Malam itu, Faiz baru habis kerja shift malam. Perut lapar, otak penat, tapi mata masih segar. Sampai rumah, dia terus ke dapur. Dalam kabinet, tinggal satu saja makanan—Mi Sedaap perisa kari putih kegemarannya.
Jam di dinding menunjukkan 3:06 pagi.
Dia rebus air, koyakkan pek mi, dan masukkan dalam periuk. Tapi masa nak tuang serbuk perisa, dia perasan satu benda pelik. Ada tulisan kecil pada pek itu—tulisan yang langsung tak pernah dia nampak sebelum ni:
“Jangan dimasak selepas jam 3:00 pagi.”
Faiz tergelak kecil. “Marketing punya kerja,” katanya sambil tuang serbuk dan minyak.
Tapi masa mi tu mula mendidih, bau dia lain macam. Bukan bau kari—bau hanyir, macam bangkai yang dah lama tak terusik. Dia angkat periuk, baukan dekat sikit... dan tiba-tiba, satu bisikan halus kedengaran dari dalam periuk.
“Lapar... lapar... bagi aku...”
Faiz terkejut, jatuhkan periuk. Mi yang separuh masak tu tertumpah atas lantai, tapi bukan mi biasa. Ia bergerak, menggeliat macam cacing hidup.
Dia nak lari, tapi terdengar bunyi pintu dapur perlahan-lahan terbuka sendiri. Dari celah pintu, muncul satu tangan hitam, kurus kering, pegang sebungkus Mi Sedaap—sama macam yang dia masak tadi.
Dan suara itu datang lagi, kali ini lebih dekat:
“Kau dah buka jalan... sekarang aku tak lapar sorang...”
°°°°°
PERMULAAN YANG AGAK PELIK HAHAHA
Share this novel