Dengan ketinggian 122 meter, tebing ni memisahkan Elimina Army dengan Imperial zehirian Army dan merupakan halangan terakhir untuk menyerang Istana Kesuma di hujung selatan pulau ini.
"3rd marine division bersiap untuk berundur. 4th, 5th division dan Order of Martyred Ladies akan menggantikan posisi mereka sebaik saja semua persiapan selesai."
Mejar Adzwan hadir melawat situasi di luar kawasan tanjung;
"Artillery support?"
"Navy arahkan taming strike force untuk tolong operasi kita.
"Sebabnya industrious strike group kena escort bimasakti fleet ke el-mine."
Jawab Kolonel Amir.
Dua hari kemudian, matahari terbit dan perang bermula. Mejar Adzwan kekal di sana untuk pantau keadaan.
Bunyi letupan dan tembakan kedengaran datang dari bahagian atas tanjung. Semua anggota Order of Martyred Ladies melihat Skadi yang berada di sebelah Susanna.
Mejar Adzwan datang kepada Skadi dan bercekak pinggang;
"Sarjan! Sepatutnya kompeni awak dah naik atas sana 10 minit lepas! Apa masalahnya ni?!"
"Kamu menunggu, tuan."
Skadi kekal tenang.
"Tunggu apa?!"
"Tunggu pvt.susanna habiskan doa-nya untuk kami, tuan."
"Siapa pula susanna ni?!"
Pvt.Iszran melihat Susanna, kemudian memberi isyarat angguk kepada Skadi.
Skadi angguk semula;
"Mari gerak."
Setiap anggota melangkah ke tali untuk memanjat. Iszran yang pertama sampai di atas dan peluru sesat menyambut ketibaannya.
Tiada masa untuk bangun, dia terus bertiarap dan merangkak ke parit terdekat. Lautan mayat kena dilalinya sebelum jatuh ke dalam kawah yang sedikit berair.
"Hei! Mari!"
Ada askar Zehir menghulurkan tangan kepadanya.
Iszran menyambut pertolongan itu dan memanjat keluar kemudian ditarik masuk ke parit.
Skadi, Susanna dan yang lain tiba tanpa cacat cela;
"Sitrep!"
"Belah utara masih dipegang elimina! Rampas dan kita berjaya bentuk defensive line!"
4th Com.Sergeant melaporkan.
Skadi mengangkat submachine gun;
"Dengar?!
"Gerak gerak!"
Iszran memijak batang kayu dan seluruh medan perang berada pada paras matanya.
Susanna menjalankan rawatan kecemasan kepada askar cedera di belakangnya.
"Grenade!!!"
Sebiji bom mendarat depan parit dan semua askar tunduk bagi mengelakkan terkena serpihan.
Iszran menembak jatuh askar musuh yang keluar dari parit di seberang sana.
"Elimina gloria!!!"
Sejumlah besar askar-askar Elimina melakukan serangan berani mati kearah mereka.
Tepat pada masanya, ada unit dari 4th Company siap memasang MG dan melepaskan hujan peluru untuk mempertahankan barisan.
"Fix bayonet!!!"
Skadi berteriak dan menikam dada askar musuh di depannya.
Iszran berada dalam posisi guard sebelum membuat serangan.
"Waarrggh!"
Askar Elimina melompat dan disambut dengan tujahan bayonet.
"Ahhh!"
Susanna jatuh, botol-botol ubat bersepah atas tanah.
Askar Elimina mengangkat pisau cuba mengambil peluang mahu membunuh mangsa-nya.
Iszran datang dari belakang, menikam leher askar itu dan tolak mayat-nya ke tepi menggunakan kaki.
Susanna mengemas beg, balik mengurus askar cedera.
"Air force! 6 o'clock!"
Seorang askar Zehir menjerit.
Pesawat tempur P-51 mengugur bom dan melepaskan roket ke parit musuh.
Iszran menarik askar cedera ke belakang dan meletakkannya di sebelah Susanna.
"Men! Charge!"
4th Com.Sergeant memimpin serangan balas.
"For the emperor!!!"
Ratusan askar-askar Zehir keluar dari parit dan mengejutkan pasukan musuh yang mula lemah.
Iszran naik ke atas, melutut dan menyelamatkan askar cedera di depannya.
Susanna menunding jari;
"Dia juga."
Iszran melihat kearah yang ditunjuk;
"Elimina? Itu mungkin satu perangkap. Kau yakinkah?"
Susanna angguk kepala. Maka Iszran mendapatkan askar Elimina tersebut yang sudah kehilangan sebelah kakinya.
Skadi berlari naik;
"Charge!"
185 orang mengikutnya mara ke seberang.
Ada tangan menarik Iszran, seorang askar Elimina merayu-rayu untuk tidak dibunuh.
"Rejoice. You're granted of the almighty's mercy."
Susanna berbisik di telinga askar itu dan meneruskan rawatan keatasnya.
Iszran mengisi peluru;
"Jangan angkat kepala. Ada sniper dekat batang pokok atas sana.
"Pokok tu memang dah tiada dahan tapi itu sebenarnya replika saja..."
Kemudian berdiri sedikit dan melepaskan tembakan beberapa kali kearah tenggara.
Tanah berdentum. Asap tebal memenuhi ruang udara. Langit mula gelap dan hujan turun lebat sejak petang.
"Macamana kau tau?!"
Askar di tepi menanya.
"Masa dekat papillon dulu ada banyak! Aku pernah kena, tuah ada dengan aku waktu tu!"
Iszran bangun, mengintai suasana di atas.
Kompeni lain tiba dari belah selatan;
"Backup sampai! Mana kompeni empat?!"
"Sana! Sebarang sana!"
Tunjuk Iszran.
Kompeni bantuan terus naik ke atas dan menyeberang. Susanna selesai dengan kerjanya.
Iszran terjatuh atas lumpur dan mukanya kotor. Tiba-tiba ada tangan menariknya bangun.
"Jom. For the emperor."
Izuwan senyum dan menghulur kain kepadanya.
Iszran mengelap muka, berasa gembira;
"Jom."
6th Company datang beramai-ramai, penuh bersemangat dan Hasril ada bersama mereka;
"Gerak! Gerak!"
Setiap anggota kompeni naik ke atas, memijak tanah dan teriak sekuat hati;
"Fur den kaiser!!!"
Menuju ke parit yang masih dalam tangan musuh.
"Zehiri!"
Kelam-kabut askar-askar Elimina yang berada dalam kesempitan mengambil posisi untuk pertahankan parit mereka.
Iszran kekal dengan tugasnya untuk menjaga Susanna dan meletak askar yang sudah dirawat di tepi terowong yang dijadikan hospis sementara.
"Senyap."
Iszran menutup mulut askar yang sedang dirawat dan merenung jauh dalam terowong;
*Kachak*
Dia melepaskan beberapa das tembakan, cahaya berkelip terang beberapa kali dan menampakkan kelibat askar-askar Elimina yang cuba menyerang mereka dari belakang.
"Granate!"
Iszran menarik pin dan membaling bom ke tempat musuh;
"Jaga-jaga!"
Iszran berkata kepada Susanna.
Bom meletup dan meruntuhkan siling terowong di depan, menjadi penghalang kepada musuh menyelinap ke tempat mereka.
*Tukar kelopak*
"Hahaha."
Iszran senyum sinis sebelum memandang Susanna.
"Ke-kenapa kau gembira?"
Susanna sedikit ketakutan.
Untuk larikan diri sekejap dari tekanan."
Iszran menghidupkan lampu minyak tanah untuk pengcahayaan.
"Medic! Medic!"
Batch baru askar cedera tiba dengan pelbagai jenis kecederaan.
Share this novel