Bab 32

Romance Series 39746

Talhah tiba di rumah

"Eh lambatnya kau sampai talhah? bukan ke kau cakap tadi kau dah on the way nak balik ke?" tanya taufiq

"Haah, aku singgah dekat stesen minyak kejap nak isi minyak kereta. Lepastu nampak member borak kejap, itu yang lambat sampai. Kenapa? mummy tanya ke?" kelentong talhah

"Ouhh, tak la. Saje je tanya"

"Kenapa along? kau ada keluar rumah ke?"

"Taklah, mummy cakap dengan aku yang kau keluar dengan ariana. Lepastu aku tanya kau balik pukul berapa. Lepastu aku tengok jam macam lambat je kau balik. Sebab tu aku tanya"

"Ouhh, ingatkan sebab apa tadi. Takpelah aku naik atas dulu"

"Hemmm" jawab taufiq

Talhah terus naik ke atas, dan membersihkan dirinya sudah hampir seharian dia berada di luar. Tak pernah dia berada diluar begitu lama. Penat dibuatnya, penat tenaga, penat duitnya juga

Bermulalah hari bekerjanya hari isnin. Seperti biasa talhah akan datang ke office awal 15 minit kerana ingin sarapan pagi bersama buah hatinya. Setibanya dia office, dilihat tania baru sahaja sampai dan ingin keluar daripada kereta lalu menuju ke cafe. Cepat-cepat mengikuti tania

Masuk ke dalam cafe, tania pun duduk diruangan tepi yang ada dua kerusi

"Hemmm, mendung je awan. Nak hujan la ni, kalau time cutikan best. Boleh tidur dalam kain selimut fuhhh best!" kata tania

"Yup, best rasa sejuk je kann?" tiber ada suara daripada belakang. Tapi tania sudah dapat mengenali siapa suaranya kalau bukan majikannya

"Yes mr talhah"

"May i sit?"

"Yeah, of course"

"Okay" talhah pun duduk berdepan dengan tania

Tania tidak mengendahkan talhah, tania hanya menikmati makanan sambil melihat pemandangan luar, hujan sudah turun renyai-renyai

"Tania you kan yang i jumpa dekat kedai ECO 2 hari lepas?"

"Haaaaa ya betul" jawab tania sambil berkerut dahinya

"But sape lelaki yang dengan you tu?"

"Ouhh, he is my............ Kenapa you nak tahu?" tanya tania semula

"Takde la, he look special for you" jawab talhah

"Ouhh, he is my brother. Dia baru balik daripada oversea and i dengan dia pun rapat sebab kami dua beradik je dalam family" terang tania

"Ouhh, abang ingatkan suami tadi" jawab talhah perlahan. Tapi tania mendengarinya

"Kalau suami pun apa salahnya kann?" balas tania. Berkerut terus muka talhah

Tania baru sahaja ingin mengeluarkan dompetnya untuk membayar makanan dan minumannya. Talhah terus menghalang

"Ehh, it's okay. I belanja you harini" kata talhah

"Really?"

"Yes"

"Only for this morning or for one day?"

"For one day pun boleh, no problem" kata talhah ikhlas

"Hahahahahaha okaylah kalau macam tu. I naik office dulu. Bye, assalamualaikum"

"Bye, waalaikumsalam"

Tiba di atas tania ternampak ada sejambak bunga di atas meja dibiliknya. Tania masuk dan mengambil bunga itu, lalu dilihat ada kad. Tania membuang kad itu, lalu keluar dan menuju ke bilik talhah sambil membawa jambangan bunga tersebut. Talhah yang baru sahaja sampai, terus menuju ke biliknya apabila dilihat ada buah hatinya di depan pintu

"Tania, you buat apa dekat depan pintu bilik i ni?"

Tania pun berpaling, apabila ditegur oleh talhah

"Ouhh, i nak bagi bunga ni dekat you. Nahh!" kata tania lalu menyerahkan jambangan bunga itu kepada talhah

"Ouhh, thanks. But bukan ke bunga ni secret admire you bagi untuk you ke? bukan untuk i. For what you bagi dekat i?"

"Saje, lagipun terlampau banyak sangat bunga yang dia dah bagi dekat i. So i bagilah dekat you, bunga ni pun fresh jugak. Before i bagi dekat you, pernahlah jugak i bagi dekat PA i before-before this" terang tania

"Ouhh, you pentingkan your PA dulu sebelum boyfriend sendiri" kata talhah perlahan

"What? boyfriend? Sape boyfriend i? tanya tania. Barulah talhah tersedar mulutnya sudah terlepas kata

"Alamak terlepas, habislah aku" kata talhah sambil menutup mukanya dengan telapak tangannya

"What mr talhah?"

"No nothing, i tanya you. Boyfriend bagi ke?" kelentong talhah

"Emmm, don't know. That why i bagi you, you ambiklah"

Talhah mengambilnya dan duduk di tempatnya "duduklah dulu, kita borak-borak kosong kalau you free. Boleh? Ke you banyak kerja?"

"Tak ada la banyak, tapi ada la kerja tu. You nak borak apa?" tanya tania semula setelah duduk

"I nak tanya sikitlah pasal your family la boleh?"

"Ni mesti pasal my brother kann?"

"Yes, how do you know?"

"Sebab you dah tanya masa dekat cafe tadi. Don't you remember?"

"Ouhh, yeahhh. Betul-betul, sorry-sorry. So yeahh about that lah"

"Ouhh, about my brother tu. Dia doktor dekat oversea, and baru je dapat tukar dekat Malaysia. Dia baru je balik malaysia semula after almost 7 years dekat sana. So i spend time masa dengan dia sebab lama tak jumpa" terang tania sambil memandang talhah, manakala talhah pula berkerut-kerut dahinya

"Why you tak percaya ke?"

"Bukan tak percaya, but you tak pernah cerita pun"

"Ouhh, i tak cerita sebab orang tak tanya and dia pun abang i. My family is private so tak perlu nak kena bagitahu semua orang yang i kenal. Nanti orang cakap i perasan pulak"

"Macam perli i je tu"

"Eh mana ada, i cakap benda betul kannn?"

"Yes, i know. But abang you dia kerja dekat hospital mana?"

"Ouhh, hospital dekat Australia. But i don't know dekat hospital yang mana satu"

"Ouhh, nama abang you apa?"

"Ehh, tanya nama abang kita pulak?"

"Hahahahahahahahahaha tak ada la, saje je nak tahu. Kalau tak nak bagitahu takpe"

"Okaylah, my brother tu nama dia Hud Emir"

"Ouhh, sedap nama tu"

"Yes, rupa pun handsome. Nasib baik i adik dia, kalau tak dah lama i couple dengan abang i sendiri" kata tania lepastu ketawa

"Hehhhh you ni, pelik-pelik je la"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience