bacdh 'Tergamam'

Drama Series 55610

21:30 pm

Sudah dikesat peluh di atas bibir, di dahi dan leher tapi tetap terbit lagi. Khaleeda menyelongkar ke dalam tas tangan tapi tidak jumpa, nampaknya dia sudah kehabisan tisu.

Tadi, setengah jam dia duduk di bilik itu tetapi lelaki itu belum juga muncul. Menyebabkan dia bertambah panik.

Kepala paip dia pulas semula. Tapak tangan di hulur ke air yang bercucuran. Sekadar membasahkan.

Apa aku buat ni!?.
Dia bermonolog di dalam hati. Nafas ditarik panjang cuba meredakan debaran yang menggila. Dia lepas tertahan-tahan. Cuba bertenang, memujuk hatinya bertenang.

Relax... relax... malam ini dan malam esok sahaja.

Pintu bilik air yang di tolak tiba-tiba dari luar menyentak dirinya sehingga terloncat kecil.

"Why are you here?"

"Tadi dah dud..."

"That guy already there and you still here!?"
"You want this job or not!?"

Soalan bertubi-tubi diserang Lady Boss yang muncul di sebalik pintu yang sudah terdedah.

"Na..ak."
"Sekejap ye... saya nak buang air kecil."

Perempuan Cina itu mengetap bibir, menahan geram barangkali.

"Faster la!".
"Sudah siap terus pergi bilik sana!"

"Okay, okay."

Kelam kelibut dia masuk ke bilik kecil di dalam tandas wanita.

@@@@@@@

Seorang gadis memakai skirt kembang bermotif flora dipadankan dengan baby t-shirts menampakkan kulit perut yang cerah, mampir kepadanya.

Dia sedar sejak tadi gadis itu memberi pandangan menggoda. Gadis itu berkelakuan begitu pasti kerana mendapat pasangannya dari kumpulan German yang paling tua dan paling gemuk.

Dia rasa dia perlu selamatkan diri lalu segera bangun mengejar daun pintu dan keluar.

"Argh"

"Sorry, sorry... you okay madam?".

"Okay... Boss you punya girl sekejap lagi datang ogh. Dia pergi toilet."

"It's okay..."

"There is she."

Dia tidak menoleh ketika Lady Boss memandang ke belakangnya.

"I got to go... enjoy ogh."

Seusai bercakap Lady Boss terus berpaling menuju ke hujung koridor yang panjang. Meninggalkan dia di hadapan pintu bilik karaoke yang berdaun berat.

"Excuse me..."

Dia beranjak sedikit mahu memberi laluan kepada si empunya suara. Menoleh sekilas kepada gadis bergaun ketat berwarna gelap.

Si gadis tegak sahaja cuba menarik pintu berdaun berat. Eh!...

Dia cepat pantas mencapai lengan si gadis sehingga tubuh langsing itu terpaling dan terdongak menghadap dirinya yang tinggi sasa.

Mata mereka bulat membesar. Masing-masing terkejut dan tergamam.

Tidak!.

@@@@@@@

Sepasang lelaki dan perempuan keluar dari satu daun pintu di koridor yang panjang itu, mematikan renungan mereka.

Dia menolak tubuh langsing bergaun ketat menghadap ke muka dinding lalu menghimpit dengan tubuhnya yang sasa.

Selepas pasangan tadi berlalu dia membalikkan kembali tubuh si gadis supaya menyandar ke dinding menghadap dirinya. Si gadis meronta kuat cuba melepaskan diri.

Sebelah lututnya di selit antara kaki gadis itu. Sebelah lengannya menyilang dada empuk si gadis. Sebelah lagi tangan memaut dagu si gadis supaya terdongak memandang wajahnya.

Sepasang mata bundar itu...
Bibir itu...
Dia menelan liur.
Kenapa berada di sini?!.
Kenapa berpakaian begini!?.

Si gadis menggeleng laju tiba-tiba, cuba melepaskan pautan di dagu. Menolak kuat tangannya yang menyilang di dada.

Si gadis terlepas. Hanya sahaja lututnya yang di celah kaki si gadis menyelamatkan keadaan.

Dia memaut kuat lengan si gadis, mengheret tubuh langsing itu melalui koridor yang panjang menuju ke pintu utama. Sepanjang berjalan si gadis meronta kuat tapi tidak mengeluarkan suara.

Dia heret pula kemudiannya melalui ruang dalaman pusat membeli belah mahu keluar dari bangunan besar yang penuh manusia di malam hujung minggu.

Rasa hati amat tidak tertahan. Kepalanya penuh persoalan mahukan jawapan.

Langkah semakin dilajukan. Dia tahu gadis berkasut tumit tinggi itu sudah beberapa kali hampir tersungkur kerana dipaksa menyaingi langkahnya yang luas dan panjang.

Apabila tiba di hadapan pintu utama pusat membeli belah terkemuka itu dia berhenti sejenak. Dia menahan rasa di pinggangnya yang perit dicengkam jari sang gadis. Tidak lagi meronta seperti tadi mungkin malu untuk mencetus adegan yang boleh menarik perhatian umum.

Mujur dia masih mampu bertahan kerana jaket yang dipakainya dari material yang agak tebal.

Dia teringat satu tempat yang terdekat. Sebuah hotel budget. Dari pinggang jari si gadis beralih pula merayap ke dalam jaketnya. Terasa berdas-das cubitan di dada dan perut. Dia rasa perit tapi peliknya ada rasa lain pula muncul untuk setiap cubitan itu.

Hati semakin tidak tertahan. Kali ini kerana dua rasa menjalar di tubuhnya. Rasa ingin tahu dan rasa... Argh! masak!.

@@@@@@@

"Bilik satu."

"Double?".

"Ya."

"IC."

Dia seluk ke dalam kocek seluar mengeluarkan dompet duit kemudian di letak di atas kaunter untuk mengambil kad pengenalan diri. Semua dilakukan dengan sebelah tangan.

"Cash atau kad?"

"Kad". Sekeping kad plastik berwarna merah di letak ke atas kaunter.

Muka si gadis keruh, peliknya tiada suara yang keluar memaki dirinya atau merusuh kerana mahu dilepaskan.

"RM250".
"Saya dengar ada ambush malam ni encik. Jangan cakap saya tak payung."

Mendengarkan itu terasa rontaan kuat genggaman tangannya pada lengan si gadis. Mungkin panik kerana kenyataan penjaga kaunter.

"Bilik 107. Ikut tangga sana."

Tangannya segera mengutip dua keping kad di atas kaunter kemudian kembali mengheret si gadis. Memanjat mata tangga yang berputar ke tingkat atas.

Kad kunci dilayangkan ke kunci pintu. Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah bilik sederhana besar dengan sebuah katil bersaiz queen.

Sekali lagi si gadis meronta mahu melepaskan diri. Dia paut pinggang ramping si gadis kemudian menarik tubuh itu sehingga si gadis tersandar di daun pintu yang sudah tertutup.

"Now explain!". Kuat suaranya menengking.

Turun naik dada si gadis mungkin kerana kelelahan mencuba melepaskan diri. Sepasang mata bundar yang cantik itu bulat merenung dirinya.

Tok, Tok, Tok.
Tok, Tok, Tok.

Baik dia ataupun si gadis segera menoleh ke daun pintu yang bertutup. Kuat sangatkah suaranya tadi sehingga ada yang terganggu.

"Diam!."

Bisiknya keras ke muka sang gadis kemudian membuka daun pintu. Berdiri dua orang lelaki di muka pintu.

Rasanya kelibat ramai lagi di belakang dua orang lelaki dan di sepanjang koridor tingkat satu hotel. Bunyi ketukan pintu di bilik lain juga kedengaran.

"Ya encik?" Sapanya berbahasa.

"Seorang?"

Soal lelaki yang bert-shirt dan berjaket hitam dengan logo Jabatan Agama Islam.

"Berdua encik."

"Dengan siapa?".

"Isteri."

"Mana isteri?".

Matanya bergerak dari muka pintu ke belakang daun pintu. Si gadis dengan wajah pucat berdiri gelisah.

"Sekejap ye..."

Dia bergerak ke tengah bilik mengambil dua helai tuala di atas katil. Kemudian kembali ke belakang pintu menyelubung tubuh si gadis dan sehelai lagi dililit ke pinggang. Barulah dia menarik gadis itu berdiri di hadapan pintu.

"Boleh minta kad pengenalan?".

Dia hulurkan kad pengenalan di dalam kocek seluar, si gadis juga berbuat yang sama.

"Mana kad akuan nikah?".

Mata si gadis serta merta memandang wajahnya... panik!.

Dia keluarkan dompet duit lalu kad yang diminta dihulur kepada pegawai di muka pintu.

"Kami kena masuk untuk pastikan betul cuma encik berdua sahaja ada di dalam bilik ni."

Dia minggir ke tepi menghimpit si gadis ke belakangnya di hadapan ruang sempit di muka pintu bilik hotel. Lekuk hadapan tubuh si gadis memetik rasa.

Dua orang pegawai berlegar seketika. Sempat menarik untuk melihat ke belakang kepala katil dan seorang lagi memeriksa bilik mandi.

"Terima kasih encik atas kerjasama. Kami hanya menjalankan tugas."

"Sama-sama. It's okay."

Tangan yang dihulur dia jabat erat kemudian menutup rapat pintu bilik.

@@@@@@@

"Apa cerita ni!?".
"Explain!"

"It's... it's none of your business."

Baju seksi... lama dahulu perkara biasa. Makeup tebal... dulu tidak. Menjawab soalannya dalam keadaan tergigil, muka panik. Jumpa pula di bilik karaoke sebagai gadis pelayan... apa dah jadi dengan perempuan di hadapannya ini?.

Tiba-tiba dia di tolak sehingga terundur selangkah ke belakang. Si gadis cuba menarik daun pintu yang tertutup. Cepat pantas dia paut tubuh kecil itu sehingga terpusing ke ruang dalam dan dia humban tubuh kecil itu ke atas tilam.

Ribut penafasan sang gadis yang sudah terduduk bersimpuh di atas tilam. Gaun ketat separas lutut sudah tersingkap ke pangkal paha. Tiga butang teratas gaun sudah terlucut dari rumahnya mendedahkan dada mengkal yang putih melepak.

Aduh...
Rasa yang sudah bertandang sedari tadi semakin memanas di dalam dadanya. Dia mendekat dan si gadis berundur ke kepala katil terdiam di situ.

Apa status dia dengan gadis ini?. Masih halalkah untuk dirinya. Dia tidak pernah melafazkan apa-apa. Dia juga tidak pernah menerima apa-apa tuntutan.

Tangan dia hulur ke wajah putih melepak yang sepasang mata bundarnya jadi membulat. Dia elus perlahan pipi merah jambu. Walau berpeluh dengan rambut yang mula kusut kerana sedari tadi meronta, tapi wajah cantik itu tetap menarik seperti dahulu.

Tiada tantangan, si gadis hanya membiarkan jarinya mengelus dan mengelus. Mata cantik itu sudah semakin kuyu lalu terpejam. Jarinya dari pipi pergi ke bibir kemudian dagu dan semakin ke bawah.

Argh! apa nak jadi, jadilah. Dia cakup bibir berulas penuh itu dengan bibirnya. Tangan juga tidak mampu berdiam lagi. Dia tarik si gadis supaya baring terlentang di bawahnya.

@@@@@@@

Kring, kring, kring, kring...
Kring, kring, kring, kring...

Sayup bunyi telefon menjadi semakin kuat dan kuat. Kelopak mata rasa digam rapat. Tangan menggagau menangkap telefon yang berbunyi bising.

"Errmm..."

...

"Ya, saya."

...

Terus tegak dia duduk bersila. Menyala terus mata yang mengantuk. Mendengar lebih teliti cerita si pemanggil. Tangan mencapai jam tangan di atas meja bersebelahan kepala katil, 3:27 pagi.

"Okay. Saya ke sana. Dalam setengah jam atau 45 minit. Saya cuba."

...

"Baik terima kasih."

Punat merah ditekan. Telefon dia letakkan kembali ke atas meja.

Tubuh yang baring berselubung di bawah selimut di sebelahnya dia cengkam di bahagian punggung. Kemudian menepuk-nepuk perlahan. Rasa bertandang lagi tapi ada urusan penting menunggu.

Macam mana ni? Urusannya dengan si dia di bawah selimut juga belum selesai. Banyak yang perlu ditanya, dibincang dan diputuskan.

Okay, selesaikan dulu urusan pemanggil telefon, rasanya tidak akan mengambil masa yang panjang. Anggaran masa dicongak menjelang gadis ini bangun pagi dia sudah ada di bilik ini.

Dia bangun dan turun daripada katil. Menarik laci meja kecil bersebelahan kepala katil. buku nota nipis milik hotel dia carik sehelai.

'Saya ada urusan kerja. Rasanya tak lama. Tunggu saya balik bilik. Kita kena bincang dan selesaikan urusan kita.'

Mana nak letak?.

Dia melihat meja kopi di hadapan pintu bilik. Paling strategik kerana kad kunci dan tas tangan juga diletak di situ. Selesai satu perkara.

Dia capai tuala dan melangkah masuk ke bilik air, mandi wajib kemudian keluar dan bersiap. Langkahnya laju mengejar masa. Siap, terus sahaja membuka pintu dan keluar.

Mana dia nak perasan pesanan di tulis pada sehelai kertas itu sudah terbang jatuh ke lantai dan menyusup pula ke bawah katil kerana angin dari pergerakkan daun pintu yang terbuka kemudian tertutup.

mengantuk tp kena pg klinik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience