Deila Araferro sedang berdiri di depan sebuah cermin besar yang memantulkan seluruh tubuhnya. Tak berkelip mata memandang biasan diri dalam cermin tersebut. Kagum! Terpesona dengan apa yang dia lihat.
“Del…” Tok Teh muncul di ambang pintu selepas pintu diketuk. Berkaca terus mata tok memandang Deila. Cantik, persis Mardhiah sewaktu muda dahulu. Tok menghampiri lalu memeluk Deila. Hampir menitis air mata ke pipi berkedut tok.
“Cucu tok! Cantik… kau secantik ibumu, Del. Tok bangga dengan kamu berdua!”
Deila kesat air mata. Sudah cuba dia tahan dari jatuh tetapi sungguh dia tidak mampu. Sama seperti tok, dia juga teringat pada arwah ibu, ayah dan opah. Di saat-saat bahagia macam ni, Deila mahu orang-orang yang dia sayangi menyaksikan hari bahagia dia. Itu impian semua orang, impian semua anak gadis yang bakal disunting. Apakan daya, Tuhan lebih meyayangi mereka.
“Del, jangan nangis. Rosak solekan kau nanti. Bersiaplah, kejap lagi kita dah nak gerak. Tok keluar sebentar. Nak pastikan semuanya berjalan lancar.” Deila angguk lalu melepaskan pelukan.
Selepas Tok Teh keluar, Deila kembali merenung wajah sendiri di depan cermin. Persis arwah ibu? Sedari kecil, dia sedar dia tidak mewarisi kecantikan ibu, juga tidak mewarisi wajah bapa. Walau pun ada sedikit keraguan, dia tidak pernah persoalkan itu.
Sedang bersiap-siap mahu turun, telefon bimbit Deila tiba-tiba berdering. Dahi berlapis halus bila lihat nombor asing yang terpampang di skrin.
“Helo?”
“Apa ni?! Lepaskan saya! Aduh! Aaahhh!!!”
“Mirul!!!” Deila jerit terkejut.
“Kau nak selamatkan dia kan? Datang ke location yang saya hantar dalam masa sejam atau saya kirim gambar mayat lelaki ini. Saya bagi amaran, hanya kau seorang. Jika orang lain dapat tahu, bukan hanya lelaki ini tapi semua orang yang rapat dengan kau akan saya bunuh. Kau sedang diperhati!”
TUT!
Deila tergamam. Seluruh tubuh menggigil. Saat dia buka mesej yang baru diterima, hampir tubuh melorot atas lantai bila lihat gambar Amirul terkulai di atas simen berhabuk, seluruh tubuh dipenuhi darah.
“Mirul!” Air mata berjuraian gugur ke pipi. Deila meluru keluar.
“Cik!” Ijam, pemandu peribadi Tok Teh terkejut bila Deila muncul dan menyuruhnya keluar dari tempat pemandu.
“Beritahu tok saya keluar sekejap.” Deila terus memandu pergi, membawa kereta mewah yang sudah terhias cantik itu membelah lebuh raya.
Rhett pasti faham mengapa dia bertindak seperti itu. Amirul adalah manusia yang paling berjasa dalam hidup dia dan opah. Tak mungkin dia biarkan nyawa Amirul terancam kerana dia. Amirul adalah manusia yang sanggup bersengkang mata bersamanya ketika opah sakit, sanggup mendukung opah ke hospital sebelah kampung saat opah pengsan tengah malam. Amirul adalah manusia yang sanggup tadah diri melindungi dia ketika diserang dahulu. Mana mungkin dia biarkan Amirul hilang nyawa kerana dia. Rhett pasti akan maafkan dia. Rhett kena faham dan maafkan dia!
Deila memandu bersama deraian air mata. Dalam hati, tak putus-putus doa dipanjatkan agar Amirul selamat. Akhirnya, Deila tiba di sebuah rumah usang. Sudah lama ditinggalkan dan terbiar.
“Mirul!” Bersama gaun pengantin yang menyarung tubuh, Deila meluru masuk. Kosong!
“MIRUL!!!” Deila jerit sekuat hati. Dia mencari ke serata pelusuk, tiada kelibat manusia ditemui.
Deila berlari keluar bila dengar bunyi enjin kenderaan besar. Kuat dan kasar bunyinya. Deila sempat lihat tubuh longlai Amirul diseret masuk ke dalam sebuah lori lama sebelum lori itu memecut pergi.
“Mirul!!!” Deila berlari selajunya, cuba kejar lori yang jalan terenjut-enjut itu. Separuh perjalanan, tubuh Amirul dijatuhkan dari lori lalu bergolek di tengah jalan raya.
“Mirul!!!”
Deila berlari ke arah Amirul. Raungan Deila memenuhi udara. Air mata selaju hujan lebat yang tiba-tiba turun membasahi bumi.
“Mirul!”
Berjarak hanya beberapa meter dari Amirul, Deila dengar bunyi enjin mengaum dari arah belakang. Spontan Deila matikan langkah. Saat kepala dipusing untuk melihat, tubuh Deila terpelanting ke udara.
RHETT RAFFENDY mundar mandir di depan pintu gerbang dewan acara. Berkali-kali jam di pergelangan tangan dia lihat. Semua sudah ada. Papa, mama dan Tok Teh. Acara yang sepatutnya bermula setengah jam yang lalu terpaksa ditangguhkan kerana pengantin perempuan belum muncul-muncul. Sudah berkali-kali nombor telefon Deila cuba dihubungi tetapi tidak disambut. Rhett bingung juga bengang! Mengapa Deila tiba-tiba menghilang di saat macam ni tanpa sebarang pesan? Apa urusan lebih penting berbanding majlis mereka?
“Del masih tak dapat dihubungi ke?” Tanya Tok Teh. Wajah tua yang terhias mekap tipis itu dipenuhi garis-garis kerisauan. Rhett geleng.
“Saya kena cari Del. Papa, tolong uruskan tetamu sementara saya cari Del.” Nekad, Rhett melangkah pergi.
“Rhett!!! Ya Allah! Rhett! Tolong aunty, Rhett! Tolong aunty selamatkan Zara! Tolong aunty, Rhett!!!”
Di luar bangunan, ibu Zara muncul tiba-tiba lalu berlutut sambil peluk kaki Rhett. Ibu Zara menangis sambil meraung-raung. Rhett tergamam.
“Kenapa dengan Zara?”
“Zara cuba bunuh diri kerana tidak dapat terima perbuatan kau Rhett! Dia telan sebotol pil tidur dan sedang dikejarkan ke hospital!”
“Apa?!”
Rhett raup wajah. Zara! Mengapa?! Batin menjerit.
“Cepat, Rhett!!! Tolong aunty! Zara harus diselamatkan. Dia satu-satunya anak aunty!”
“Ikut saya, kita ke hospital!”
Ibu Zara bingkas bangun lalu cuba kejar langkah Rhett. Secebis senyum sinis terukir di bibir wanita itu. Dalam perjalanan, Rhett menghubungi Dato’ Razif.
“Papa, tolong hantar seseorang untuk cari Del. Saya ke hospital dengan ibu Zara.”
“Ke hospital? Kenapa?” Nada suara Dato’ Razif kedengaran begitu terkejut.
“Zara dikejarkan ke hospital kerana cuba bunuh diri, papa.”
Ibu Zara yang gigih pasang telinga di kerusi penumpang belakang menguatkan tangisan sambil meraung-raung, memanggil nama anaknya.
“Ya Allah, kau mohon kepadaMu, selamatkanlah Zara, satu-satunya anakku. Ku mohon keampunan dariMu atas perbuatan khilaf anakku. Sesungguhnya Zara terlalu mencintai Rhett. Ya Allah, selamatkan Zara. Anak mummy… kau kena kuat dan terus berjuang. Ingatlah sayang, kau masih punya mummy dan daddy yang terlalu sayangkan kau.” Ibu Zara terus meraung-raung bersama tangisan pilu.
“Bagaimana dengan Del? Berapa lama kau nak berada di hospital?” Nada suara Dato’ Razif terdengar tidak puas hati.
“Saya nak jenguk keadaan Zara sekejap je, papa. Saya tak boleh biarkan dia macam tu je. Semua disebabkan saya, papa.”
“Baru kau sedar?! Dah, kau dah buat pilihan. Kau kena bertegas dengan keluarga tu. Lepas jenguk Zara, kau cari Del!” Arah Dato’ Razif dengan suara mandatori. Rhett angguk lemah.
Setibanya di hospital, mereka dibawa ke bilik kecemasan di mana Zara masih sedang dirawat. Rhett mundar mandir sambil tenung pintu bilik rawatan dan jam di tangan silih berganti. Ibu Zara perasan tentang kegelisahan Rhett. Dia merapatkan tubuh di pintu bilik lalu mulai menangis teresak-esak.
“Zara anakku, kuatlah sayang. Mummy tunggu kau di sini. Kesian anakku, bertapa excitednya kau nak kahwin. Semua kau uruskan sendiri, siap reka pakaian pengantin kau dan Rhett. Semua dah ready, rupanya tak jadi kahwin. Mummy tahu hati kau hancur, nak. Tapi kau tak tunjuk. Kau tak nak mummy dan daddy sedih lihat kau. Kau pura-pura gembira depan semua orang. Ya Allah, baik sungguh hatimu sayang. Cuma kau tak dihargai. Kasihan anak mummy…”
Rhett semakin dihambat rasa bersalah bila dengar raungan ibu Zara. Hatinya retak bila dengar kata-kata ibu Zara. Dia dah hancurkan sekeping hati Zara yang tulus mencintai dia. Rhett raup wajah. Keinginan mahu mencari Deila perlahan memudar. Dia tidak sampai hati pergi. Sekurang-kurangnya sehingga dia tahu keadaan Zara.
“Sabar, aunty. Zara pasti selamat.”
“Bagaimana kalau sesuatu terjadi kepada Zara? Bagaimana aunty nak teruskan hidup? Zara! Zara anak mummy!!!” Ibu Rhett kembali meraung.
Rhett tersandar di dinding. Sudah tidak mampu berfikir. Otak terlalu penat. Rhett urut pelipis. Kepala terasa berdenyut-denyut ketika itu.
Saat pintu terbuka, ibu Zara lebih dulu menerpa doktor yang telah merawat Zara.
“Bagaimana keadaan anak saya, doktor?”
“Keadaan anak puan stabil. Cuma, melalui scan saya dapati terdapat ketumbuhan dalam rahim anak puan dan perlu dibedah segera kerana ianya telah merosakkan sebelah rahim anak puan.”
“Apa?!” Ibu Zara terpekik.
“Ya, puan. Anak puan bakal kehilangan sebelah rahim. Kalau ketumbuhan tu tak dibuang, ia bakal merosakkan sebelah rahim lagi.”
“Ya Allah!” Tubuh ibu Zara melorot ke lantai. Melolong-lolong tangisan ibu Zara.
Rhett ikut terduduk atas lantai.
“Emergency!!!”
Dua buah katil disorong laju oleh beberapa staff hospital menuju ke bilik kecemasan. Rhett bingkas bangun lalu menarik ibu Zara menjauhi pintu. Rhett tidak sempat melihat manusia yang berada di atas katil itu. Yang pasti, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tubuh penuh berlumuran dengan darah hingga warna pakaian dan kulit sudah tidak nampak. Hanya merah pekat!
“What happens?” Tanya doktor tadi yang kini berdiri berhampiran dengan Rhett.
“Accident, maybe kes langgar lari. Setakat ni tiada saksi melihat. Both were lying on the road dan ditemui oleh orang awam.” Terang salah seorang staff yang menyorong katil itu. Doktor itu angguk kemudian tumpuan beralih ke arah Rhett dan ibu Zara.
“Come with me. Saya perlukan tanda tangan untuk kebenaran jalankan pembedahan.” Doktor itu memandang ibu Zara.
“Rhett, temankan aunty. Please, aunty tak kuat hadap semua ni.”
Rhett angguk lalu membuntuti ibu Zara dan doktor itu menuju ke kaunter hospital.
“Doktor, selepas pembedahan ni… Zara masih boleh mengandung kan?” Usai menurunkan tanda tangan, ibu Zara terus bertanya.
“Masih boleh mengandung dengan sebelah rahim, cuba agak susah sedikit.”
Mendengar jawapan doktor, ibu Zara menangis tersedu-sedu.
“Rhett! Lepas ni pasti dah takde nakkan Zara. Kasihan anakku!”
Mereka menunggu di ruang menunggu sementara doktor itu masih sibuk berbincang dengan staff di kaunter. Tidak lama kemudian, doktor itu kembali.
“Pembedahan anak puan ditangguhkan ke hari esok. Hari ini bilik pembedahan penuh. Pasangan yang kemalangan tadi tu perlu dibedah segera. Wanita itu kemungkinan akan kehilangan anaknya.”
Rhett angguk. Dia dan ibu Zara masih belum boleh melawat Zara sehingga dia dipindahkan ke wad. Mereka kena tunggu sehingga selesai perpindahan tersebut.
Rhett menarik telefon bimbit. Dia mahu menghubungi papa. Belum sempat mahu dail nombor papa, nama Deila terpampang di skrin telefon. Laju Rhett geser punat terima.
“R-Rhett… saya…”
“I don’t have time right now, Del! If you still concern, pergi ke majlis tu sekarang!”
Rhett terus tamatkan panggilan.
bertahan, jgn naik darah dulu ekeke
Share this novel
dh update uolls hehe
Angkara mak zara yg jahat tu semua excden yg blaku ni kan? Rhett plk jd vodoh bila terkait dgn zara.. Mcm xde pdirian.. X serik2.. Rasa nak pang je Rhett ni biar ada akai sikit.. Nak lg sis tq
nmpk cam nak hasut deila tgglkan jea si rheet tu. nmpk sgt hati tak ikhlas dgn del. buat smpi dia nyesal dlm hidup dia .tgh emmmmo ni. hhahahaa geram. mak zara lg rasa nak pang2 jea