BAB 10:Rumah Nombor 713
MALAM tu Harun di undang ke sebuah stesyen radio gara-gara artikel pendedahannya berkaitan kabus misteri di puncak tebing tanah tinggi yang tersiar di keluaran isu terbaru akhbar tabloid BONGKAR telah menjadi viral.
Dek kerana itu juga nama wartawan Harun Nasharuddin semakin menjadi sebutan ramai. Rata-rata peminat dan pembaca setia tabloid BONGKAR kagum dan memberi sokongan kuat kepada Harun agar terus gah membongkar pelbagai perkara misteri,aneh dan pelik untuk tatapan ramai.
Namun dalam pada itu ada juga segelintir netizen yang kurang percaya dengan kisah kabus misteri yang berjaya di bongkar oleh Harun. Malah ada yang mendakwa hal itu hanya di tokok-tambah oleh Harun demi melariskan penjualan akhbar BONGKAR.
Bersama deejay bertugas yang mengelola rancangan temubual di stesyen radio terbabit,Harun mendedahkan perihal berkaitan kabus misteri itu lebih lanjut serta menjawab pelbagai dakwaan dan tohmahan yang di lemparkan oleh netizen kepadanya.
"Nampaknya gara-gara artikel kabus misteri yang tular baru-baru ini,nama saudara Harun Nasharuddin tiba-tiba menjadi sebutan ramai netizen di sosmed. Dalam pada ramai yang menyokong namun masih ada segelintir yang mengeji. Adakah perkara-perkara seperti ini menyebabkan semangat kewartawanan anda luntur?Apa komen saudara Harun?"tanya Deejay Akma.
"Ya macam-macam juga kecaman yang di lemparkan kepada saya. Ada yang kata saya ni palatao lah..sekadar nak lariskan jualan tabloid BONGKAR lah. Hm sebenarnya perkara sebegini tak sedikit pun melunturkan semangat kewartawanan saya,malah saya terhibur dan semangat jadi semakin berkobar kerana pendedahan yang saya buat melalui artikel kabus misteri menjadi bualan ramai sekaligus viral di media sosial. Pada hemat saya..kita tak akan mampu untuk puaskan hati semua orang. Jadi biarkan sahajalah"balas Harun tenang.
"Okey kepada para pendengar stesyen radio Merdu FM,malam ini saya deejay Akma selaku deejay bertugas anda turut di temani oleh wartawan dari akhbar tabloid popular,mingguan misteri BONGKAR iaitu saudara Harun Nasharuddin ya sebagai tetamu undangan kita malam ini. Saya akan buka talian buat para pendengar menghubungi dan bertanyakan apa-apa soalan kepada wartawan Harun Nasharuddin yang cukup viral akhir-akhir ini"celoteh deejay bertugas sambil memutar lagu iringan.
Suasana di dalam konti agak sejuk dengan penghawa dingin di tambah cuaca hujan di luar. Ini bukan kali pertama Harun di undang ke stesyen-stesyen radio seperti itu.
"Aha..jadi menurut artikel yang saudara Harun tulis,anda mendakwa telah di munculkan ke pejabat syarikat penerbitan tabloid bongkar sejurus membuka pintu dan menjejakkan kaki ke dalam rumah misteri yang terdapat di atas puncak tebing tanah tinggi. Anda mendakwa telah melalui pengalaman pelik di mana syarikat tabloid BONGKAR di dapati telah di tamatkan operasinya malah premisnya sedang di iklankan untuk di jual? Boleh saudara Harun terangkan lebih lanjut?"
"Itulah perkara yang membingungkan saya. Saya kemudian berhasil menemui rakan setugas,Yana Maya. Beliau memberitahu sesuatu yang amat sukar untuk di terima akal di mana diri saya telah di dapati hilang hampir dua tahun tanpa dapat di jejaki setelah kali terakhir meninjau dan menyiasat ke lokasi misteri tebing tanah tinggi berkabus. Syarikat telah mengalami kebankrapan. Para staf wartawan terpaksa berhenti kerja"cerita Harun panjang lebar seperti apa yang di terbitkan dalam artikel.
Masa terus berlalu. Konti telah di hujani oleh panggilan pendengar bertalu-talu. Temubual bersama wartawan Harun Nasharuddin semakin panas,rancak dan menggemparkan. Harun cekal menjawab setiap pertanyaan sambil terus berkongsi pengalaman misteri yang telah di tempuhi.
"Jadi firasat saya kuat mengatakan bahawa saya harus mencari jalan keluar dari situ. Saya pasti ianya adalah suatu dimensi lain atau parallel universe yang seakan seperti dunia kita yang nyata. Saya minta Yana hantar saya ke lokasi tebing tersebut. Telahan saya benar. Sejurus saya mendaki semula hingga ke puncak berkabus dan masuk ke pintu rumah tu,saya di bawa pulang semula ke dimensi nyata seperti sediakala"ujar Harun.
"Apa nasihat saudara Harun kepada segelintir netizen yang bukan sahaja mengecam pendedahan artikel yang anda tulis,malah enggan mempercayai misteri berkaitan tebing kabus dan rumah dimensi seperti yang anda dakwakan?"
"Tugas saya selaku wartawan misteri adalah untuk membongkar perkara-perkara pelik,aneh dan misteri sebelum mendedahkannya ke pengetahuan khalayak. Namun bukanlah tugas saya untuk memaksa khalayak untuk mempercayai atau menerima pendedahan yang telah saya buat. Nasihat saya buat mereka di luar sana..sekiranya anda cukup berani,silakan anda tampil untuk membuat pendakian sendiri ke tebing tinggi berkabus berkenaan. Dan saya berani jamin anda akan melihat suasana di atas sana seperti mana foto-foto yang telah saya dedahkan di dalam artikel"
"Jadi menurut hemat saudara Harun,apa sebenarnya yang telah terjadi kepada para pendaki dan penduduk yang di katakan hilang dan tidak pulang setelah berjaya mendaki ke puncak tebing berkabus tu?"
Harun termenung buat seketika membuka cermin mata dan meraut wajahnya sebelum kembali menyusun kata.
"Saya percaya mereka masih terperangkap di dalam rumah dimensi aneh itu. Selagi mereka tidak berusaha untuk kembali ke lokasi tebing dan masuk semula melalui pintu rumah dimensi,selagi itulah mereka akan terus terperangkap di sana buat selamanya"rumus Harun.
________________
BANGUNAN di mana letaknya premis syarikat penerbitan akhbar tabloid mingguan misteri BONGKAR tersergam megah di celah kotaraya yang sentiasa sibuk lalu-lintasnya.
TUKK! TUKK! TUKK!
Pintu bilik pejabat Pengarah Penerbitan yang di perbuat dari kaca itu di ketuk beberapa kali. Ghani yang sedang duduk di mejanya sudah dapat melihat kelibat Yana berdiri di luar.
"Yana! masuklah"
Pintu kaca di tolak. Yana melangkah masuk. Hari ini wartawan wanita senior itu di lihat telah bersiap-siap menyarung vest rasmi wartawan akhbar tabloid BONGKAR. Itu adalah prosedur standard bagi setiap wartawan yang akan membuat tugasan luar.
"Duduklah Yana"pelawa Ghani yang gemuk orangnya,berkepala botak tengah,bercermin mata dan bermisai lebat.
"Ghani..i rasa nak sambung baliklah tugasan dekat Haunted Hills"kata Yana sambil melabuhkan punggung ke bangku.
"You dah fikir masak-masak ke Yana? Tak takut kalau-kalau akan di datangi tetamu tak di kenali lewat malam tu lagi?"
"Yup! i fikir tak ada makna nya kalau kita nak dismiss tugasan dekat Haunted Hills macam tu je. Lagipun you tengoklah isu BONGKAR keluaran minggu lepas..rata-rata pembaca setia kita tertanya-tanya kenapa sambungan artikel tentang Haunted Hills tidak di siarkan. I bimbang rating tabloid kita turun menjunam nanti Ghani. So you jangan risau sangatlah. Ini atas kehendak i sendiri. Boleh ya?"
Ghani termenung buat seketika sebelum membalas.
"Well..kalau you dah buat keputusan untuk teruskan juga..i tak boleh cakap apalah"
"Thanks Ghani"Yana tampak ceria. Beg di penuhi pelbagai peralatan kerja seorang wartawan siap di sandang ke bahu.
"Hati-hati Yana. Take care yourself"
"Yup"
________________
CUACA agak baik ketika kereta yang di naiki oleh Yana tiba di perkarangan tapak kawasan blok-blok apartmen terbiar Haunted Hills. Yana memakai cermin mata gelap dan melangkah masuk ke pagar utama. Waktu sekitar jam sebelas pagi.
Dia sempat membuka beg dan memeriksa buku nota kecil mengandungi maklumat yang pernah di sampaikan oleh Zurin dulu ketika melawatnya di hospital.
"Cahaya kat puncak blok F.."kata Yana lalu menoleh ke blok apartmen yang di maksudkan.
Sebuah blok apartmen yang agak usang bangunannya di mamah lumut dan akar tersergam megah selang beberapa blok terawal. Yana pun melangkah ke sana.
Oleh kerana lif-lif tidak dapat berfungsi kerana bekalan elektrik untuk apartmen Haunted Hills sudah lama di hentikan,Yana tiada pilihan lain untuk naik ke puncak blok F selain menaiki tangga.
Suasana agak sunyi-sepi. Hanya bunyian unggas-unggas dan cengkerik dari hutan dan semak di sekitar tapak kawasan apartmen terbiar itu sahaja yang kuat kedengaran.
Dari satu tingkat ke satu tingkat di naiki oleh Yana. Ketika tiba di tingkat lima,Yana terdengar bunyian yang aneh bergaung-gaung dan sayup. Pantas kamera video digital di buka untuk merakam bunyian itu.
Kemudian dia pun meninjau di laluan balkoni tingkat tersebut. Yana terus melewati dari satu pintu rumah apartmen ke satu pintu rumah yang lain. Bunyian itu semakin kuat.
Sehinggalah dia berdiri di hadapan pintu apartmen di bahagian hujung balkoni tingkat lima. Bunyi itu datang dari dalam rumah bernombor 713.
"Memang sah bunyi bergaung tu datang dari dalam rumah ni. Ada apa je kat dalam tu?"getus hati Yana.
Gril pintu di periksa.
"Eh? Tak kunci rupanya"
Gril di buka. Tombol di pulas sebelum pintu rumah bernombor 713 terbuka. Bunyi gaungan menyerbu keluar. Dari luar pintu itu Yana dapat melihat ke dalam ruang tamu. Perabot-perabot yang di tinggalkan oleh penghuni lama rumah terbabit masih berada dalam keadaan baik. Hanya sahaja ia telah agak berdebu dan berhabuk.
Share this novel