Cepat-cepat aku menolak baihaqi menjauhkan diri, manakala baihaqi kelang-kabut menarik kainnya yang terlondeh itu dan diikat kemas
Merah padam mukanya menahan malu
"Awak nampak ke?" tanya baihaqi dalam malunya
"Nampak apa?" tanya aku lurus
"Awaklah nampak apa-apa ke masa kain saya londeh tu?"
"Ouhh, saya ternampak............." sengaja aku ingin mengusik dia lagi merah lagi comel
"Nampak apa?"
"Nampak benda macam" kata aku sambil mengintai muka haqi
"Macam apa?" tanya haqi kuat
"Kuatnya tanya, awak marah ke?"
"Saya tak marah, tapi saya segan" kata baihaqi tunduk-tunduk
"Betul ke awak nak tahu saya nampak apa?"
Baihaqi menganggukkan kepala menginginkan jawapan
"Saya jawab jujur dengan awak apa yang saya nampak........ saya nampak awak punya tu" kata aku sambil menunjukkan ke arah bahagian terlarang
Terus baihaqi menutup mulut aku dan berkata "betul itu yang awak nampak?"
Aku menganggukkan kepalanya memandangkan dia masih lagi menutup mulut aku
"Bentuk dia macam mana?"
Eh boleh pulak lah dia tanya bentuk macam mana, kalau aku jawab details apa jadinya eh? dia marah ke?
Aku menurunkan tangannya yang menutup mulut aku dan bertanya "awak marah tak kalau saya cakap saya tahu bentuk dia macam mana?"
"Saya nak tahu awak betul-betul nampak atau tak je"
Betul-betul gaya jpj cara bercakap ni
"Okay, tapi saya berbisik boleh?"
Baihaqi menganggukkan kepalanya dan merapatkan wajahnya ke wajahku
"Saya nampak............."
"Jadi betul la awak nampak?"
Aku menganggukkan kepalanya
"Saya nak awak janji dengan saya satu perkara je boleh?"
"Apa dia?"
"Jangan bagitahu sesiapa tentang apa yang awak nampak tu, kira saya dengan awak je tahu faham?"
"Faham, tapi kan kenapa awak macam malu-malu je. Awak segan eh?"
"Mestilah saya segan, tak ada sesiapa kott yang pernah benda tu melainkan diri sendiri saya je"
"Ouhh, macam tu so maksudnya awak tak pernah kahwin ke sebelum ni?"
"Kenapa tetiba tanya soalan macam tu?"
"Sebab awak ada tersebut nama alya" aku terlepas kata
"Alya? bila?"
"Tak, tak ada apa-apalah. Saya nak keluar tolong umi masak dekat dapur. Nanti awak keluarlah makan" aku baru sahaja menutupi pintu. Aku kembali membuka pintu biliknya "saya janji, saya tak kan bagitahu sesiapa pasal benda tu" kata aku sambil menunjukkan jari kelingking tanda berjanji
Aku ke dapur dan melihat umi sedang memasak
"Umi masak apa tu?"
"Masak kurma ayam, mehh la sini tolong umi ni"
"Okay umi"
Ketika mengacau kuah itu, aku terfikir perlu ke aku tanya siapa alya tu? perlu ke tak, arghh tanya je lah
"Umi, fatin nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Umi kenal tak alya?"
"Alya? alya mana?"
"Alahhhh, alya dengan baihaqi tu. Dia ada sebut dalam mimpi dia sekali semalam. Lepastu muka dia berkerut-kerut"
"Ouhh, alya tu sebenarnya......" tiba-tiba telefon aku terbunyi. Ishhh masa-masa nak bergosip berita panas ni jugaklah dia nak berbunyi. Kacau betul lah
"Umi kejap tau, fatin pergi jawab panggilan"
Aku beredar dan mengambil telefon aku, dan menjawabnya
"Hello babe, apahal telefon aku ni?"
"Wehh aku nak jumpa kau sekejap"
"Aduhhh, tak kan la sekarang?"
"Yes"
"Tapi aku dekat kampung la babe, tunggu aku balik KL lah. Lagi 3 hari boleh tak?"
"Pulak dah, kau ni. Okaylah macam tu, nanti dah balik kl bagitahu aku"
"Okay, cun bye babe"
"Bye babe"
Aku meletakkan semula telefon dan menuju ke arah umi dan bertanya
"Alya sebenarnya apa umi?"
"Takpe lah, nanti kamu tanya dengan baihaqi sendiri"
"Eh tadi umi kata umi nak bagitahu. Ni apa pulak nak kena tanya baihaqi ni? umi cerita je lah" paksa aku
"Tak baik umi buka aib orang lain, kamu tanyalah dengan suami kamu sendiri"
Umi mengambil senduk ditanganku dan mengacau kuah kurma ayam itu, aku mengoreng ayam
"Macam mana dia boleh tahu pasal alya tu? ke aku bermimpi ada sebut nama dia? tapi kenapa dia tak tanya dengan aku sendiri? kenapa dia mesti tanya umi?"
Baihaqi pun keluar lalu menuju ke meja makan dan menjamu selera bersama kami. Aku makan tanpa menghiraukan sesiapa manakala umi yang banyak melayan baihaqi maklumlah menantu pilihan dia kannn
Selesai makan, aku pun mengutip pinggan dan cawan yang digunakan ke dapur untuk bersih. Mereka berdua pula keluar ke ruang tamu. Setelah siap, aku pergi ke ruang tamu. Tetapi aku terdengar perbualan mereka
"Umi nak tanya kamu, kamu ada ke buka cerita pasal alya?"
"Belum lagi umi, kenapa?"
"Dia ada tanya umi pasal alya, dia cakap kamu ada bermimpi sebut nama dia sambil dahi berkerut-kerut"
"Ouhh, macam tu sebenarnya. Pandai-pandailah kamu jawab nanti bila dia tanya kamu"
"Itulah"
"Kamu dengan alya masih ada hubungan ke?"
Aku melihat baihaqi menggelengkan kepalanya
"Ouhh, takpelah kalau macam tu"
"Tapi saya masih menyayangi dia umi" apabila aku terdengar begitu. Terus aku menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun sedikit. Tetapi hati aku sakit, kenapa aku rasa macam ni? aku tak suka dengan dia, tak payahlah rasa sakit tu wujud
Share this novel