PETANG itu, Natrah diizinkan oleh doktor untuk pulang setelah keadaan Erman baik-baik sahaja. Nabihah menawarkan diri untuk menghantar tetapi Eirfan pula menolak. Dia tidak ingin menyusahkan Nabihah dan Azrul sementelah dia juga memandu sepanjang perjalanan ke situ.
"Kita dah sampai rumah sayang. Ni rumah kita" Eirfan berbicara dengan Erman. Suka pula dia lihat Erman tersenyum seolah-olah memahami apa yang diperkatakannya.
Setelah Erman diletakkan di dalam babycot, dia berlari mendapatkan Natrah yang masih di dalam kereta. Namun dia agak terperanjat apabila dilihatnya Natrah sudah melabuh punggung di atas sofa.
"Love nak apa-apa tak?"
"Tak nak" Natrah menggeleng kepala. Tak sampai seminggu, Erman sudah awal-awal merebut Eirfan daripadanya.
Bunyi rengekan Erman membantutkan hasrat Eirfan untuk berduaan dengan Natrah. Dia jadi serba-salah sama ada untuk melayan Erman dengan rengekannya atau meladeni Natrah yang kelihatan lemah dan pucat.
"Awak pergilah layan budak tu. Saya tahu jaga diri saya"
"Kejap tau? Kejap lagi Hubby datang"
MELIHATKAN Natrah yang tidur kelelahan di atas sofa, hatinya diserang seribu kekesalan. Didekati si isteri yang sedang ralit tidur itu.
Wajahnya tampak lemah dan pucat sahaja. Hilang sudah seri ceria di wajah itu semenjak mereka kahwin. Adakah dia yang tak mampu nak membahagiakan Natrah? Atau Natrah sebenarnya yang terlalu menyanjung tinggi egonya?
"Love..." Eirfan tiada niat untuk mengganggu lena si isteri tetapi untuk membawanya ke dalam bilik, bimbang pula dia dimarahi.
Semenjak kejadian itu, Natrah tak pernah ingin dirinya disentuh oleh lelaki itu. Dia jadi buntu dan kecewa. Sedikit sentuhan bisa bikin dia marah. Itu yang Eirfan tak mahu.
"Hmmm?" Natrah menggumam.
"Jom masuk bilik. Nanti sakit badan tu tidur sini"
Tanpa banyak bicara, Natrah gigih juga celikkan matanya yang bagai dijahit itu. Dia mulai mengorak langkah namun pada masa yang sama, Eirfan pantas memimpinnya.
"Saya boleh jalan sendiri"
Eirfan kecewa tatkala Natrah menepis tangannya. Ya Allah!! Aku harus bagaimana lagi?
Langkah Natrah dihantar dengan pandangan mata sahaja. Sehingga Natrah hilang dari pandangan, barulah dia melabuhkan punggung dengan keluhan berat.
Sedikit demi sedikit kenangan beberapa bulan yang lalu mencanak ruang mindanya. Saat itu dia sedang bergaduh dengan Natrah gara-gara Soraya menghantar mesej kepadanya.
"AWAK cakap awak takde apa-apa hubungan dengan Soraya? Habis tu ni apa? Bersayang-sayang bagai!"
Api kemarahan Natrah sudah meletus. Wajahnya menyeringa saja. Handphone milik Eirfan dibaling di atas sofa.
"Dia yang mesej saya. Tapi saya tak pernah reply pun. Lagipun, dia yang bersayang-sayang. Bukannya saya!"
"Tak payah nak menegak benang yang basahlah Eirfan! Cakap jelah dalam hati tu memang suka kan? Yelah, ada orang ambik perhatian pada awak"
"Natrah!!" Eirfan hampir hilang sabar. Sudah beberapa kali dia mendengar Natrah memanggilnya dengan nama. Dia seorang suami. Tidak bisakah dia mendapat sedikit kehormatan daripada isterinya sendiri?
"Jangan panggil saya dengan nama! Saya suami awak. Tak boleh ke awak hormat sedikit? Saya bukannya kawan awak tapi suami awak!"
"Iye, saya isteri yang tak tahu hormatkan suami. Kenapa awak masih nak simpan saya? Lagipun, kalau awak buang saya, awak masih ada Soraya kan? Dia pun sudi nak jadi isteri kedua awak! Tapi kalau awak kawen dengan dia, make sure awak lepaskan saya! Sebab saya tak suka berkongsi!!"
Ya Allah!! Hancur luluh hati Eirfan mendengar tutur kata Natrah itu. Kenapalah dia tidak bisa merasai manisnya kebahagiaan itu? Mengapa Natrah gemar menguji kesabarannya?
Dia tak rela untuk berpisah dari Natrah. Namun untuk terus bersama, Natrah seakan tak memberi ruang untuknya merasai kemuncak kebahagiaan itu. Kenapa di harus dihadpkan dengan pilihan yang sulit ini?!
"Awak lepaskanlah saya Eirfan! Saya tahu awak dah bosan dengan saya. Saya tahu, awak dah muak. Untuk apa kita terus berada dalam hubungan ni kalau dua-dua tak bahagia?"
Hati Natrah merintih juga. Dia tak tahu harus bagaimana. Dia sayangkan Eirfan namun pada masa yang sama, dia juga buntu. Dia tak mahu Eirfan merasa terseksa dengan keadaan dirinya sekarang. Apatah lagi dengan kehadiran Soraya, dia yakin lelaki itu bisa mencipta bahagianya sendiri.
"Terlalu mudah awak menilai kasih sayang dan hati saya kan? Terima kasih Natrah! Untuk semuanya"
BUNYI tangisan Erman menyedarkan Eirfan dari lenanya. Dia bangkit untuk mendapatkan Erman. Tiba di hadapan bilik, dia lihat Natrah berdiri mendepani Erman dengan riak kosong.
Bimbang dengan keadaan yang bakal menimpa Erman, apatah lagi setelah menyedari Natrah sedang memegang gunting, laju saja derap kakinya mendekati Erman. Digendong Erman sambil menenangkannya.
"Bawak budak tu jauh dari sini. Bawak dia jauh dari sini!! Jauhhh!!" Natrah menekup kedua telinga dengan tangannya. Gunting tadi ditikam ke lantai.
"Love!!"
"Pergi!! Pergi!! Aku tak nak tengok budak ni! Aku tak nak tengok dia! Aku benci dia!!!"
Natrah sudah duduk memeluk lutut di atas lantai. Air matanya laju menuruni ke pipi. Dia teresak-esak sambil menekup kedua telinganya.
Setelah Erman kembali tenang, Eirfan meletakkanya di dalam babycot. Natrah didekati.
"Jangan!! Jangan datang dekat! Aku benci kau!! Pergi!!"
Natrah meracau-racau apabila Eirfan semakin mendekati. Dari duduk di lantai, dia laju memanjat katil. Dalam bayangannya, wajah Ehsan sedang tersenyum sinis padanya.
"Aku cakap pergi!! Pergiii!!" jerit Natrah diiringi esakannya. Dia lihat Eirfan seakan mendekati, namun pada masa yang sama wajah itu bertukar menjadi Ehsan.
"Pergi!!"
"Love!! Love!!"
Eirfan panik. Natrah pengsan!
HARI demi hari yang dilalui sungguh sukar baginya. Segala yang pernah dimiliki kini dikongsi pula dengan Erman. Kini, dirinya tak lagi dihiraukan oleh Eirfan. Bahkan lelaki itu sibuk menjaga dan bermain-main dengan Erman.
Pun begitu, segala makan minumnya tetap disediakan oleh Eirfan. Rumah pula sentiasa bersih dan rapi. Sedikit pun Eirfan tak pernah mengeluh atau mengata yang bukan-bukan.
Sudah masuk dua bulan usia Erman namun tidak pernah sekalipun Natrah menyusui badan dengan anaknya itu. Itu pun pertama kali ketika di hospital atas saranan misi.
Erman menangis atau merengek, dia tak pernah ambil peduli. Semuanya diuruskan oleh Eirfan sendiri. Segala kelengkapan dan keperluan Erman juga disediakan oleh Eirfan. Jadi untuk apa dia terus berada di sisi lelaki itu kerana dirinya seakan tiada berguna. Ke mana arah tuju hubungan mereka ini?
Semalam, dia tertidur menunggu lelaki itu pulang. Agaknya sudah larut malam baru dia lihat Eirfan sudah nyenyak di ruang tamu. Ke mana agaknya Eirfan pergi sehingga larut malam baru pulang?
Bunyi notifikasi dari handphone Eirfan memecahkan kesunyian. Natrah pada mulanya malas hendak ambil pusing, namun apabila tertera perkataan 'sayang' di situ, hatinya mulai berlagu hebat.
Dahinya berkerut mendengar bunyi notifikasi yang masuk berkali-kali. Tak menyabar, dia gapau handphone itu dan membaca setiap satu pesanan itu.
'Where have you been sayang?'
'Why didnt u pick up my calls?'
'Ohh dear! i seronok sgt mlm tadi. Ur wife mesti tak pernah lyan u mcn ni kan?'
'Miss u sayang!'
'Cant wait to see u!'
Natrah genggam penumbuk. Dia tahu persis pengirim itu adalah Soraya. Tiada perempuan gila yang lain yang mengejar suaminya selain Soraya itu! Ahh persetankan itu semua! Dia harus berdepan dengan Eirfan dan bertanya akan soal mesej itu. Benarkah Eirfan curang padanya?!
"KAN saya dah cakap, saya takde apa-apa hubungan dengan Soraya! Kenapa susah sangat awak nak percaya ni Ara?!"
"So apa maksud mesej tu? Your wife tak pernah layan you macam ni kan? Tu apa?"
Natrah sudah berani menantang mata dengan Eirfan. Dia tidak mahu diperbodohkan. Jika Eirfan sudah berani curang, dia pasti akan angkat kaki!
"Awak salah faham"
"Salah faham? So jelaskan pada saya maksud mesej tu dan kenapa awak balik lewat malam tadi? Awak have fun dengan Soraya?"
"Natrah!!" Eirfan sedikit menjerit. Dia bukan saja-saja pulang lewat semalam. Ada kerja yang disiapkan di bengkel dan kebetulan pula Soraya singgah di situ. Dia tak pasti sama ada Soraya sengaja singgah atau tidak namun kereta yang dipandu olehnya tersadai di bahu jalan.
Jadi, Eirfan mengajak Edri dan Tom untuk bersamanya bagi memeriksa keadaan kereta Soraya. Ketika sedang sibuk membaiki keretanya, Soraya pula belanja mereka minum dan sedikit roti. Itu saja. Tidak ada apa-apa yang istimewa atau yang aneh pun berlaku. Hanya Natrah saja yang berfikir bukan-bukan.
"Saya ada kerja semalam. Dan kebetulan Soraya datang. Kereta dia buat hal. Jadi saya bawak Edri dan Tom untuk teman saya baiki kereta dia. Untuk mesej yang 'layan' tu, saya rasa Soraya maksudkan makan dan minum yang dia sponsor semalam. Tu je. Takde apa-apa pun yang berlaku antara kami"
"Saya tak percaya!"
"See? Sebab tu saya tak nak susah-susah jelaskan pada awak. Sebab awak memang takkan percaya"
Eirfan sungguh letih nak menghadap satu-persatu. Tak habis dengan hal Soraya, kini Natrah menambah pening kepalanya!
"Sebab tu awak senang-senang nak curang kan?!"
"Saya tak curang! Dan saya tak pernah curang pada awak pun Ara!! Jangan tuduh saya sebarangan!"
"Tengok, dulu awak tak pernah cakap menengking macam ni! Sekarang dah pandai cakap jerit-jerit ,tengking-tengking! Awak dah bosan kan dengan saya?"
Ya Allah!! Eirfan meraup wajahnya. Dia stress! Dia tertekan! Natrah benar-benar menekannya!
"Enoughlah Ara! Saya penat. Cakap banyak kali pun awak takkan faham!"
Eirfan mengorak langkah ke bilik air namun ditegah oleh Natrah.
"Apa lagi Ara? Apa lagi yang awak nak?"
Penat fizikal tak habis lagi! Kini penat emosi pula campur tangan!
"Saya tak suka awak buat saya macam ni. Awak abaikan saya, awak tak layan saya..."
"Salah siapa Ara?" Laju saja Eirfan mencantas. "Saya dah layan awak baik-baik, tapi awak buat saya tak dihargai. Saya dah bagi sepenuh kasih sayang tapi awak tak hargai. Awak nak apa sebenarnya? Saya dah penat dengan semua ni!"
"Betulkan saya cakap? Awak dah penat dengan saya? Betulkan?"
Natrah terus-menerus menekan Eirfan sehingga dia rasa tak berdaya lagi. Natrah kali ini benar-benar mengujinya.
"Iye! Saya penat mengemis kasih sayang awak! Saya penat dengan kelakuan awak! Saya penat dengan segala usaha saya yang awak pandang serong. Saya penat Ara. Saya betul-betul penat...saya tak larat lagi dah.."
Ucapan Eirfan kali ini benar-benar telah meremukkan hati Natrah. Walau ditahan sekalipun, kehancuran itu pasti ada. Dan kini ianya sedang berjalar di antara mereka.
"Kalau macam tu, kita kena fikirkan semula akan hubungan ni" Suara Natrah kembali mengendur.
"Apa maksud awak?"
"Kita cari bahagia kita masing-masing. Mungkin itu yang terbaik. Lepaskan saya Eirfan! Lepaskan saya..." Mengungkap itu, air matanya turut sama mengalir. Walau perit, namun harus diteruskan juga.
"Jangan paksa saya Ara. Dan jangan cabar saya"
Empangan Eirfan mulai pecah. Takkan sanggup jiwa raganya berpisah dari si isteri.
"Dahlah Eirfan! Tak payah nak pertahankan hubungan yang sudah goyah ni. Awak boleh bahagia dengan orang lain. Mungkin bukan dengan saya..."
"Awak yakin ini yang awak nak?"
Perlahan-lahan, Natrah mengangguk. Separuh jiwanya tak nak. Namun separuh lagi mendesak.
"Baiklah. Kalau itu yang awak nak Ara..."
Esakan Eirfan mulai menggila. Sungguh perit melakukan ini. Namun si jantung hati tak mahu teruskan. Apa dayanya untuk terus bertahan?
"Nur Natrah, saya ceraikan awak dengan talak satu!"
tunggu tau next chapter.. thanks utk yg selalu bagi komen.. buat sy semangat lagi nak menulis ;)
Share this novel
next