Bab 6

Romance Series 39746

Setelah selesai lelaki itu menelefon seseorang, lelaki itu pun menuju semula ke arah tania. Tania pun bertanya

"Boleh kan i hantar you ke klinik?"

"Boleh je"

"Kereta you macam mana mr?" tanya tania. Iye la kan tak ke gila nak tinggal porcshe dekat pejabat

"Ohh, dont worry. Adik i datang ambik kat sini" kata lelaki itu

"Ohh, okaylah kalau macam tu"

Lelaki itu masuk ke dalam kereta tania yang hanya mempunyai myvi, maklumlah baru keje sebulan kan. Tak kan nak tukar kereta dah

Di dalam kereta mereka hanya diam sahaja. Tetapi tiba-tiba tania ingin bertanyakan sesuatu tetapi segan pula apa mahu mengajukan soalan

Lelaki itu pula hanya diam tidak berkutik, atau berpandangan ke arahnya. Hampir 10 minit perjalanan, mereka tiba di klinik kita. Tania terus memasuki kawasan meletak kenderaan dan mematikan enjin keretanya lalu tania dan lelaki itu keluar untuk pergi ke klinik untuk mendapat rawatan

Tania cuba untuk memimpin tangan lelaki itu, tetapi tania keliru

"Apasal aku nak kena pimpin mamat tu? mamat tu bukannya patah kaki ke? simen kaki ke? cuba terseliuh bahu je. Apalah aku ni pun" kata tania dalam hati sambil memegang kuat tangannya sendiri

Mereka pun berjalan seiring lalu masuk ke klinik kita, tania pergi ke kaunter untuk membuat pendaftaran terhadap lelaki itu. Setelah siap membuat pendaftaran, tania pun menunggu di kerusi yang telah disediakan bersebelahan dengan lelaki itu. Tania hanya memandang lelaki itu dengan ekor mata sahaja. Tetiba telefon tania berbunyi tanda mesej masuk

Ting

"Wehh babe kau dekat mana? tanya wani kepada tania

"Aku dekat klinik la"

"Klinik? apasal dohh kau tak sihat ke?"

"Tak, bukan. Aku jumpa lelaki perfect tu. Kau tahu dia tiba-tiba terjah aku daripada belakang. Lepastu dia tetiba pergi pegang bahu aku. Aku pun tunjuklah taekwondo tali hitam aku tu, aku pergi pusing tanganlah sampai terseliuh bahu dia"

"Ya Allah, lepastu apa jadi. Memang 100% terseliuh ke cam mana?"

"Belum jumpa doktor lagi, baru sampai klinik. Tapi aku rasalah terseliuh je kott"

"Ohhh, itulah kau. Nak taekwondo sangat, kan dah terseliuh bahu buah hati sendiri"

"Ehh kau, nasib baik dalam Whatsapp je. Kalau tak malu aku"

"Elehhh macam la aku tak kenal kau"

Nama lelaki itu dipanggil, tetapi tania masih leka bermain chat dengan wani. Jadi tak perasan la nama lelaki itu apa. Tahu-tahu je lelaki tu dah keluar. Tania pun bertanya

"Mr doktor ada cakap apa-apa tak?" tanya tania risau

"Tak ada apa-apa pun, just terseliuh sikit. Doktor dah letak ubat tadi, esok lusa okay la ni" kata lelaki itu sambil pandang lantai

"Ohhh...... takpelah, you duduk dulu. I ambik ubat dekat kejap"

Tania pun pergilah mengambil ubat dan membayar sedikit jumlah, lelaki itu hanya memandang tania melalui belakangnya sahaja

"Baiknya la awak kann, tapi kenapa?" tanya lelaki itu sendirian

Tania kembali ke arah lelaki itu, dan menegurnya

"Mr, hello mr" panggil tania sambil memetik jarinya apabila melihat lelaki itu termenung memandang lantai

"Yeahh, yes?"

"We can go now?"

"Yes, sure"

Mereka pun bangun lalu menuju ke kereta tania tadi, dan bergerak pulang. Tania keliru kemanakah dia harus menghantar lelaki itu

"Mr, may i ask you something?"

"Yes, what is that"

"Emm......... i nak hantar you ke mana ya?

"Ohh, yeah. Boleh you tolong hantarkan i sampai dekat rumah my family?"

"Mak aiii, dia suruh aku hantar sampai dekat rumah family. But why not kann, boleh tengok rumah dia besar mana. Hahahahahahaha" kata tania dalam hati sahaja

"Ohh, sure. Rumah mr dekat mana? I tak tahu dekat mana"

"Rumah i dekat rawang" lelaki itu pun memberitahu alamat penuhnya lalu tania pun membuka di dalam maps telefonnya. Nasib baik mengambil masa hanya 15 minit

Tibanya di hadapan rumah agam milik keluarga lelaki itu, dilihat terdapat beberapa lagi kereta mewah yang turut ada termasuklah bmw sport, audi, chevrolet, lexus sport, porsche. Eh macam kereta dia je tadi yang warna hitam tu? Magik agaknya

Tania pun masuk lah ke perkarangan rumah lelaki itu setelah mendapat arahan daripada bahasa mata yang dihantar oleh lelaki itu seketika. Tania pun berhenti di hadapan pintu rumah agam tersebut lalu lelaki tersebut terus keluar sambil memegang plastik beg ubatnya. Tania masih kaku di dalam kereta. Tiba-tiba tania baru teringat bahawasanya dia sudah terlebih waktu untuk pulang ke rumah. Tania pun keluar semula daripada perkarangan rumah lelaki itu, dan terus memecut laju untuk lebih cepat sampai di rumahnya. Baru sahaja lelaki itu memusing untuk memanggil tania masuk ke dalam rumahnya dilihat kereta tania hilang dari pandangan

"Aikk, pergi mana dia tadi? Dah balik ke? Tak bagitahu pun. Tapi betul jugak, kenapa dia nak kena bagitahu aku. Aku bukan siapa-siapa pun bagi dia" kata lelaki itu sambil mengeleng lalu masuk ke dalam rumahnya

Lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah, tapi keadaan mukanya tersimpul dengan sedikit senyuman

"Aiii angah daripada mana ni? sekarang baru balik dengan bahu berbalut dengan plastik ubat daripada klinik dekat tangan ni" tanya abangnya along

"Alahhh, along ni. Saje nak maim balut-balut tak boleh ke?"

"Eh kau, aku tanya betul-betul. Kau main-main pulak"

"Hahahahahahahahaha, relax la. Aku terseliuh sikit je tadi. Lepastu ada someone hantar aku pergi klinik katanya risau kalau bahu aku ni terseliuh teruk. Lepastu aku suruh dia hantar aku ke rumah sebab aku dah malas nak drive"

"Ohhh................ sebab tu la kau telefon aku suruh ambik kereta tau. Ada udang di sebalik maggie rupanya"

"Hahahahahaha mestilah, dah alang-alang tu kan menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan la katakan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience