Bab 2 - Kori

Other Series 3789

Kori.

Nama itu aku hafal macam doa.
Bukan sebab dia baik… tapi sebab dia pernah buat aku percaya. Dan bila kepercayaan tu dirosakkan, ia tidak meninggalkan parut kecil. Ia pecahkan sesuatu dalam diri aku, benda yang aku sendiri tak tahu bagaimana nak kutip semula.

Dia warga Indonesia, kerja jaga mini market milik keluarga kami. Boleh kata dia orang kanan bapa. Dia selalu ada, hantar adik-adik aku ke sekolah, belikan jajan, teman mama ke pasar bila bapa tak sempat. Kalau mama letih, dia akan bantu tengok adik-adik. Dan aku? Aku antara yang paling rapat dengan dia. Kadang aku rasa dia lebih ‘ayah’ daripada bapa kandung aku sendiri.

Tapi rupanya, iblis juga pandai menyamar dalam wajah yang buat kita rasa selamat.

Malam tu... mama dan bapa ke kota. Urusan bekalan barang, katanya. Kami ditinggalkan dalam jagaan Kori untuk semalam. Mak Su akan sampai esok pagi dari Pahang, tapi satu malam saja, apa sangat yang boleh berlaku, kan?

Ruang tamu jadi tempat tidur sementara. Tikar digelar, selimut dibahagi. Adik-adik aku lena cepat, penat bermain seharian. Aku pula? Aku jenis susah lelap kalau rumah rasa terlalu sunyi. Lampu dipadam, hanya cahaya dari kipas siling berputar perlahan. Bunyi cengkerik dari luar, dan sesekali salakan anjing dari hujung jalan.

Aku terlena juga akhirnya.

Tapi lena aku tidak panjang.

Aku tak pasti jam berapa. Belum Subuh. Tapi langit belum terang. Rumah masih diam, dan waktu itu... aku mula rasa sesuatu.

Tangan.

Tangan yang bukan milik aku.

Tangan asing. Tangan yang berat dan kasar. Ia bergerak perlahan, cuba berlagak lembut, tapi jari, jemarinya seperti ular menyusur tubuh. Mula dari peha, kemudian naik ke pinggang, dan turun semula ke celah yang aku simpan hanya untuk aku seorang.

Ia mula dengan rabaan. Perlahan. Terlalu perlahan.

Tangan tu… aku masih boleh rasa sampai sekarang bentuknya. Tapak tangan yang kasar, keras, tebal. Mungkin dari kerja angkat barang di mini market, atau dari memegang stereng van usang keluarga kami. Tapi malam itu, tangan itu merayap macam makhluk jahat, tidak terburu-buru, tapi tahu hala tujunya.

Dia tak mulakan dari atas.

Dia mula dari bawah, dari betis. Hujung jari dia sentuh kulit aku macam orang main-main, tapi bukan. Dia tahu apa dia buat. Dia usap perlahan ke atas, naik ke peha aku yang hanya berlapik kain nipis seluar tidur. Setiap sentuhan itu buat bulu roma aku berdiri, bukan kerana geli, tapi kerana jijik. Jiwa aku jerit, tapi mulut aku kunci. Terlalu takut. Terlalu keliru.

Dari peha, dia naik ke pinggul, tangan dia singgah di pinggang aku, tapi sekejap saja.

Kemudian dia turun semula.

Dan masa jari dia mula selak perlahan tepi seluar dalam aku… aku rasa macam dunia aku berhenti. Nafas aku tertahan, mata aku masih terpejam kuat, pura-pura tidur walaupun tubuh aku menegang keras. Aku harap dia fikir aku tidur lena. Tapi tidak… sebab dia selamba teruskan.

Jari dia bergerak atas kain tipis seluar dalam. Dia tekan perlahan, tidak kasar. Tapi tekan seperti mahu uji kelembutan daging di sebaliknya. Aku rasa dia senyum. Aku tak nampak, tapi aku rasa. Senyuman yang penuh syahwat. Yang jijik. Yang buat seluruh tubuh aku rasa najis.

Kemudian… aku rasa sesuatu yang keras.

Digeserkan perlahan di celah aku.

Antara peha.

Di atas seluar dalam aku.

Kemaluan dia, aku tahu itu.

Dia gesel… ke depan, ke belakang, ke depan lagi. Macam dia nak rasa aku. Tapi tak cukup berani nak telanjangkan aku.

Setiap geseran itu hantar renjatan pada tulang belakang aku. Aku rasa jijik dengan tubuh sendiri sebab tubuh aku… tak mampu buat apa, apa. Tak mampu lari. Tak mampu tampar. Tak mampu menjerit.

Dia masuk ke dalam selimut aku. Aku rasa beban tubuh dia di atas kaki aku. Nafas dia panas. Bahagian bawah dia makin rapat dengan kemaluan aku. Walaupun berlapik kain, aku rasa geseran itu jelas. Terlalu jelas.

Tangan dia yang satu lagi cuba selak baju aku dari bawah. Jari dia naik ke perut. Dia usap perlahan seperti orang yang sedang manjakan sesuatu yang dia fikir milik dia.

Aku tahan nafas.

Aku kira degupan jantung aku kuat sampai boleh dengar dari luar. Aku hampir tak boleh bernafas. Dalam kepala aku, semua memori masa kecil aku berputar. Gambar mama. Gambar bapa. Aku, adik-adik. Dan semua hancur dalam satu saat.

Aku buka mata perlahan.

Dan bila aku nampak dia, Kori, tersenyum dalam gelap itu, dalam ruang selimut itu… aku tahu aku tak akan pernah jadi orang yang sama lagi.

Senyuman dia bukan senyuman biasa. Bukan senyuman orang yang sayang. Bukan senyuman penjaga. Tapi senyuman jantan sial yang tahu dia sedang buat sesuatu haram, tapi tak kisah, sebab dia fikir aku terlalu lemah, terlalu takut, terlalu bisu untuk melawan.

"Diam ya… jangan bising," dia bisik. Suara dia lembut, hampir romantik. Macam godaan. Tapi aku tahu, itu bukan kasih. Itu nafsu. Nafsu binatang.

Waktu tu, aku rasa macam jasad kosong yang hanya tunggu masa dilumat.

Tapi aku…

…aku gagahkan diri.

Aku tak tahu macam mana aku dapat kekuatan. Tapi aku goncang tubuh aku sekuat mungkin. Aku tarik kaki, aku hentak lutut aku ke perut dia.

Dia terkejut, tubuh dia melantun sedikit ke belakang. Mungkin tak sangka aku berani. Dan dia terus keluar dari selimut, berdiri, dan pura-pura betulkan seluar.

Dan kemudian dia jalan ke dapur, seolah-olah tak ada apa berlaku. Seolah-olah aku cuma mimpi buruk.

Aku tak jerit.

Aku tak bangunkan adik, adik.

Aku cuma bangun perlahan, ambil bantal, dan jalan ke bilik mama. Walau bilik tu kosong, aku tak kisah. Asal ada pintu. Asal boleh aku kunci. Asal aku boleh menangis dalam gelap tanpa siapa tahu.

Sejak hari tu, aku tak pandang mata Kori.

Aku tak makan kalau dia yang masak.

Aku tak buka mulut bila dia tanya.

Aku elak, aku larikan diri ke mana, mana ruang dalam rumah yang tak ada dia.

Bila mama tanya kenapa aku makin diam, aku cuma geleng. Tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu macam mana nak beritahu bahawa lelaki yang dia percaya, lelaki yang dia puji, lelaki yang dia kata "macam abang sendiri", hampir sentuh mahkota aku, dan hampir bawa pergi sisa-sisa maruah aku yang masih tinggal.

Aku masih dara. Ya. Tapi aku juga sudah rosak sedikit, bukan tubuh, tapi jiwa.

Dan aku tunggu. Tunggu mak su datang.

Kalaulah dia tiba sehari awal.

Kalaulah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience