Bab 7

Romance Series 39793

"Iye la ngah, malas aku nak cakap. Tapi kan aku nak tanyalah, tu pun kalau kau nak gosip dengan aku la"

"Hemmm apa dia?" kata lelaki tu sambil membuka kot bajunya

"Sape someone tu? dengar macam special"

"Ohhhhh............. adalah, mana boleh bagitahu. Itu namanya rahsia" kata lelaki itu sambil menzipkan mulutnya sendiri

"Elehhh, berlagak eh kau. Entah-entah dia nak try kau je sebab kau kan bakal ganti daddy dekat office tu"

"Nak tuduh pulak dah, aku tahu dia jenis yang macam mana. She is my ideal type okay, so don't jugde the book by its cover. Kau tengoklah nanti dia jadi adik ipar kau"

"Vah vah vah, bravo. Seriouslah?? Okay aku tunggu make sure dia jadi eh. Kalau dia tak jadi, aku kebas dia jadi milik aku"

"Ehh kau along, cepat betul nak sapu. Aku nak try pun belum"

"Sape cepat dia dapat, kita fight boleh?" kata alongnya sambil kening sebelah kanannya terangkat

"Okay deal, tapi aku nak bersaing secara sihat"

"Okay deal"

Alongnya sahaja mahu melihat kesungguhan adiknya sorang itu, dan berapa kali kena tipu tapi buat tak endah je la

Lelaki itu terus memasuki bilik tidurnya, dan membersihkan diri lalu berehat di atas katil. Lelaki tersebut berfikirkan sesuatu......

"Siapa dia tadi? tapi macam muka dia selalu nampak dekat office. Tapi aku tak pernah tegur dia pun. Tapi dia cantik dan lembut. Tapi betul ke dia jenis yang macam tu? tapi dia kasar jugak sampai terseliuh bahu aku tadi" kata lelaki itu sampai berfikir

Tiba-tiba ada panggilan masuk

"Ishh, sape pulak yang telefon aku malam-malam ni? Aku nak berfikir dengan berangan pun tak senang la" kata lelaki itu lalu mencapai telefon bimbitnya di atas meja

Dilihat nama yang paling tidak disukai iaitu ariana a.k.a tunang dia sendiri. Tapi dia tak pernah suka nak bertunang atau berkenalan. Tengok rupa pun dia tak nak, apatah nak duduk sebumbung sebilik sebantal. Jenis yang kaki kikis, pakai baju pun tak cukup kain, terlebih sosial, free nak pegang sana sini, cakap pun melawan. Geleng kepala dia. Dia dan ariana diikat tali pertunangan kerana kehendak keluarga ariana sahaja. Diikutkan keluarganya malas nak layan. Tapi iye la nanti cakap tepuk sebelah tangan pula

"Aku nak angkat ke tak? sibuklah dia ni. Malas la aku nak angkat" lelaki itu terus mematikan telefonnya laju mengecas dan kembali ke katil untuk sambung berangan

"Nanti lagi 2 hari aku masuk office aku nak tanya dia, aku akan mulakan misi nak try dia" kata lelaki itu sambil memegang bahunya yang terseliuh tadi. Tiba-tiba abangnya masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu

"Ishhh kau ni kan along, boleh tak ketuk pintu tu dulu? aku nak rehat pun tak senang lah"

"Ohhh, aku ganggu ke? kenapa tengah dating ke? ke tengah berangan dekat someone?" tanya alongnya

"Kalau aku berangan dekat someone tu pun tak salah kan, suka hati aku lah"

"Kau dah ada tunangkan, kau ada adriana kau bagilah dia dekat aku" kata alongnya sambil kening terangat

"Kau fikir aku nak ke bertunang dengan perempuan tu, bagi aku perempuan tu cheap. Mudah nak pegang-pegang, sosial sangat, dengan baju tak cukup kain. Itu bukan type aku la" kata lelaki itu sambil memejamkan matanya untuk merehatkan dirinya

"Iye la angah, malas aku nak layan kau. Eh ariana ada telefon kau?"

"Kenapa?"

"Dia ada telefon aku, katanya dia telefon kau tapi kau tak jawab"

"Hemmm betul aku tak jawab, malas aku nak layan perempuan gedik tu"

"Patutlah, dia telefon aku lepastu bising-bising bingit telinga aku dengar suara dia tu kau tahu"

"Tahu, sebab tu aku tak jawab" kata lelaki itu, lalu alongnya membalingkan bantal ke arahnya

"Dah-dah kau keluar. Aku nak tidur esok dah masuk office balik"

"Hemmm ye la, bye, good night"

"Bye, good night along"

Sudah 2 hari dia duduk di rumah goyang kaki sahaja, tak tahu mahu buat apa. Mahu membuat kerja tan sri anaqi marah. Nak memasak puan sri mariam pulak yang marah. Last-last dia bangun, tidur, makan je la selama 2 hari ni. Nak kata orang datang melawat pun siapa? tunangnya itu? jangan mimpi batang hidung pun tak nak, telefon sebab nak mintak duit, PA dia sahaja yang hadir itu pun sebab nak suruh tandatangan fail, selanjutnya tiada. Nak kata someone datang? lagilah tak kann

Dia pun masuklah ke pejabatnya semula, cuma harini sedikit berbeza apabila pagi-pagi lagi dia sudah bersua muka dengan someone itu. Warna pakaian mereka pun sedondon biru gelap

"Nak tegur ke tak eh? nak ke tak? tegur la kann" kata lelaki itu dalam hati

Lelaki itu pun berdehem sedikit untuk menarik perhatian tania

"Ehemmm" kata lelaki itu sudah tidak berani mahu memegang bahu andainya terseliuh lagi

"Yes mr?" jawab tania

"You kan yang bawak i pergi klinik?"

"Yeahh, i"

"You dekat deparment mana ye?"

"Ohh, i CFO actually"

"Ohh, wowwww. Sorry i dont know. You kerja dengan tan sri anaqi right?"

"Yeahh"

"How long?"

"Almost 1 year dah"

"Ohhh, dah lama la"

"Yes"

"You fresh lepas grand ke? i mean after PhD"

"Yeahh, i ex student from UM"

"Wowwww UM not bad"

Tiba di tingkat 5 pintu lif pun terbuka, tania pun keluar daripada lif dan terus menuju ke biliknya. Manakala lelaki itu hanya memandang pergerakan tania dan tersenyum sahaja

"Aku dah tahu serba sikit pasal dia" kata lelaki itu sambil tersenyum senget

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience