BAB 42:Orang Dari Galaksi.
HARUN sedang bersembang dengan Ghani di bilik opis pengarah urusan syarikat terbabit. Dia begitu ghairah bercerita tentang segala misteri yang berjaya di bongkarnya berpandukan klu dan petunjuk dari novel tulisan Mariah Hanif. Ini termasuklah perihal berkaitan kristal menara jam loteng Sri Purnama dan ancaman yang di terima dari orang misteri.
''Hah..aku ada terlalu banyak poin untuk penulisan jurnal artikel untuk isu-isu keluaran BONGKAR yang seterusnya Ghani. Aku percaya masih ada lagi klu dan misteri lain yang di sampaikan oleh Mariah Hanif yang mana aku belum berkesempatan nak baca habis dari novel Kabus Hitam"
"Hm..tak apa Run. Engkau keep in view dulu semua bahan yang kau ada. Kita bagi laluan pada pembongkaran misteri subjek inkubasi dari wartawan lain dulu"kata Ghani.
"Hm ok jugak cadangan kau tu. Aku pun memerlukan masa untuk teliti balik kronologi pembongkaran misteri ni"
______________
YANA kelihatan agak sibuk menghadap komputer ofis dalam mengelola satu segmen baru untuk akhbar tabloid BONGKAR sehingga belum berkesempatan untuk membuat tugasan luar.
Asywina telah berjaya membongkar misteri tentang Judiyanto,iaitu salah seorang subjek yang di temui telah di inkubasi seperti mana Mariah Hanif. Dia amat sibuk menaip dan menyiapkan artikel berkaitannya.
Sepertimana Yana,wartawan Haziq juga masih belum berkesempatan membuat tugasan membongkar misteri subjek inkubasi yang di tanganinya kerana beliau telah di tugaskan oleh syarikat penerbitan BONGKAR sebagai wakil dalam memberi tunjuk ajar serta taklimat di sebuah kursus pembangunan kewartawanan.
Wartawan Yeob Maon? Ya wartawan gemuk pendek, berambut panjang yang diikat seperti penggusti sumo dengan kemeja yang sendat namun segak itu di lihat sedang duduk di mejanya sambil memeriksa maklumat dari fail subjek inkubasi yang harus di siasat olehnya.
Kemudian gagang telefon pejabat di capai lalu dia pun menghubungi ke nombor telefon yang tertera pada data maklumat fail subjek.
"Uhuhuhu iya hello..itu kat mana haa?sekian"
Sambil bercakap di telefon,sebungkus keropok di capai dari dalam laci meja lalu di koyak paketnya. Lepas tu kedengaranlah bunyi keropok di kunyah krup..krap..krup..krap. Pipi tembam wartawan Yeob Maon bergoncang-goncang.
''Uhuhu sodip..sodip..sekian"
Krup..krap..krup..krap..
'Huu?!! uhuhu tidak..tidak..sodip tu bukan nama aku lah..uhuhu nama aku Yeob Maon..sodip yang aku maksudkan ialah keropok yang sedang aku kunyah ni..uhuhu iya sedap rasanya ya..sekian''
"Ohh gitu..maaflah Encik Sodip..eh silap pulak..maksud saya Encik Yeob. Err sini ialah kedai galeri komik. Kamu ni siapa sebenarnya? Dari mana?"kata suara di hujung talian.
"Huu?uhuhu kedai galeri komik ke haa?"terus senyuman terukir di wajah lebar wartawan Yeob.
"Ya..ya..''
''Huhuhu seronok..seronok..huhu iya macam tau-tau je aku juga adalah salah seorang peminat komik..uhuhu aku ni wartawan dari syarikat surat kabor tabloid misteri BONGKAR sekian"
"Wartawan ke? Kalau macam tu Encik Yeob datanglah ke galeri komik Abas''
"Huu?!"
Terbeliak mata wartawan gemuk itu bila nama Abas di sebut. Memang itulah nama subjek inkubasi yang sedang di siasatnya.
"Uhuhuhu iya baik..baik..aku akan datang ke galeri tu. Uhuhu iya cuma aku ada nak tanya sikitlah..apa kaitan Abas dengan galeri komik tu haa?sekian"
"Encik Abas adalah pengasas dan pemilik galeri komik ni. Beliau adalah kartunis berbakat besar yang juga adalah bapa saya"ujar suara itu di hujung talian.
______________
KEDAI galeri komik Abas letaknya di hujung deretan bangunan dekat ibu kota. Dari luar jendela kaca premis sudah dapat di lihat betapa banyaknya koleksi pelbagai komik samada tempatan atau luar negara di pamer dekat rak-rak untuk di jual.
Wartawan Yeob maon baru sahaja tiba di situ sekitar dua puluh minit yang lalu. Kereta perodua kenari hijaunya pun ada di parkir dekat petak parkir kenderaan di hadapan premis.
Naik rambu mata wartawan gemuk tu membelek baca pelbagai jenis komik yang tersedia di hadapan mata. Tersengih-sengih macam budak kecik masuk ke kedai jual candy.
"Huhuhu seronok..seronok..iya dah kenapa komik Pahlawan Besi ni best sangat haa? Uhuhu iya malah susah pulak nak cari kat kedai-kedai kebanyakkan..sekian"
Norman tersenyum. Pemuda itulah yang bercakap di dalam telefon dengan Yeob Maon tadi.
"Mungkin sebab sekarang ni bukan zaman komik fizikal di jual merata-lagi macam tahun 90'an dulu. Tapi Encik Yeob boleh dapatkan naskah Pahlawan Besi dari galeri komik Abas. Kami juga menyediakan katalog langganan buat pelanggan"kata Norman.
"Huhuhu bagus..bagus..iya dapatlah aku nak beli-beli komik lagi kat kedai ko nanti. Sekian"
"Sudah pasti'
Sempat di belinya senaskah dua komik yang di bacanya sebelum mereka duduk berbual tentang Abas,iaitu salah seorang subjek yang di temui telah di inkubasi dalam lab makmal pesawat piring terbang.
Norman nyata terkejut besar berikutan pendedahan yang dibuat oleh wartawan Yeob. Dia jarang membaca akhbar tabloid misteri seperti BONGKAR. Baru hari ini Norman di tunjukkan foto keadaan bapanya yang telah di inkubasi.
Tak tertahan dek sebak sehingga pemuda itu menangis mengenangkan nasib bapanya. Sampai terpaksa pulak wartawan Yeob menenangkannya.
Setelah perasaannya kembali tenang barulah Norman bercerita tentang kehilangan bapanya secara misteri. Hal itu berlaku sewaktu dia masih remaja.
"Beberapa hari sebelum ayah menghilangkan diri,dia berkelakuan sedikit aneh"
''Huu?! Aneh yang macam mana tu haa?sekian"
Dia seperti orang risau dan ketakutan. Bila ibu bertanya,dia kata dia ada mendengar suara misteri muncul di dalam minda. Pada mulanya ayah menyangkakan yang dirinya sudah gila.
Suara tu menyuruh ayah saya agar memusnahkan kesemua karya komiknya yang berjudul Orang Dari Galaksi"
"Huu?! Orang Dari Galaksi? Uhuhu macam best je nak baca.. mintak bior le ko bawa komik tu kemari..sekian"pinta wartawan Yeob yang sudah semakin berminat.
"Bapa saya dah bakar sebahagian besarnya. Sebahagian lagi di curi oleh penceroboh yang memecah masuk ke rumah kami pada malam kejadian ayah saya hilang''ujar Norman sedikit kesal.
"Tapi..."
"Huu?uhuhu tapi apa haa?sekian"
Pemuda anak lelaki kepada kartunis Abas itu pun bangun dan pergi ke stor galeri sebentar sebelum datang kembali bersama senaskah komik.
"Waktu kejadian berlaku..ayah tak tahu yang saya ada curi-curi ambil senaskah komik Orang Dari Galaksi dekat rak lukisan beliau. Inilah satu-satunya naskah yang terselamat"
Komik itu pun di belek oleh wartawan Yeob sebelum dia terbeliak biji mata apabila melihat watak utama cerita itu persis seperti orang misteri dengan mengenakan jubah jaket leather hitam metalik panjang hingga paras lutut,bersarung tangan,bertopi seperti koboi dan berwajah aneh.
"Huu?uhuhu naya..naya..iya sekarang barulah aku faham kenapa Encik Abas di buru oleh orang misteri. Uhuhu rupanya beliau cuba mendedahkan keberadaan orang misteri melalui lukisan karya komik..sekian"
Menurut Norman,bapanya pernah menyertai latihan di kem askar Zon Projek Highlanders. Namun beliau berhenti kerana tidak tahan dengan latihan yang keras.
"Sewaktu cabut lari dari kem dan bersembunyi di ceruk kedalaman Zon Projek Highlanders itulah bapa saya telah melihat sesuatu yang amat sukar untuk di percayai oleh mata. Beliau melihat sebuah pesawat piring terbang di penuhi lampu-lampu hijau. Dari situ jugaklah beliau telah melihat kelibat orang dari galaksi lalu cuba mendedahkan hal tersebut melalui lukisan komik"terang Norman.
Wartawan Yeob mengangguk-angguk faham. Perbualan bersama Norman juga turut di rakam dengan alat perakam. Anak kepada Encik Abas itu juga setuju agar kisah yang di sampaikannya kepada wartawan Yeob itu di siarkan melalui akhbar misteri BONGKAR.
____________
MALAM tu wartawan Yeob masih belum tidur lagi. Lepas tengok tv dia pun duduk di meja bacaan sambil baca naskah komik Orang Dari Galaksi yang di berikan kepadanya oleh Norman siang tadi. Berlengging je tak pakai baju dengan hanya pakai kain pelikat.
"Haa aah..nah air milo suam abang. Kuih karipap dan keria petang tadi pun ada lagi ni"kata Asyika iaitu isteri wartawan Yeob sambil menghidang secawan milo dan sepiring kuih di meja bacaan.
"Huhuhu iya baik..baik..ko memang isteri solehah yang mana tanpa di suruh pun tahu je nak hidang makan minum apa yang patut untuk aku tak kira masa ya..sekian"
Tangan besar berlemaknya terus capai seketul karipap dan mengunyah macam apa entah.
"Ahahaha pandai je abang..haa aah abang baca apa tu?"
"Huu?uhuhu yang pasti bukan majalah tokang jahit seperti yang ko selalu baca tu ya..uhuhu iya ini komik misteri ada kaitan dengan subjek tugasan kerja kewartawanan aku kat opislah..sekian"
"Ouhh gitu.."
Malam kian larut. Wartawan Yeob pun dah selesai baca komik tersebut. Dia pun dah menguap-nguap.
"Uhuhuhu..gila..gila..tak sangka Encik Abas pernah tengok orang misteri cabut kepala sendiri dan tukor pakai kepala lain pulak? Uhuhu dah kenapa macam tak lojik benor cerita ni haa? Sekian"
Wartawan Yeob pun bangun lalu menutip suis lampu dan masuk tidur.
BAB 42:Orang Dari Galaksi
BERSAMBUNG...
Share this novel