bacdh 'I'm watching you!'

Drama Series 55610

Khaleeda berdiri menyandar di dinding luar rumah. Agak jauh dari majikannya dan pasangan yang sedang bersalaman.

Sedang juga mengucapkan selamat jalan kepada Puan Kay, Mommy Miss May Rose yang akan pulang entah ke mana salah satu rumah, dari beberapa rumah yang mereka miliki.

Dia berada di luar ini kerana sebentar tadi menolong memasukkan bagasi Puan Kay ke dalam kereta mewahnya.

Masih juga di sini kerana bimbang ada arahan selanjutnya selagi kereta mewah itu masih belum bergerak meninggalkan halaman banglow.

Sebelum masuk ke dalam kereta sempat lagi Puan Kay menoleh sekilas kepadanya dengan jelingan. Mungkin memberi amaran tanpa kata yang bermaksud (I'm watching you!).

Argh! penatnya menjadi seorang Khaleeda harus sentiasa berperasangka apa akan orang perkatakan tentang dirinya. Terkekang pergerakkan kerana fikiran-fikiran seperti itu yang menakutkan dia.

Selepas kereta mewah itu melepasi pagar banglow Khaleeda menekan butang alat kawalan dan pintu pagar tertutup sendiri. Khaleeda capai getah paip di tepi rumah lalu mula menyiram pokok-pokok bunga berdekatan.

Ekor matanya sempat menangkap aksi Miss May Rose yang memaut pinggang Yusoff untuk beriringan masuk ke dalam rumah.

Yusoff sengaja menyekat dia di sini untuk menjeruk hatinya. Bukankah Yusoff bencikan dia jika Yusoff mahu dia pergi boleh sahaja Yusoff membayar harga kos membaik pulih kereta myvi Miss May Rose.

Sabar Di... kau masih di sini kerana Khalisya. Banglow ini tempat paling selamat untuk anak kecilnya.

Biarkan Yusoff meramas dan mencengkam remuk hatinya janji anak kecil itu Yusoff layan sebaiknya umpama sang puteri seperti apa yang dia lihat sekarang.

Khalisya layak untuk semua layanan terbaik itu. Dia mahu Khalisya menyamah kasih sayang seorang Ayah itu selama mana yang sudi Yusoff beri.

'Pon!'.

Allah!
Khaleeda terperanjat apabila sebuah kereta yang sudah berada di hadapan pintu pagar membunyikan hon. Kenapa Puan Kay berpatah balik?.

Ketika dia sudah memicit butang kawalan pintu pagar agar terbuka dan muncung kereta sudah masuk ke dalam kawasan banglow barulah dia perasan kereta yang masuk bukan milik Puan Kay. Bentuk dan warnanya sama tapi jenama kereta berbeza.

Khaleeda sudah serba salah. Majikannya pasti tidak mahu menerima tamu buat masa sekarang kerana baru sahaja hilang lelah dari tamu yang barusan pergi.

Khaleeda mendekat kepada kereta yang sudah terpakir di hadapan beranda rumah. Mahu beralasan sepatah dua kata jika dia mampu.

Khaleeda menunggu di tepi pintu kereta agar sosok di dalam menurunkan tingkap kereta yang berwarna gelap. Berharap cakapnya akan laku pada tetamu yang tidak diundang.

Tingkap kereta tidak diturunkan sebaliknya pintu kereta di buka dan keluar seorang lelaki tinggi dan sederhana besar.

"Kau!!!".
"Kau buat apa kat sini!?".

Khaleeda terkejut. Rasa mahu pengsan di situ juga kerana takutnya dia dengan lelaki itu.

@@@@@@@

"Abah Boo tak cakap nak datang. Kalau tak, boleh Mak Usu sediakan makanan kesukaan Burhan."

Miss May Rose mencedukkan kuah kari ayam lalu mencurahkan ke atas nasi di dalam pinggan anak saudara Yusoff.

Budak lelaki berusia sekitar sembilan atau sepuluh tahun itu tersenyum malu-malu dengan layanan dan disapa mesra, manja begitu oleh Miss May Rose.

"Tak rancang pun nak ambil kursus keusahawanan tu. Tapi sebab nak ambil lesen untuk business yang baru ni kena ada sijil ni... tu yang fikir bolehlah ambil. Tapi bagus juga datang tiba-tiba macam ni..."

Cerita abang Yusoff tergantung di situ. Matanya sempat menjeling Khaleeda yang sedang meletakkan sejag air oren di atas meja hidangan.

Sedikit bergoyang jug air yang dipegang Khaleeda kerana berat jisim jug dan rasa berat di hatinya .

Miss May Rose yang tersenyum sahaja melayan tetamu kemudian mengikut arah pandangan mata Yunus yang melekat pada Khaleeda.

"Oh! lupa kenalkan pada Yun, ni assistant May. Nama dia Khaleeda dan budak perempuan comel yang tadi tu Khalisya anak Khaleeda..."
"Yun boleh panggil Khaleeda Di aje. Kitaorang semua panggil dia Di."
"Boleh kan Di?..."

"Di... you boleh pergi. Kalau kami nak apa-apa kami panggil."

Belum sempat Khaleeda menjawab, sesi pekenalan Miss May Rose terhenti apabila Yusoff mencelah. Menghalau Khaleeda dari ruangan santapan mereka sekeluarga.

Khaleeda tunduk sekali kemudian melangkah pergi. Dia lega tapi dalam masa yang sama terluka. Benar-benar terluka. Begitu sahaja dia dihalau dari ruang 'keluarga'.

@@@@@@@

"Kau buat apa ni Yus!? Mana kau jumpa dia!?. Jangan rosakkan hidup kau yang hampir sempurna ni untuk perempuan macam tu Yus! Tak berbaloi!. Macam mana kalau May tau!?. Dari kau sampai Malaysia dulu aku dah pesan jangan cari dia lagi!".

Berbisik tapi nadanya kasar dan keras. Sampai tempias air liur Yunus ketika melepaskan geramnya. Yusoff ragut dua tiga helai tisu dari kotak di atas meja. Mengelap lengannya. Apalah!.

"Aku tak cari dia."

"Kau ingat aku percaya!?".

Yunus jeda seketika dengan mata mencerlang geram merenung wajah Yusoff, kemudiannya menyambung lagi melempiaskan rasa hati.

"Patutlah kebelakangan ni tak ada tanya kalau aku ada turun KL!. Dah tak ada ajak lepak ke, ngeteh ke."
"Aku ingat busy, rupanya!...".

Bertingkat-tingkat Yunus mengaruk. Menuduh dan menyindir.

Okay... betul. Tapi bodohlah kalau dia mengaku.

Dia faham kemarahan Yunus kerana Yunus saksi kesakitan dia kehilangan Khaleeda. Hampir dia hilang akal juga. Mujur dia mampu teruskan pelajaran dan berjaya habiskan pelajaran.

"Aku balik outstation dia dah ada kat sini... May ambil jadi assistant."

"Maksudnya?. May tau?".

"Bukan... entah. Takdir mungkin."

"Huh! jangan bebal sangat Yus!. Mesti perempuan tu cari kau. Mesti dia tau kau somebody sekarang. Business maju, banyak duit."
"Kau dah ceraikan dia?. Kejap, kejap... memang betul kan dia langsung tak ada failkan tuntutan fasakh!?".

Yusoff geleng kepala. Dia sendiri bencikan Khaleeda. Ye ke perkataan tepatnya benci?. Entah, dia tak tahu rasa apa sebenarnya yang libang-libu di hati dan dada.

Segala apa yang dia buat pada perempuan assistant May Rose itu kerana rasa marahnya dengan cerita dulu.

Bukan marah... entah!

Masih terasa sakitnya. Tiga kali dia dibiarkan merayu dan mengemis kasih gadis yang pertama kali...

Tidak, tidak, Khaleeda satu-satunya perempuan yang terpahat di dalam hati, di benak fikiran dan menjalar dalam urat darahnya.

Masih dia ingat hari terakhir dia pulang ke rumah besar pasangan orang kaya itu. Khaleeda langsung tidak membelanya. Kali ke dua dia diperkenalkan dengan teman lelaki Khaleeda, dia diremehkan.

Kali terakhir dia dipanggil datang hanya untuk diminta tidak berharap lagi. Kecewanya dia sampai sekarang hingga jadi dendam kesumat. Jadi dia tega menyakiti hati perempuan yang dia cinta itu.

Sekarang ini apabila Yunus bercakap tentang Khaleeda kenapa dia tetap rasa kesakitan?. Tidak sanggup mendengar segala kata buruk Yunus pada Khaleeda. Hanya dia boleh memaki Khaleeda tapi tidak orang lain.

"Heh Yus! Kau jangan nak terpedaya dengan perempuan tu. Buang dia kerja Yus. Cakap dengan May siapa sebenarnya Khaleeda."
"Mesti May faham dan akan buang dia. Kalau kau rahsiakan tentulah May tak ada kisah nak buang dia!".

Yusoff tidak menoleh kepada Yunus. Lurus pandangannya ke arah hadapan memandang samar gelap malam hanya ditolong oleh lampu jalan.

Buang Khaleeda?...

Nanti dia gila seperti lima bulan selepas cerita pertemuan malam pertama dahulu. Nanti dia sasau marahkan semua orang jika tidak nampak kelibat Khaleeda.

Sekarang ini sahaja sudah dua minggu dia sasau juga kerana tidak dapat mendekati Khaleeda. Datang pula Yunus dengan tiba-tiba begini. Tidak mungkin buat masa sekarang.

Mungkin satu hari nanti segala rasa bercampur baur pada Khaleeda itu hilang. Mungkin akan sampai masanya dia bosan dan boleh melepaskan Khaleeda pergi.

Biar Khaleeda di sini bagi dia puas hati mengajar perempuan itu. Mahu lelaki kacak, kaya dan mendatangkan faedah?. Akhirnya mengemis makan dengan dia juga, lelaki yang pernah Khaleeda halau macam kucing kurap ini.

Jadi sebenarnya semua berkait masa. Tujuh tahun dari cinta yang amat kemudian jadi kecewa, kemudian hari ini menjadi perasaan kacau bilau.

Satu hari nanti... mungkin.

@@@@@@@

Dari ekor mata Khaleeda nampak Yunus berjalan mendekati dia di dapur ini. Dia mahu lari tapi kuih talam harus diuruskan segera kerana akan dihantar ke cafe sebentar lagi.

Khaleeda menoleh kerana Yunus di belakangnya tidak beralih dan tidak pula bercakap apa-apa.

"Abang ada nak apa-apa?".

Khaleeda sapa Yunus tergagap-gagap. Tidak senang dia mahu bekerja dimandur Yunus, dari belakang pula tu.

"Aku nak kau keluar dari sini. Jangan kacau hidup Yusoff. Dia bahagia dengan May!".
Khaleeda teruskan kerjanya dalam keadaan serba canggung, tidak berani menjawab amaran keras Yunus. Teringat amaran yang sama kerasnya seperti tujuh tahun dahulu.

Tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Patut ke dia terangkan dia berhutang duit baik pulih kereta Miss May Rose. Atau tuduh sahaja semua ini kerana Yusoff yang mengugutnya untuk kekal di sini.

Biar Yusoff dan Yunus dua beradik bergaduh. Tegakah dia untuk berbuat begitu. Dulu dia tidak mampu sekarang juga sama. Dia bukan orang jahat.

"Aku bercakap kau buat bodoh macam ni ye! kurang ajar! Kau ingat kau siapa!?".

Diam Khaleeda rupanya membakar Yunus.

"Bukan macam tu... Di dengar..."

Ya Allah tolonglah.

"Amboi Yun... ngurat assistant May ke tu?".

Satu suara yang tiba-tiba masuk ke ruang dapur memeranjatkan Khaleeda dan juga Yunus.

Ketika Khaleeda menoleh Miss May Rose tersenyum mesra seperti selalu. Suka kerana dapat menyakat Yunus dan Khaleeda.

Pandangan Khaleeda tertuju ke wajah Yusoff di belakang Miss May Rose. Ketat dan tegang hingga nampak keras rahang bawahnya bergerak-gerak.

Kenapa mesti dia selalu terhimpit dengan situasi janggal seperti sekarang.

"Saja berbual kosong May. Rasanya Khaleeda tak akan pandang lelaki macam saya. Tengok orangnya mesti dia nak lelaki kaya, handsome, romantik... padan dengan dia. Kan Di."

Khaleeda langsung berpusing meneruskan kerjanya dengan kuih-kuih talam yang sudah siap dipotong untuk dimasukkan ke dalam bekas.

Membiarkan dia diolok-olokkan orang seperti selalu tanpa mampu membela diri. Dia tiada daya.

"Kata nak keluar pagi?. Burhan macam mana? Tinggal sini ke sepanjang kau kursus?".

Suara Yusoff memecah kejanggalan di dalam dapur mewah itu.

"Aku bawak... aku dah ambik bilik semalam kat hotel tu. Rindu kau punya pasal tu yang singgah."
"Senyap aje kebelakangan ni macam tikus jatuh ke beras."

"Ye ke? You tak ada call Ayun ke you?"
"Okay jom breakfast. Kita borak sambil breakfast. Nanti lambat."

Soalan Miss May Rose kepada Yusoff tidak diperlukan jawapan kerana segera sahaja Miss May Rose mengajak semua ke meja hidangan.

Mungkin sekadar memujuk rasa ralat Yunus dengan sikap Yusoff.

"Saya dah breakfast May. Nak jalan dah ni."
"Boo jom. Abah dah lambat ni."

Yunus bergerak ke ruang hadapan diikuti semua. Meninggalkan Khaleeda kelegaan seorang diri di ruang dapur.

Seketika sahaja, kemudian dia rasa mahu merusuh dan menangis di situ juga dengan segala ketidak adilan yang berlaku di dalam hidupnya.

Tujuh tahun!
Tujuh tahun dengan semua rahsia ini bukanlah masa yang sekejap.

Jika ibaratnya semua rahsia adalah angin yang dimasukkan ke dalam sebiji belon... sudah lama ianya meletup.

Khaleeda benar-benar sesak dan sebak.

so far so good ke kwn2? gewam lg ke tu? Ari ni ada Ayun. silalah kendurikn Ayun. terima kasih very much kpd yg donate, yg Komen dan yg sudi singgah bce. kwn2 sume merealisasikan impian zmn remaja Sy berangan nk jd penulis. wpn tulisan Sy taraf gred Z kwn2 sudi jgk bce. terima kasih ye. I is terharu sgt. syg uoll

Share this novel

cikainlah
2024-09-27 15:04:03 

bila la nasib Di akan terbela ni...setan si yunus ni kau yang punca buat2 mcm.. Di plak disalahkan


NovelPlus Premium

The best ads free experience