akan jejaskan peluang kamu sebagai next successor?"

Zane berdengus sebelum tertawa kecil.


"Dengar, ayah taknak buang masa lagi dengan hal tak penting. Jadi baik kita terus ke topik utama. Khabar angin mengenai penceraian kamu dan Astrid kerana seorang Mistress dah tersebar di seluruh company. Basically imej kamu dah terjejas gara-garanya."ujar Tuan Hayes.


"This not my first time as my image tarnish by gossip. So what your point here?"Zane melirik ke tepi apabila perasan ada orang sedang datang mendekat.

Robert menghampiri mereka dengan satu dulang berisi minuman dan snek. Butler itu kemudiannya menghidangkan satu persatu minuman di hadapan mereka sebelum berundur keluar tidak lama kemudian.


"Bukan begitu Zane. Ayah kamu cuma nak tahu di mana datuk kamu? Berapa lama kamu perlu sembunyikan datuk kamu darinya?"sampuk mama tiri Zane tidak semena." Kamu tahu sejak datuk kamu admit ke dalam hospital. Ayah kamu tak dapat menjenguk beliau sekalipun..."


" You will meet him when the times comes. Why bother visiting him when he doesn't even want to be disturb?" jawab Zane.

Mengerenyet mata kiri Tuan Hayes akibat terlalu kejengkelan dengan jawapan itu. Dia tahu Zane simpan ayahnya kerana ingin dapatkan perhatian dan favor dari orang tua tu! Dari dulu lagi Zane tahu bahawa ayahnya akan memihak pada Zane. Jadi jelas-jelas peluang untuk dia menjadi pewaris tiada sama sekali!

Pada masa itu mama tiri Zane mencapai cangkir berisi teh hangat dari meja. Dia tiup perlahan-lahan hendak menyejukkannya sedikit.


"Saya takkan ulangi kesilapan yang sama dengan membiarkan ayah menemui Tuan Samsoong begitu saja. I know how twisted your mind are, so till it's official, I will never let you get near of him."Zane memerhatikan mamanya menyisip sedikit demi sedikit minuman yang telah dihidangkan tadi.


" Apa kamu kata?"


" Ya. Ayah tak salah dengar. Cukup sekali ayah bunuh datuk saya, bukan untuk kali kedua. Dan memandangkan ayah yang memulakan semua ni dari awal, tak salahkan kalau saya jugak membalasnya?"Zane tersenyum puas. "Saya hanya lakukan perkara yang sama macam mana ayah cuba buat pada saya. Sakit tak bila sesuatu yang kita sukai dirampas dari kita secara paksa?"

Tiba-tiba bunyi kaca pecah kedengaran lalu diikuti dengan suara orang terbatuk-batuk. Hal itu membuatkan Tuan Hayes pantas berpaling ke sisi apabila isterinya tumbang jatuh ke lantai dalam keadaan mulut berbuih busa putih. Badan itu tersentak-sentak seakan diserang sawan.


"Sayang!"Tuan Hayes bangun lalu tunduk mendapatkan isterinya dalam keadaan cemas.

Sementara Zane dengan tenang mencapai cangkir minumannya lalu menyisip sedikit teh hangat itu. Riaknya juga bersahaja dan selamba memerhatikan kekecohan di depan dia. Ya. Dia cuba meracuni mama tiri sendiri. Kejam, tapi hanya cara ini saja dapat berikan pengajaran pada ayahnya.


"Ap-apa semua ni Zane?" Pandang Tuan Hayes dengan mata terbuntang bulat tidak percaya. Wajahnya berona pucat. "Kamu dah hilang akal ke!"


"Hahaha.... Doesn't it looks the same?"Zane meletakkan cangkir ke meja lalu berdiri. Dia menyeluk tangan ke dalam poket sambil memandang Tuan Hayes di lantai memangku tubuh isterinya yang kaku."Bezanya ialah dadah itu sedikit berbeza dari dadah yang Astrid gunakan untuk cuba membunuh partner saya hari tu..."

Tuan Hayes terus menahan nafas terkejut dengan kuat. Dia pandang riak tenang di wajah Zane dengan terror.


"Apa yang kamu-"

Saat ini beberapa orang pengawal meluru masuk ke dalam. Mereka bergegas mendapat mama tiri Zane di atas lantai untuk memeriksa keadaan wanita tersebut.


"You must have forgotten. I hate to admit it, but you and I, we are not that different. We are both pieces of sh**. The apple doesn't fall far from the tree after all. Kalau ayah beria nak merampas apa yang milik saya dan mencabar saya bagi hak pewarisan, saya sarankan ayah untuk berfikir dua kali sebelum lakukan apa-apa. Sebab ini baru amaran. Mungkin next time tak akan ada lagi. Ayah mesti taknak berita keluar tentang kematian ahli keluarga Samsoong bukan?." tambah Zane lagi.

Menggeletar hebat seluruh badan Tuan Samsoong dibuatnya. Lelaki itu kejung memandang Zane tanpa berkedip. Dia hilang kata-kata dengan Ugutan itu.


"Dasar anak tak-"Tuan Hayes begitu tidak terkata dengan tindakan Zane. Selama ini Zane tidak pernah sekali cuma melawan apalagi melakukan hal seperti ini tidak kira la apa yang dia lakukan pada Zane. Tak pernah Zane membalasnya semula. Tapi kenapa kali ini berbeza pula? Apa yang membuatkan Zane berubah fikiran!?


"Oh sebelum terlupa, kalau ayah cuba lakukan apa-apa, saya akan serahkan kesemua lejar serta bukti embezzlement yang ayah buat secara diam-diam di belakang Tuan Samsoong selama 10 tahun ni pada pihak berkuasa dan media. Jadi kalau ayah nak kekal hidup tenang di samping isteri tersayang ayah, saya nak ayah letak jawatan dari lembaga pengarah syarikat serta merta. Yalah, dah berusia ni selayaknya ayah pencen sahaja. Dan duduk diam, jadi suami, ayah dan anak yang baik buat keluarganya. Pilihan di tangan ayah. Duduk di rumah agam mewah ini atau dalam penjara seumur hidup ayah."ujar Zane sebelum berpusing membelakangkan Tuan Hayes untuk keluar dari situ.


"Kamu! Kamu lakukan semua ni untuk apa? Kenapa baru sekarang? Kenapa kamu taknak beritahu hal sebenar pada presiden mengenai apa yang ayah lakukan selama ini? Adakah kamu kasihan pada ayah?"Tuan Hayes bangun dari situ.

Keadaan ruangan tersebut mula sibuk apabila butler dan pengawal keselamatan sedaya upaya hendak memastikan isteri tuan mereka selamat. Ada yang hubungi ambulans. Ada yang bergegas hendak dapatkan sesuatu.

Zane menoleh semula ke Tuan Hayes. Raut wajah marah dan pucat bercampur baur itu dia tatap. Yang mana sedikit pun tidak buatkan dia terkutik.


"Sympathy or not, it's doesn't matter but I have to admit that I was a little soft. If I was in your shoes, I would probably have done the same thing. But you went too far this time. If you want to have a mud fight with me like the piece of sh** that you are, then the two of us can play this game."

Menyeringai benci Tuan Hayes dibuatnya. Dia begitu marah hingga tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Giginya saling bergelatukkan akibat terkejut dan berang. Jadi ini bermakna Zane sudah mengetahui segalanya tentang kerja kotor dia?


"Ingat pesan saya tadi. Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Ayah." pamit Zane sebelum melangkah keluar dari ruangan itu.

Dan hanya didengari adalah jeritan marah Tuan Hayes yang sayup kedengaran dari luar.

Zane dengar. Namun dia tidak menoleh. Sebab dia sendiri dalam keadaan menggeletar kerana kata-katanya tadi. Siapa sangka, akhirnya terluah juga apa yang disimpan selama ni.

Selama ini Zane tiada keberanian hendak menentang ayahnya. Jadi ini adalah kali pertama buat dia lakukan hal seperti ini. Lagipun bukan salah dia. Kalau ayah dia tak cuba hasut Astrid, Dihya takkan disakiti. Dia hanya lakukan apa yang dia patut untuk balas semula, yalah kalau orang mencubit. Kita menampar. Baru adil.


Kyren di belakang Zane memandang kepala itu dengan renungan dingin sewaktu mengekori langkahnya keluar dari kediaman tersebut. Sedikit demi sedikit penghalang kehidupan telah Zane hapuskan. Sepertinya tuannya ini benar-benar nekad hendak mengubah takdir dan tidak ingin lagi hidup di bawah bayangan mereka yang mengawal dirinya itu. "Ke mana tuan hendak pergi selepas ni?"


Zane menarik longgar neck tie Dari kolar Semasa berkata. "Balik. Dihya tunggu untuk makan malam dengan aku."jawabnya.


"Baik tuan."angguk Kyren.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience