"Anya.. kenapa makan sikit ni? " soal Mummy.. Empat mata terus melihat Anya.. mata Sherry, mata Mummy, mata Becky, dan paling risaukan dirinya mata suaminya yang duduk di sebelah Sherry.
"Anya tak sihat?" soal Mummy nya lagi.. "Tak.. Anya tak ada selera.. Maaf Mummy dan semua.. sebenarnya Anya ada hal selepas ni.. maaf kalau Anya tak dapat ikut serta makan ni.. " kata Anya terus berdiri dan menarik beg.. "Anya nak ke mana sayang? " soal Mummy..
"Sebenarnya.. Anya nak jumpa kawan lama Anya.. Zayhar..dia dah balik Malaysia.. Kawan Anya dari universiti... sebelum Anya kenal Becky... " terang Anya.
Sedikit diam mereka berempat.. Becky berfikir lama... "Zayhar.. Zayhar yang lelaki selalu dengan kau ke dulu? " soal Becky.. "Ya betul... please excuse me. " kata Anya..
Namun, tidak Bahr. Dia sedaya upaya mengawal riak wajahnya.. Dia tercabar dengan Zayhar. Kenapa harus isterinya bertemu dengan Zayhar.
***
"Anya......... "
hanya itu ayat yang dituturkan oleh Zayhar.. Masih gembira melihat Anya di hadapannya.. Lebih cantik.. dan sememangnya akan direbut olehnya daripada Bahr..
Anya hanya senyum, "Hai bestfriend.. " kata Anya.. Zayhar, kawan lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Bahr. Hanya Zayhar tempat dirinya melepaskan segala yang terbuku di hati.
"Nak makan apa? " soal Zayhar. Anya hanya tersenyum.. "You know me better right? " soal Anya, sekadar mengujinya. "My bestfriend love soup, especially mushroom soup with garlic bread. It's only thing that make her calm. " Panjang lebar Zayhar menerangkan.
Anya hanya tersenyum, "still remember about me? Tapi, kenapa baru sekarang muncul? " soal Anya.. "Kalau aku muncul dulu, kau janji akan khawin dengan aku? " soal Zayhar.
Termangu Anya di situ.. Zayhar meledakkan ketawanya, "gurau jelah.." kata Zayhar, terus memesan makanan untuk mereka berdua.
***
Bahr di rumah tidak senang duduk. Berjumpa dengan Zayhar seakan hubungan mereka akan retak. "Mana Anya ni? Lambat betul nak balik." Dia menghenyakkan dirinya di atas sofa.. Menunggu dan terus menunggu Anya kembali..
"Ting.. "
Terkejut Bahr.. Kunci automatik pintu rumah berbunyi, sejam dia melelapkan mata. Dia melihat Anya sedang membongkokkan badannya untuk membuka kasut tinggi merahnya..
"Baru sekarang nak balik? " Soal Bahr, Anya hanya membiarkan pertanyaan tersebut tanpa dia jawab. "Anya, your husband talking to you. Oh, seronok keluar dengan lelaki tu? Isteri macam apa you ni? " soal Bahr.
Anya hanya mampu bersabar. "Apa awak nak Bahr? Kami cuma makan.. Makan, jangan soal saya, saya isteri macam mana.. At least you know where i'm going and with who.. Awak? Membiarkan diri awak dipeluk Sherry, saya pun boleh tanya awak, what kind husband are you? " soal Anya memandang tepat mata Bahr.
"Saya dah cakap, perkhawinan ini tak sepatutnya berlaku.. sebabawak terikat dengan Sherry. " tambah Anya. Bahr hanya diam.. Dia mendekati Anya, merangkul badan Anya dan memeluknya hangat, menyalurkan rasa cintanya kepada Anya.. Hanya Anya seorang.. Hanya Anya dalam hatinya sekarang.
"Believe me Anya. Bertahan untuk sedikit masa.. " bisik Bahr. "Masa untuk apa? " soal Anya sambil menolak tubuh Bahr. "Sekarang ni, saya tak ada apa nak pertahankan.. Awak dah rasmi saya, good for you.. dan sekarang sekiranya kita bercerai, who's gonna accept me? " soal Anya.
"Kita takkan bercerai Anya.. " kata Bahr. "saya penat Bahr.. penat sangat.. penat dengan semua ini. Jangan jadikan saya macam orang bodoh antara awak dan Sherry. Please let me go. " pecah tangis Anya. Dia penat dilayan begini... Tersepit antara perhubungan Sherry dan Bahr..
"Saya tak sanggup Anya. " kata Bahr sambil memeluk sekali lagi tubuh Anya.
***
"Bila kau nak bertindak ni? Lambat kerja kau.. " bidas Sherry yang duduk di atas riba Zahin..
"Shuuuu.. just do your work. Tak lama lagi, aku boleh nampak Anya dalam masalah sekarang ni. " pesan Zahin.
"Lagi cepat kita pisahkan mereka, lagi cepat aku dapat Bahr, dan kau dapat Anya. " kata Sherry.. Zahin hanya tersenyum. Masanya akan tiba. "Kau memang betina tak guna, kau kerja untuk Zayhar, dan kau kerja untuk aku? " soal Zahin.
Selama ini Zahin hanya berpura- pura dengan Becky.. Zayhar dan dia mempunyai dendam.. Tapi, untuk membongkarkan identitinya tidak boleh diketahui.
Sherry hanyar ketawa, "jadi.. jangan buat I marah. I boleh bocorkan rahsia you dekat Zayhar dan Becky. " kata Sherry..
Zahin hanya ketawa, "dan aku akan pastikan daging kau terapung dekat sungai.. kalau kau buat gila. Jangan ugut aku.. aku lebih gila daripada Zayhar. " bisik Zahin sambil mendukung Sherry masuk ke bilik.
***
"Kita nak ke mana ni? " soal Anya apabila Bahr memandu kereta membelah kepekatan malam. "Somewhere, yang hanya kita berdua.. Tiada Sherry, Zahin, Zayhar dan Becky.. Hanya bagi peluang kita berdua.. " kata Bahr.
"Untuk? " soal Anya.. "Untuk mengingatkan kau, bahawanya kau tercipta untuk aku... My Partner in Crime." tutur Bahr.
Terkejut Anya.. "or should i call you, My Candy? " kata Bahr.
Terkedu Anya.. "Bahr... awak.... "
"Awak dah ingat semuanya? " soal Anya. "Abang dah ingat semuanya ke? " soal Bahr kembali.
haii readers.. lama tak jumpa, still in touch with this story, harapnya masih lah ye.. seminggu sekali kita publish ye... lots of loveeee
Share this novel